Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD

Monday, 7 September 2009

Untitled 5

Edi menghempaskan beg sandangnya di atas rumput tebal.Dia mendepangkan tangan.Angin bertiup lembut.Langit senja bersama kawanan burung yang sedang terbang bebas.

“Amacam?”Aim menapak di sebalah Edi.Edi memalingkan mukanya memandang Aim.Dia senyum segaris.
“Better..”Edi kembali memandang langit yang terbentang luas.Aim menyandarkan dirinya pada kereta.

“Aim..” Edi duduk di sebelah beg sandangnya di atas rumput.
“Hmm..” Aim turut duduk di sebelah Edi.
“Mana dapat tempat ni?”Edi membuang rumput-rumput di atas beg sandangnya.
“From Allah..” Aim mengangkat lutut sebelah.
“Yea!Selalu datang sini?” Edi memeluk kedua-dua lututnya.Aim mengangguk.
“Selalu gak.Time depress la..”

“Shout ar!” Aim menyiku lengan Edi.Edi mengalihkan lengannya. “No touching kay!”Mata Edi tertumpu pada matahari yang sedang terbenam. “Shout about what?” Edi mengalihkan pandangannya pada Aim.

“Shout about your current prob la..” Aim memerhati anak mata Edi.Edi mengelak daripada memandang Aim.
“Shout to the sky huh?” sarkastik suara Edi.
“Lorh!To me la..” Aim sengih.Sky boleh cakap ke?
Edi ketawa kecil, “Buat pe?Nak jadi Oprah ke?”
“Boleh gak!Inche Oprah la..”Aim sengih.
Edi ketawa, “Cukup ke duit nak bagi makan kat Oprah?”
“Lorh!Kalau makan nasi hari-hari boleh gak,tapi kalau nak suruh suap emas platinum..Surrender!” Aim angkat kedua-dua belah tangan.Ketawa pecah.

Edi mengangkat kening sebelah memandang Aim, “Tak payah la nak shout.Buat bikin kepala serabut je..” Edi merenung awan.
“Heh..Pendam sorang-sorang lagi serabut seyh.Boleh bikin gilak!” Aim dah mula keluar bahasa Indon.
Edi senyum pada awan. “My life is soo..messy!” Kira diklasifikasikan sebagai shout la tu.
Aim mengangkat kening sebelah, “Gaya nak suicide je..” Edi pantas berpaling pada Aim, “Gilak!” Edi menggeleng ,” Skru kat otak ni still kuat lagi,huh!Suicide tu kira antara the best damn thing in life ar..”
“Tell me la..” perlahan suara Aim.Dia meletakkan kedua-dua belah tangan di atas lutut. “Maybe ni one of the way kita boleh know each other..”
Dahi Edi berkerut.Gaya jiwang semacam je pak cik ni.Apa dia ingat cerita aku boleh buat lagu ke?

“Kenapa Edi macam allergic kat Aim?” serius nada suara Aim.Edi mengetap bibir berfikir.
“Entah..” Edi angkat bahu. “Maybe sebab Aim ni ada aura devil kut!” Edi ketawa kecil.Aim dah tarik muka merajuk budak tadika.Edi sengih. “Ok la..ok la..Maybe sebab Aim ada aura somebody I know la..”
“Siapa?”
“Human being!”
“Edi!”
Ketawa pecah.

Sesi ice breaking tamat..


Tia dah berbalas sengih dengan Luke.JJ dah buat muka sweet semacam kalah gula-gula dalam balang kat kaunter cafeteria.Edi dah pening nak bagi explanation berkajang-kajang kat budak bertiga di depannya.Aim buat muka toya tengok Luke dan JJ.

“Sangkut jugak korang ek!” Tia menyiku Edi di sebelahnya.Edi menepuk dahi.
“Wei kanak-kanak Ribena!Berapa kali nak bagi explanation siap dengan bukti kukuh yang aku jumpa si budak Aim ni tengah jalan.Pastu aku kutip dia bawak sini lepak ngan korang.Jalan cerita klimaks segala jenis plot aku dah bagi.Takkan tak nak percaya lagi kut!” Edi dah menggaru kepala yang tidak gatal.Memang betul pun dia terjumpa Aim masa keluar kelas tadi.Selepas itu,sama-sama nak pergi cafeteria sebab katanya nak jumpa dengan Tia,Luke dengan JJ.Baik-baik je sampai sini dah kena sakat kata tersangkut la,terpaut la,ter.. apa-apa pun tak tau.

Edi menjeling Aim.Alahai pak cik sorang ni pun,bukan nya nak tolong back up aku yang tengah nyawa-nyawa ikan ni.

“Wei..Setahu aku la kan.Budak engineering mana ade study kat area budak accounting.Bukan ke budak engineering semua angkut study kat blok lain kan?” JJ menyiku Aim di sebelahnya. “Kan..kan..?” JJ memberi isyarat pada Luke minta memihak di pihaknya.

Luke sengih. “A’ah!” Luke memetik jari. “Yang kau boleh terdampar kat area budak accounting tu apa kes?” sarkastik suara Luke.

Aim menjeling. “Lantak la korang nak kata apa.Tu area budak accounting kan.Bukannya area toilet perempuan,” Aim memandang JJ dan Luke silih berganti. “Kan..kan..?” Aim mengajuk kata-kata JJ.

Edi segih bangga.Heh!Aim dah masuk geng aku. “So,conclusion nya, tak salah kan Aim nak tersesat kat area tu kan?” Dia sengih pada Aim tanda ‘terima kasih tolong jadi lawyer tak bertauliah aku’.

2 comments: