Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD

Friday 31 December 2010

Tiga Budak Manja

Tiga budak manja
Keluar merata-rata
Bukan nak mengada
Sekadar ingin bermesra

Kita berkereta
Tiada lawak yang dijenaka
Tiada marah yang dibiarkan lara
Sekadar sunyi yang menerpa

Yang ketiga nampak tiang
Yang pertama nampak ombak
Yang kedua sedang melayang
Oh,kereta bertemu tiang

Kita ketawa bayangkan bara
Sengih di bibir menonton calar
Yang kedua menggeleng lama
Yang pertama menggigit bibir

Dibiarkan sahaja calar di situ
Dua,tiga pegang tangan
Kita daki yang dipanggil tembok batu
Aku lihat dia membuang pandangan

Kami tiga budak manja
Siapa tahu,siapa rasa
Sakit pedih kami tanggung
Kami manja jangan dirasa canggung

Aku salam,mereka salam
Tiga budak manja lambaikan tangan
Tiga benua jadi kunjungan
Biarkan sahaja disaksikan malam

Yang ketiga dibiarkan sepi
Satu,dan dua menginggalkan diri

Thursday 30 December 2010

Melancholy 9

“Tarik hidung tu karang!”

Ain buat muka. “Kacau la kau.” Ain sambung mengisi gula-gula dalam paperbag.Dalam Sehari dua ni memang dia menginap je kat rumah Jiji.Kerja tolong-tolong mana yang patut.Dah nak kahwin dah budak tu.

“Kuat sangat ayan.” Canon sekali lagi dibawa ke wajah.

“Esok-esok kau nikah macam mana eh?” Ain menungkat dagu.Mesti lain lepas nikah.Bonding tu.

Jiji gelak. “Pakai tok kadi dengan wali la.Saksi sekali.Campur ijab kabul.” Canon sekali lagi ditekan. “Kau nak tahu kau try la kahwin.”

“Gaya nak pergi funfair la kau!” Siap gelak hu-ha-hu-ha.

JIji jongket bahu. “Nak kena tunjuk ke cuak tu?”

“Kau tenang.”

“Kau?”

“Aku serabut” Ain sengih.

Jiji meletakkan Canon di atas meja.Ain dipandang tak berkelip. “Kahwin la.”

“Ah?”

“Sungguh.Tak tipu .Rasa lega.” Jiji senyum.

***

Kaki tak henti-henti menghentak lantai.Bilik gamat dengan bunyi ketawa Ain dan Jiji.Suara Baba Ali dari speaker main tenggelam timbul je. Jiji dah terguling atas lantai dengan Ain dah siap bersandar pada meja solek.

“Aaa..Aku dah tahan Ji!” Ain masih lagi cuba menahan ketawa yang nak pecah.

Jiji tarik sengih. “Hilang tension weyh.Aku tengok empat lima kali pun tak boring.”

Ain mengelap pipi dengan belakang tangan.Sampai keluar air mata tahan gelak. “Cool ah dude ni. Comedian kelas A punya.” Mouse digerakkan. “Banyak lagi ni.” Pandangannya jatuh pada icons di skrin.

“Kau percaya tak kalau aku cakap aku kenal Dex kat HalfOurDeen.” Jiji dah tarik sengih lebar dia lagi.

Ain dah gaya jaw drop. “No you’re not!Kidding kan?” Jiji dihampiri.Jangan buat lawak esok lusa nak kahwin.Memang tak lawak pun.Dex aka Dexter.Tunang Jiji.Panggil Dexter sebab memang ada iras-iras dengan Dexter kartun tu.Tu kata Jiji.Tapi Ain tengok dia okay je.

Jiji angguk bersungguh. “Serius tak tipu.Aku terkejut jugak.” Shrugged.

“Social network.You.Him.Neighbourhood.” Ain menggeleng.Everything Is Under His Will. “Macam-macam.” Ain memanjat katil double decker tu.

Jiji melipat DELL dan ‘charger’ ditarik dari plug dengan jari memetik suis. Mouse dibiarkan bersama laptop yang dialih ke meja. “Macam-macam?” Jiji duduk di atas katil bawah.

Ain senyum.Kaki yang terkulai ke bawah diangkat naik. “Unpredictable la Ji.Speechless aku.” Kalau dah takdir.Kalau dah jodoh.Under His Will.Kita hamba Nya diberi peluang untuk berdoa.Minta yang baik-baik.Minta dijauhkan yang tak baik.

“Aku happy Ain.Aku pun speechless jugak.” Jiji dah tersengih kat bawah.

“ Tak ajak aku pun join HalfOurdDeen.”

“Long tu kau nak taruk kat mana?Memang nak kena.” ‘Keypad’ ditekan.

