Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD

Sunday 17 July 2011

One 2

“Eii?” A’an masih blur.

“Tak ingat dah ke?” Baru petang tadi kenal.Kut cepat sangat delete memori.

A’an pandang Ka’at.Aidil di sebelah pula direnung tak berkelip.Pandangannya beralih pada Pak Din. “Anak sulong Pak Din ke?”

“Eh,Along dah kenal A’an?”

***

Kaki A’an berhenti menghayun. Dia bosan sebenarnya dengan Aidil yang dari tadi senyap.Boleh jadi Aidil tertinggal suara dalam kereta kut.

“Dil,kalau setakat nak duduk macam ni je..” Wajah Aidil dipandang sekilas. “..baik balik.”

Aidil masih tak bergerak dari posisi.Langsung tak endah dengan A’an di sebelah.

“Weh.” Kaki Aidil yang bersarung selipar jepun ditendang dengan sandals.

Aidil tak berkelip memandang A’an di sebelah. “Hah?”

“Balik nu..”

“Aku balik dulu.” Dia bangun dari bangku.Aidil mengangkat ‘salute’ pada A’an sebelum menuju ke arah keretanya.

A’an angguk.Typical Aidil.

***

Rasa berkesan ke?” Dia pandang sekeliling.Props sana sini untuk aktiviti selanjutnya bersama penghuni Rumah Amal.

Ka’at tak berkelip memandang Aidil.Tak faham sebenarnya. “Why not?”

“Game ni typical.Boring.Tak bawa impak sangat.” Main sembunyi props belakang individu lepas tu apa entah.Bosan. “Ni je yang boleh sumbang?”

“Damn.Aku patut join group lain tadi..” Ka’at menggugamam sendiri pada dirinya.

Dia berkerut dahi. “Huh?Tak dengar.”

Ka’at bangun dari silanya. “Kau jerk.” Dia meninggalkan dewan itu.Habis segala props dirempuh buat tak nampak.

“Ka’at!” A’an mengejar dari belakang.

Dia teringat kes pagi tadi.Pada mulanya tak rasa apa-apa.Bersalah pun tak.Memang susah bila ada pihak tak bagi kerjasama.Punya lah jenuh Kak Ita taip surat buat kertas kerja invite students dari ipt lain tiap-tiap tahun.Tapi yang datang boleh kira dengan jari.Dan murah hati pulak university dia punya admin bagi kerjasama apabila uni lain buat program.

Tapi malam ni dia baru rasa bersalah.Selepas dia tahu yang Ka’at tu anak Pak Din.

Note to myself : Mind your manner.

***

“Aidil?” fikirannya berputar.Ah!That guy memang patut kena campuk masuk parit belakang rumah Atok.

“Bukan aku.” Jol cuba clarify situasi yang langsung dia tak rancang.Dia cuma mangsa dalam rancangan Aidil yang entah apa entah.

“Ok then.You may go.Aku nak shopping sikit.” A’an pusing ke belakang dan mula menapak meninggalkan Jol.

“Watsons?” Jol berjalan di sebelah A’an.

Dia senyum. “Nak join?”

Jol jongket bahu. Langkahnya masih beriringan dengan A’an.Susahnya nak dekat dengan awak.

“Selalu shopping hari Sabtu?”

Shrugged. “Depends.Normally dengan mangkuk tu.”

“Mangkuk?” Jol tak faham.

A’an mengetap bibir.Mangkuk! “Aku nak cari mangkuk la.” A’an melangkah memasuki entrance Giant.

Jol ketawa.Baru faham!Memang mangkuk pun.

***

+How’s the date?

Aidil membiarkan handsetnya di sebelah mouse.Pintu tandas ditolak dan ditutup.

***

A’an berhenti mengacau minuman dengan straw.Mesej yang baru diterima dibaca.

+How’s the date?

Malas layan.

***

Aidil memandang skrin handsetnya.Tiada mesej yang diterima.Tengah ayan date ke apa.

+Let me remind you to thank me

***

Thanks?A’an buat muka pada skrin handsetnya.Tak rasa nak berlawak dengan Aidil buat masa sekarang.Dan zaman bila dia date?Jol di hadapan dikerling seketika.

“Aku rasa nak balas balik.”

“Hah?” A’an tak faham.

Jol dah keluarkan aura sengih keji. “Balas balik apa yang Aidil buat.” Dia cuba membaca reaksi wajah A’an. “Nak?”

“Ah..That’s awful!” A’an buat-buat gaya terkejut.Kemudian dia gelak. “Sure.” Jemari laju menekan keypad.

-Thanks bro.Aku happy gila.He’s nice

***

Aidil kalut mencari tisu.Spoil!Habis tumpah air kotak Angah beli.Hulaa..Dah la bergula.

