Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD

Sunday, 27 December 2009

Crumb 16

Lisa bersandar pada pintu di beranda.Matanya tertumpu pada langit malam.Dia tersenyum sendiri.

“You suka tengok sky eh?” Lisa melabuh duduk di sebelah JJ.

JJ memandang seketika Lisa di sebelah.Dia mengangguk.

“Kenapa eh orang suka tengok sky?”

“Sebab sky tu macam express our feeling.”

Dahi Lisa berkerut. “I don’t get it.”

“You’ll know.”

Lisa rindu JJ?Cepat-cepat dia menggeleng.Rasa nak ketuk je kepala. Mengarut betul.Habis yang blushing sorang-sorang ni?Dia menggigit bibir. Handset di dalam saku sweater dibawa keluar.Pandangannya dihala pada skrin.Mana JJ?Dah pukul 8.30 malam duh..Hari ni jugak dia balik lewat.

Punat ditekan beberapa kali,sebelum sekali lagi dia tersenyum sendiri pada gambar dia dan JJ sewaktu ‘dating’ hari tu.Gambar yang membuatkan dia blushing satu hari suntuk.Gambar yang menyebabkan jaws dia drop terus.Bukan sebab gambar dia dengan JJ,tapi sebab background pokok tu.Betul la JJ senget sejak-menyenjak ni.Ada ke patut dia buat curve bentuk hati kat batang pokok tu!Kira ok la lagi,tapi yang seramnya ada nama dia dengan JJ sekali dalam curve bentuk hati tu!Seram dowh..

Pandangannya jatuh pula pada kotak kek di sebelah.Biar la Que nak kata dia ni tak romantik pun sebab tahu beli kek je.Tapi hari ni dia betul-betul tekad.Dia dah pikir benda ni 10 kali campur solat istikharah.Memang JJ kat hati dia.Sungguh.Memang JJ..

I miss him already lorh..Dia kembali mendongak langit.Kenapa dia tak nampak JJ kat hati dia sebelum ni?Mungkin sebab hati dia dah pakai anti-virus bak kata Que.Lututnya diangkat dan dipeluk.Dagunya ditongkatkan di situ.Syukur dia jumpa JJ.Syukur sebab JJ jadi partner hidup dia.Tanpa sedar pipinya dah basah dengan air mata.Air mata bahagia Lisa..Sungguh la,dia dah jumpa first love.Dan dia tak rasa akan ada second love,dan dia tak nak ada second love.Sebab dia ada Azi Azmin the so-called JJ kat hati dia.

Greenday-Holiday menjerit dari handset di tangan kiri.Matanya jatuh pada nombor pemanggil yang tidak dikenali.Siapa pulak?Ganggu ketenteraman sungguh!

“Helo.”

“Puan Nurlisa?”

Allah.Ujian apa pulak kali ni?Dia bingkas bangun dan mencapai selendang yang tersangkut.Kunci kereta dimasukkan ke dalam saku sweater.







Berat kakinya melangkah keluar lif.Pandangannya jatuh pada Puan Nora dan Encik Azman di tempat menunggu hospital.Belum sempat dia menegur,Puan Nora pantas menerpa ke arahnya.

Lisa dipeluk erat.Lisa kelam.Encik Azman dipandang bertanya.Bapa mertuanya hanya membalas kembali pandangannya.Kenapa?Dia kembali memandang Puan Nora.Bahu wanita itu dah terhinggut-hinggut memeluknya.

“Pa?” Encik Azman kembali ditatap.Antara terkeluar dengan tidak suaranya.

Encik Azman menggeleng.Lisa kaku seketika.Dia turut menggeleng.Tak..

“Ma?” Puan Nora sudah melepaskan pelukannya.Lisa memandang wajah sembab itu.

“JJ dah takde,Lisa..”

Dan gelap.

Tuesday, 22 December 2009

Crumb 15

“Shoot me.”

“Aku tak ada gun.”

“Hang me.”

“Tak cukup tali.”

Lisa merengus sebelum menekup muka ke meja. “Imagine.Aku dating dengan dia.”

Que ketawa dengan mata masih pada handset.Dia menggeleng sendiri. “Cute la.”

Pantas Lisa mengangkat muka memandang tajam ke arah Que di hadapannya. “Seram.”

“Nampak happy semedang je kau dalam gambar.” Que sengih sambil mengisyaratkan handset Lisa di tangannya.

“Mana ada.” Suaranya tinggi menafikan.

Que menjongket bahu.Habis yang senyum lebar dalam gambar dengan JJ ni siapa?Punat ditekan ke gambar seterusnya.Matanya dikecilkan pada gambar yang sedang dipaparkan.Que senyum, “Lisa.”

“Hmm?” Lisa menjawab malas.Pen di tangan mengetuk meja.

“Tengok ni.” Handset dihulurkan kepada Lisa.Dia mencapai malas dengan mata tertumpu pada skrin.

“Kenapa?Biasa je.” Dia memandang Que hairan.Matanya dikembalikan dan didekatkan pada skrin.Refleks dia menekup mulut dengan sebelah tangan.No way..Pipinya merona merah.

“Jaws drop?” Que sengih.

Lisa menggeleng dengan tangan masih menekup mulut, “Pitam terus.” Dia menggumam sendiri.







Lisa pecah ketawa.Bahunya terhinggut-hinggut menahan ketawa yang masih bersisa.JJ di sinki turut sama ketawa.Dia menggeleng sambil membawa mug ke meja makan menghadap Lisa.

Betul la JJ senget sikit malam ni.Ada ke patut dia kata Charlie’s Angels tu Charlie Chaplin punya anak buah.Mug dibawa ke bibir.

“Ok.Masuk chapter romance pulak.” Sudu teh dibawa mengacau isi mug.

Lisa dah mula tunjuk muka bosan.Dah start dah.. “Romance buat apa?Bukan boleh buat makan pun.”

JJ jongket bahu, “Dah tak boleh buat makan tu la,orang panggil romance.”

Lisa mengeluh.Buat seram je JJ ni. “Begin.”

JJ memandang peti sejuk seketika berfikir.Jari telunjuk dibawa mengetuk mug. “Apa definition yang you boleh bagi for our relationship?”

Mata Lisa bulat.Soalan luar syllabus apa pulak ni. “Mana I tahu. I tak pernah buat research pun.”

“Tak buat research pun takpe.”

Lisa buat muka. “JJ.I tak tahu.”

JJ mengeluh kecil. “Just say it.” Say it Lisa.

Lisa menongkat dagu dengan tangannya.Dia senyap seketika mencari jawapan yang dia sendiri tak tahu. “Definition eh?” Wajah JJ dipandang sejenak.Dia menarik nafas, “Relationship kita macam..” Dia menggigit bibir. “Tom dengan Jerry.” Lisa sengih.

Kening JJ terangkat sebelah.Tom and Jerry? “Is this a joke?”

Lisa menggeleng. “Betul la.Even Tom dengan Jerry tinggal satu rumah pun,dia orang still tak boleh..” Dia cuba mencari ayat yang sesuai. “..Live happily ever after.” Right.Tak boleh.

JJ mengeluh. “Tapi dia orang still boleh berbaik kan?”

Dia hanya mengangguk. “Sometimes.” Mug kembali dibawa ke bibir dan diletakkan semula ke meja.Pandangannya jatuh pada JJ. “Your definition pulak?”

Sudu teh dibawa mengetuk bibir mug.JJ mengangkat muka memandang Lisa dan pandangan mereka bertembung.Cepat-cepat Lisa memandang rak pinggan di belakang JJ. “Relationship kita.Good.Becomes better.” Dia senyum tawar.Definisi ke tu?Goreng je JJ.

Lisa mengangguk.Semakin baik.Dia sendiri tak sedar bila dia boleh duduk semeja dengan JJ.Bila dia boleh lepak dengan JJ gaya dah lama kenal. “I like the way we tie this relationship.”

JJ muka kelam.Lisa senyum segaris, “We talk as a friend.Dan I selesa dengan cara ni.”

JJ membawa mug ke bibir.The truth.Lisa,we were tied and titled it as a marriage.Bukannya friendship.And not the untitled.

“JJ.”

“Hmm?”

“I’m glad to have you as my partner.”

JJ berubah riak seketika.Lisa kata apa?

“Take that as a compliment.”
mungkin ramai da tgk video ni

video

Saturday, 19 December 2009

Crumb 14

Pandangan JJ jatuh pada kek di dalam kotak.Kek ordinary tapi macam sarkastik je,siap letak buah kurma sebijik.

“Thanks.” JJ senyum segaris pada Lisa.

Lisa angguk.Pisau kecil dihulurkan pada JJ. “You potong la.”
“Tak nak potong sekali ke?” JJ memberi isyarat pada kek di hadapan mereka.

Lisa menggeleng, “Ni birthday you kan.”

“Kut nak buat romantik sikit ke.” JJ menggumam sendiri dengan tangan kanan dah bersedia untuk memotong kek.

Lisa senyum tawar.Romantik eh?Tak ke romantik habis siap date kat taman bawah pokok atas tikar depan fountain?

“You wish apa?” Pandangan Lisa jatuh pada JJ yang baru selesai memotong kek.

JJ sengih. “Apa wish,wish ni.I doa la.”

Lisa mencebik. “You doa apa?”

JJ senyap seketika berfikir.Dia hanya mengangkat bahu, “Panjang umur kut.”

“Tu je?” Lisa kerut dahi.

“Kenapa?”

“Tanya je.”

“Tanya ke sayang?”

Dan free je krim di atas kek sampai ke dahi JJ.





“You parking kereta kat mana?” JJ memandang sekeliling kawasan letak kereta taman itu.Langsung tak nampak kereta Lisa.

“Sana.” Lisa mengisyaratkan matanya ke arah keretanya di seberang jalan hadapan pintu masuk taman.

JJ berkerut dahi. “Jauhnya.”

“I malas nak U-turn balik.” Rasa lawak la pulak dengan tangan kanan pegang tikar dan tangan kiri pegang kotak kek dan handbag.Kira nasib baik Que kasi pinjam tikar last minute.

“I hantar.” Tikar di tangan Lisa dicapai tanpa menunggu jawapan.

“Takpe.I boleh pergi sendiri..” Belum sempat dia menghabiskan ayat JJ dah menggenggam tangan kanannya.Lisa cuba menarik tangannya namun JJ masih berkeras tidak melepaskan. “JJ..”

“I hantar.” JJ senyum segaris pada Lisa sebelum mereka sama-sama berjalan keluar pintu masuk.

Langkah JJ dituruti dengan pandangannya masih tidak beralih daripada wajah JJ.Pandangannya jatuh pula pada bahu JJ.Tak perasan pulak yang JJ ni tinggi.Dan tak perasan pulak yang JJ ni good looking.

“You terus balik rumah ke?”

Lisa menggeleng.Pintu kereta dibuka dan kotak serta tikar dimasukkan ke dalam kereta. “I sambung kerja kut.” Pintu kereta ditutup.Lisa bersandar pada kereta. “You?”

“I nak jumpa kawan I kejap.” Dia senyum segaris dan pintu kereta bahagian tempat duduk pemandu dibuka untuk Lisa.Lisa hanya menggigit bibir sebelum melangkah masuk.

Dia mengangguk pada JJ, “Got to go.” Pintu kereta ditarik.

“Lisa.”

Lisa mendongak memandang JJ di hadapannya dengan kening terangkat.

“Thanks for the date.”

Lisa senyum. “No hal.”

Monday, 7 December 2009

Crumb 13

Lisa gaya tenang siap boleh sengih lagi.Mug dibawa ke bibir dengan sekali teguk dia meletakkan kembali mug ke meja batu.

“Ok.” Lisa senyum segaris pada JJ.

Kening JJ terangkat tinggi. “Ok?” Kut salah dengar. “Ok je?” Takde conditions dengan terms ke?

Lisa mengeluh.Dia menongkat dagu memandang JJ. “You kata nak date kan?”

JJ masih lagi kelam. “Sure?”

“Tadi you kata nak.” Dia sengih memandang muka JJ gaya blur habis. “Petang esok I singgah kedai beli date yang you mintak.”

JJ menggeleng seketika dengan rahang ke bawah.Dah kena da.. “Lisa.” Nadanya bergetar.Date?Ada ke patut translate date tu dengan kurma?Haih..Susah la.

Lisa sengih nakal. “Bang!” Jari telunjuk dan ibu jari diarahkan pada JJ. “Loser!”

“Sejak bila nakal ni?”

Lisa ketawa kecil. “This is how I do it!”

JJ menjulingkan mata.Lisa dipandang seketika. “I’m serious.” Perlahan dia menuturkan.

“I pun.” Lisa mengangguk nakal. “You nak kurma apa?Yusuf Taiyoob?” Betul ke aku sebut,goreng je la.





Que menggeleng memandang Lisa.Apa ke salahnya?Date dengan husband sendiri,nak kata maksiat selamat je.Mukanya ditekup ke meja dengan Jet tengah berlagu Look What You’ve Done.

“Date je la.”

Lisa mengangkat muka memandang Que.Dahinya berkerut dan earpiece dilurutkan. “Cara lain?”

Que mengeluh.Dah lapan kali Lisa tanya macam tu dan dah lapan kali jugak dia suruh Lisa keluar dengan JJ. “Mana ada cara lain lagi.”

Kalau replace date tu dengan main Monopoly tak pun teng-teng dalam rumah tak boleh ke? “Orang date macam mana eh?” Kening Lisa terangkat sebelah.

Que menepuk dahi dan menggeleng. “Holding hands,jalan-jalan,makan-makan,tengok movie,lebih kurang macam tu la.” Mata Que dah macam berbintang bila masuk bab romance.Dan mata Lisa kelam kelabu terus.

Holding hands?Nanti btal air sembahyang.Jalan-jalan?Karang sakit kaki pulak.Kalau nak makan,kat rumah dah berlambak makanan.Movie?Beli CD tengok kat rumah kan senang tak payah susah-susah.Lisa mengeluh. “Benda lain takde?”

Que mengetap bibir berfikir. “Yang aku cakap tadi tu kira typical la.Benda lain tu depends atas couple tu.”

“Kalau kau?”

Que sengih. “Aku.Maybe makan-makan macam tu kut.”

Lisa menggigit bibir.Dating?Seram bulu roma dengar.Mungkin sebab frasa tu tak pernah dia pikir.Yang membuatkan dia susah nak cerna.Yang boleh buat Lisa tak tidur satu malam.Dia boleh je reject idea JJ nak date tu,tapi dia masih fikirkan tentang JJ.Ni birthday JJ.Ni first birthday JJ yang dia celebrate.Mungkin ni last.Siapa tahu.Kut marriage ni tak kekal macam dia nak..sebelum ni.Mungkin?Atau mungkin dia dah ‘terjatuh suka’ pada JJ.Sedangkan dia sendiri pun tak tahu apa feeling dia pada JJ.Nak kata suka tu,suka macam dia suka orang lain.More than that,belum lagi kut.Dia tak nak benda ni melarat,sebab dia sendiri dah plan tak nak ikatan ni kekal.Tapi apa yang kita rancang tu,tak semua betul-betul jadi.

“Kalau date kat taman boleh?”

Que senyum.





Tali leher dilonggarkan ikatan dan lengan baju kemeja dilipat ke siku.Rasa lucu juga bila tiba-tiba je Lisa call suruh ambil emergency leave.Kut urgent sangat,rupanya ajak pergi taman je?Haih..Siap duduk bawah pokok atas tikar lagi.Klasik sungguh.

“I beli Secret Recipe punya je.” Lisa sengih sambil kotak kek dibuka.Kira ok apa date kat taman.Tambah-tambah hari Isnin.Orang pun tak ramai,kira selamat la sikit.

Wednesday, 2 December 2009

Crumb 12

Pandangan Lisa kosong pada kek yang sedang dipotong JJ.Fikirannya masih lagi pada panggilan petang tadi.Panggilan yang membuka sedikit matanya,aku wife dia.Right..

“Kenapa ibu?” Dia membawa handset keluar ke ruang tamu,mengelak bunyi ‘ketang-ketung’ JJ kat dapur.

“Ibu call sebab nak wish kat JJ.” Kata-kata Puan Nora menyebabkan keningnya terangkat sebelah.

“Wish apa?” Kut JJ menang NBA tak kasi tau.Tu jauh sangat la,Lisa.

“La..Hari ni kan birthday dia.Tu pasal ibu call.JJ ada?”

Pandangannya dialihkan pada JJ di dapur.Patutla buat kek.Kat diri sendiri?Emo ke apa. “Ada kat dapur.Kejap Lisa panggil.”


Potongan kek dibawa ke piring di hadapan Lisa dan jus dituangkan ke dalam mug.Dia mengambil tempat duduk di atas kerusi batu menghadap Lisa.

“Have your dinner.” JJ senyum segaris pada Lisa.Lisa masih lagi statik belum menjamah kek di hadapannya.Kening JJ terangkat.

“You punya mana?” Lisa mengisyaratkan piring berisi kek di hadapan mereka.Yang ada cuma satu,tu pun Lisa punya.

“Kita share.” JJ sengih.

Lisa mengangguk perlahan tidak membantah.Sudu berisi kek dibawa ke mulut. “Not bad.” Dia senyum sambil mengangguk.JJ masih lagi dengan sengih tak tawar, “What a compliment.” JJ menjulingkan mata.

“Kira ok la tu.Kut you nak lawan Jamie Oliver punya.” Mug dibawa ke bibir.

JJ ketawa, “You pernah makan ke kek dia buat?”

Lisa angkat bahu, “I makan ikut tv je.” Lisa senyum ikhlas.

Dan suasana di gazebo di halaman rumah malam tu sepi seketika.Masing-masing gaya senyap sehinggalah..

“Kenapa tak cakap hari ni birthday you?” Lisa mengangkat muka memandang JJ.

JJ senyap seketika berfikir. “I want you to find it out by your own.” Datar dia menuturkan.Bukan perangai dia nak jadi attention seeker dengan main sebar satu alam hari ni birthday dia.Lebih baik kalau orang lain tahu tanpa perlu dia buat ‘announcement’.Tu lagi meaningful.Tapi ada ke orang buat announcement birthdate sendiri?

“And kek ni?” Matanya mengisyaratkan pada kek di hadapan mereka yang JJ buat petang tadi.

JJ senyum tawar. “Dah tak ada orang nak kasi gift,I sendiri kasi la.” JJ bernada sulking.

Lisa ketawa kecil.Gaya tak pernah dapat gift langsung. “I see..kira merajuk fasa dua la ni.”

JJ senyum tawar. “A guy tak sulking dowh.” Habis yang main tak masak mogok lapar dengan dendam tak kejut orang pagi-pagi tu,siapa.

“What’s your wish?” Kening Lisa terangkat sebelah. “Kira I pujuk la ni.” Lisa sengih.

JJ buat gaya terkejut. “Oh really?” Nadanya memerli.

“Bring it on.” Lisa muka toya.

JJ sengih nakal.

Lisa kerut dahi.Petanda tak baik. “Jangan nak mintak benda-benda yang boleh buat I makan maggi setahun.” Lisa memberi amaran,kut nak mintak bangun je pagi esok Ferrari sebijik depan rumah,kirim salam awal-awal.

Ketawa JJ pecah, “Baru nak mintak,dah kasi warning.” JJ mengetuk meja berfikir.Lisa menggeleng memerhati.Gaya pikir bajet negara je.

Jari dipetik dan sekali lagi JJ sengih nakal.Kening Lisa terangkat sebelah. “Apa?”

“A date.”

Saturday, 28 November 2009

1924

By : Soldiers of Allah
Titled : 1924


The truth about the state
It wasn't always like this
Let us look back in time
History reminds us
One army
One land

One central authority
Crushing the romans
persians put in fear
The Ummah like a Lion
No need to shed a tear


When the village was attacked by the kufar
The Khalife heard
The sister cry &
Prepared for war
Attacking the city

Destroying it
from existence
Lesson # 1
Don't ever
Mess with Muslims


The Imam of the Ummah is a shield where he protects the Ummah and where the Ummah fights behind him
Where is this shield today to protect the Ummah?? What happen to this shield to honor and dignify the Ummah???
In 1917 Prime Minister of britain after entering Jerusalem stated "the crusade war has ended"
In the same year the french general, goro went to the grave of Salahudeen-Ayubi
Salahudeen-Ayubi, the one who 730 years prier crushed the crusades and liberated Palestine & Syria
he went to his grave in Damascus and kicked it and said wake up oh Salahudeen we hare here �
How did they do this
to you and me
We turn on the TV
and all we see
is a world full of casualties
a generation in agony
our Ummah is in misery
let us go back
to beginning of the century
and review our history

from one side
to the other side of the globe
the system of Islam
Ruled over the world
They went to the Muslims
for the all their solutions
from mathematics to biology
to the advancements in technology


the kafir women
use to imitate our women
they wanted the same respect
that the Muslims sisters were given while the enemies of Islam
were trying to twist the Quran
trying to write a Surah like Allah's they all failed miserably
& many of them responded with Ashhadu -an la Ilaha Ilallah wa Ashhadu- anna Muhammadun rasullullah
Allah has challenged the humanity until the day of judgment to produce a Sura or an Aya like the Quran
And Allah assures that they will never be able to make an Aya like it
The kufar plan and work to destroy this Deen and Allah affirms that we too are planning
and if all the people of the world got together they still could not and will never be able to put even a scratch a side of a muster seeds on the throne of almighty Allah (SWT)

After failing on the battlefield
they kufar got together
and they decided to yield
they said we must change
the way the Muslims think
and sure enough

the Muslim Ummah
began to sink
In 1917 john belford
promised Palestine
to the jews 31 years later
his promise went through

brittan and france
split the Muslim lands
3 years later
Islam worst traitor
mustafa kamal
Brought the states fall

In 1920's mustafah kammal with the help of the british becomes the hero
Hmm� well this so-called hero cancels the authority of the most powerful system suitable for human beings
The khilafah!!!�
he abandon all the rulings of Allah� he did not stop there�.
He abanded the Adan in Arabic, he denied Muslim sister from obeying Allah (SWT) by abandoning the Hijab
All Islamic calendars and holidays were canceled
Yes brothers and sisters�
he changes the Arabic alphabet to Latin
By doing so he made sure the next generation will be lost and have no connection to their Islamic roots
as they can not read or write all the Islamic culture that was recorded
This Islamic system sent by the Creator of alameen went from the application in life to be in museums for people to go and see in turkey

In 1924
Our state was demolished
Hundred years of planning And their plans were accomplished
Kafirs broke our bond
Contaminated our knowledge
Better listen up
because you won't learn this in college

Beginning of the end
and the divisions began
Step by step
they divided our lands
in 1921 saudi arabia & iran
next year egypt &
In 32 iraq

In 1945
jordan indonesia
Lebonen & syria
Two years later
The division of India
the Muslims took a stand
and demanded
the ruling of Islam
so they gave them pakistan
but it was only an illusion
a false resolution
far from the solution
In 1948
The Jews establish their israeli state


In 1901 the kufar went to Sultan Abdull Hamid the II and offered to pay tremendous amount of money to the Islamic State for Palestine. Sultan Abdull Hamid the II replied:
I am not going to give one inch of Palestine to the jews as Palestine is not mine give but it belongs to the Ummah and Ummah have shed blood to defend this land but if one day the Islamic State falls apart then you can have Palestine for free but as long as I am alive I would rather have my flesh be cut up then cut out Palestine from the Muslim land I will not allow any carving up while we are alive!!!!!

In 1960's
somolia & nigaria
kuwait & algeria
In 1964 Came the PLO
yasar arafat
The us scarecrow
a great declined
In 1969
When the west was training Muslims scholars for hire
Jews were setting
Al-Aqsa mosque on fire!

Let us recall 1970
For those who don't remember
That was the year
That we had black September

The king of jorden
& yaser arafat
Began their plot
Shot after shot
Muslim blood spilled
As innocent Muslims were killed
Communism attacked
but Muslims fought back

The sincere Mujahideen of Afghanistan fought and pushed back the Russians
and then They started to fight among themselves
Khomaine became in power with the promise of ruling and raising the Ummah to a level of dignity
But his promise never went through
soon after iran and iraq went to war
And millions of innocent Muslims died for 10 years Muslims killing Muslims
Over what!!!??? What else�!!! the agenda of the west!!! �at the end there were no resolution
Today iran is very much open to democracy and reformation
and the Muslims in iraq continue to suffer�.
SubhanAllah!�. where is the Amir of the Ummah??!!!!�..

Another decade gone
But we still don't have Islam
Take a look at the gulf
And the killings of sadam
Over million Muslims died
But no one answered their cries
In the 1990's
The Muslim genocide
Bosnia
Kosovo
Chechenya
Dagistan

Bring back Islam!
Bring back Islam!
Bring back Islam!
Bring back Islam!


It's year 2000
And nothing has changed
Past generation has aged
Let us write the next page
It's time for us to change
It's up to you & me
Either we make history
or we become history�

Monday, 23 November 2009

Crumb 11

Lisa mengangkat kepala di sebalik sofa memandang ke arah dapur. JJ tengah ‘ketang-‘ketung’ kat dapur kira ok apa aku accompany dia kat sini. Karang ramai-ramai masak kut meletup dapur,siapa nak bayar?Kan?

Matanya masih lagi pada pintu peti sejuk. Berkerut dahinya cuba mengingati sesuatu yang memang dia ingat.

“JJ..” Lisa pusing 180 darjah memandang JJ di ruang tamu.

“Hmm..”

“Kenapa hari ni duty nampak lain eh?” Dia kembali memerhati kertas yang bertampal di pintu peti sejuk.

“Contoh?” JJ bernada lain.

“Hari ni..Ahad.Turn I dengan…you?” Lisa muka kelam.

JJ sengih nakal.

Ngaa..Takkan la nak buat gaya ‘sehati sejiwa’ versi dapur kut.



“Nurlisa.” Bergetar suara JJ memanggil dari dapur. Refleks dia berpusing dan membelakangi dapur.Ibu..Ngeri dowh..

Sedar-sedar JJ dah berdiri dengan apron depan mata.Kira nasib baik la bukan apron pink dengan senduk kat tangan.Kalau tak,sungguh dia lari.

“JJ..Tak nak.” Lisa menggeleng kecil.

“Karang I sulking tak masak seminggu kang.” JJ sengih.

Lisa mengeluh.Main ugut la pulak. Malas dia bangun dari sofa dengan dengan mata memandang tajam pada JJ. “Ni last.”





Lisa terpaku seketika pada kaunter di dapur dengan mata memandang seluruh dapur.JJ sengih. “You buat kek?” Kening Lisa terangkat tinggi tak percaya.

JJ mengangguk dengan sengih riak tahap tak ingat diri. Rasa macam nak jatuh rahang je bila tengok dapur gaya baru kena sambar petir dengan taufan lalu.Sungguh la,karang buat penat kemas je.

“Kenapa tak masak biasa-biasa je?” Lisa mengeluh memandang tepung sana sini.

“You ni less romance sungguh la.” JJ menggumam sendiri.

“Apa?” Lisa memandang JJ.Kut aku salah dengar.Lorh,pak cik.Nak romance pergi kindergarten la.

“Nothing.” JJ membelakangi Lisa mencari seusatu di dalam peti sejuk. “Lisa.”

“Ye?” Kepalanya diangkat daripada buku resepi di atas meja.

“Tolong ambil baking powder kat kabinet bawah.” JJ menutup pintu peti sejuk dan membawa telur dan diletak di atas meja.

“Sure.” Lisa bangun dan menuju ke kabinet.Kabinet ditarik dan dibuka.

“Jumpa tak?”

Lisa gigit bibir. “JJ..”

“Hmm?”

“Baking powder tu macam mana?”

Rasa nak ketuk je kepala.Ingatkan expert sangat,baking powder pun tak tkenal. “Anything yang ada tulis ‘baking powder’ kat botol dia.”

“Got it.” Botol baking powder dibawa keluar. Dia pantas bangun dari kabinet bawah dan..

Satu rumah boleh dengar Lisa menjerit di bawah meja.

Refleks JJ berpaling memandang Lisa di bawah meja.Free je telur pecah sebijik.

Friday, 20 November 2009

Crumb 10

Pintu tandas kedengaran dibuka dan ditutup kembali. Buku diletak ke tepi dengan mata pada JJ.

“Thanks.”

JJ memalingkan muka memandang Lisa di atas couch.Dia menghela nafas panjang dengan mata masih tidak melepaskan Lisa.

“Maybe dia tengah confuse or something.” Dulang di tangan diletakkan di atas meja.Edi memandang JJ tanpa respon.

“JJ.”

JJ mengangkat muka memandang Zeyq.Keningnya terangkat sebelah. “Hmm?”

“Benda ni tak boleh main rushing.” Wajah Zeyq serius.

“Huh?” Kening JJ terangkat tinggi lagi.

“Aku tau apa kat kepala kau.” Datar Zeyq menuturkan.

“Never.” Edi menggeleng dengan suara bernada amaran.

JJ mengalih pandangannya ke arah lain.

“Aku tau kau boleh handle benda ni.” Zeyq menarik nafas dalam. “Macam aku handle dulu.”

“We’ll see.” JJ senyum segaris.

The Fray-Heartless berdering dalam saku jeans.Malas JJ menarik handset keluar.Dia mengeluh memandang nama pemanggil.Handset dikembalikan ke dalam saku.

“Lisa eh?”

JJ mengangguk malas pada Edi. “Say something la kat dia.” Edi mengisyaratkan pada handset.

Handset dikeluarkan kembali dan teragak-agak dia menekan butang menjawab panggilan.Handset dibawa menghampiri telinga.The rest is history


JJ mengeluh memandang Lisa dan langkahnya diatur ke pintu bilik.Pintu dibuka dan ditutup. Dan Lisa masih di situ.





Tudung saji diangkat.Dan sekali lagi lauk pauk langsung tidak kelihatan seperti sudah disentuh.Lisa mengeluh.Sejak balik rumah ibu dengan ayah lagi..Dia memandang JJ di ruang tamu.

“Kenapa tak makan?” Langkahnya diatur ke ruang tamu dan dia duduk di atas kerusi menghadap JJ.

JJ mengangkat muka daripada notebook di hadapan.Dia memandang sejenak Lisa dan kembali menyambung kerjanya.

Lisa kelam seketika.Dia merengus sendiri dengan mata memandang tajam JJ.Aku invisible ke?

“Fine.” Dia berdiri dan meninggalkan JJ di situ.

Lisa..





Tangannya meraba mencari sesuatu di sisi dengan mata tertutup.Garfield ditarik dan dipeluk.Lisa menekup muka pada bantal.Dia membetulkan posisi ke sebelah kanan menghadap tingkap.Matanya dicelik seketika memandang ke luar tingkap.Silau dowh..Garfield dibawa menekup muka.

Dan satu rumah boleh dengar Lisa menjerit dari tingkat atas.






Lisa berlari turun tangga. “Kenapa tak ke..” Dia kaku seketika memandang dapur yang tidak berorang.Jam di dinding dipandang sekilas.Pukul 10,patut la takde...Selendang dibetulkan dengan langkah ke arah pintu.Dia mengeluh seketika,karang free je kena fire datang lewat.






JJ dipandang tajam,kalau boleh nak kasi tembus satu badan. Kening JJ terangkat sebelah, “Apa?” Tak bersalah dia bertanya.

“You!” Lisa merengus.Maggi di dalam cup dihirup perlahan.

“Sedap?”

Kening Lisa terangkat sebelah, “Sulking eh?” Dia tidak menjawab soalan JJ.

JJ angkat bahu.

Maggi cup diletakkan di atas coffee table.Dia berpusing menghadap JJ di sebelah.Nafas ditarik dalam, “What’s wrong with you?”

“Me?” Sarkastik nada JJ.

“You saja kan?”

Dan sekali lagi JJ mengangkat bahu.

“First,you buat mogok tak makan.Tu I tak kisah.” Lisa menerangkan satu persatu.

“Then?”

Lisa menjulingkan mata. “Kenapa tak kejutkan I?”

“Takde pun black and white kata I kena kejutkan you pagi-pagi.” Tenang dia menjawab.

“Fine.”

“Third?” Kening JJ terangkat sebelah.

Lisa muka tension. “Ada ke patut kasi I makan maggi je?Hari ni kan turn you masak.”

JJ sengih. “Habis,dulu I makan apa time turn you?Mi kari?” sarkastik nada JJ.

“You merajuk eh?”

“Nampak I merajuk eh?”

Lisa ketawa kecil. “Tak macho dowh.”

“Apa?” Kening JJ terangkat sebelah.

“Men.Sulking.Got my jaws drop la.”

“Roll eyes”

Wednesday, 18 November 2009

Crumb 9

Rambut di hadapan dibawa ke belakang. Bantal ditarik dan dibawa ke riba dengan mata memandang keluar tingkap.

“Kau dengar tak ni?”

“Hmm..” Dia mengangguk kecil.

Suara di sebelah talian mengeluh. “Minta maaf.”

Cepat dia menggeleng. “No way.”

“Lisa.” Que bergetar suara memberi amaran.

Lisa menjulingkan mata memandang luar tingkap. “Aku sendiri tak tau dia kat mana dowh..”

“Dah call dia?”

Lisa gigit bibir. “Belum.”

“Call dia.” Que bernada keras.

“We’ll see.”

“By hook or by crook,call dia.Dia husband kau.”

Lisa mengeluh. “Chaw..”

Talian dimatikan.Pandangannya jatuh pada skrin handset di tangan.Mana JJ?Nanti dinner karang nak cakap apa kat ma dengan pa.JJ..Butang dail ditekan.






Suasana sepi di meja makan.Hanya kadang-kadang kedengaran sudu garpu berlaga.Lisa memandang Puan Rozita dan Encik Fauzi kemudian pandangannya jatuh pada JJ di hadapannya.

“Abang nak tambah?” Lisa mencapai pinggan JJ untuk ditambah nasi. JJ mengangguk, “Hmm.”

“Tambah banyak-banyak la Min.” JJ senyum segaris pada Puan Rozita.

Lisa menghulurkan pinggan yang telah ditambah nasi kepada JJ, “Cukup?”

JJ mengangguk,pinggan bertukar tangan tanpa sebarang kata. Lisa memandang kosong seketika pada JJ.

“Lisa dengan Min tidur sini la malam ni.” Encik Fauzi memandang JJ dan Lisa silih berganti.Masing-masing angkat muka memandang kembali Encik Fauzi.

“Ayah,Lisa..” Belum sempat dia menghabiskan ayat,Puan Rozita terlebih dahulu menjawab, “Tidur sini la.Esok kan Ahad,takkan busy kut.”





Lisa mengangkat muka memandang pintu yang ditolak dari luar.Dia senyum segaris pada JJ di pintu dan kembali menyambung bacaannya di atas couch.

Disagree-Crumb disumbat ke telinga dengan mata masih pada buku di riba.Pintu tandas kedengaran ditutup.

“Tolong.”

Masih lagi belum kedengaran jawapan daripada sebelah talian.

“Kali ni je.”

Dan masih tiada jawapan.

Lisa menggigit bibir. “I tak tahu nak cakap apa kat ibu dengan ayah.” Dia menarik nafas. “JJ..say something.”

“I balik.”


Pintu tandas kedengaran dibuka dan ditutup kembali. Buku diletak ke tepi dengan mata pada JJ.

“Thanks.”

JJ memalingkan muka memandang Lisa di atas couch.Dia menghela nafas panjang dengan mata masih tidak melepaskan Lisa.

Sunday, 15 November 2009

Crumb 8

Dan macam setiap pagi biasa,satu rumah kedengaran Lisa menjerit dari tingkat atas.Tapi hari ni bukan macam hari biasa.JJ memandang jam tangannya.Pagi Sabtu pun ‘nightmare’ jugak ke?

Lisa menjengah masuk ruang tamu dengan muka kalut habis.JJ kelam memandang Lisa.Kut jatuh katil pagi ni..

“Bad news.” Lisa melangkah masuk dapur.

“Huh?” JJ memerhati Lisa berjalan masuk dapur.

Lisa kembali dengan mug di tangan dan duduk menghadap JJ di meja.Mug dibawa ke bibir dan diletak kasar. “I kena balik rumah parents I.Malam ni..”

JJ mengangguk. “Ok.”

Lisa mengeluh memandang JJ. “Yang tu I tak kisah.Problem nya,I kena balik bawak you sekali.” Satu persatu Lisa menerangkan dengan wajah serabut gaya pikir masalah dunia.

Kening JJ terangkat sebelah. “So?Kita balik sekali la.” Apa masalahnya balik rumah ma dengan pa bawak aku sekali?Apa aku ni husband dia kan?

“That’s the problem.Parents I suruh dinner kat sana.Means kita kena..” Lisa menjulingkan mata. “Menginap kat sana” Dia menggumam sendiri.

JJ masih lagi wajah tenang. “I tengok couple lain biasa je balik rumah mak bapak diorang.Takde problem pun.”

“Tu orang lain.Ni kita.Us.Kita tak macam orang lain.” Lisa mengeluh lagi dengan mata memandang melepasi bahu JJ.

Dan susana sunyi seketika di ruang tamu.Masing-masing membisu. Senyap tak terkata.Dan senyap sebab tak tahu nak cakap apa.

JJ berdiri dan melipat notebook nya. “Seksa sangat eh kahwin dengan I?” Dia melangkah pergi dan mencapai kunci kereta.





Kereta dipandu laju.Edwin Mccain-I’ll be mengisi sunyi di dalam kereta. Earpiece dicapai dan dipakai pada telinga.Mata memandang handset di tangan kiri mencari nama pemanggil dan butang dail ditekan.

“Tu orang lain.Ni kita.Us.Kita tak macam orang lain.”

“Hello.”

“Zeyq,kau kat mana?”

“Rumah.”

“Aku join.”

Panggilan dimatikan tanpa menanti jawapan daripada talian sebelah. Earpiece ditanggalkan dan dicampakkan ke seat penumpang sebelah bersama handset.






“Kau tension sangat ke?” Zeyq mengangkat kening sebelah pada JJ di hadapannya. Salem di tangan JJ berkepul mengeluarkan asap.JJ diam tak menjawab.Dan dia tak rasa perlu jawab bila dah rokok kat tangan,semua faham.

“Dude.Kau dah 25 tahun.Tahu baik buruk kan?” Zeyq berkerut dahi memandang JJ. JJ bukan kaki benda kanser ni.Tapi bila kusut sangat,benda ni jugak yang dia cari.

JJ mengeluh dengan asap berkepul keluar.Dia memandang langit. “Tension dowh.”

“Asal tak ketuk drum?Kau nak,aku boleh kasi.”

JJ sengih. “Benda tu kalau setakat nak lepas geram boleh la.” Dia menarik nafas perlahan. “Tapi time ni..ni je aku nampak.” Cawan di atas meja dibawa ke bibir. Dia memandang Zeyq yang menggeleng.JJ sengih bersalah. “Ni free country dowh.”

“Ni memang free country.Rumah aku,kau ingat free house ke apa?” Sarkastik nada Zeyq.Dia memandang JJ atas bawah.Dulu elok je tak smoking.Ni tiba-tiba hisap benda bakar duit ni apa kes?

“Kau gaduh dengan Lisa eh?” Zeyq serius memandang JJ.

JJ hanya angkat bahu. “Aku je yang gaduh,dia tak.” Tenang dia menjawab.

Zeyq berkerut dahi.Tak tahu la salah siapa.Sebelum ni nampak ok je kahwin. Zeyq mengeluh. “Aku malas la nak campur cerita laki bini ni.”

“Aku tak suruh pun.” JJ menggumam sendiri

“Gaduh besar eh?”

Kening JJ terangkat sebelah apabila dengar suara perempuan dari belakang. “Zeyq,sejak bila kau ada orang gaji?”

“Teko kau JJ!” Edi mengambil tempat duduk di sebelah Zeyq. “Karang free je aku tibai dengan dulang.”

JJ sengih. “Lorh..Kau ada kat rumah.”

“Habis kau ingat air kau minum ni pasang siap?” Zeyq memberi isyarat pada cawan di hadapannya. “Hand-made tu.” Edi sengih. Matanya dilarikan pada tangan kanan JJ. JJ cuba menyembunyikan rokok di tangannya apabila menyedari Edi memerhati. “Sorry.” Tenang dia menuturkan.

“Patut la aku macam detect something.” Datar Edi menjawab.

JJ senyum segaris. “Sorry ar,kalau aku ganggu korang.”

Zeyq menggeleng, “Small matter.”

“Kalau ada prob,citer ar.” Edi memandang JJ yang penuh kusut.

p/s : maybe ramai x suka JJ smoking..maybe.. =_='

Saturday, 14 November 2009

Crumb 7

“Perhaps.”

Masing-masing jatuh rahang tak percaya.Jiwang karat tahap lupa diri tu.

“Kut ye pun kita da lama tak jamming.Takkanlah kut kau nak kasi smash dengan jiwang karat.” Zeyq sarkastik dengan kening terangkat sebelah.

JJ mengangkat muka tak bersalah daripada gitar. “Pardon?”

Aim menepuk dahi.JJ dah tunjuk gaya tension habis dowh.Mahu pecah base kalau lagi tension. “Kau nak versi mana?Doris Day ke Cake?”

JJ berkerut dahi. “Kau ingat aku dua alam ke apa nak main gaya Doris Day?”

Aim sengih dengan drumsticks di tangan. “Kut kau nak buat appearance Doris ke.Mana tau.”

“Kau memang nak ketuk drum tu guna senduk eh?”





Handset di atas night table menjerit dengan Korn-Somebody Someone. Tangan malas mencapai dengan mata masih tertutup.Handset dibawa mendekati wajah.Mata dibuka perlahan memandang skrin.Sharp 6 a.m.

Kaki mendarat malas di atas bantal dan melangkah keluar pintu. Pandangannya menala pada tingkat atas.Kening JJ terangkat sebelah. Lampu masih lagi terpadam.

“Nurlisa!” JJ menjerit dengan kaki melangkah masuk bilik belakang. Baju kemeja siap bersangkut dan digosok semalam dicapai bersama tie.Dia berhenti di hadapan tangga.

“Nurlisa!” Dia mengeluh.Susahlah bila telinga sumbat dengan Mp3 sebelum tidur.Dah masuk fasa mak orang dowh.Main kejut tiap pagi.





JJ keluar dengan tuala bersangkut di leher.Dia memandang tingkat atas yang masih lagi gelap.Karang naik kan free je kena fire macam hari tu.

Bergetar gegendang telinga bila dengar Lisa menjerit satu rumah dah gaya nampak John Lennon depan mata.JJ dengan muka tak bersalah mencapai tiub toothpaste dan keluar dari tandas.

“You buat apa?”

JJ mengangkat tiub toothpaste dan berlalu ke arah pintu bilik Lisa. “I punya dah ha..” Belum sempat dia menghabiskan ayat,melayang bantal dari belakang.


“Lisa!” Dia mengeluh apabila tiada sebarang jawapan dari tuan punya tingkat atas.





Dan macam biasa bila waktu breakfast.. “Aaah!Kenapa tak kejut?” Lisa berlari menuruni tangga menuju ke meja makan.

“Lisa..Hari-hari I kejut you.Dan hari-hari you bangun lewat.” Tenang JJ menjawab dengan tangan menuang kopi ke dalam cawan Lisa.

Lisa merengus. “Suara you tu slow sangat.” Dia menarik cawan dan dibawa ke bibir.

“Kut you nak I masuk bilik kejut you?”