“Budak panjang tu muat masuk guni je.” Bantal ditarik ke muka.

***

“Kalau nak orang sayang kita,kita kena sayang orang dulu.”

Ain toleh ke arah Jiji. “Ji?” Asal masuk bab sayang-sayang depan bunga manggar ni?

Jiji sengih. “I’m reading the article.No sarcasm.” Telunjuk diarahkan pada skrin DELL.

“Mana lagi berat, confess sayang atau simpan sorang-sorang?”

Ain jongket bahu. Bukan ke Jiji ni jenis silent reader.Orang angau nak kahwin,jangan kacau.Tengah mood melayang la tu.

“He knows nothing about loving outsider,but he tries something.”

Ain mengetap bibir.Artikel?

“Sakit hati bila kena tinggal,tapi tak sakit hati ke tengok orang yang kita tinggal tu?”

“Ji,yang dah siap ni nak taruk kat mana?” Kotak berisi bunga manggar diangkat dan mata mencari port untuk meletakkan kotak.Sana penuh,sini terisi.Space kurang.

“Kat luar,sekali dengan banner.Karang ada la yang akan gantung mana-mana.” Jiji tak angkat muka dari skrin.I had done my part..

Ain melangkah memasuki ruang tamu.Main senyum meleret je bila jumpa saudara-mara Jiji. Ramai!Belum kahwin pun dah meriah.Tinggal lusa je,lepas tu jadi isteri orang.Insya Allah. Matanya mencari bayang banner.Banner..Banner..

Banner! Kotak di tangan diletakkan di sebelah banner yang disandarkan pada dinding.Handset di dalam saku baju kurung dibawa keluar.Heh..Cilok gambar Jiji dengan future hubby dia kat banner pun lawa. Laju jemari menekan keypad handset.

“Hadi tolong bawak banner bagi kat Ayah Ngah.”

Ain membetulkan letak banner yang senget. Pandangannya tertumpu pada skrin. Jemari sekali lagi menekan keypad.Haish!Ada yang block!“Spoil.”

***

Jiji merenggangkan tangannya.Kalau nampak kat selaku mak cik-mak cik memang sah kena tegur kes online time orang duk sibuk dengan persediaan.Ada jugak yang kena tarik telinga.Tapi dia bukan main online saja-saja.Tapi tengah handle pasal invitation.Main jemput ikut social network pun ada.Campur dengan kawan Dexter.

Pintu bilik diketuk.“Naziha.Mana bunga manggar?”

Jiji toleh ke belakang. “Kat luar.”

***

“Eh?”

“Uh?”

Dua pasang mata bertembung.Beku.Kaku.

Rasa macam mula-mula jumpa.Mula-mula kenal.Mula-mula jejak kaki rumah Jiji dengan ibu.Hari dia kenal dengan arwah Puan Nadirah.

“Stuck?” Senyum.

“Tak.Terbabas terus.”

Gelak.

Dua pasang mata sama memandang Puan Nadirah dengan Puan Noora di kerusi hujung sekali.Rancak sungguh buka cerita.Cerita yang tak sampai pada dua orang yang berdiri di sebelah pintu

“Ma saya kenal dengan mak awak.”

“Patut la sampai lama ranting.”


“Take your time.Dah makan?”

“One of them was mine” Ain mengarahkan jari telunjuk pada besen berisi pinggan-pinggan kotor.


Ain memandang kosong budak panjang di hadapannya.Kalut.Serabut.Tu yang dia sedang fikir.Apa nak buat?Apa nak cakap?

“Hey.” Long senyum.Rindu ke?Long time no see Ain.Berapa lama?Jangan tanya.Dia tak kira.Tak hitung tanda kat mana-mana kalendar.Sebab makin kira,makin lama rasanya.

Ain turut senyum.Wawa ada cakap..

“Akak.”

“Uh?”

“Asal tak tanya je dia?”


“Long,awak suka siapa?”

***

“Tadi orang suruh kawan orang letak bunga manggar sebelah banner.Pak Su tolong handle bunga manggar eh?” Jiji berjalan beriringan dengan Pak Su dia.

“Nak gantung kat mana lagi?” Berkerut dahi Pak Sunya.

“Kat..” Kata-katanya mati di situ.

***

Sepi.

“Kenapa tanya?” Long masih berdiri di situ.Dengan Ain kat depan.Dengan banner dan bunga manggar.Susah nak clarify macam mana rasa.

“Sebab nak tahu.” Ain tunduk. “Saya tak nak awak desperate sangat.Sampai nak..” Hujung lengan baju kurung digenggam. “..plan to live a happy life dengan orang macam saya.”

Long turut tunduk sama paras dengan Ain. “Saya memang desperate”

Genggaman makin erat.Memang dia dah tahu.Long;budak panjang tu desperate.Cakap suka sebab nak sedapkan hati.Patut dia tak deny je statement yang dah lama dia fikir.Long desperate.Done.Dah dapat jawapan..Dah dapat.

“Saya desperate.Tak tahu nak buat apa.Do you have any idea how to flirt Ain Nur Iman?” Betapa susahnya.Betapa parahnya bila tiap-tiap kali Ain minta putus tunang.Bila Ain tinggalkan cincin hari tu dekat tengah-tengah cafĂ©.Dan sungguh rasa nak lompat bila tengok Ain pusing balik.Buat lawak yang memang dia gelak sampai sekarang.Ain ambil balik cincin tu.

Ain masih tunduk. “Desperate kan?” Flirt kes desperate buat apa?Suka kes terpaksa tak ke sakit?

“Was.Desperate sebab tak tahu nak confess macam mana.Sampai awak sendiri tak percaya. He knows nothing about loving outsider,but he tries something.” Long angguk sendiri.Cerita pasal terdesak.Bukan pasal terpaksa kena buat itu ini.

“Long,awak suka siapa?” Soalan tadi diulang. Ain angkat muka.Dia nak tahu jawapan tu.Dia terdesak?Memang.

Long buat muka. Susah cakap dengan orang heartless. “Awak nama apa?”

Ain berkerut dahi. “Ain.Ain Nur Iman.”

“Then?”

“I don’t get your words.”

Jiji merengus. “Makna dia tengah flirt kau la tu.” Susah cakap dengan orang heartless.

Laju Ain toleh ke belakang. “Bila masa kau kat sini?”

Long dah pusing ambil banner. “Ji,kau spoil sungguh.”

Jiji buat muka. “Don’t blame me.Budak ni slow sangat.” Bahu Ain diraih. “Dah faham?”

Ain pandang Jiji dengan Long tak berkelip.Faham? “Long suka aku ke?”

Dan bunyi banner tumbang.

Jiji sengih.

Tuesday 28 December 2010

Aku suka

Biar kita malap
Kita sudah setuju untuk senyap
Mereka makin lelap
Putuskan saja untuk lenyap

Aku suka cara ini
Cara yang lebih bersih
Cara yang tiada hati disakiti
Tiada lagi rasa lelah

Lelah menunggu maramu
Sungguh aku tak tipu
Aku suka caramu
Aku pun fikir begitu

Melancholy 8

“Ain.” Long merenung jauh. “Asal bodoh?”

Dan dulang di tangan Jiji naik atas belakang Long. “Senget kau!Cari gaduh ke?”

“Wei!Sakit ni.” Long menggosok belakangnya dengan 'feather duster'.

“Dia tak bodoh la!”

“Aku tak kata macam tu pun.” Long menghela nafas. “Aku tanya,asal bdoh?Asal dia rasa macam tu?”

Communication skill luar bahasa. Jiji berdehem. “Maaf.” Dah tibai belakang teruna orang.

“Tau pun.” Long meletakkan 'feather duster' di sisi. “Macam mana sampai rasa macam tu?” Hairan bila Jiji bagi tahu pasal conversation yang tersangkut hari tu.Abaikan bahagian 'sayang Long'.Masuk bahagian 'bodoh dengan Long'.

Shrugged. “Dia confuse.Kau cakap kat dia kau suka boleh jadi kes desperate.Dia cakap.Bukan aku cakap.” Dia cakap kau cakap lepas tu aku cakap apa yang dia cakap kau cakap.

Long ketuk lantai dengan telunjuk sambil memandang kosong halaman rumah Jiji.Dah siap pasang khemah.Betul nak nikah la ni.Insya Allah semua berjalan lancar. “Kalau dah aku cakap suka dia rasa macam tu,kalau aku propose..” Dah propose pun. “Ji.Kalau orang kata tak.No.Nehi tu makna nya?”

Jiji tersentak. “Tak.No.Nehi apa?” Tangan menggenggam dulang di riba. “Kau propose Ain?”

Angguk.

“Iman?”

“Ain la Ain.Ain kawan kau.” Tunang aku.Propose?Two hooks?Tripple hooks?Gaya dia kisah.

“Kejam la kau.Kau orang jumpa dua-dua je?Terang ke gelap?Kat mana?”

Long berpaling memandang Jiji. “You know me sister.” Dia bukan jahat kelas satu nak main tarik bawa anak dara orang yang tak ada hubungan sah atau sijil nak tunjuk kat JAIS kalau kena tangkap.Kalau bahagian bercinta spoil siap ajak pasangan buat maksiat bukan sayang namanya.Hari tu ada juga dengar kawan cakap pasal cinta.Cinta sebenar;membebaskan orang yang kita sayang dari api neraka.Lebih kurang macam tu bunyinya.Tu pun kawan ciplak dari program TV kat saluran swasta.Kurang-kurang ada faedah juga bayar bulan-bulan dengar tok imam muda bagi tazkirah lepas maghrib.

