Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD

Sunday, 15 November 2009

Crumb 8

Dan macam setiap pagi biasa,satu rumah kedengaran Lisa menjerit dari tingkat atas.Tapi hari ni bukan macam hari biasa.JJ memandang jam tangannya.Pagi Sabtu pun ‘nightmare’ jugak ke?

Lisa menjengah masuk ruang tamu dengan muka kalut habis.JJ kelam memandang Lisa.Kut jatuh katil pagi ni..

“Bad news.” Lisa melangkah masuk dapur.

“Huh?” JJ memerhati Lisa berjalan masuk dapur.

Lisa kembali dengan mug di tangan dan duduk menghadap JJ di meja.Mug dibawa ke bibir dan diletak kasar. “I kena balik rumah parents I.Malam ni..”

JJ mengangguk. “Ok.”

Lisa mengeluh memandang JJ. “Yang tu I tak kisah.Problem nya,I kena balik bawak you sekali.” Satu persatu Lisa menerangkan dengan wajah serabut gaya pikir masalah dunia.

Kening JJ terangkat sebelah. “So?Kita balik sekali la.” Apa masalahnya balik rumah ma dengan pa bawak aku sekali?Apa aku ni husband dia kan?

“That’s the problem.Parents I suruh dinner kat sana.Means kita kena..” Lisa menjulingkan mata. “Menginap kat sana” Dia menggumam sendiri.

JJ masih lagi wajah tenang. “I tengok couple lain biasa je balik rumah mak bapak diorang.Takde problem pun.”

“Tu orang lain.Ni kita.Us.Kita tak macam orang lain.” Lisa mengeluh lagi dengan mata memandang melepasi bahu JJ.

Dan susana sunyi seketika di ruang tamu.Masing-masing membisu. Senyap tak terkata.Dan senyap sebab tak tahu nak cakap apa.

JJ berdiri dan melipat notebook nya. “Seksa sangat eh kahwin dengan I?” Dia melangkah pergi dan mencapai kunci kereta.





Kereta dipandu laju.Edwin Mccain-I’ll be mengisi sunyi di dalam kereta. Earpiece dicapai dan dipakai pada telinga.Mata memandang handset di tangan kiri mencari nama pemanggil dan butang dail ditekan.

“Tu orang lain.Ni kita.Us.Kita tak macam orang lain.”

“Hello.”

“Zeyq,kau kat mana?”

“Rumah.”

“Aku join.”

Panggilan dimatikan tanpa menanti jawapan daripada talian sebelah. Earpiece ditanggalkan dan dicampakkan ke seat penumpang sebelah bersama handset.






“Kau tension sangat ke?” Zeyq mengangkat kening sebelah pada JJ di hadapannya. Salem di tangan JJ berkepul mengeluarkan asap.JJ diam tak menjawab.Dan dia tak rasa perlu jawab bila dah rokok kat tangan,semua faham.

“Dude.Kau dah 25 tahun.Tahu baik buruk kan?” Zeyq berkerut dahi memandang JJ. JJ bukan kaki benda kanser ni.Tapi bila kusut sangat,benda ni jugak yang dia cari.

JJ mengeluh dengan asap berkepul keluar.Dia memandang langit. “Tension dowh.”

“Asal tak ketuk drum?Kau nak,aku boleh kasi.”

JJ sengih. “Benda tu kalau setakat nak lepas geram boleh la.” Dia menarik nafas perlahan. “Tapi time ni..ni je aku nampak.” Cawan di atas meja dibawa ke bibir. Dia memandang Zeyq yang menggeleng.JJ sengih bersalah. “Ni free country dowh.”

“Ni memang free country.Rumah aku,kau ingat free house ke apa?” Sarkastik nada Zeyq.Dia memandang JJ atas bawah.Dulu elok je tak smoking.Ni tiba-tiba hisap benda bakar duit ni apa kes?

“Kau gaduh dengan Lisa eh?” Zeyq serius memandang JJ.

JJ hanya angkat bahu. “Aku je yang gaduh,dia tak.” Tenang dia menjawab.

Zeyq berkerut dahi.Tak tahu la salah siapa.Sebelum ni nampak ok je kahwin. Zeyq mengeluh. “Aku malas la nak campur cerita laki bini ni.”

“Aku tak suruh pun.” JJ menggumam sendiri

“Gaduh besar eh?”

Kening JJ terangkat sebelah apabila dengar suara perempuan dari belakang. “Zeyq,sejak bila kau ada orang gaji?”

“Teko kau JJ!” Edi mengambil tempat duduk di sebelah Zeyq. “Karang free je aku tibai dengan dulang.”

JJ sengih. “Lorh..Kau ada kat rumah.”

“Habis kau ingat air kau minum ni pasang siap?” Zeyq memberi isyarat pada cawan di hadapannya. “Hand-made tu.” Edi sengih. Matanya dilarikan pada tangan kanan JJ. JJ cuba menyembunyikan rokok di tangannya apabila menyedari Edi memerhati. “Sorry.” Tenang dia menuturkan.

“Patut la aku macam detect something.” Datar Edi menjawab.

JJ senyum segaris. “Sorry ar,kalau aku ganggu korang.”

Zeyq menggeleng, “Small matter.”

“Kalau ada prob,citer ar.” Edi memandang JJ yang penuh kusut.

p/s : maybe ramai x suka JJ smoking..maybe.. =_='

5 comments:

  1. alalaa...
    Lisa keras sangt tu...
    memg patut JJ marah...
    so, Lisa, pahm2 laa hint JJ bg...
    dah merajuk dah pak cik tu...
    ngee~~

    ReplyDelete
  2. geram plak ngn si lisa nieh..
    sian gler kat jj..
    nmpk sgt kat side jj je try harder..
    but lisa,,nothing..
    cmne nk oke kalo one side je take action..
    isk2..
    smbng2..

    ReplyDelete
  3. haah betul3. jj je yg try tp lisa x buat pape pun. not good, lisa. not good i tell you. haha :D

    ReplyDelete
  4. xpe2..
    karang buat la JJ stop smoking eh..
    hee..

    bila la mata Lisa ni nak terbukak luas2 tgk kebaikan JJ tu..

    ReplyDelete
  5. ak mmg anti ngan org isap rokok...arrrggghhhhh!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete