Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD

Friday 28 January 2011

Fragile 23

Semua yang berada di ruang tamu tu senyap.Masing-masing dengan mulut menganga kecuali dua orang budak yang duduk beriba dan JJ yang tenang dengan riak tak boleh dibaca. Zeyq tak berkelip memandang JJ.Sungguh susah nak percaya.

“Buat lawak ke?” Zeyq menggawangkan tangannya di depan JJ.JJ masih dengan riak sama.Jet dan Are diperhati seketika.

“Nampak lawak ke?” JJ kembali menghadap Zeyq. “Seminggu je.Bukan sebulan.” JJ sengih. “Boleh Jet?”

Tiba-tiba tangan Jet terasa berat.Berat sebab baru kena kejutan JJ campur dengan berat Aiman atas ribanya.Aiman;anak JJ. “Kita orang..”

“Dua orang tu budak lagi.Ni nak jaga budak,tak ke susah?” Zeyq laju je potong.Nak suruh Jet dengan Are jadi babysitter Aiman dengan Amani.JJ punya lawak memang tak lucu. “Aku tak bimbang pasal Are dengan Jet tapi anak kau tu.Dua orang tu mana pernah jadi babysitter.”

“Lorh.Aku tanya Jet.Yang kau jawab tu siapa suruh.” JJ buat muka bosan.


Are kaku.Diam.Entah rasa apa.Happy?Sebab dapat main dengan budak-budak kat rumah.Amani atas riba ni pun dari tadi kena cubit pipi.Tapi rasa macam kena tampar.Figuratively.Sakit semcam.Sakit kes semalam.


“Ei?Salah beli ke apa?” Are membaca tajuk buku yang baru dikeluarkan dari beg kertas. 1..2..3..ABC.

Jet yang berdiri di belakang berkerut dahi.Kerusi di sebelah Are ditarik. “Tadi salah beli kut.Rushing sangat." Buku nipis di tangan Are dibelek. “Lorh..Awak nak baca ke buku ni?” Sengih.

Are ketawa. “Awak ajar saya ABC la.” Dia turut membelek buku tu.Buku budak tadika.

“Ada ke?Ni bagi kat anak esok-esok.” Isi beg kertas ditarik keluar. “Ni baru masuk set.” Majalah dengan paper dihulurkan pada Are. “Yours.”

Are memandang kosong majalah dengan paper di depannya.Dan buku tu yang dah beralih ke tangan Jet. Anak siapa?Anak kita. “Thanks.” Dia menepuk lengan Jet. Tubuh disandarkan pada kerusi.Rasa sebak.Pedih.Sakit.Tapi bukan Jet sengaja pun.Bukan Jet saja-saja pun.Bukan salah Jet.

Jet berkerut dahi.Ada yang tak kena.Apa yang tak kena.Kut Are penat sangat hari ni. “Ok ke?”

Are memandang Jet di sebelah.Angguk. “Ok.”

“Then?Saya salah beli mags eh?” Majalah di atas meja kembali ditatap.RAsanya dah betul yang ni.

Are geleng.

“Dah tu?”

Nafas dihela perlahan. “Big hug boleh?”

“Boleh tak?” Jet mencuit bahu Are.

Are blur. Apa yang boleh. “Boleh..Boleh..”

JJ sengih. “See!”

***

Stroller kosong ditolak perlahan ke arah pintu rumah. Sungguh tak sangka.Tadi pergi berdua je rumah Zeyq saja-saja nak lawat.Sekarang balik berempat.Aiman dengan Amani dah siap masuk dalam rumah dengan Are.JJ lebih kurang dua jam lagi berlepas la tu.Insya-Allah.

Memang JJ tak buat lawak tadi.Memang dia dengan Are dapat tanggungjawab jaga dua orang anak JJ.Baru umur setahun lebih.Larat ke dia?Entah.Tapi memang dia suka.Dah lama tunggu.Tunggu seorang dapat dua orang.Senyum.

***

“Bro.Banyak mana nak taruk ni?” Skrin laptop dipandang tak berkelip.Pusing kepala google sukatan nak buat susu. Senang-senang via web cam je dengan JJ kat Indonesia.Mana pernah jadi babysitter!

JJ gelak sakan depan skrin. “Tu pun tanya ke?Aku dah siap tinggal notes dalam beg Aiman.Try la cari.Aku pun lupa.”

Jet mencapai beg barang-barang Aiman.Kalut dia mencarai notes tu. “Karang balik Malaysia,cari calon la brader.”

JJ sengih. “Kau pun cari la jugak.Nak?”

Jet mengangkat muka memandang JJ pada skrin. “Nak kena baling dengan headphone ke?”

“Ok.Ok.Enough.Mana dua orang tu?Tak nampak pun.”