Dan dia sedang mencuba untuk lari.Bawa Ain ikut sama.Bukan lari ke Golok lintas Kelantan.Tapi lari dari maksiat.Sampai bila nak bertunang.Bertunang lama tak makna halal segala benda.

“Kau orang cakap pasal apa?”

Dua-dua sengih serentak pada Abang Pijat dengan Kak Diha yang baru selesai kait mangga kat pohon depan tangga.

“Ada orang nak kahwin.” Jiji buat muka tenang.

“Hadi ke?” Kut Jiji yang nak kahwin esok lusa. Kak Diha duduk di atas tangga dan berpusing menghadap Long. “Nak ke ni?”

Long buat muka pada Jiji. Dia berpaling. “Suka hati akak la.”



* * *

+Awak nak proposal gaya apa?

-Ji?

+Hadi

Sepi

+I'm not Bruno Mars.And you know how bad my voice is.What I'm trying to say might seem so vague.I'm not romeo or whosoever you wish I am.I can't confess my feeling as well as others.They can say 'saya suka awak' days and nights.Blame me for not reading Cecelia Ahern's.I know you're laughing because the only mushy author I know is her.I'm Long si budak panjang who is trying to confess his feeling...Ya,saya suka awak.

Ain ketap bibir.Gula tak cukup la brader.

* * *

“Wei.Aku tak suka cheap candy.” Jiji merengus di sebelah talian.

“Cheap?” Long meneliti kertas nota kuning di tangannya.

“Kau edit siapa punya ni?Lupa taruk gula ni.” Jiji menggeleng sendiri.Ada ke hantar mesej malam-malam macam ni.Tau la dia selaku filter kena tapis dulu segala bagai.Baru approve tengok lulus ke tak tahap cair tu.

“Cliche'?”

“A'ah.Cliche' tu memang susah nak lari.Tapi cara kau ni gaya kau baru baca buku sastera lepas tu perasan bagus boleh buat karya sendiri.”Talking to myself.

“Trial and error is something.”

* * *

“Akak heartless.”

Jemari terhenti daripada menekan keyboard. “Eh?”

Wawa masih menungkat dagu. “I'll never say that budak panjang is so sweet sampai Wawa cair sekali.Tapi effort dia tu..Ish!Susah nak cari.”

Ain pusing menghadap Wawa. “Macam mana nak tahu orang tu betul-betul suka kita?”

“Wawa tak tahu.Tapi kalau dah jodoh.Suka benci pun jodoh jugak.”

Ain mengetap bibir. Benda tak boleh lawan tapi boleh doa.Tipu kalau dia tak pernah sebut nama Hadi tu dalam doa.Tipu kalau dia tak pernah rasa sejuk dingin jumpa Long. Dan tipu jugak kalau dia kata dia tak rasa apa-apa.Cuma dia confuse.Betul suka atau desperate.Tapi jodoh kalau dah sampai tak tunggu suka ke tak.

“Akak.”

“Uh?”

“Asal tak tanya je dia?”

nota kaki lima : definisi cinta sebenar-->Soal Asyraf

Friday 24 December 2010

Itu mereka

tutup telinga pada cakap-cakap mereka
bukan salah mereka yang berkata
tapi salah kamu yang tak buka
apa yang dah ditutup lama

terangkan pada mereka apa yang dirasa
tak sangka ini yang kamu rasa
kerana ayat-ayat yang tak disangka
dikata oleh mereka yang peka

kamu rasa sesuatu yang berharga
boleh jadi satu permata
rupa-rupa hanya satu luka
yang diungkit semata-mata

dalam hati yang penuh bara
sakit pedih kamu bukan mereka rasa
sakit pedih mereka bukan kamu rasa
ini segi empat sama

kamu rasa
mereka rasa
walaupun kamu jadi si angsa
yang dibiarkan tanpa bela

hati penuh berbagai rasa
mari kita kongsi cerita
kita tutup yang terbuka
kita buka yang belum buka

Saturday 18 December 2010

Fragile 22

*Everything Is Under His Will

“Assalamualaikum.” Tenang Are menjawab.

Jet kelu.Mudahnya awak lupa. “Wa’alaikumsalam.Awak kat mana?”

“Rumah.”

“Dah makan?”

“Belum.” Suara Are sayu kedengaran. “Balik la..”

Jet memandang jam di dashboard. “Saya tak nak kacau awak.”

“Ni rumah awak jugak.” Kedengaran suara mengeluh di panggilan.

“Awak marah lagi?”

Senyap.

