Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD

Saturday 21 April 2012

Hi !

jom ke pesta buku di PWTC ! mana tau kita bersua kat sana,kut-kut yang tegur minta singgah kat booth tu saya. lol.
tapi saya ke sana dengan tangan kosong,tak berbekal novel macam cik bulanhijau . MAJUU !
Jumpa di sana =)

Fragile 36


Jet mengimbangi pinggan dan mug di kedua-dua belah tangan ke ruang tamu.Kembali ke zaman ala-ala bujang.Are dengan dia dah masuk dua hari tak bertegur.Masing-masing dengan hal sendiri.Tok Chu pun sempat pesan sebelum balik kampong.Haih..Bila nak berani ni Jet?
Bila?
Dia menyoal dirinya sendiri.
Sekarang?
Tanpa berfikir panjang dia meletakkan pinggan dan mug di atas coffee table.Tanpa disuruh langkah diatur menaiki tangga.Betul ke apa dia buat?Dan soalan itu mati di situ apabila dia betul-betul berdiri di hadapan  pintu bilik Are.Perlahan-lahan dia memulas tombol dan menolak.Matanya mencari kelibat  Are.Bergetar jiwanya apabila melihat Are lena di meja jepun.
Jet bersila di sebelah Are.Dia menghela nafas,sukarnya nak memujuk.Payahnya nak terpujuk.Rambut yang menutupi dahi Are diselak dan diselit di belakang telinga.Wajah Are diperhati tanpa jemu.Seingatnya dah lama tak tatap Are macam ni.Are dah sedikit..berisi.Tak pernah dia bercakap tentang baby dengan Are.Lebih banyak berdiam daripada berbicara.
Jemari Are dicaai dan dibiarkan berehat di atas tapak tangannya.Redup pandangannya menatap wajah Are.Sungguh dia rindu.Jemarinya cuba mengelus rambut Are tetai terhenti apabila handset Are tiba-tiba bergetar.Dia memandang nama pemanggil.Ibu?Jet mencapai handset dan dibawa keluar.
***
Are menggigit bibir.Air matanya mengalir tanpa dapat ditahan.Seksa dia pura-pura lena tadi.Kehadiran Jet tadi benar-benar mendebarkan.Entah rasa apa yang hadir tadi.Asal dengan angin Jet tu?Dia melarikan jemari ke celah rambut cuba mengingat kembali situasi tadi.
Perhatiannya beralih pada deruman enjin kereta.Are berkerut dahi,Jet ke mana?
***
“Ibu ada call tadi?” Are bertanya di sebelah sana talian.
“Aizat tak cakap?Tok Chu tengah nazak kat kampung.”
***
Jet menyeka peluh sejuk di dahi.Dadanya terasa sebak.Entah apa yang bakal terjadi.Kereta dipandu laju tanpa menghiraukan signboard hadlaju.Dia terbayang wajah Tok Chu yang tengah nazak.Ya Allah.Baru je kali terakhir jumpa dua hari lepas.
“Nanti Tok tak ada,sampai sudah kamu dua orang tipu orang sekeliling.”
Tangannya cekap mengawal stereng mengelak kenderaan lain.Proton Wira di hadapan cuba diatasi.
***
Are menekan brek apabila kelihatan crowd dan kereta banyak di tepi jalan.Dadanya berdebar dan sebak tanpa sebab.Dia cuba mencari sesuatu di sebalik crowd dan kenderaan yang banyak.Bergetar jemarinya apabila melihat darah di atas jalan.
***
Are mencuri pandang wajah Jet di sebalik orang ramai.Keruh di wajah Jet jelas kelihatan.Jet langsung tidak menghiraukan orang sekeliling.Bacaan Yassin diteruskan juga walaupun dia tahu penat memandu tadi masih belum hilang.
Dan hari ini,Tok Chu menghembuskan nafas terakhir.Dan hari ini jugak Jet tak sempat pulang sebelum pemergian Tok Chu.Dan hari ini jugak pertama kali dia melihat wajah Jet sekeruh itu.Tak pernah dilihatnya Jet seperti itu.Are duduk bersila sambil mencapai surah Yassin yang baru diletakkan.Tindakannya terhenti apabila wajah Jet menyua pandangan.Jet langsung tak perasan akan kehadirannya di situ.Jet betul-betul sedih.
***
Are menolak daun pintu.Kelihatan Jet tertunduk di birai katil.Jenazah Tok Chu selamat dikebumikan dan sampai sekarang dia masih belum bertentang mata dengan Jet.Selendang ditanggalkan dan diletakkan di birai katil.Are perlahan-lahan mendekati Jet.Teragak-agak dia memanggil.
“Jet..”
Langsung tiada reaksi daripada Jet.
Are menyapa bahu Jet. “Jet..”
Masih tanpa reaksi.
Are mula resah.Tak pernah dilihatnya keadaan Jet seteruk ini. Jemari Are mencapai jemari Jet dan digerakkan. “Jet.” Hampir membisik nada suara Are.
Kedengaran Jet menghela nafas berat.Jet mengangkat sedikit wajahnya. “Tok..” Hampir tidak kedengaran suaranya.  “Are,Tok..” Bergetar suara Jet menahan sebak.
“I’m here.”

Friday 20 April 2012

Fragile 35


Terhenti tangan Jet daripada melakar pada dada kertas apabila kedengaran pintu sebelah ditutup. Perang dah mula balik. Dia meraup muka dan memandang seketika kerjanya yang belum sampai separuh siap. Dah tak ada mood langsung nak buat ni. Volume laptop diperkuat;kedengaran suara JJ dengan Ean menjerit “Gotcha!”
Kan bagus kalau dapat buat macam tu dekat Are.Buat la sangat kalau nak rasa kena sembur.Haih..Jam pada skrin dikerling; 11.30 malam takkan tak nak masuk-masuk lagi.Kan kunci jugak pintu bilik ni,makin parah ada la.Jet berdiri membetulkan belakangnya, misi bermula.
***
Are menggigit bibir dengan mata memandang dinding bilik sebelah.Spoil!Dalam kereta tadi memang betul-betul fake sampaikan Tok Chu pun kena tipu sekali.Dia menghela nafas penat.Penat dengan situasi yang rasa macam makin hari makin obvious apa yang sebenarnya.Jet curang.
Was.
Dia cuba menepis kata hatinya.Kurang-kurang pernah.Pernah.Dia melarikan jemarinya di atas skrin handset mencari nama seseorang.Teragak-agak dia menyentuh untuk mendail.
***
“Assalamualaikum.” Jet menanggalkan headset di leher. “Esok?” Dia berfikir seketika. “Free.Free.” Jet mengangguk sendiri. “Nanti Along hantar.Tok Chu dah tahu?” Dia menjeling dinding bilik sebelah. “Ok.Wa’alaikumsalam.”
***
Are kembali meletakkan handset ke meja di sebelah katil.Belakangnya disandarkan ke kepala katil cuba menenangkan kepala yang kusut.Apa penghujung dia dengan Jet?Itu persoalan yang kian bermain dalam fikirannya.Makin difikir makin..
***
Jet mengetuk pintu bilik sebelah.Dia tahu Are di dalam walaupun dari tadi sunyi macam tak ada orang.
“Are,I masuk.”
Are segera tegak.Dia terpaku sama ada hendak dibiarkan sahaja Jet masuk atau sempat ke dia meluru dan mengunci pintu?
Jet berdiri di hadapan pintu yang terbuka.Mereka sama-sama sepi seketika saling menanti siapa yang akan bersuara.
“Tok Chu balik esok.Mak Lang nak datang rumah.” Jet terus menghilang di sebalik pintu apabila selesai inform apa yang patut.Dia tak rasa Are selesa tengok dia tercegat kat situ.Pintu bilik yang asalnya bilik kosong tapi kini dihuni Are ditutup perlahan.Langkahnya diatur menuruni tangga.
“Aizat.”
Hampir tercabut rasanya jantung bila tiba-tiba Tok Chu buat gaya sentap macam tu.NYaris-nyaris dia tergelincir tadi,kira okay sebab sempat lagi berpaut.
“Yes Tok.” Jet menampal sengih.
Tok Chu membawa cawan ke bibir.
Jet duduk di sebelah Tok Chu.Cawan yang dah hamper tinggal separuh isi dipandang seketika. “La..Air kosong je?Kopi banyak kat dapur Tok,air kosong jugak Tok minum.”
Tok Chu senyum tawar. “Nak tunggu budak-budak ni minum sekali alamat Tok sampai kampung pun belum tentu dapat.”
Jet kelu seketika.
“Aizat,ada apa dengan kamu berdua?” Tok Chu menggeleng. “Pandai tipu Tok buat-buat tak ada apa-apa tadi.” Jet dipandang menanti jawapan.
Jet teringat scene dalam kereta tadi.Mesra je dengan Are tapi fake je kut.Kut. “Biasa la Tok.” Tangannya didepangkan di atas sofa.
“Jangan dibiasakan,karang parah.Amera tertekan la tu,orang mengandung Aizat kena faham.” Belakang Jet ditepuk perlahan. “Nanti Tok tak ada,sampai sudah kamu dua orang tipu orang sekeliling.”
Right.Nanti Tok balik kampung mungkin tak ada dah kut gaya mesra buat-buat macam tadi. “Aizat tak tahu nak buat macam mana.Aizat tak tahu Tok.” Jet tertunduk.
Tok Chu sedikit tersenyum. “Kurang-kurang kamu sedar.Aizat cuba cakap elok-elok dengan Amera.Betulkan yang mana salah.Jangan main biar macam tu.”
Jet menghela nafas memikirkan masalahnya dengan Are. “Tengok la dulu Tok.”
“Aizat kan dah besar.Dah boleh fikir.”
Ruang di antara Jet dengan Tok Chu sepi seketika.Jet kembali mengingati salahnya pada Are.KIra-kira ada kut nak dekat tiga bulan Are pregnant.Dia meraup wajah yang tertekan. “Tok nak kopi?”
“Kopi apa yang ada?”
“Cap Badak boleh?”
“Ei,budak ni!”

Wednesday 11 April 2012

Fragile 34

Are tunduk mencari sesuatu dari rak.Susunan tin-tin sup cendawan diperhati satu-persatu.Tiba-tiba dia terasa kepalanya terlanggar sesuatu.
“Sorry.”
Are berdiri tegak sambil tangan menggosok kepalanya. “Ouch..”
“Eh?”
Are tersentak sendiri.Saura yang sangat familiar terus dia mengangkat muka memandang tuan punya suara. “You!”
JJ tersengih sambil angkat tangan gaya salute. “Shopping?”
“Yup.Cari barang sikit.You?” Troli JJ yang masih kosong dipandang sekilas. “Mana budak-budak?”
“Mak Su dia jaga.Sorang je ke?” JJ mencapai tin sup cendawan dengan keju.
Are turut mencapai tin dari rak sama. “Sekali dengan Jet,Tok Chu,Alia..?”
“Alia?” JJ berkerut dahi memandang sekeliling.
Are langsung tidak peduli JJ di sebelah.Langkahnya diatur menghampiri Alia di hujung sana rak.Are memerhati perbuatan Alia dari menilik tarikh luput pada paket makanan sehinggalah Alia menolak troli tanpa sedar menghampiri Are.
“Are?” Alia merenung hairan Are di hadapan.
“Dah lunch?”
***
“Saya hairan.”
Alia serba salah. “Dah tak ada apa-apa.” Alia cuba senyum.
Are memandang JJ di sebelah.Entah bila masa tiba-tiba JJ mengekorinya dan tahu-tahu sudah berada di sebelah. “Sebab tak ada apa-apa tu la saya hairan.” Are kembali merenung Alia.
“Aizat pilih awak.That’s it.Tak ada apa-apa.”
“Habis awak?” Are masih tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan.Dia kembali memandang JJ.
JJ menggerakkan jarinya pada skrin menaip sesuatu tanpa menyedari dirinya diperhati.Laju kasut Are singgah di sandals JJ.
“JJ jangan.” Rendah suara Are memberi amaran.Dia tahu ada sesuatu di antara JJ dengan Jet.Pasti.
JJ terus menyimpan handsetnya. Dia memfokuskan dirinya pada Alia di hadapan. “So,tak ada apa-apa la ni?”
Alia menggeleng.
“Okay Are,We’re done.Tak ada apa-apa.” JJ bangun dengan harapan Are turut mengikutnya meninggalkan foodcourt.Tetapi Are langsung tak berganjak dari tempat duduknya.JJ kembali duduk.
“At first,kenapa dia dengan awak,Alia?” Are memandang handsetnya yang tiba-tiba menjerit dan dibiarkan terus menjerit. “I need to know.”
“Are.” JJ berpaling memandang Are.
“I kena tahu.Kalau dia boleh curang sekali,curang dua kali pun boleh jadi.” Are mengetap bibir.Marahnya semakin membuak apabila kelibat Jet di belakang JJ. Handsetnya menjerit tadi terus senyap.
“JJ.” Jet menyapa JJ dengan anggukan.Dia duduk di hujung meja kecil.Pandangannya dengan Are bertaut lama.Tajam. “Ada apa ni?”
Alia langsung tidak memandnag Jet.
“I can’t take it.” Are merengus kasar.
Jet menghela nafas. “Are,kita discuss kat rumah eh.”
Are menahan marahnya.Dia terdiam seketika merenung Jet.