Jet menarik keluar notes JJ. “Ada kat luar dengan Are.” Notes di tangan dibaca sepintas lalu. “Kau tulis ke cakar notes ni.Tak faham aku.” Tulisan gaya jadi doktor dua puluh tahun.Campur dengan senget benget nya.

“Aku kalut sangat time tu.Tau-tau kena outstation. Kau dengan Are nak apa ni?Aku nak beli.”

Jet sengih. “Kira upah la ni.Aku nak iPad.Bungkus lepas tu post terus ke rumah aku.” Lawak yang saja dibuat dan memang sungguh dia nak.

JJ gelak. “Beli sendiri la.Aku beli barang murah-murah je kasi kat kau.” Dia sendiri tak ada iPad kering jugak la wallet kalau nak beli.

“Bawa balik kayu jati sepapan dua dah cukup.”

Friday 14 January 2011

Depan Buku [Cerpen]

“Boleh buat tak?”

Garu kepala. “Boleh.Tapi slow,slow.” Phiya angkat muka. “Ni spoil sikit.”

Lelaki di hadapannya membetulkan kaca mata miliknya. “Mula-mula memang macam tu.Karang praktis banyak-banyak la.Try buat dulu.”

Phiya angguk.Tau.Tau.Tangan laju menekan kalkulator. Haih! “Rindu zaman lower form.”

Imran sengih. “Awal-awal memang macam tu.Jangan pressure sangat.Baru Form 4.” Handset dikeluarkan dari saku.Waktu dipaparkan di skrin dipandang sekilas. “Got to go.”

“Dah habis dah?” Phiya melepaskan pensel mekanikal di tangan.

Angguk. “Next week kita cover topic ni kasi mantap.Then,masuk topic baru.” Buku dan kertas kajang disimpan masuk ke dalam sling bag. “Ok?”

“Eden try.”

***

“So how?”

“Panggil aku cikgu dulu.” Imran sengih sambil menanggalkan helmet di kepala.

“So cikgu,macam mana kelas hari ni?Budak-budak nakal ke?” Lann dah masuk gaya Cikgu Besar cakap dengan cikgu yang baru praktikal.

Shrugged. “Ok.Tak susah macam aku expect.”

Mereka beriringan melangkah masuk ke bahagian belakang kedai makan tu.Muka Imran pun dah aci pucat tunggu kena maki.

“Agak-agak cikgu nak kena marah ke ni?” Imran memandang sekeliling.Kak Wani tak ada.Clear!

“Hah..Siapa suruh cikgu lambat.” Lann dah keluar untuk ambil order.

Imran mencapai buku nota dan pen di dalam saku apron yang tergantung.Asal rasa macam tak terlepas kena marah ni?Redah la.Dia pusing ke belakang untuk ke kaunter dan baru buat gaya spinning wheel dah kena..

“Ha,baru nampak bayang Imran.Mana pergi?Akak tungguk lama.” Kak Wani siap bercekak pinggang depan pintu masuk bahagian belakang.

Nak kena dah..

“Try tengok jam pukul berapa.Janji datang awal,ni siap lewat puluh-puluh minit.Ingat akak bukak kedai ni saja-saja ke?Bayar gaji saja-saja suruh Imran datang lewat?”

Tutup telinga dengan angin dan jalan main redah je depan Kak Wani.Takkan nak menjawab.Memang salah dia pun. “Sorry kak.”

“Berapa kali nak cakap..”

***

“Kakak,minggu ni nak kelas lagi ke?” Puan Maznah duduk berhadapan Phiya.

Roti bakar disua. “Boleh jugak.” Mana tau kut-kut dapat offer boarding school.Mahu merangkak dia nak kejar bila pindah sekolah baru.Banyak nak kena prepare.Kejap. “Cikgu mana ma?”

“Abang tu nak?”

***

“Eh?” Imran mencapai kain lap meja di meja sebelah. “Boleh tu boleh.Tapi kali ni saya tak boleh nak extend dah.” Dah serik kena tegur.

“Hari Rabu lah ya?”

“Ya.Ya.Insya Allah.”

Panggilan dimatikan.

“Kau dah dapat jadual kelas?” Lann menyiku Imran.

Blur. “Jadual?Mana kau ciplak?” Kut cepat tangkas budak ni cari information.

“La..Masa register hari tu.Kau kalut sampai lupa nak taruk dalam file.” Sungguh kerja kalut la kawan ni sorang.

Imran mengetuk pen pada hujung meja.Register..Jadual..File.. “Aku copy kau punya je la.Senang cerita.”

Lann berkerut dahi. “Zaman bila kita sekelas?Kau mintak dengan budak baru kenal tu la.”

Susah.Baru masuk dah kalut itu ini. “Budak mana?”

“Yang rempuh kau hari tu.”

“Zana.”