“Are?” Skrin handset dipandang sekilas.

Senyap.

“Balik la..”

Talian dimatikan.

Memang salah dia. Siapa suruh tengking Are tak tentu pasal. Apa salah Are sampai buat macam tu? Apa nak jawab dengan mak bapak Are? Dengan Along.

Belajar Jet..

***

Are menggenggam erat hujung sarung bantal.Kedengaran enjin kereta dimatikan di ‘porch’.Dia memeluk lutut.Jemari kembali digerakkan di atas kekunci.

Aku pergi kursus kahwin.Aku tahu apa yang boleh dan apa yang tak.Orang ajar aku;buat macam tu salah.Kalau buat macam tu pulak baru betul.Tapi kenapa aku masih buat apa yang salah.Masih buat apa yang aku tahu aku tak patut buat.Aku ada dia.Dia ada aku.Kami ada tanggungjawab.Tapi kenapa main aci rempuh hukum?Hukum depan mata tapi buat-buat tak nampak sebab nak menangkan kata hati.Hukum ‘kata’ tak boleh;tapi hati kata boleh.Salah aku sebab menjawab. Rude.Keluar rumah ikut sedap kaki.

Maaf,awak.


*Everything is Under His Will.

‘PUBLISH POST’ diklik.Are bersandar pada kerusi.Tiba-tiba dahinya berkerut.Tak dengar pun pintu bilik sebelah dibuka.Kut aci rempuh masuk gaya tanpa bunyi.

amoy,maaf – apek

Are meraup muka.Rasa nak remove je chat box.Not now apek.Not now..Bukan masa nak buat lawak.Dan zaman bila dia kenal apek.

Keluar la.Saya tunggu kat luar. – apek

Berkerut kening Are.Stalker?!Te..ko!Ada stalker?Apek tu stalk aku?Are menghampiri tingkap.Langsir diselak sedikit. 'Porch’ tak ada orang.Rumah jiran kat depan..Takkan kut.Tu keluarga bahagia.Tak kacau orang.Laju dia kembali mengadap laptop.

Salah saya. – apek

Uh? –amoy

Saya tunggu kat luar :) –apek

Sungguh dia tak tahu nak buat apa.Kut apek ni ‘try’ buat lawak tak lucu.Tapi memang tak lucu pun.Laju dia menoleh ke arah handset di tepi bantal.Belakang tengkuk dah rasa tegak lain macam.Apek?Handset dicapai dan rasa nak baling je ikut tingkap bila nampak nama pemanggil.Siap capital letters lagi.Haih..JET.

“Assalamualaikum.” Teragak-agak suara Are.

“Wa’alaikumsalam.Keluar la.Dah jenuh saya tunggu kat luar.”

Kelu.

Are merenung laptop seketika.Pandangannya kembali pada handset.Tunggu kat luar..Ah!'Slow' nya aku!Dahi ditepuk.Apek?!Rasa nak hentak kaki kuat-kuat kat pintu bilik gaya tunjuk perasaan.Tak lucu pun awak!Eh tak.Tak lucu pun apek!

“Kalau tak nak?”

“Saya masuk.”

Jangan awak!

“Esok boleh?” Are memandang pintu bilik.

“Are.”

“Ye?”

“Awak keluar atau saya masuk?” Jet memandang pintu bilik.

“Saya keluar!” Panggilan dimatikan.Handset dimasukkan ke dalam saku pijama.Sebelah tangan mencapai bantal.Protection.Perlahan-lahan dia melangkah ke arah pintu.Tombol pintu dipulas dan ditarik.Bantal diseludup di belakang.

Jet mendongak.Senyum.

Are kaku di depan pintu.Pandangannya jatuh pada Jet yang sedang bersila di atas lantai dengan laptop di riba.

“Join me.” Senyum ‘awkward’. Sebelah tangan Are dicapai dan ditarik lembut ke arahnya.

Are memandang kosong Jet.Tangan terasa ditarik perlahan.Laju bantal dibaling tepat kena kepala Jet.

***

Printing mode..

Jet berdehem.

Are tegak.

“You study laws?”

Shrugged. Printer dipandang. “Signature please.” Kertas A4 yang siap bertaip dicapai.

“Pen.” Pen dihulurkan pada Are.

“Awak dulu.” Are menarik kaca mata dari ‘case’.Sebelah tangan menghulurkan kertas kepada Jet.

Jet tersenyum.Garang.Tandatangan diturunkan pada ruang di atas kertas A4 bertaip. “Done.” Kertas dan pen dihulurkan pada Are.

Are mengetap bibir sambil menurunkan tandatangan. Done. “Dear Mr..?” Pandangannya beralih dari perkataan di atas kertas pada Jet di sebelah.

“Jet.Aizat.”