Note to myself : Jangan baca mesej sambil tangan pegang air kotak

***

“Datang rumah aku kes nak tanya tu je?” A’an menggaru buku lali dengan kaki.Kacau sungguh.

Aidil gelak. “Nope.”

Lagi tambah musykil.Kenapa mood ala-ala good morning mickey ni? Dia berdehem.Serius tak serius. “Kenapa datang?” A’an duduk di atas kerusi batu menghadap Aidil.

Adil pusing ke kanan.A’an yang tengah keliru turut pusing ke kanan. La..rumah Ka’at rupanya.

“Ka’at ada?”

Kening A’an terangakat. “Tett!Wrong house.” Masih tak faham sebenarnya.

“I’m looking for Ka’at.” Aidil memandang A’an. “An kau kena tolong aku.”

A’an pejam celik matanya.Apa ni?Tak faham.Tak faham. Tak nak faham. “Do I look like Ka’at?”

“Teman aku jumpa Ka’at.” Takkan tak faham kut.

A’an menarik nafas dalam-dalam. “Jom.” Dia melangkah keluar pagar rumah.Jemarinya menekan-nekan loceng rumah Ka’at. “Ka’at!Ka’at!” Dia tunduk sedikit cuba mencari kelibat Ka’at di pintu.Haish..Mana ni.

“Ada tak?”

A’an rasa nak sekeh je Aidil yang betul-betul kat belakang dia. Rasanya Aidil lagi tinggi dari dia,takkan tak nampak kut. Dia pusing menghadap Aidil. “Ada.Ada.Tu ha..” Telunjuk A’an mengarah pada gazebo rumah Ka’at.

Aidil menuruti telunjuk A’an.Mananya? “Tak nampak pun..” Aidil baru dapat mencerna joke A’an. “Haish..Anak Mak Tom nak kena sekeh ke?” Dia tunduk sedikit memandang tajam A’an.Memang Ka’at tak ada pun kat gazebo tu!Saja nak buat lawak tak lucu.

Sengih. “Anak Cikgu BM marah ke?”

“Ni anak TNB yang tengah marah.”

A’an dan Aidil sama-sama toleh ke belakang.Ka’at!

Sunday 3 July 2011

One 1

“Buat banyak-banyak sikit.Karang kempunan budak-budak.” Man sapa belakang Aidil yang tengah bersila pakai lutut je.

Aidil dongak ke atas. “Yang mana satu ni?Banyak ke sikit.” Kalau dengar dek abah aku bahasa jenis ni,memang dapat pangkah terus la.Cikgu Bahasa Melayu tu.

“Ni ok?” A’an sengih sambil mengangkat jet kertasnya.

Aidil gelak. “Kau rasa boleh terbang ke?SPM dulu Fizik dapat berapa?” Dengan sayap jet tu mendatar tak cukup power lagi nak lawan angin.Kepala jet pulak dah gaya nak patah.

A’an tak ambil peduli. “Lorh..Pendek la akal kau.Kau rasa budak darjah satu buat benda ni masuk kelas Fizik dulu ke?”

“Girls buat origami dengan Kak Ati nu la.Bazir kertas je kat sini.” Aidil menggeleng sambil tersengih sendiri.Sakat A’an.

A’an dah muka merah.Payah sungguh duduk dengan anak cikgu BM ni. “Brader Man,biar saya tolong Kak Ati la.” Dia bangun dari bersila.A’an pusing kiri kanan cuba menghilangkan sakit belakang kes duduk bersila lama.

Man angguk. “Kak Ati sekarang kat dewan utama.”

A’an senyum.Dia merenung seketika Aidil yang tengah bagi tumpuan dengan jet kertas.Sengih.A’an memejam mata sambil menghayunkan langkah.

“WEH!!”

A’an pecah ketawa sorang-sorang.Dia toleh ke belakang memandang Aidil. “Ops.Kena ke?”

Aidil mengangkat jet kertas yang baru dipijak A’an.Dah gaya kena rempuh dek gajah dah ni.

Dia memandang jet di tangan Aidil. “Kau rasa boleh terbang ke?”

***

“A’an.Mana Aidil?” Jol toleh kiri kanan mencari Aidil.

“Gents.” A’an melipat hujung lengan t shirt.

“You’ll be in this group.”

Kedengaran suara Jol di hadapan.Laju A’an mengangkat wajahnya.La..Ada guest.Dia senyum dan mengangkat sebelah tangan tanda hormat.

“A’an.Dia akan jadi fasi sekali dengan korang.”

A’an angguk tanda faham.Matanya masih belum melepaskan wanita sebelah Jol.Rasanya baya dia je.Tinggi pun lebih kurang.Lawa.Dressing tak over.

“Ka’at.” Dia menghulurkan tangan.

A’an sambut, “Cut?” Potong apa?

Ka’at gelak kecil.Mungkin dah biasa dengar orang tanya macam tu. “Ka’at stands for Kamalia Tajuddin and you?A’an kan?”