Lisa tersedak dengan mata memandang tajam pada JJ. “Don’t you dare.Tu jajahan I.You takde passport nak masuk.”

“I ada passport.You je tak approve.” JJ menggumam sendiri.

Monday, 9 November 2009

Crumb 6

JJ memalingkan mukanya ke arah ruang tamu apabila terdengar jeritan dari luar.Lisa tercungap-cungap menarik nafas.

“Kenapa?” Kening JJ terangkat memandang Lisa.Tadi elok je tidur.

“Nightmare.” Sepatah dia menjawab sambil mencuri nafas.JJ kembali ke dapur.Lisa menggeleng sendiri dengan tapak tangan di dahi.Nak kata demam dah ok sikit.Gila nightmare.Siap mimpi kena kiss lagi.

Dia bersandar pada sofa dengan mata memandang kosng televisyen di hadpan.Kalau betul macam mana?Ngeri dowh..Dia menjulingkan mata apabila terasa dahinya dijamah.Dan refleks dia berpusing 360 darjah dengan mata memandang tajam pada JJ.

“Dah ok sikit.” JJ senyum segaris. “I nak pergi kerja ni. Breakfast ada kat dapur. Self-service eh.”

Lisa mengangguk tanpa memandang JJ. “Thanks.” Sepatah dia berkata dengan mata memandang bawah.

JJ sengih.Dan wajahnya didekatkan pada Lisa.Refleks Lisa menolak bahu JJ apabila terasa dahinya dikucup.Pandangannya tajam pada JJ dengan tangan pada dahi dan pipi merona merah.

“Upah” Briefcase dicapai dan dia berjalan keluar pintu.

“You!” Nightmare dah betul-betul jadi!Kurang betul la JJ ni.Salah makan racun tikus ke apa pagi-pagi ni.





Dinding di hadapan dipandang tak berkelip.Bantal di kepala dibetulkan kedudukan.Lisa mengeluh.Lengan kanan diletakkan di atas dahi.Matanya dipejamkan seketika dan dicelik kembali.Dowh..Belum mengantuk lagi.

Pintu bilik ditolak dan langkah diatur menuruni tangga.Keningnya terangkat sebelah melihat cahaya dari ruang tamu.

JJ mengangkat muka dari mug kopi.Dia senyum segaris pada Lisa di tangga.Lisa senyum tanpa perisa dan berjalan masuk dapur.Mug ditarik dari rak dan dibawa ke meja.Jus dituangkan ke dalam mug.Lisa duduk menghadap JJ dengan mata pada mug.

JJ mengangkat kening sebelah memandang Lisa.Dia tersenyum sendiri sambil menggeleng.Lisa hanya memandang JJ hujung mata.Angau ke apa?Rambut di hadapan diselit di celah telinga.Mug dibawa ke bibir.Dan tersedak.

Dia memandang tajam pada JJ “You!” Dowh..Dah la pagi tadi nightmare lepas tu jadi betul.Ni tambah satu masalah

“Pardon?” JJ wajah tenang sambil membawa mug ke bibir.Salah aku ke?

Lisa merengus.Takkan nak tarik alas meja ni kut tutup kepala.Lisa berdehem kecil mengangkat muka memandang JJ. “Esok I kerja.”

“Ok.Kereta you dah ada kat porch.”

“Thanks sebab tolong hantar kat workshop.” Mug dibawa ke bibir.

“No problem.” JJ

Lisa gigit bibir dengan pandangan pada meja.Dia mengeluh. “Nite.”

JJ mengangguk. “Nite.”





Cawan di bibir diletak di atas piring dan kepalanya mendongak memandang tingkat atas apabila sekali lagi mendengar jeritan Lisa.Nightmare lagi ke?Dan dia kembali menghirup kopi dengan tangan mencapai NST.

Kedengaran tapak kaki berlari dari tingkat atas dan sekali lagi JJ memandang tingkat atas.Jam di tangan dikerling.Dia sengih.Patutlah.

Lisa berlari menuruni tangga sambil memakai brooch di tudung. “Aahh..Dah lambat.” Kerusi ditarik dan teko kopi dicapai.

“I thought you nightmare.” Sarkastik JJ menurukkan dengan senyum di pinggir bibir.

Lisa sempat menjuling sambil cawan dibawa ke bibir. “I lupa kunci jam.” Cawan dikembalikan ke atas saucer.Dia pantas bangun dan berlari menuju ke pintu.Belum sempat dia menarik pintu keningnya terangkat sebelah.


Don’t forget to bring ‘the key’ :):


Matanya tertumpu pada kertas not kuning yang tertampal pada pintu.Key?Dia kelam seketika memandang JJ sebelum berlari semula menaiki tangga.JJ menggeleng memandang Lisa.Budak tadika.

Lisa kembali menuruni tangga dan menuju ke pintu dengan kunci rumah di tangan. Tombol ditarik dan dia menghilang di sebalik pintu.Sebelum pintu ditutup kepalanya terjonggol ke dalam. “Thanks.” Dia senyum segaris pada JJ.JJ hanya mengangkat cawan kopi dengan mengangguk.





Brooch ditanggalkan dengan tudung dan disangkut pada sofa.Rambut di belakang diikat ekor kuda dengan langkah lemah masuk ke dapur.Tangannya direnggangkan dengan mata pada peti ais. Let me see..Jari telunjuknya digerakkan di atas kertas A4 yang tertampal pada pintu peti ais.Hari Khamis..Lisa.Dia mengeluh sendiri.Kena masak dowh..

“Kenapa pulak?” Lisa menekup muka ke meja sambil mengeluh.Masalah dowh..

“Mana aci.Hari-hari I masak.Kita ikut turn la.” Tenang JJ menjawab.

“Cara lain?” Lisa mengangkat muka dengan dahi berkerut.

JJ menjulingkan mata.Ni kes malas la ni. “Cara lain,you makan ‘mi kari’ you hari-hari.”

Lisa memuncung berfikir. “Kalau you masak hari-hari I bayar boleh?”

Dan rahang JJ jatuh ke bawah. “I’m not your maid.”

“Part time maid boleh ?” Teragak-agak Lisa bertanya.

“Better you makan mi kari you.”
Seram aku dengar.Magi aka mi kari?Dowh..Boleh kena buah pinggang free je. “Fine.”

JJ sengih. “Let’s the thing begins.” Marker ditarik penutupnya dan ditulis seusatu pada kertas A4. “Hari Isnin your turn boleh?” Kening JJ terangkat memandang Lisa di hadapannya.

“I busy.”

“How about Thursday?”

Lisa menggeleng.

“Sunday?”

“I tidur.”

“Habis hari apa you free?” JJ berkerut dahi.

Lisa menggigit bibir berfikir. “Takde.”

“Lisa!”

Sunday, 8 November 2009

Crumb 5

Beg tangan dibuka dan mata liar mencari kunci rumah.Tangan kiri mencapai handset dan butang dail ditekan.Off?Bagus sangat lah time hujan lebat macam ni.Kunci rumah pun lupa bawak.Lisa memeluk tubuh yang kesejukan dengan badan disandarkan pada gate.


Yellowcard-Only One (acoustic) menjerit dari radio dalam kereta.Pandangan dihalakan ke luar tingkap.Lebatnya hujan.Perdana hitam membelok masuk jalan perumahan.Brek cepat-cepat ditekan dan berhenti di hadapan gate.Lisa?Pintu kereta dibuka dan JJ terus berlari kea rah Lisa yang terduduk di hadapan gate.

“Lisa. “Bahu Lisa digoncang perlahan.





“I ok la.”

Dan sekali lagi JJ menjulingkan mata sambil tangan masih lagi mengacau sup ayam di atas stove.Dia mengeluh memandang Lisa yang berbungkus dengan comforter di atas sofa.Ni dah masuk tiga kali Lisa kata macam tu.Dan dah tiga kali jugak dia jawab..

“Kalau dah temperature 39° tu kira ok eh?”

Lisa merengus.Lorh pak cik ni.Strict habis gaya doktor pun tak macam tu.Siap suruh duk kat ruang tamu lagi kata senang nak ulang alik.Ingat aku budak tadika ke apa.

Pandangan Lisa jatuh pada JJ yang sedang menatang dulang berisi sup ayam dan mug.Dia ketawa kecil.

JJ yang sedang berjalan ke arahnya terangkat kening sebelah.

“Excuse me?” Dulang diletakkan di atas coffee table.

Ketawa Lisa masih bersisa. “Lawak la tengok you pakai apron.” Matanya disyaratkan pada apron yang tersangkut di leher JJ.

JJ sengih.Tali apron dilurutkan dan ditanggalkan. “At least bukan colour pink.” Tangannya mencapai mangkuk sup ayam dan sudu.

Lisa mengangkat kening sebelah memandang sudu berisi kuah sup ayam yang disua di hadapannya. “I ada tangan.”

“Fine.” Sudu dan mangkuk bertukar tangan.Perlahan-lahan Lisa menyuap kuah sup ayam ke mulutnya.Dia menelan kelat.

JJ hanya memerhati.Wearing hijab..Even time sakit.Unpredictable. Kerasnya kepala.Lisa..

Terketar-ketar tangannya cuba mencapai mug di atas coffee table.JJ menarik mug dan dihulurkan pada Lisa. “Boleh?”

Lisa mengangguk kecil.Dia tersedak.Dan refleks tangan JJ menggosok bahu Lisa.

“Throw..out..” Lisa menekup mulutnya.

“Kejap I ambil baldi.” Belum sempat JJ bangun Lisa dah..




“Sorry..”

“Nothing la.Sikit je..” First time jadi ‘baby-sitter’ dah nightmare.

“Tak sengaja.”

“Tahu..Takkan sengaja kut.”

Lisa memandang JJ di meja tak berkelip.Gaya marah habis je pak cik ni.Dan sejak bila Lisa peduli JJ kalau JJ marah?

JJ mengalihkan pandangannya pada Lisa.Dan pandangan mereka bertembung.JJ memerhati Lisa tak berkelip.Dan Lisa cepat-cepat memandang ke tempat lain.

“Dah lewat ni.Tak mengantuk ke?” JJ memandang jam di dinding.

Lisa menggeleng. “I dah ok.You pergi la tidur.”

“I takpe.Yang sakit tu you,bukan I.”

Lisa mengeluh.Gaya doktor bertauliah sangat la tu. “I ok la.” Berapa kali nak cakap.

“Baik you tidur.Karang I lullaby kat sini.Pengsan you.” Tenang JJ menuturkan.

Rahang Lisa jatuh ke bawah. “Better kalau you cerita pasal you punya background.” Lisa sengih. “I tak makan lullaby.” Dia menambah.

Kening JJ terangkat sebelah.Kerasnya kepala. “Background?”

Lisa mengangguk. “Asal mana.Umur berapa.Kerja kat mana.And whatever.”

“Don’t tell me yang you tak tahu tu semua.”

“Serious.” Lisa angkat tapak tangan kanannya.

JJ mengeluh.Nampak sangat tak nak kahwin.Dowh..Susah. “Saya Azi Azmin bin Azman.Asal Kl.I’m 25 and currently working in Bangi.”

Lisa senyap tersampuk.Skema nya ayat. “Lagi?” Lisa membetulkan bantal di kepala dan duduknya di atas sofa.

“You CSI Bangi ke?”

Lisa senyum tawar. “Curiosity” Ringkas dia menjawab.

“Dulu study kat Pahang.And..” Rahang JJ jatuh ke bawah mdengan mata pada Lisa yang sedang tidur di atas sofa.Betul la budak tadika.Dan matanya masih pada Lisa.She look cute..Even wearing a hijab while sleeping..Though.

Comforter ditarik hingga paras bahu.Dan pandangannya masih belum melepaskan Lisa.Bibirnya didekatkan pada dahi Lisa.And ends the night with something sweet..

Lampu utama ruang tamu di switch off dan langkah diatur menaiki tangga.Sejak bila JJ lemah bab feeling?

Wednesday, 4 November 2009

Crumb 4

Matanya beralih dari notebook di meja kepada Lisa yang sedang menuruni tangga.Pakai tudung?Keluar kut..Dia kembali menatap notebook di hadapannya tidak mempedulikan Lisa.

Hujung matanya memandang JJ di meja makan di dapur.Awak ,saya lapar ni.Tolong keluar dari dapur boleh?Kakinya melangkah masuk dapur tanpa memandang JJ langsung.Kuali yang tersangkut dicapai dan diletakkan di atas stove.Tangan kanan dan kiri direnggangkan.Hari ni kita masak..Matanya dilarikan ke sekeliling dapur.Hmm..

JJ menjulingkan mata.Masak dowh..Nak keluar ke tak?

Senduk di tangan kanan diketuk-ketuk pada kuali.Botol kicap dan sos dicapai dan digoncang.

Gaya nak halau aku je.Siap main ketuk-ketuk lagi.Enter Sandman-Metallica memekik di segenap dapur.Mari kita tengok,mana lagi kuat.Metallica ke ketuk-ketuk kuali awak.

Lisa sengih.Kirim salam awal-awal.Metallica ni memang makanan aku.Siap.Makanan di dalam kuali dituangkan ke dalam pinggan.Lisa mengigit bibir.Nak share ke tak?

“He’s your husband.And you’re his wife.Berdosa kau tahu tak.”

“Tahu.”

“Kesian la sikit.Give him a chance.”

Pinggan ditolak ke hadapan.

“Nak?”

Kening JJ terangkat.Matanya masih pada notebook. “Apa?”

“Mi kari.”

Dahinya berkerut.Mi kari pagi-pagi ni?Rajinnya.Kepalanya diangkat dan pandangannya jatuh pada isi di dalam pinggan.Rahangnya jatuh.

“I ingatkan tu magi kari.” Ingatkan apa lah yang ketuk-ketuk sampai kuali pun macam dah nak pecah.

Lisa mengeluh. “Magi kari aka mi kari.Rasa pun sama.Nak?”

“Sure.”




Ketawa pecah di sekeliling meja makan.

“Kau pun berisi gak!” Edi sengih pada Luke.

“Ni kes Tia masak la.” Luke angkat kening.

Dan ketawa pecah lagi.

“JJ sorang je yang maintain.” Zeyq sengih pada JJ.

“Aku bina badan dowh.” JJ senyum segaris.Bina badan ke kes bini masak Maggie je?

“Apa rumah kau sebelah gym ke?” sarkastik Aim bertanya.

“Rumah aku sebelah paya.Boleh aku humban kau dalam tu.Nak?”

Aim sengih. “Kau nak aku jadi janda ke apa?” Deen’i angkat kening.Aim dengan JJ sama-sama ketawa.Betul la masing-masing dah besar.

“Korang nanti ready jadi uncle ngan aunty eh.” Semua mata jatuh pada Luke.

“Tak surprise la.” Tia memuncung.

“Biar betul?” Edi menggeleng.

Tia dan Luke serentak mengangguk. “Betul la ni.” Dan sungguh.Masing-masing dah dewasa.

“Chop!Aku nak nick papa Zeyq.” Zeyq cepat-cepat angkat tangan. “Alamat aku automatic jadi mama Edi la kat anak korang.” Edi menggeleng dengan senyum segaris.

“Abeh aku?” Luke buat muka.

“Kau ambik title walid!”




Earpiece dilurutkan ke leher dengan kening terangkat.Bunyi apa tu?JJ memandang sekeliling.Kosong.Dia melangkah ke porch.La..Patut pun.

Lisa menggigit bibir.Ni yang alah ni.Bawak kereta tahu la,tapi kalau masuk bab repair,gear apa semua tu fail terus.Jam di tangan dikerling.8 pagi.Ni dah kira lewat membunuh ni.Campur tolak dengan jam,traffic light yang berderet dengan jauhnya.Ada setengah jam lebih baru sampai.Dowh..Cab pulak tak sampai-sampai.Gamaknya petang karang baru sampai office kalau macam ni terus.Masalah..

“Rosak?”

Terhenjut bahu Lisa terkejut.Dia merenung tajam JJ di sebelah.Entah jatuh dari mana la manusia ni,bila masa pulak duk sebelah ni.

JJ buat muka tak bersalah membalas pandangan Lisa.Matanya dialihkan pada kereta Proton Wira di hadapan.

“Dah lewat ni.Tumpang I je la.” JJ melangkah masuk ke dalam rumah dan mencapai kunci kereta di atas coffee table.Dia kembali semula ke porch dan Lisa masih lagi tak bergerak.

“You tak kerja?” kening Lisa terangkat sebelah.

“Cuti.”




Telunjuk mengetuk stereng sambil mata memandang hadapan.JJ mengeluh.Ni dah masuk 15 minit.Senyap je.Takkan automatic bisu kut.

“Kenapa senyap?” JJ memandang sejenak Lisa di sebelah.Lisa angkat muka memandang JJ.

“Ibu I pesan,jangan cakap dengan orang yang kita tak kenal.” Tenang dia menjawab.Dan itu sahaja jawapan yang dia boleh fikirkan.

JJ senyum segaris.Ibu you tak pesan suruh respect husband?

“Kiranya I dengan you tak kenal la ni.” Lampu isyarat menyala hijau dan minyak ditekan.

Lisa diam seketika.Sarkastik tu.Dia teragak-agak mengangguk. “I afraid the answer is yes.I tak tahu asal usul you.Your chronicles,you kerja kat mana.Even nama penuh you pun I lupa.” Right.Azi apa entah.Macam mana boleh keluar JJ pun dia tak tahu.

JJ ketawa kecil.Betul la aku kahwin dengan budak tadika.

Friday, 30 October 2009

Crumb 3

“Lisa..”

Greenday-I walk alone menjerit di telinga dengan kepala digelengkan menikut lagi dan mata dipejam.

“Lisa..”

My shadow's the only one that walks beside me
My shallow hearts the only thing that's beating
Sometimes I wish someone out there would find me
'Til then I walk alone

Ah-Ah Ah-Ah Ah-Ah Ahhh-Ah
Ah-Ah Ah-Ah Ah-Ah

Bibir turut mengalunkan.Puan Rozita dan Encik Fauzi serentak menggeleng.

“Lisa!”


Pintu bilik dibuka dan ditutup kembali.Nafas ditarik panjang dan pandangan dihalakan pada katil.Lisa mengeluh dengan belakang disandarkan pada pintu.Kahwin eh?Duh..

Comforter di dalam almari ditarik dan dibawa ke couch.Dia duduk di situ dengan memeluk siku.JJ di atas katil dipandang kosong.Diari di bawah couch ditarik keluar dan dibuka perlahan-lahan.Dear diary..Countdown..7 days to go till I move. ’We’ move to the house..

________________________________________________________________

JJ melepas keluh sambil duduk di atas sofa memandang kosong televisyen yang tak di ‘on’ .Ibu dengan ayah dah balik sekarang tinggal dia dengan Lisa dalam rumah ni.Li..Sa..Dia tak boleh nak predict tentang Lisa.Dan dia tak boleh nak predict tentang perkahwinan ni.Dia tak kenal Lisa dan Lisa tak kenal dia.Tu je yang dia tahu.Yang dia boleh cakap;Lisa ok.Damn pretty boleh la.Depan ibu ayah elok je.Tapi belakang,satu patah kata pun tak pernah keluar.Dia sendiri pun tak tahu nak cakap apa dengan ‘wife’ dia.Marriage ke macam ni?

Lisa menggigit bibir dan meletakkan mug kembali ke kaunter dapur.Matanya menala pada inai yang masih merah dan cincin kahwin di tangan.Derhaka ke dia?Ni je cara yang dia tahu.Jauhkan diri,sebelum benda buruk terjadi.Sebelum dia lebih kenal Azi Azmin aka JJ.Sebelum dia boleh terjatuh suka kat ‘husband’ dia.He look ‘nice’..Dari luar,tu yang dia nampak.At least,JJ hormat dia.Dan tak pernah sentuh dia.Kalau sorang senyap,dua-dua senyap.

Langkahnya diatur perlahan ke ruang tamu.Tudung di kepala masih belum ditanggalkan.

JJ memandang belakangnya.Matanya memerhati Lisa yang menuju ke arahnya.Pandangannya kembali ditala pada televisyen kosong di hadapan.Lisa mengambil tempat duduk di sofa single sebelah JJ.Dia menarik nafas panjang.

“We need to talk.”

JJ angkat kening memandang Lisa. “Hmm?”

“Marriage ni.” Lisa mengeluh. “Yang I tahu.Kita sama-sama tak kenal.Sama-sama tak suka benda ni.Dan kita nak benda ni ended.”

JJ memandang kosong Lisa.Nafas ditarik dalam-dalam. “So?”

“Kita respect privacy masing-masing.Rumah ni dua tingkat,so you pilih la you nak floor mana.” Tenang dia menjawab.

JJ mendongak memandang tingkat atas.Pandangannya kembali pada Lisa. “I tingkat bawah.”

“Deal.”





“Kejam!”

Lisa menjauhkan handset dari telinga.Dia berkerut dahi sambil menggeleng.

“Excuse me?”

“Kejam la kau!” dan sekali lagi Que menjerit.Dan sekali lagi juga dia menjarakkan handset dari telinga.

“Siapa kejam?” Tanpa nada dia bertanya.

“Kau.Memang nak derhaka eh?” sarkastik Que bertanya.

Lisa senyap seketika tidak menjawab.Derhaka.Berdosa tu.Dia tahu.

“Sementara.Nanti divorce ok la tu.” Tenang jawapan yang diberikan.

“What?Lisa..!Tak sampai sebulan pun.”

“Dalam news kahwin 12 hari pun dah divorce.Kan?”

Que merengus di sebelah panggilan. “Give him a chance.”

“Aku kahwin dengan dia kira chance la tu.”

“He’s your husband.And you’re his wife.Berdosa kau tahu tak.”

“Tahu.” Lisa mengeluh.

“Kesian la sikit.Give him a chance.” Lembut Que menuturkan cuba memujuk Lisa.

“Tengok la dulu..”

Saturday, 24 October 2009

Crumb 2

Ketawa pecah.Pandangan JJ mencerun tajam pada tiga kepala di hadapannya.Dia mengeluh.

“Aku serius ni.” Tanpa nada dia bersuara.

“Aku rasa macam besar je mandat aku.” Zeyq sengih.

“Apa-apa je la.” JJ buat muka toya tak berperasaan.

“Aku dulu mana ada ambil ilmu semua ni.” Ketawa Luke masih bersisa.

“Aku ajar.Aku ajar.Asal dapat makan nasi minyak sudah.” Sarkastik nada Aim.

JJ buat muka bosan,dia menggeleng sendiri.Ada ke patut aku mintak suruh kasi ilmu akad nikah diorang boleh buat main-main.Aku serius apa.Nak tanya pa malu la pulak.Dah la hari tu gagap time call Lisa.Karang bisu terus depan tok kadi mahu sepuluh kali lafaz pun tak sah.

“Last aku tanya.Nak ke tak?”

“Nak.”




Lisa memerhati bosan Kak Ain dan Puan Rozita yang sedang melihat baju-bbaju pengantin. Paramore-That’s What You Get menjerit di telinga.Jam di tangan dikerling.Dah masuk setengah jam dah ni.Dia bangun malas daripada kerusi dan berjalan kea rah Kak Ain dan ibunya.

“Kalau tak beli tak boleh ke?” tanpa nada dia bertanya.

Rahang Kak Ain dan Puan Rozita sama-sama ke bawah.Pembantu butik di sebelah ketawa kecil sambil menggeleng.

“Habis tu Lisa nak pakai apa?” Puan Rozita berkerut dahi.Dah naik pening dia dengan perangai Lisa.Orang lain kalut pasal dia nak kahwin,dia boleh tenang gaya tak berminat.

“Pakai baju kurung kedah dengan kain sarung kira cun apa.” Dia menggumam sendiri sambil matanya dilarikan pada baju-baju pengantin yang tersusun.Dia berkerut dahi. “Ibu,ambil je la yang mana-mana pun.Semua sama je.”

“Lisa!”




Dia memandang kosong biliknya yang dah dihias.Langkah diatur ke katil.Dia duduk mengeluh sambil melurutkan earpiece di telinga.Bibir bawah digigit.

Lisa kahwin?Messy.Pagi-pagi dah kena bangun.Kena share bilik dengan entah-sape-entah.Mesti serabut.Dowh...Dan benda yang dia paling alah memasak.Buat kerja rumah.Gosok dengan cuci baju.Buat tu.Buat ni.Gaya dah macam orang gaji pun ada.Macam mana lah aku kahwin esok-esok.

Handset di dalam saku jeans ditarik keluar.Jarinya menekan keypad mencari senarai nama pemanggil.JJ..Awak.Kalau saya tak nak kahwin dengan awak boleh?Huh..Free je kena kejar dengan ibu ayah.Greenday-Holiday memecah sunyi.Keypad ditekan malas menerima panggilan.

“Assalamualaikum.”

Salam bersahut di sebelah talian.

“Kenapa call?” malas dia bertanya.

“Lorh.Saje.Nak tanya kau ok ke tak.” Que sengih.

“Aku ok je.Tolong aku boleh?”

“Tolong?”

“Tolong carikan lawyer.Aku dah nak bercerai.” Tanpa nada dia menuturkan.

Rahang Que jatuh ke bawah. “Kau kahwin pun belum,dah pikir pasal ni.Apa kes?”

“Aku malas la nak kahwin.”

Thursday, 22 October 2009

Crumb 1

Luke menggeleng memandang JJ di hadapannya.JJ riak tenang tak berubah.Aim di sebelah berhenti memetik gitar dengan mata memandang JJ tak berkelip.

“Kau biar betul.” Luke bernada serius.

“Aku serius.” JJ mengangguk.

“Dah fikir sepuluh kali?” Aim angkat kening.

“Aku siap solat istikharah lagi.” JJ yakin dengan jawapannya.

“Dude.Ni soal kahwin.Entah anak siapa yang jadi bini kau nanti.Bukannya boleh main aci kahwin je.” Mocca-Lucky Man mengisi ruang café. Luke menghembus nafas kecil.

“Kau dah tengok ke budak tu?” gitar diletak di sisi.Matanya masih pada JJ.

“Belum.”

Dua pasang mata memandang tajam kea rah JJ tak berkelip. JJ masih lagi dengan riak tenang.

“Pilihan mak aku.” Dia menarik nafas seketika. “Aku ok je.” JJ senyum segaris. “Lagi pun korang dah kahwin,bila lagi aku nak kahwin.Kan?”

Rahang Aim jatuh ke bawah. “Takkan lah orang kahwin kau pun nak kahwin jugak.Ni pasal responsibility kau tau.”

“Aku tahu.Dan aku dah ready.”





Mukanya merona merah.Tangan kiri terketar-ketar meletakkan handset kembali ke meja.Que di hadapan dipandang tak berkelip.

“Kenapa?”

“Aku kena kahwin”

“What?”

“By hook or by crook”



Matanya menjeling pada jam di dashboard.Jari diketuk pada stereng mengikut Creed-Lullaby.

“JJ balik la.” Puan Nora di sebelah talian dah naik pening kepala nak pujuk anak sulongnya.Entah nak kahwin ke tak.Orang lain sibuk pasal nikah kahwin dia,dia boleh cakap busy.Sampai future wife pun tak jumpa lagi.

“JJ busy la ma.”

“Takkan tak nak jumpa dia.” Puan Nora mengeluh di sebelah panggilan.

“Nak tu nak.Tapi tak sempat la ma.”

“Kalau macam tu tak pe lah.JJ call dia boleh?”

“OK.”



“Aku tak nak kahwin.”

“Tau..” Que mengangguk.

“Kau pikir la apa-apa asal aku tak kahwin.” Bantal kusyen ditarik dan ditekup ke muka.

“Tengah pikir la ni.” Que mendongakkan kepala berfikir.

Greenday-Holiday menjerit di atas coffee table..Bantal kusyen dialihkan dari muka.Handset di atas coffee table dicapai,kening Lisa terangkat sebelah.Anonymous?

“Assalamualaikum.”

Salam bersahut di sebelah talian.Lisa telan liur.Lelaki.

JJ menggigit bibir bawah.Nama apa ek.Aahh..Lupa la pulak.Rasanya Li.Tapi Li apa ek. “Er..Li..Li..?”

“Lili?Lisa’s here.” Tenang Lisa menjawab.

JJ memetik jari.Ahah.Lisa. “Hey..Aa..Hm..Ee..JJ.JJ ni.”

Kening Lisa sekali lagi terangkat.Que di hadapan hairan memerhatinya. “JJ who?” Gagap ke budak ni?

“I mean Azi.Azi Azmin a.k.a. JJ.” Nafas ditarik panjang. “Mama..Tak..Puan Nora.Ni anak dia.”

Rahang Lisa jatuh ke bawah.Dia kelu seketika.Anak Puan Nora.Yang ibu kata hari tu.No..

“Er..Lisa?”

“Yea.”

“Got to go.Harap kita boleh kenal lagi.” Heh..Ayat skema tu.

Lisa cepat-cepat mematikan panggilan.Dia menggeleng perlahan sambil mata tepat pada Que.Que angkat kening bertanya.

“Kita lari Golok!”

Monday, 19 October 2009

Untitled 17

“Ma.Edi nak kahwin!”

Puan Hanom dengan Nek Pah sama-sama rahang ke bawah memandang Edi di meja makan.Edi sengih.

“Ma.Pa ada salah dengar ke?” Encik Aziz yang baru masuk melalui pintu belakang muka kelam memandang Puan Hanom.Puan Hanom menggeleng pada suaminya.

“Pa.Edi nak kahwin boleh?”

Encik Aziz turut sama rahang ke bawah.Kerusi di sebelah Edi ditarik. “Edi biar betul.Jangan main-main.”

“Betul la ni.” Edi mengangguk.Nasi goreng disuap ke mulut.

“Tak tipu.” Puan Hanom di hadapannya bernada serius.Biar betul anak aku ni.Tadi elok je makan,Tiba-tiba kata nak kahwin.Kena sampuk ke?Edi menggeleng. “Tak.”

“Ngan Zakrul?” Nek Pah bersungguh bertanya.Edi mengangguk dengan sengih. “Ye la tu.”

“Ziz.Kiro jadi la tuh.” Nek Pah mengalihkan pandangannya pada Encik Aziz.

“Ma?” Encik Aziz mengangkat kening sebelah pada Puan Hanom.

“On.”



“Ibu.Along nak kahwin ni.Boleh ke tak?”

Puan Zahra masih lagi muka kelam.Zeyq menggaru kepala yang tak gatal.Ni dah masuk tiga kali dia tanya.

“Dengan siapa?” Puan Zahra akhirnya bersuara.

Zeyq sengih. “Edi.”



Edi senyum segaris pada cincin bertunang di jari.Pandangannya jatuh pada Amir yang baru mengambil tempat duduk di sebelahnya.

“Happy la tu.” Amir mencuit hidung Edi.

“Along.orang dah besar la.” Edi cepat-cepat menepis tangan Amir.
“Tapi still adik Along kan?” sarkastik nada Amir dengan kening terangkat sebelah.

“Dowh..” Edi memuncung.

“Dah nak kahwin pun perangai macam budak-budak.”

Edi senyum tawar. “Thanks.”

“For?”

“Ingatkan Edi pasal istikharah.” Edi menunduk memandang lantai.Lepas dia tengok CD tu memang dia tak terkata apa.Terus berkurung dalam bilik.Entah kenapa dia tiba-tiba terbuka hati nak call Along.Mungkin sebab tinggal Along je yang boleh share benda ni.Dan Along buka slot tazkirah dalam panggilan hari tu.Heh..Habis segala kisah dia dolu-dolu dia angkut.Cerita pasal dia boleh terbuka hati nak kahwin dengan Kak Yana pun masuk sekali.Tapi Along memang banyak tolong dia.Tolong sedarkan dia tentang istikharah.Sewaktu dia tak tahu apa yang terbaik.Sewaktu dia keliru.Hanya Allah yang dapat membantu.Allah Maha Mengetahui.

“Nah..We’re all human beings.”



JJ mengangguk. “Dah agak dah..Congrats..Ye la..Nanti aku cakap..Chaw.” Handset dikembalikan ke atas coffee table.Aim di hadapan angkat kening sebelah bertanya.

“Edi.” Sepatah JJ menjawab.

“Kenapa?”

“Dia dah nak kahwin dengan Zeyq.”

Aim mengangguk.Gitar di sebelah dicapai. “Aku keluar kejap.”



Jemari memetik gitar sambil pandangan menala pada langit.Nafas dihela perlahan.Sungguhlah love is messy.Disagree-Crumbs..

Big world
Says he wants to see the light for once,
Well maybe if you try

“Can I get your phone number?” Dia dah sedia dengan handset ditangan.Edi bulat mata.
“edlina @yahoo.com “ tenang Edi menjawab.


It's so sad
Babe don't look so sad
I've got it wrong today

“Edi..”
“What?”
“Nak Tanya sikit..”
“Pe?”
“Kenapa susah sangat nak kenal Edi?” Dia menjeling Edi di sebelahnya.
“Susah ke?”Edi mengalihkan pandangannya keluar tingkap.Dia mengangguk.


And if she doesn't go your way
Look up to blue skies and say hey
It's ok it's ok

“Edi.”

“Kenapa?”

“Dia dah nak kahwin dengan Zeyq.”


Liur ditelan terasa pahit. “It’s ok.” Dia menggumam sendiri.Betul lah Aiman Haziq tak pernah lulus bab falling in love.

Sunday, 18 October 2009

Untitled 16

“Ni last kita gather macam ni.” Luke mendepangkan lengan pada kerusi kosong di sebelah.
“Gaya macam esok nak mati je.” Edi angkat kening sebelah.
“Mulut kau takder pakai Kapersky ke?” sarkastik nada JJ.Edi hanya sengih.
“I mean..Lain kali kita gather maybe lambat lagi kut.Kau ngan Tia busy dengan praktikal.Kitaorang dah nak jejak tahun akhir.Aim ngan Zeyq pulak dah busy ngan kerja.Masing-masing busy dengan hal sendiri dowh.” Luke mendingak memandang langit sambil berfikir.Edi senyap mengangguk.
“Right..Kalau gather lagi sekali pun,maybe korang dah angkut bini dengan anak sekali kut.” JJ menarik mug teh tariknya di tengah meja.Aim angkat kening sebelah.
“Dude,jauhnya kau pikir.Siap masuk anak bini lagi.Pesal tak angkut sekali dengan cucu semua?” Aim sengih.
“Ikut logic betul apa.” Mug teh tarik dibawa ke bibir. “Luke-Tia.Edi-Zeyq.Tinggal kau dengan aku je.” Mug dikembalikan ke meja makan.
Tiga pasang mata mencerun tajam pada JJ.JJ buat muka tenang sambil sengih pada Luke dan Tia.
“Pandai sangat la kau predict.” Zeyq berkerut dahi.
“Seram aku dengar.” Edi buat muka kelam
“Aku ok je.” Aim hanya mengangkat bahu dengan sengih.JJ memandang hairan pada Aim.Budak ni biar betul.Mana habis gaya emo dia?
“Aku doa biar betul-betul jadi macam tu.” Tia buat gaya mengaminkan doa.Edi angkat kening sebelah.
“Amin”


“Pak Su pinjam laptop!”
“Edi!Karang heart attacked pak su kat sini!”
Edi sengih.Pintu bilik Afiq ditolak.Langkahnya diatur ke sebelah Afiq di meja belajar.Ala Pak su ni.Tu baru sikit aku buat gaya mengejut.Karang dicampaknya mercun mahu melatah pak su aku kat situ.
“Pinjam laptop boleh?”
Afiq angkat kening sebelah. “Edi punya mana?”
“Repair.Boleh tak?”
“No hal.” Afiq menarik laptop nya di hujung meja belajar dan dihulurkan pada Edi. “Pak su bukan guna pun.Assignment semua dah khatam.” Afiq sengih.
“Thanks.”
“Jago molek!” sarkastik nada Afiq.
Edi berlalu sambil mencebik.Perli aku dowh.Mentang-mentang aku fail Kelantanese.


Ikon Media Player diklik.Play.Edi menarik nafas panjang.Entah kenapa jantungnya berdenyut kencang.Skrin masih lagi kabur.Cuma terdengar bunyi tali gitar dipetik.
Video jari memetik gitar terpapar pada skrin.Edi kelam seketika.Dia menggigit bibir bawah.Dia tahu lagu ni.Yellowcard-Only One.Dan suara Zeyq kedengaran mengalunkan..

Broken this fragile thing now
And I can't, I can't pick up the pieces
And I've thrown my words all around
But I can't, I can't give you a reason

I feel so broken up (so broken up)
And I give up (I give up)
I just want to tell you so you know

Here I go, scream my lungs out and try to get to you
You are my only one
I let go, but there's just no one that gets me like you
You are my only, my only one

Made my mistakes, let you down
And I can't, I can't hold on for too long
Ran my whole life in the ground
And I can't, I can't get up when you're gone

And something's breaking up (breaking up)
I feel like giving up (like giving up)
I won't walk out until you know

Here I go, scream my lungs out and try to get to you
You are my only one
I let go, but there's just no one that gets me like you
You are my only my only one

Here I go so dishonestly
Leave a note for you my only one
And I know you can see right through me
So let me go and you will find someone

Here I go, scream my lungs out and try to get to you
You are my only one
I let go, but there's just no one, no one like you
You are my only, my only one
My only one
My only one
My only one
You are my only, my only one

Songwriters: Mosely, Pete; Harper, Ben; Key, Ryan; Mackin, Sean; Parsons, Longineu
Only One lyrics © Bromuda Music; Bmg Songs, Inc.

Dia kaku di situ.Tak terkata.Tak berkelip.Tangannya menekup mulut.Tanpa sedar pipinya basah.Dia sendiri tak tahu sebab dia menangis.Ni bukan kali pertama dia dengar lagu ni.Dan ni bukan kali pertama Zeyq ‘berakustik’.Matanya kembali semula pada skrin.Skrin sekali lagi kabur.Dan kemudian imej Zeyq terpapar.

Tangan kirinya dimasukkan ke dalam saku jeans.Kotak kecil warna perak dibawa keluar dan didekatkan pada kamera.Kotak dibuka.Sebentuk cincin dikeluarkan dan turut didekatkan pada kamera.

Zeyq senyum tawar pada kamera.Dia berdehem kecil sambil membetulkan duduknya.Nafas ditarik dalam.

“Dear Edlina binti Aziz.Will you marry Zakrul Iman bin Hairi?”

Friday, 16 October 2009

Untitled 15

Zeyq senyum segaris pada sneakers di kaki. “Kenapa still simpan cincin tu?”

“Kenapa tanya?” dia tidak menjawab soalan Zeyq.Matanya menala pada Zeyq.

“Kenapa tak jawab?” Zeyq turut mengalih pandangan pada Edi.

“Kenapa kena jawab?”

“Kenapa tak jawab soalan I?Siapa I pada you?” soalan Zeyq bernada serius.Matanya memandang kosong pada Edi.Edi telan liur.Sekarang bukan masa nak buat lawak.Right.

“Siapa Edi pada you?” Edi memberanikan diri bertanya.Bertanya sebab dia tak nak jawab soalan Zeyq.Dan tanya sebab dia memang nak tahu.Zeyq masih lagi memandangnya tidak berkelip.

“Look..I can’t describe how much I love my guitar.Damn much.And I’ll never leave my guitar anymore.Not for a sec.I’ll never hurt my guitar not even once.” Dia masih belum melepaskan Edi daripada pandangannya.Nafas ditarik perlahan. “And you’re my guitar.” Nadanya dingin bersuara. “You’re my melody.And you’re my only one.If there’s million of girls in front of me,you’re still my only Edi.Dan tak ada siapa yang boleh replace tempat you.”

Edi kaku.Dingin.Sungguh tak tahu nak cakap apa.Entah jurus pengayat kelas ke berapa yang Zeyq guna.Sampai dia boleh terus jadi kaku senyap tak terkata.

“Now it’s your turn.Siapa I pada you?” perlahan suara Zeyq mencecah telinga.

“Kenapa sekarang baru nak tanya?Kenapa lepas tinggalkan Edi?” Hujung lengan sweater digenggam erat.Bibir bawah digigit perlahan menahan sebak sambil mata menala pada cincin.

“Zeyq kan dah kata,memang tu salah Zeyq.I know..” Nafas ditarik. “I baru tanya sekarang sebab I tak tahu apa ada dalam hati you.I tak tahu hati you masih macam dulu atau tak.Sungguh I tak tahu.Dan I nak tahu.” Liur ditelan pahit. “Dan dari dulu sampai sekarang,tak ada siapa pun yang pernah replace tempat Edi.”

Beg sandang hitam di sebelah ditarik ke riba.Zeyq mengeluarkan sekeping CD dan case.Dia menghulurkannya pada Edi yang masih kaku di sebelah.CD di tangan Zeyq masih belum bertukar tangan.Wajah Edi kelam memandang Zeyq.

“Apa ni?”
“CD.”
“For?”
“Untuk settle benda ni.” Tenang Zeyq menjawab.CD ditinggalkan di sebelah Edi sambil dia bangun dan menuju ke gazebo sebelah.CD dicapai dan dibawa masuk ke dalam beg sandang milik Edi.Edi mengeluh sebelum sama mengikut ke gazebo sebelah yang tengah akustik gitar Bittersweet-Capital E.


“Kau bawa laptop tak?”
Tia menggeleng.
“Hotel ni ada CD player tak?”
Masih lagi menggeleng. “Tak kut.Mana provide benda-benda camtu.Ubat nyamuk ada la.” Tia sengih.

Edi mengeluh sambil duduk di atas katil bertentangan dengan Tia.Tuala di atas kepala dibawa ke bahu.

“Kau ada movie best ke nak tengok?” Tia mengangkat muka daripada Gempak di riba.Edi senyum segaris.

“Lebih kurang la.” CD Zeyq bagi.Entah apa ada dalam tu tak tahu.Rasa seram semacam je.
“Laptop kau mana?”
“Rosak.Minggu lepas aku bagi kat abang aku suruh dia send kat mana-mana yang boleh repair.”
Tia mengangkat kening sebelah. “Habis kau buat assignment pakai apa?Pakai mesin taip ke?”
Edi ketawa kecil. “Aku tulis tangan terus.” Dia sengih pada Tia. “Aku cuti la.Assignment lain kali boleh buat.”

“Balik Kelantan ke?” Matanya kembali pada Gempak di riba.
“A’ah.Dah lama tak balik.”
“Kau,bila lecturer nak pergi jenguk kau kat office?”
“Akhir bulan ni rasanya.” Kaki dilunjurkan ke hujung katil.
“Aku rasa sekejap je praktikal.” Gempak di riba kini berganti dengan bantal.

“Right.” Kepala dipalingkan ke kiri dan kanan sambil tangan kiri mengurut leher.
“Lagi setahun study dah start kerja.Kan?”
“Betul la tu.”
“Lepas kerja kahwin.Then dapat anak.” Tia mendongakkan kepala berfikir. “What a life.”
Rahang Edi tiba-tiba jatuh. “Sejak bila kau dah pandai planning pasal future ni?”
“Nah..You know..Girls..Marriage..Kids..Kinda symbolic la untuk orang macam kita.” Tia sengih.
“Aku tak terfikir pun benda macam tu.” Edi mencebik.
“Sekarang kau tak.Tapi aku rasa tu semua.Maybe sejak aku dah bertunang kut.Dulu pun kau macam tu jugak kan?”

