Gempak yang baru dibeli di stesen bas tadi dibelek di atas riba.Sesekali mata memandang jam di tangan.Yellowcard – Only One menjerit di telinga membisukan suasana sekeliling di stesen bas yang sesak dengan orang.Ada yang baru sampai.Ada yang baru nak bertolak.Tambah lagi bingit bunyi enjin bas.
Gempak di riba tiba-tiba di tarik entah tangan dari mana.Kepalanya didongakkan dari riba.Edi menarik muncung.Amir sengih.Earpiece di telinga dilurutkan dan butang off Mp3 ditekan.
“Along!” Gempak di tangan abangnya ditarik dan disimpan di dalam paper bag di sebelahnya. “Sekarang dah pukul berapa?” Amir sengih mengangkat bahu.
“Jam ar.Ni pun dari office,” bagasi di sebelah Edi ditarik ke sisi. “Jom ar.Ma dah masak special dah for anak manja dia..” Langkah Amir di hadapan diikuti dari belakang.
Langkah mereka sama-sama berhenti di hadapan Proton Perdana.Bagasi dimasukkan ke dalam boot belakang.
“Along..”
“Hmm..” Amir memandang adiknya yang bersandar di kereta.
“Edi belum practise lagi Kelantanese..” Edi memandang abangnya dengan muka simpati.Ketawanya pecah. “Nanti suruh nek ajar,” sarkastik Amir menuturkannya.Pandangan Edi mencerun tajam ke arahnya.
Abang aku.Aku ni baru duduk kat Kelantan setahun dua manalah sempat nak belajar bahasa Che Siti Wan Kembang ni.Mahunya aku kena kejar dengan nenek tak cakap bahasa Kelantan.Harap je orang Kelantan tapi tak tahu cakap Kelantan.Macam mana nak cakap kalau dah duduk kat Pahang sejak lahir lagi.Ni pun sebab pa dah pencen nak jaga nenek kat kampung.
“Masuk ar..” Amir tercegat berdiri sambil tangannya membuka pintu kereta tempat memandu.
Edi mengangguk sambil berjalan ke seat penumpang di hadapan.
Ketawa pecah.Seisi rumah gamat.Pak Su dgan lawak dia yang tak habis-habis entah angkut dari mana.Mak Long pulak duk jadi tukang sakat abang dia yang dah nak kahwin lusaEdi mengeluh.Baru je sampai rumah,malam dah kena tolong itu ini.Badan pun tak sempat sentuh katil lagi.Sesekali dia menguap menahan mengantuk.Tu tak kira tersengguk lagi.
Dia menjeling abangnya.Rasanya,dari tadi lagi duk sengih senyum kena sakat.Lorh.Dah nak kahwin la katakan.Dan dia pernah berada di situasi abangnya.Happy 24 jam 7 hari semalam.Tak kira penat sampai tak cukup tidur still happy.Dan dia juga pernah rasa debaran abangnya.Berdebar kerana tidak sabar dan berdebar akan melangkah ke alam baru.Dan dia juga pernah disakat dengan Mak Long dan saudara lain.Malu tu tak payah cakap.Tapi abang tak rasa macam mana kena tinggal.Macam mana tiba-tiba ditunda.Tapi dalam kamus Edi,tunda tu maksudnya batal.Rasa macam diri ditipu.Ditipu dengan proposal yang entah apa-apa entah.Rasa macam bodoh je terima benda ni.Muka ni dah rasa tebal seinchi.Kahwin ni bukan benda main-main nak main tunda-tunda last minute.Tapi Edi,dia ada alasan untuk itu.Alasan yang dia tahu dari pertama kali mengenal seorang Zeyq.Dari awal lagi Zeyq dah kata.Join a band is his aim. Dan peluang datang sekali sahaja.Dan peluang tu betul-betul di depan mata.Edi menggeleng.No.Kalau dia boleh pilih nak join band tu dan tunda kahwin.Dan dalam kamus Edi juga.Tu bermakna band lagi penting dari dia.Kan?
“Ha!Edi pulok bilo nok nikoh?”
Kening Edi terangkat sebelah.What?Rsa nak melatah je depan tu.Satu,Mak Long cakap bahasa Kelantan dan dia tengah try nk translate.Nasib baik bukan Kelantan pekat macam nenek.Dua,kahwin?!
“Belum jumpa jodoh lagi Mak Long..” perlahan Edi menjawab.Nasib baik nenek duk kat dapur.Kalau tak mahu kena tegur depan saudara.
“Cepat-cepat la Edi.Jange samapai jadi anok daro tua pulok.” Edi hanya sengih.Aiseyh Mak Long ni.Nak kena tunjuk sijil lahir kut baru tahu aku ni umur baru 23 tahun.
Tiba-tiba handset di atas meja kopi menjerit dengan lagu Know Your Enemy-Green Day.Edi yang tengah menyusun bunga manggar memandang handsetnya .Belum sempat dia mencapai,Amir dah pun menghulurkan padanya.Handset bertukar tangan.Matanya tertumpu pada nama pemanggil.Aim.Butang menjawab ditekan.Edi berdiri berlalu ke biliknya.
“Assalamualaikum..”
Salam bersahut di sebelah panggilan.
“Sorry ganggu.Busy ek?”
“Er..Kinda.”
“Luke,JJ ngan Aim dah plan.”
Kening Edi terangkat sebelah.Kenapa pulak dengan pak cik tiga orang ni?
“Plan?”
“Kan hari tu Edi jemput kitaorang pergi kenduri kahwin your bro.Kan?”
“Yea?”
“So kitaorang jadi nak pergi.And kenduri tu lusa kan?”
“A ah.Tak menyusahkan korang ke?” Ingat Pahang dengan Kelantan ni main jalan kaki naik basikal pun samapi ke?
“No hal la.Lagipun kitaorang nak enjoy holiday.Plus,dia orang kan dah pernah datang rumah Edi.”
“Oh ok.”
Edi menyandarkan tubuhnya di pintu.Matanya masih lagi memerhati bilik pengantin Amir.Dia mengeluh kecil.Memang lawa.Tapi bila orang nak masuk tengok macam-macam pantang larang abang kasi.Tak boleh sentuh la.Masuk kaki kanan la.Sampai nak duduk pun tak boleh.Kira balas dendam la ni.Dia dulu pun macam tu jugak.Pantang tak betul sikit mesti riuh satu rumah.Tapi abang lain.Abang dah kahwin.Petang tadi dah selamat diijab kabulkan.Abang happy dengan Kak Yaya.Tapi dia,dia dulu pun macam abang.Happy jugak,tapi sekejap je..Tak lama..
Peluh dilap dengan belakang tangan.Dari tadi lagi Edi sibuk layan tetamu.Punyalah ramai sampai tak cukup tangan.Kena buat tu la.Ni la.Jam di tangan dikerling.Dah pukul 2.30.Pak cik tiga orang tu pun belum nampak lagi.Tangannya meletakkan pinggan yang baru dicuci ke tempat penyejat.Bahunya dicuit.
“Edi.Tolong akak kejap..” Kak Ati sengih sambil menghulurkan jug berisi air sirap kepadanya.Kening Edi terangkat.Apahal pulak Kak Ati ni.Nak suruh aku minum ke?
“Tolong apa?”
“Tolong letakkan jug ni kat meja makan tetamu.Akak ada kena tolong Mak Long kejap.Boleh?”
Edi mengangguk, “No hal..” Jug bertukar tangan.
Langkahnya diatur ke meja makan tetamu.Langkahnya terhenti pada meja di tengah-tengah khemah.Jug diletakkan perlahan.
“Kak tolong tambah air.”
Rasa panas je telinga dengar.Air dah kat depan mata tambah sendiri la.Nak kata tangan takde elok je makan nasi.Matanya mencerun pada mamat yang bersuara tadi.Tu elok je makan nasi.Takkan nak tambah air pun suruh orang.Ingat aku ni takde kerja lain ke?
Dia memandang gelas di hadapannya.Aiseyh.Kosong lagi.Akak ni dengar tak aku cakap.Aku tetamu kena lah layan.Zeyq mengangkat muka memandang wanita yang membawa jug tadi.
Edi bulat mata.Zeyq ternganga dan berhenti mengunyah.Tak berkelip.Edi rasa nak melatah je kat depan tu.
Agak-agak kalau aku buat-buat tak kenal dia perasan tak?Zeyq menelan nasi dalam mulut.
Apasal pulak mamat ni ada kat sini.Ada aku tersalah terjemput ke?
Kan bagus kalau dia atau aku tiba-tiba terhantuk kepala dengan meja terus hilang ingatan.
“Edi!”
“Zeyq!”
Dua kepala berpusing memandang suara yang memanggil.Lagi tambah satu masalah.
weeeyhh..
ReplyDeletehuhu...agak2,,spe la dpt hati edi..
aim or zeyq??
ngeeee...smbung2..
asal lak Zeyq tetiba muncul kat situ?
ReplyDeleteaiyyooo~