“Aizat..and me ; Amera.We promise that..” Are berdehem.'Part' yang susah nak baca. “..that” Kaca mata dibetulkan.

“Proceed.” Jet turut memegang kertas di tangan Are. Dia membaca baris ayat yang dia dengan Are sendiri taip tadi.Patut pun..

Are menarik nafas. “..that we will never..” Aaa..!Tak boleh baca!Touching.

“Saya sambung.” Kaca mata Are dilurutkan. “That we will never..gaduh-gaduh.Lawan-lawan or any sort of WWE manner.”

“Main la main.” Jet disiku.

“La..Budak ni.Kata orang main duh.” Mouse digerakkan.Jemari laju menekan ‘keyboard’. “Ni nak laminate taruk mana-mana?” ‘Mute’ diklik sementara menunggu ‘loading’. Jet mencuri pandang pada Are di sebelah. “Awak jangan merajuk;saya tak pandai nak pujuk.”

Are buat muka. “Bila masa orang merajuk.”

“Do you know what happened?Those days.When you and I had a fight.Tears were my homies.And jokes had nothing to do…”

Kening Are terangkat. Pak cik ‘poem’?Ke Hamlet?Shakespeare?

“I assembled candies for you.Trial and error is something.And you’re something.” Jet memandang skrin laptop. ‘Mute’ dah ditolak tepi masuk longkang. “Nak dengar?”

“Lagu tu ke?Dah dengar dah.” Are turut memandang skrin. Baraka Allahu Lakuma-Maher Zain. “Nak saya humming ke?” Are sengih.

“Tak payah.Karang pecah tingkap.” Jet gelak.

“Humour?Unacceptable.” Are geleng gaya serius. “Ish..You should learn from Nisa la bro.Slow sangat ni.”

Jet gaya ‘straight-faced’. “Nak dengar tak?Siap dengan list ni.”

List? “List calon madu ke?” Are pulak ganti gelak siap tepuk belakang Jet.

“Sort of.Panjang ni.Awak pilih je.” Jet dah tunjuk malas layan dia.Matanya kembali menghadap skrin.Mouse digerakkan dan ‘play’ diklik.

Are berhenti gelak.Awak jangan.. “No joking.Ok serius ni.List apa?”

Jet dah ‘start’ sengih. “Nisa suruh.Dia kata saya tak sweet.”

“Dah awak payau.”

Jet menarik kertas berlipat dari saku. Apa-apa la. “Listen.Ni list saya dengan Nisa buat.” Barinstorming habis. “For you Amera a.k.a. Are a.k.a. Love a.k.a .Dear a.k.a. Honey a.k.a. Intan a.k.a. Payung..”

“Enough said!”

Jet ‘blur’. Wajahnya diangkat memerhati Are.

“I know it’s not the real you.The sweet part is..Ish!” Are mencapai kertas di tangan Jet. “Asal ikhlas dah la.Ni semua taruk tepi.Yang penting ikhlas tu baru orang cair.”

Jet mengangguk perlahan.I see! “Saya nampak lurus ke tadi?”

Are sengih. “Agak.”

“Fake?”

“Amat.”

“Nerd?”

“Sort of.”

Jet melipat laptop.Meja studi ditinggalkan.Langkah diatur ke pintu tandas.

“Kenapa tu?”

“Don’t ask.Tengah blushing.” Pintu tandas ditutup.

Are gelak sakan kat meja studi. “My boy blushing?Nak tengok!”

Tuesday 7 December 2010

Talk

SALAM MAAL HIJRAH

ok.ni post saja nak share apa yang saya rasa.

hari ni tangan ringan je buka balik comment2 lama.Then,tengok balik post2 lama.Dan sungguh;saya tak boleh nak baca sesetengah cerita saya sendiri. =,='

*rasa nak gelak je.Malu pun ada.Tak sangka saya tulis cerita macam tu.Tambah2 Benci vs Suka memang saya alah dengan cerita tu.Haih..Cerita tu agak 'typical'.

#sorry to myself;sebab kutuk cerita sendiri.

***

TERIMA KASIH :))

--> sebab singgah sini.baca.komen.follow.Yang baca kat Google Reader pun terima kasih jugak.

--> cerita saya ada yang mengarut.Cliche.Boring.Tapi kurang-kurang saya cuba.Terima kasih sebab baca :))

Sunday 5 December 2010

Melancholy 7

*Everything is Under His Will


“Along nak Ain kahwin!Kalau boleh esok!” Remote tv di tangan dicampak ke couch.Kira tak hancur musnah la.

Ain kelu.Wawa yang dari tadi duk usha Ain pasal Long bungkam tiba-tiba.Jemari Ain terhenti daripada menarik pipi Alif.

Perlahan-lahan Ain memalingkan muka memandang Wawa di sebelah. “Wawa dengar apa yang Kak Ain dengar?” Dia tergagap-gagap nak tanya.Masih dalam situasi terkejut.

“Along gila.” Dua patah tu je yang Wawa cakap.

“What?!” Hampir menjerit Ain di sebelah Wawa.Tajam pandangannya pada Wawa. “What did you say?”

Wawa pulak tambah pening dengan Kak Ain yang tiba-tiba mengamuk.Kut aku salah sebut. “ALONG gila.” Perkataan ALONG ditekankan.Bukannya Long!

Ain mengangguk dengan sengih malu.Malu! Balik semula pada Aim yang tiba-tiba suruh anak orang kahwin. “Pesal suruh orang kahwin tiba-tiba ni?Nak sponsor pun agak-agak ah.” Berkerut dahinya memandang Aim di hadapan.

Aim tepuk dahi. Salah faham dengan salah penyampaian. “Along kena transfer ke Sabah.” Wajah Alif direnung. “Kesian kat Alif nak tengok Che Ngah dia menikah.” Aim buat muka kesian. “Kut nak tunggu Ain kata proceed,sampai Along pencen pun belum tentu lagi.”

Ain buat ‘dunno.’ Malas layan. Kusyen di atas riba ditolak tepi. Dia bangun meninggalkan ‘couch’ dengan langkah menuju ke dapur.

“Kak Ja.Bila Kak Ja nak kahwin?Dia orang duk tanya tu.”

Berdesing telinga Aim dengan Wawa mendengar Ain menjerit dari dapur.Sarcasm!

***

Bau semacam.Sniff..Sniff.. Aura pun pelik.Wawa toleh ke belakang.Rasa nak tergelak pun ada bila tengok muka Ain tengah blushing merah-merah kes dengki.La..bau orang dengki wuu.Dia kembali memerhati Long dengan Alif.

“Cepatnya mesra.” Puan Noora yang baru keluar dapur tersenyum memandang Long dengan Alif tengah main ‘see-saw-angkat-turun-kaki’.

Long laju menurun kakinya.Cepat-cepat dia duduk bersila gaya tak bersalah.Ada orang tengok.Uh.. “Biasa je.Kat rumah mana ada budak-budak nak buat main.” Long pusing memandang Ain. “Kan?”

Ain memang tak perasan pun Long tengah pandang dia.

“Kahwin la cepat-cepat.Ada rezeki dapat anak ramai-ramai.Kan kak?” Wawa menyiku Ain.

Rasa nak baling je Wawa luar rumah. Ain jeling tajam. “Tak lucu.”

“Oola..Mood volcano.” Wawa memuncung.Wawa mengisyaratkan Ain pada Long.

Long blur. Dengki?

Wawa sekali lagi memberi isyarat kepada Long.

Long sengih. “Nanti la.Karang Long taruk ais kat ‘volcano’ tu.”

***

“Puding?”

Piring bertukar tangan.

“Awak tak merajuk kan?” Long sengih.

Ain turut sengih. Shrugged . “Best?”

Long gelak. “Tak langsung.” Long buat muka. “Ada ke patut buat dia macam tu.”

“Joking je tadi.Saja usik adik sendiri.” Ain tersenyum.Adik..

“Baru ingat nak pujuk tadi.” Hujung sudu dibenamkan ke dalam pudding.

Ain buat muka. “No need.Volcano dah sejuk balik.” Puding dibawa ke mulut.Dengki kes Alif rapat dengan Long?Logik ke?

“Ain.Kahwin jom.” Handset dikeluarkan dari saku jeans.

Ain membetulkan kaca matanya.Tak tahu nak buat riak macam mana.Riak ‘happy’.Tak.Nak kata gembira tahap giga tu bukan dia.Nak kata sedih.Dia tak ada sebab untuk sedih.Waktu ni.Tu hanya satu ‘proposal’. ‘Proposal’ hanya perancangan manusia.

‘Keypad’ ditekan.Paparan di skrin dipandang seketika.Long membawa handset ke pandangan tuan punya badan di sebelah. “Take a look.”

Ain memandang paparan di skrin.Lama.Tak berkelip.Sudu di tangan digenggam erat.Riak marah.Tu kut yang ‘match’ dengan situasi ni.Riak yang memang dah lama dia pendam.

“Tak.No.Nehi.”

***

“Pesal?” Jiji mengeluh di sebelah talian.

Ain mengetap bibir cuba mencari jawapan.Sebelah tangan masih lagi mengacau tom yam di atas ‘stove’. Dia beralih ke peti sejuk. “Aku rasa bodoh.”

“Maksud kau?Dia suka kau kan.” Jiji garu kepala.Bunga manggar yang dikepil di celah telinga dibetulkan letak.Dan memang dia tak perasan pun bila masa bunga manggar tu naik sampai ke telinga.Tension!

Ain berkerut dahi memandang resepi yang tertampal di pintu peti sejuk. “Be noted;dia engaged dengan aku kes deperate.Ingat tak?Depan kau dia confess.” Dahi ditepuk.Lupa letak serai! Tangan yang tidak memegang handset dilarikan ke dalam bag plastic.Serai..Serai..

“Kita kawan.Tapi saya tahu awak tak cin..” Long geleng. “..awak tak in love dengan saya.” Wajah Ain direnung disebalik kaca matanya. “Will you go through this with me?”

“Through what?” Dia berhenti daripada memerhati crowd dan beralih memandang Long.

“Silly plan.Tapi saya tak boleh deny. We’re not in love but we can try.” Long menanggalkan kaca matanya.

Dia mengetap bibir.Stone faced. “Awak ada orang lain?”

Long geleng.

“Desperate?”

Long angguk.



Jiji termenung seketika.Right.. “Tapi tu dulu.” Pen dibawa menanda ‘checklist’. Hantaran banyak tak settle lagi. “Missing dialogue.Kau miss satu part.”

“Which part?” Lesung batu diangkat ke atas kaunter dapur. Serai disiram dengan air.

Jiji sengih. Jiji tarik nafas. Ready untuk cair Ain! “I have nobody.Lepas ma dengan sis,awak je perempuan yang saya betul-betul kenal.. Saya suka awak.” Jiji mengulang ayat Long tambah dengan lenggok sikit.Mana tak lupa bila dengar sepupu sendiri ‘confess’ macam tu.

Ain tegak.Ee..Bila tukar versi Long kepada versi Jiji rasa geli. “Tu pasal aku rasa bodoh.” Serai dimasukkan ke dalam lesung batu.

“Which part yang bodoh?Aku rasa bijak-bijak je.” Katalog dibelek-belek.Banyak benda kena beli.Pening!Tak tahu nak selesaikan yang mana dulu.

“Part ‘saya suka awak’.Kau tak rasa macam dia desperate sangat then dia aci cakap je benda tu.Gaya nak suruh aku setuju.” Ain menumbuk serai.

Jiji menjauhkan handset dari telinga.Mak aih!Bunyi Long kena tumbuk ke? “Kau buat apa tu?”

“Hah?” Tangan masih menumbuk serai.

“Kau buat apa tu?” Jiji menjerit pada handset di tangan.

Tangan terhenti daripada menumbuk serai. “Uh?Aku tumbuk serai.” Tumbuk? Tinju?Lenyek?Istilah dapur yang dia tak pernah belajar.

Ain belajar masak?Jaw drop! Betul la kes besar bila buat benda-benda luar tabiat ni. “Kalau dia betul-betul suka kau?”

Sudu dibawa mencedok serai yang ditumbuk kasar. “Kira melepas la aku.”

“Senang kau jawab.” Pandangan Jiji beralih pada bunyi bising di ruang tamu. “Kau suka dia?”

Serai dibawa ke dalam tom yam.Gaya nak ‘spoil’ je tom yam.Langsung tak ikut ‘step’.Aci campur je. “Suka.Suka kut.” Tom yam perlahan-lahan dikacau.

Jiji melangkah ke ruang tamu.Gerombolan saudara punya bunyi bising. “Apasal tak cakap kat dia?” Dia tersenyum pada Kak Diha yang baru melangkah masuk.

Kuah tom yam dicedok sedikit dan diletakkan ke dalam piring. “Suka pun kena cakap ke?”

Jiji melangkah ke pintu besar rumahnya. “Kau suka tak?”

“Suka la Ji.” Suka.Suki. Panas lagi ni.Kut nak rasa pun.

“Sayang?”

Berkerut dahi Ain. “Boleh la.”

“Sayang tak?”

“Kau ni apasal?Kejap suka.Kejap sayang.” Piring digerak-gerakkan sedikit.Cepatla sejuk.

“Aku tanya je.Describe your love.Aku kasi maximum three words je.”

Dah sejuk dah rasanya ni.Three words?Macam main teka silang kata ‘via bukan blackberry’ gayanya. “Hmm..I love him.Three words.Cukup la tu.”

“Uh?What?Aku tak dengar?Translate boleh?” Jiji sengih.

Harap je bakal teacher.Benda simple pun suruh aku translate.Nak dera kawan ke? “Aku sayang Long.” Kuah tom yam perlahan-lahan dihirup.

“Uh?Lagi sekali?”

Panas!Rasa nak simbah je kuah tom yam kat Jiji. Panggilan dimatikan.Rasa nak menjerit bila dengar suara Long tiba-tiba tadi.Spoil!Kantoi!