Edi menggigit bibir.Right..Dia dulu pun macam Tia jugak.Excited.Tapi sekarang..Entahlah.Fobia rasanya.
“Mula-mula ni memang la excited.Tapi lama-lama dah biasa ar” Edi menjawab malas.Dia bingkas bangun dan duduk di atas katil sebelah Tia.Gempak ditarik ke riba.

“Aku tak boleh nak predict tu semua.Tapi aku rasa kinda pelik sikit la.” Tia memandang Edi di sebelah.
“Apa yang pelik?Tunang.Kahwin.Happy.” Matanya masih pada Gempak.
“Lorh.Aku pelik pasal kau la.”
Edi angkat kening sebelah. “Apa pulak?Aku normal apa.Makan nasi macam kau jugak.”

“No la.At first,aku nampak kau macam sweet je dengan Aim.Tapi sekarang aku rasa cam balik zaman dulu pulak.Bila tengok kau dengan Zeyq.”
Edi berdehem kecil. “Zaman dulu?Gaya macam kita ni hidup zaman Jepun je.”
Tia sengih. “Zaman kau happy together dengan Zeyq la.” Tia mengeluh kecil. “Nyaris-nyaris aku ingat dapat makan nasi minyak kau dengan Aim.Tapi nasi minyak Zeyq pun kira ok gak.”

Edi berkerut dahi. “Jauh kau fikir.” Tenang Edi menjawab.Tapi tipu lah kalau dia tak pernah pikir pasal semua tu.Siapa tak nak happy ending.Takkan lah nak terus tanpa ikatan sah.Dah masuk haram dah tu.Dia nak jugak masuk fasa nikah kahwin.Lagipun umur dah 23.Sekarang umur 18 pun orang dah kahwin.Sungguh.Kalau ditanya sebelum ni,siapa kat hati dia.Senang je dia jawab;Zeyq.Tapi masa dia betul-betul kenal Aim dulu.Kadang-kadang rasa jugak hati ni cakap yang kat hati dia ni ada Aim.Tapi sekarang dah tak tahu nak cakap siapa.Dan sungguhlah,Edlina Aziz pernah having a crush on Aim.Maybe sebab dia betul-betul rasa sunyi masa tu.Rasa macam tak ada orang yang faham dia.Tak ada orang yang boleh jadi tempat dia spill semua yang dia rasa.Mungkin sebab dia baru kenal Aim dan Aim pun baru kenal dia.So,Aim tak boleh nak judge dia dengan past yang dia pernah ada.Mungkin Aim macam Along.Tak pun macam..Zeyq?Right.

Tapi tu semua tak bermakna dia kena layan heart feelings tu.Tak semua heart feelings kita kena layan kan?Tu opinion seorang Edi.Lagipun dia tak rasa pun Aim pun ada heart feelings camtu.Love lesson;lebih baik surrender awal-awal daripada sakit.

Bila cakap pasal Zeyq pulak.Dia tak ada jawapan untuk itu.Siapa tak sedih bila ditinggalkan macam tu je.Siapa tak happy bila jumpa balik dengan someone yang kita rasa special.Tapi bila amarah dan sakit hati tu lebih kuat.Susah nak terima balik.Susah nak percaya balik.Macam mana kalau kena tinggal lagi?Tu yang dia selalu tanya pada dirinya.Everybody makes mistake.Right.Everyone deserves the second chance.Betul.Tapi tengok kepada kes.Kalau kes heart feeling.Mungkin kena fikir banyak kali dulu.Tapi satu benda yang dia tak jawab ‘tak’ pada diri dia sendiri;Edlina Aziz is having a crush on Zeyq once again.

“Edi!”
Bahunya digoncang Tia.Edi angkat kening sebelah dengan muka kelam. “Yea?”
“Day dreaming ke?” Tia berkerut dahi.Edi hanya membalas dengan senyum segaris.

“Kau bertolak bila?”
Edi mengangguk. “Aku bertolak petang esok dengan bas.Kau?”
“Aku balik JB malam esok.Tapi lusa aku free lagi.Pagi esok kita gather kat mamak’s ek?”
“A’ah.”

p/s.bila masuk bab feelings;sorry.grea fail bab ni.

Tuesday, 13 October 2009

No name -prolog

ni juz main cuba2 je.coz untitled tgh pening skng.dpt idea lain.tp still nk habiskn untitled dlu sbelum continue dngn benda ni.sori klau xbest maybe sbb da lame x update so ni je yg ade dlm folder.hope korang enjoy~


Luke menggeleng memandang JJ di hadapannya.JJ riak tenang tak berubah.Aim di sebelah berhenti memetik gitar dengan mata memandang JJ tak berkelip.

“Kau biar betul.” Luke bernada serius.

“Aku serius.” JJ mengangguk.

“Dah fikir sepuluh kali?” Aim angkat kening.

“Aku siap solat istikharah lagi.” JJ yakin dengan jawapannya.

“Dude.Ni soal kahwin.Entah anak siapa yang jadi bini kau nanti.Bukannya boleh main aci kahwin je.” Mocca-Lucky Man mengisi ruang café. Luke menghembus nafas kecil.

“Kau dah tengok ke budak tu?” gitar diletak di sisi.Matanya masih pada JJ.

“Belum.”

Dua pasang mata memandang tajam kea rah JJ tak berkelip. JJ masih lagi dengan riak tenang.

“Pilihan mak aku.” Dia menarik nafas seketika. “Aku ok je.” JJ senyum segaris. “Lagi pun korang dah kahwin,bila lagi aku nak kahwin.Kan?”

Rahang Aim jatuh ke bawah. “Takkan lah orang kahwin kau pun nak kahwin jugak.Ni pasal responsibility kau tau.”

“Aku tahu.Dan aku dah ready.”





Mukanya merona merah.Tangan kiri terketar-ketar meletakkan handset kembali ke meja.Que di hadapan dipandang tak berkelip.

“Kenapa?”

“Aku kena kahwin”

“What?”

“By hook or by crook”

Tuesday, 6 October 2009

Untitled 14

Semua rahang jatuh ke bawah dengan muka tak percaya macam baru dengar berita KLCc kena langgar je.Tia dengan Luke masing-masing buat muka tak bersalah.

“Aku rasa macam nak tercabut telinga dengar.” JJ menggeleng perlahan.

“Dan aku rasa telinga aku dah betul-betul tercabut.Aku salah dengar ke?” Zeyq mencapai gelas di hadapannya.

“Sungguhlah korang ni kapel.” Edi menepuk dahi sambil memandang Tia yang sedang tersengih.

“Congrats.” Aim senyum segaris pada Luke.Luke membalas.

“Aku rasa kitaorang punya story tak segempak Zeyq ngan Edi punya.” Luke angkat kening dengan sengih yang tak cair-cair.Kening Zeyq dan Edi masing-masing terangkat.

“Korang dah together balik eh?” Tia menyiku Edi di sebelah.Rahang Edi memang dah betul-betul jatuh.

“Kau import dari mana cerita ni?” pandangan Edi mencerun tajam pada Tia.Tia mengisyaratkan jari manis di tangan kanan Edi.Cepat-cepat dia menyembunyikan tangan kanannya ke dalam saku sweater.Dia buat muka toya sambil hujung matanya memandang Zeyq di sebelah.Dan pandangan mereka bertembung.Lama Zeyq memandang Edi.Edi tidak mengalihkan pandangannya.

“Apa?” tanpa nada Edi bertanya.

“Apa yang apa?You yang tengok I dulu.” Pandangan mereka masih bertaut.

“Habis kenapa you tengok I balik?”

Dah you lawa. “I tak tengok you la.” Zeyq buat muka tak bersalah.

“Apa-apa je la.” Edi mengalihkan pandangannya.

“Sebelum tempat ni meletup,Aim,kau baca doa selamat.” JJ memberi isyarat pada Aim.

“On.”





“Dah lama tak macam ni.”

Edi mengalihkan pandangannya daripada Luke,JJ,Tia dan Aim yang sedang menyumbangkan suara di gazebo sebelah.

“Yup.Dah lama tak lepak macam ni.”

Zeyq senyum segaris. “Memang la you ni fail chapter feeling.” Sarkastik nada Zeyq.
Pandangan Edi mencerun. “I tak ambil course study romance.” Tak bersalah dia menjawab dengan mata pada gazebo di sebelah.

“Biar I jadi lecturer you la kalau macam tu.” Zeyq sengih.

“Alamat lambat la I nak graduate nanti.Drop the subject la.” Dingin dia menjawab.

Zeyq senyap seketika sebelum bersuara. “Lawa you pakai cincin tu.” Perlahan suaranya.

Sekali lagi Edi menyembunyikan tangan kanannya. “I pakai sebab takde accessory lain.” Banyak la takde accessory,habis yang kat dalam laci tu apa benda?Daun?

Monday, 5 October 2009

Untitled 13

Nafas ditarik perlahan.Beg pakaian di atangan kanan digenggam kemas.Mata dipejam seketika dan dicelik kembali.

Pintu lif tiba-tiba terbuka.Beberapa orang jururawat dan pelawat masuk memenuhi ruang lif.Zeyq dipandang hujung mata.Pandangan mereka bertembung.Cepat-cepat Edi kembali memandang pintu lif.Sungguhlah Edlina Aziz lemah dalam bab-bab feeling.


Kotak besi sebesar tapak tangan ditarik keluar daripada laci di sebelah katil dan diletakkan di atas riba.Edi mengeluh kecil sebelum perlahan-lahan membuka kotak besi itu.Tanpa sedar dia senyum pahit.Dah lama tak buka.Sekeping gambar ditarik keluar.

Zeyq yang berdiri sedang sengih sambil memegang gitar di tangan kiri.Edi duduk di atas batu besar sambil tersenyum dan menunjukkan isyarat ‘peace’

Dia mengeluh kecil.Gambar ni diambil sebelum dia dengan Zeyq ‘perang besar’ dulu.Sebelum Zeyq join band.Sebelum perkahwinan tu dibatalkan.Edi ‘suka’ dia lagi?Mungkin..Cepat-cepat dia menggeleng dan mengembalikan gambar itu ke dalam kotak besi.Menakutkan.Tu pasal lah dia malas nak buka kotak ni.Boleh buat dia teringat segala benda dolu-dolu.Mahunya bergurindam jiwa sorang-sorang.

Tiba-tiba pandangannya jatuh pada sebentuk cincin di dalam kotak besi itu.Lambat-lambat dia mencapai dan dikeluarkan.Cincin tunang.Simple je.Tapi lawa.Dah lama tak pakai..Edi nak pakai?Sekali lagi suara hati bertanya.

“Along kan yang jemput Zeyq?” tanpa nada Edi menuturkan.

“Oh Zeyq..Lama tak nampak dia.” Rambut hadapan dilarikan di celah-celah jemari.

“Yes or no?” Masih tanpa nada.

“Well..Nenek suruh.Lagipun dia kan tunang Edi..” perlahan Amir menjawab dengan muka tak bersalah.


Dia kan tunang Edi.Tunang ke macam ni?Cincin dipegang dengan telunjuk dan ibu jari sambil diperhatikan.Cincin dibawa turun ke riba.Teragak-agak dia menyarungkan pada jari manisnya.Dia menelan liur yang terasa pahit.

Tangan kanan yang bersarung cincin diangkat dan didekatkan pada wajah.Cincin di jari diperhatikan tanpa jemu.Sungguhlah.Dia dah lama tak pakai benda ni.

“Edi.”
Dia berpaling memandang Zeyq di sebelahnya dengan kening terangkat sebelah.
“Hmm?”

Zeyq menarik nafas. “Siapa I pada you?” dingin Zeyq bertanya.

Edi tak pasti.Edi tak ada jawapan untuk soalan luar syllabus macam tu.Kementerian Pelajaran Malaysia pun belum keluarkan lagi skema jawapan untuk soalan tu.Dan Edi fail dalam chapter feeling.Edi belum khatam lagi.

“Siapa I pada you?”

Kalau Zeyq tanya soalan ni dulu.Petik jari pun Edi boleh jawab.Tapi tu dulu.Sebelum Zeyq tinggalkan Edi.Sekarang Edi dah lupa macam mana nak jawab.Dah lupa jawapannya.


“Kau kena datang.”

Edi mengeluh kecil.Dowh..Budak JJ sorang ni memang mengalahkan budak tadika la.Ada ke patut main paksa-paksa orang pergi birthday party dia.Ingat Perak-Pahang main jalan kaki naik basikal dah sampai ke?

“Kalau aku tak datang?” sarkastik nada Edi bertanya.

“Kalau kau tak datang..” JJ dah masuk mode mengugut. “Kitaorang serbu office kau buat gempak party kat situ.”

“Ok la..” Planner di atas meja dicapai. “Siapa lagi kat sana nanti?”


Luke dan Tia sengih memandang Edi yang mencerun tajam ke arah mereka.JJ menggeleng memandang mereka bertiga.Janganlah spoil party aku..

Pandangan Zeyq jatuh pada jari manis Edi.Rahangnya hamper terjatuh ke bawah tidak percaya apa yang dilihat.Edi pakai cincin?Rasa macam nak buat kenduri pulut kuning pulak.Betul ke Edi yang tengah duduk kat sebelah dia.

JJ memandang hujung mata pada Aim dengan gitar di tangan.Ngaa..Yang tu duk happy sakan.Yang tu pulak duk marah 24 jam.Yang ni pulak duk buat gurindam jiwa tak bertempat.Sah spoil party!

Sudu diketuk-ketuk pada gelas.Semua mata memandang JJ dengan kening terangkat.JJ sengih membalas balik pandangan mereka.

“Satu je aku nak cakap.Jangan spoil party ni.” JJ memberi amaran. “Luke,Tia.Korang tak payah la usik Edi.Karang terbakar pulak tempat ni.And Edi kau sporting la sikit.” Matanya memandang Aim di sebelah seketika. “Kau Aim.Kalau ye pun nak bergurindam jiwa,kau tangguhkan dulu..” Aim hanya membalas dengan senyum pahit.

JJ duduk kembali di tempatnya dengan keluh kecil.Spoil..Sudu dikembalikan di atas meja.Luke tiba-tiba berdehem menarik perhatian dengan sengih yang belum cair.Semua kening terangkat kecuali Tia.

“Kau nak Strepsils ke?” sarkastik nada Zeyq. “Ke kau nak ubat batuk cap ibu dan anak?” Edi menambah.

“Lorh.Korang ni memang satu kepala ar.Kerja mampuskan aku je.Ni aku ada nak buat announcement sikit.” Dia sengih sambil menjeling kea rah Tia.

“Gaya berdaulat sangat je” Aim meletakkan gitar ke atas kerusi di sebelah.