Angguk. “A’an stands for..”

“Jol!Sorry aku pinjam A’an kejap.” Aidil menampar belakang Jol.Dia sengih pada A’an. “Pasal black out tadi tu,jangan ambil hati.”

Jol memandang Aidil. “Kau dah basuh tangan?” Tiba-tiba hempuk belakang tak ada sebab ni memang musykil.

A’an langsung tak peduli dengan Aidil.Lantak pi la dia. Dia senyum pada Ka’at. “Aidil.Fasi jugak.”

“Oo..” Ka’at melangkah ke hadapan sedikit cuba memandang wajah Aidil.

Jol menoleh pula ke arah Ka’at apabila dia perasan Ka’at tengah struggle nak beralih daripada kena block olehnya. “Aa..Sorry.” Senyum. “Wei Dil,ni Ka’at wakil dari maktab untuk program ni.”

Aidil memandang Ka’at seketika. Tangannya dimasukkan ke dalam saku tanda tak berminat.

“Sorry sebab kami tak hantar ramai wakil.Tapi next year Insya-Allah ramai.” Ka’at senyum.Rasa macam boleh faham je kenapa Aidil react macam tu.

“Next year apa nya.Ni tahun akhir program ni.”

A’an,Jol dan Ka’at sama-sama memerhati Aidil meninggalkan mereka.

“Normal.”

***

“Kamu ada masalah ke?” Gelas teh ais diletakkan di hadapanAidil.

Aidil senyum. “Manusia Pak Din.” Straw dibawa membuat marathon dalam gelas.

“Kawan?” Pak Din merangkap tuan punya kedai makan ni.

Dia jongket bahu. “Undefined.” Kes dia dengan budak maktab tu.

Pak Din ketawa. “Perempuan?” Heh..Kalau setakat nak speaking dengan Pak Din pesara bahagian teknikal TNB ni bukan payah pun.

Gelak jugak. “Dia buat onar.Mana saya tak kusut Pak Din.” Straw dibawa ke bibir.

“Malam ni pergi rumah Pak Din.Lepas maghrib.” Pak Din dah bangun dari duduknya.

“Ada apa?” Kut nak suruh aku pergi rumah dia yang aku tak pernah jejak.Tiba-tiba?

“Pak Din pindah rumah.Ada buat makan-makan.” Dia menyeluk saku apron mencari kertas dan pen.Tangan ligat melakar peta pada kertas dari buku 555.Klasik tapi mantap. “Kamu datang bawak sekali keluarga.” Kertas dihulurkan kepada Aidil.

Aidil mencapai dan membaca lakaran Pak Din.Aik!

***

Aidil cuba mantafsir kembali lakaran peta pada kertas yang Pak Din bagi petang tadi.Takdir.Dia menggeleng sendiri.Dunia tu sfera. Dia memandang rumah dua tingkat di seberang jalan.Yang sebelah kanan tu rumah Pak Din dan yang sebelah rumah Pak Din tu rumah..A’an.

Pintu kereta dibuka dan ditolak. Butang baju melayu Johor dibetulkan.Pak Din oo..Pak Din. Dia melangkah memasuki pagar rumah Pak Din.Dah penuh orang kat laman ni.Kelibat Pak Din dicari dalam celah manusia.Tapi yang dia jumpa..

“Stalker!”

Laju Aidil menoleh ke belakang. “Ada jugak.” Dia sengih pada A’an.

“Buat apa kat sini?” A’an tak berubah riak.Terkejut jumpa Aidil kat rumah jiran sendiri.

“Jumpa bapak mertua aku.”

Pipi A’an kembang dengan angin.Tak puas hati dengan jawapan Aidil.

Aidil gelak.Rasa nak himpit je pipi A’an kasi keluar angin tu.

“Aidil!” Pak Din dah bagi signal suruh masuk.Aidil angguk.

“Lepas habis ni tunggu aku.” Dia pusing ke arah A’an.Laju dia menapak ke arah Pak Din.

Bapak mertua?

***

“Along dah kenal ke?” Pak Din tengah haru dengan budak dua orang ni.

Ka’at sengih. “Kenal gitu-gitu.”

Mata Aidil masih pada Ka’at.Sah la dia memang nampak Ka’at tadi.

“Kita kenal,kan?” Ka’at gaya kerek.Tadi kau kerek,ni anak Tajuddin pulak nak kerek depan bapak sendiri.

Aidil tak tahu nak kata apa.Dah insaf buli anak orang Dil? Angguk. “Kenal masa program pagi tadi.”

“Pak Din,ni dulang belah lelaki saya nak taruk mana?”

Tiga pasang mata memandang A’an.

“A’an!” Ka’at mengangkat tangan pada A’an yang tengah blur.

“A’an..” Aidil menggumam sendiri.

“A’an.Kamu letak je depan pintu belakang.”