“Ni urusan rasmi kerajaan woo..” Luke menarik nafas perlahan. “Aku ngan Tia dah bertunang” tanpa nada dia menuturkan.

Semua rahang jatuh ke bawah dengan muka tak percaya.

Tuesday, 29 September 2009

Untitled 12

“Sorry.”

Dia mengangkat muka daripada beg pakaian memandang Edi.Dia mengeluh perlahan. “Tadi kan dah dah cakap sorry.” Zeyq menyambung mengemas pakaiannya.

“Tahu.” Edi memandang kosong pada lantai. “Sorry sebab tak boleh hantar.” Perlahan nada suaranya.

“Takpe.” Zip beg pakaian ditarik.Sweater di hujung katil dicapai.Kaki perlahan-lahan menjejak lantai untuk berdiri. “Masuk office pukul 2 kan?” Jam di tangan dipandang sekilas.

Edi mangangguk. “Cab dah sampai.Nanti sampai sana call ar.” Beg pakaian di sebelah Zeyq dicapai.

“Biar I angkat la beg tu.I larat lagi.”
Edi mengangkat kening sebelah. “Makan bersuap tu kira larat ke?” sarkastik nada suaranya.

Zeyq sengih. “Surrender.” Tangan kiri diangkat tanda mengalah.Dia perlahan-lahan berdiri dengan menungkatkan tangan pada katil.

“Boleh tak?” Edi memandang pada Zeyq yang sedang cuba berdiri.Nampak susah je nak berdiri.

“Boleh.Bukan sakit sangat pun.” Perlahan-lahan dia melepaskan tangan yang bertungkat pada katil.Sakit di kaki kanan masih terasa.Tangan dilepaskan daripada pegangan.Hah,elok je aku berdiri. “See.” Zeyq sengih bangga.

Edi buat muka toya.Pak cik sorang ni,dapat berdiri pun dah riak habis. “Dah jom.I dah lewat ni.”

Langkah diatur keluar daripada pintu wad menuju ke lif. “Nanti makan ubat.” Edi bersuara memecah kesunyian.Zeyq memandang Edi di sebelahnya. “Ye.Berapa kali nak cakap?” Edi sengih.Pintu lif terbuka.Mereka melangkah masuk tanpa bersuara.

Edi memandang sekeliling lif.Dalam lif cuma ada dia dan Zeyq.Bagus sangat la ni.Dia mengeluh perlahan.

“Edi.”
Edi berpaling memandang Zeyq di sebelahnya dengan kening terangkat sebelah.
“Hmm?”

Zeyq menarik nafas. “Siapa I pada you?” dingin Zeyq bertanya.

Cepat-cepat Edi mengembalikan pandangannya pada pintu lif.Zeyq terhantuk kat mana-mana ke tadi.Tiba-tiba tanya soalan yang tak ada dalam syllabus macam ni.

Siapa Zeyq pada Edi?Musuh?Tak.Dia tak sekejam tu.Kawan?Mungkin.Tapi mungkin lebih daripada tu.Habis tu someone special?Semua orang special.Kalau semua tak apa yang ya?

p/s..ni je yg sempat

Sunday, 27 September 2009

Untitled 11

Zeyq menepuk dahi sambil menggeleng. “Sah la you ni terlebih lawak and less romance.”

Edi sengih dengan muka tak bersalah. “Sorry.I belum khatam lagi buku Juliet or something like that.”



Yuna – After Midnight bermain di telinga.Matanya masih menala pada Edi yang tertidur di atas kerusi.Gempak yang terbuka di atas riba langsung tak dipandang.Edi nampak..cute bila tidur.Walaupun tudung senget sikit kes tertidur.

Tanpa sedar dia tersenyum sendiri.Hari ni dah masuk tiga hari dia kat hospital.Dan tiga hari tu jugak Edi ulang alik dari pejabat ke hospital tengokkan dia.Habis semua barang dia angkut bawak kat hospital.Mp3,laptop,buku dan sampaikan dia pergi beli Gempak dekat luar.Katanya nak hilangkan bosan dengan serabut dengar Zeyq duk bawak keluar segala jurus ‘pengayat’ dia.Tapi memang betul la Edi terlebih lawak daripada romance sampaikan dia dah pening tak tahu macam mana nak cairkan hati yang pakai ‘perisai anti romance’ tu.

Tangannya kaku pada tali gitar.Perlahan-lahan dia berpaling memandang Puan Zahra dengan kening terangkat tinggi dan rahang ke bawah.Puan Zahra menggeleng memandang anak sulongnya.

“Nak tunggu sampai bila?Along kan dah dapat kerja.”
“Nanti la”
“Nanti tu bila?”
“Nanti bila-bila”
“Along!”

Dia mengeluh kecil memikirkan perbualannya dengan maknya.Dah dekat tiga kali Puan Zahra tanya bila dia nak kahwin dengan Edi dan dah dekat tiga kali juga dia jawab dengan jawapan yang sama.Susah.Bukan senang macam dulu.Edi sekarang dah lain.Entah Edi mengaku ke tak dia ni tunangnya.Cincin kat jari satu pun takde.Mungkin dah dicampak masuk Sungai Kelantan kut.Marah sangat ke?Tapi nak kata marah,ok je Edi gelak sakan dengar jurus ‘pengayat’ dia.

“Aku dah tanya kawan dia..” dia teliti mendengar.

“Dah ok ke belum?” Zeyq bernada serius.

Aim di sebelah talian senyap berfikir, “50/50 kut..”

Dia mengetap bibir.“Kau tahu kan nak buat apa?” perlahan suaranya bertanya.

“Tahu..”

“Thanks dude.Aku appreciate apa kau buat.Aku chaw dulu..”

“Chaw..”


Fikirannya masih lagi berpusing.Kalau nak diikutkan kata Aim,masa awal-awal dia balik kat Malaysia dulu Edi marah sangat.Tapi mungkin sekarang dah sejuk.Mungkin.

Rasa bersalah pulak tipu semua orang.Tipu Edi.Tipu JJ,Luke dan Tia.Dia dah lama kenal Aim.Sebelum Aim start study kat uni sama dengan Edi.Bila dia tahu Aim akan study kat sana.Sungguh.Tu je jalan dia nampak.

Edi keras kepala.Dia tahu.Edi suka pendam rasa.Dia tahu.Edi tak pernah share dengan JJ,Luke dan Tia pasal apa yang dia rasa.Susah nak jangka perasaan Edi.Entah marah entah benci entah..Edi mungkin tak nak share apa yang dirasa dengan diorang bertiga.Mungkin sebab dia tahu yang tiga orang tu la jadi tukang bawak cerita kat Zeyq.Dan itu je cara yang Zeyq ada.Minta Aim jadi kawan Edi dan tanya pasal dia.Mungkin dengar macam benda kecil.Tak bawa impak pun kat Zeyq.Tapi waktu tu dia betul-betul nak tahu apa Edi rasa.Kut-kut marah sangat ke.Kut-kut dah sejuk ke.Dan dia percaya Aim.Dia dah lama kenal Aim.Edi langsung tak tahu Aim tu dah lama kawan dengan dia.Lucky..Satu,sebab Edi tak tahu.Dua,sebab Edi sanggup share feeling dia walaupun sedikit.

Teringat masa kat food court dulu.Tu la kali pertama dia nampak Edi lepas balik Malaysia.Tu pun Aim yang bagi tahu Edi ada kat situ.Aim jugak yang tolong plan.Aim yang buat alasan entah-apa-entah untuk biarkan Edi sendirian masa tu.Dan Zeyq guna peluang tu..

“Edi?”
Edi berhenti mengunyah.Perlahan-lahan dia mendongak memandang suara yang memanggil.Rasa seram sejuk.Tubuh tegap seorang pemuda di hadapannya dipandang dari atas ke bawah.Ya Allah!Rasa macam nak buat sujud syukur depan tu.At least,Edi masih kenal dia.Sebab dia nampak pipi Edi sudah mula naik merah dengan mulut kelu tak terkata.Tak tahu nak cakap apa dan tak tahu nak buat apa.

Zeyq menarik kerusi Aim di hadapan Edi.Edi hanya memerhati.Tidak membantah.Tidak menyokong.Hanya kelu tanpa kata.Dan kira dia bertuah sebab Edi tak bukak langkah silat.

Zeyq duduk menghadap Edi.Edi menunduk memandang lantai dan menguis-nguis kasutnya pada lantai.

“Dah tak nak tengok muka Zeyq lagi ke?”perlahan Zeyq bertanya.Edi sedikit tersentak.

“Marah lagi ke?”Dia cuba memandang wajah Edi.Tapi terselindung di sebalik tudung putihnya.Edi menggigit bibir.
Dia berkerut dahi.Takkan lah dalam masa 1 tahun ni Edi dah bisu kut?Edi..Marah lagi ke?Teruk sangat ke apa aku buat?

Zeyq berdiri, “Ok lah..Kalau Edi tak nak cakap ngan Zeyq,Zeyq chow dulu,”Zeyq mula mengatur langkah meninggalkan Edi.Sebab masa tu Aim dah bagi signal suruh chaw.Maybe sebab nampak muka Edi yang dah cuak nak nangis kut.Tu pasal dia cepat-cepat blah.

Friday, 25 September 2009

Untitled 10

Jemari pantas berlari di atas papan kekunci.Weezer-Troublemaker kini bertukar kepada Des’ree-Fire.Kepala turut mengikut lenggok lagu.Mug kopi di sebelah kiri papan kekunci dicapai dan dibawa ke bibir.Mug diletak kembali ke tempatnya.Kerja menaip masih disambung.Kertas laporan di sebelah kanan mouse dicapai.Mata meniti baris-baris nombor dan ayat.Sesekali kepala mengangguk memahami.Pen di dalam mug alatulis di hujung meja dicapai.Kertas A4 yang diambil dari susunan di printer dicatat sesuatu.Mata kembali pada monitor.

Handset yang berkelip dipandang hujung mata.Tangan kiri malas mencapai handset di sebelah mug kopi.

‘Edi.Aku tunggu kat mamak’s ’ – Lin.

Hujung bibir mengukir sengih.Jam tangan dikerling.Lunch!


Tangan kanan Edi terangkat gaya Hi5.Lin di meja makan hujung gerai sengih.Matanya memberi isyarat duduk kepada Edi.Edi mengangguk sambil berjalan menuju kea rah Lin.

“Hyep!Long time no see.” Edi menarik kerusi di hadapan Lin.Lin ketawa kecil.

“Banyak la kau!Tak sampai 24 hours tak jumpa pun gaya dah berpisah setahun.Dah order?” Kening Lin terangkat sebelah.Edi mengangguk.

“Aaa..Aku dah rasa macam nak pecah je kepala aku..” Edi menggumam sendiri sambil memerhati orang yang lalu lalang di jalanan.Mananya tak rasa nak pecah kepala bila hari-hari duk mengadap nombor.Duk bercekerama dengan komputer.Tinggal rehat dua hari hujung minggu tu je.Tu pun kira waktu untuk rehat dan qada tidur selama seminggu.Memang dah tak nak keluar langsung dalam dua hari tu.Ni baru praktikal.Belum lagi kerja betul.Dan dengan praktikal ni jugak dia kenal kawan.Kenal apa itu susah.Apa itu duit.Dan kenal manusia.

Lin la tukang kejut pagi-pagi.Tukang mendengar.Tukang masak.Tukang drive.Tukang membebel.Kalau sebelum ni Tia je yang selalu kejutkan dia tapi takde la sampai kena tolong masak.Kalau nak ikutkan hati nak je beli kat bawah flat senang.Tapi kalau nak ikutkan duit,alamat hujung bulan kena makan ikan masin dengan budu je la.Bayaran untuk praktikal ni pun bukan lah banyak sangat.Cukup-cukup makan 2 kali sehari tolak sarapan.Cukup-cukup nak beli barang-barang dapur.Cukup-cukup nak cuci mata je.Tapi memang tu pun dia nak.Nak belajar susah.Memang la Along dengan pa bank in duit bulan-bulan.Tapi dia tak guna semua tu ikut suka hati je.Guna pun time betul-betul pokai.Sebab Edi nak belajar apa itu susah.Susahnya nak cari duit halal nak hidup.Susahnya hidup kat negeri orang.Tak ramai yang dia kenal.Cukup untuk dikira dengan jari.Yang kenalnya, Lin,Kak Su yang kerja sekali dengan dia,Ju yang duk jaga reception dan Pak Din yang jadi guard kat flat dia dengan Lin tinggal.Tapi sepanjang dua bulan dia kat sini baru dia faham macam mana pa,ma dan Along hidup.Susahnya pa nak cari duit.Susahnya ma hari-hari pergi mengajar jadi cikgu kat sekolah.Susahnya Along kena berpanas lawat site.

Dalam dua bulan ni jugak dia kenal Aim.Kenal kawan.Sungguh.Dia tak sedar bila dia dah mula rapat dengan Aim.Bila dia dah boleh jadi satu kepala dengan Aim.Walaupun Aim sekarang tengah sibuk dengan semester akhir.Aim lah yang telefon hujung minggu tanya khabar.Tanya kerja.Tanya masalah.Dan dia juga lah yang tolong cerita pasal JJ dan Luke.Dan Edlina Aziz dah boleh terima Aim macam dia terima JJ dan Luke.

Dan dua bulan ini dia belajar mengenal mana yang terbaik.Belajar memberi peluang kedua.Zeyq perlu belajar menerima Edi.Dan Edi perlu belajar menerima Zeyq.Hari tu masa Zeyq datang Along dah bagi ceramah panjang lebar dah.Tapi betul apa Along cakap.Start it back.Kalau prob camni pun tak boleh nak manage esok-esok kahwin camne?Tu pun kalau..Apa yang Along cakap tu betul.Learn to manage it.Dan dia dengan Zeyq try nak start balik.Dalam erti kata lain ‘berdamai’.Tapi bila kepala batu jumpa keras kepala boleh berdamai ke?Dan Zeyq ada la jugak contact dia.Ada la jugak sekali dua lawat dia kat Perak.Sanggup ulang alik Pahang-Perak.Tapi ada Edi mintak?Takde kan..

“Edlina Aziz!” Lin menggawangkan tangannya di hadapan Edi.Edi terkebil-kebil sebelum sengih.

“Tu mee goreng kat depan mata tu nak ke tak?Kalau tak aku bungkus kasi kat Lee.” Lin mengisyaratkan mee goreng di hadapannya dengan garfu.

“Teko la kau!Aku kebulur senang-senang je kau nak kasi kat Lee.” Edi buat muka sambil mencapai sudu dan garfu.Ada ke patut nak bungkus kasi kat Lee kucing kat flat.Perut aku ni dah siap bunyi irama dikir barat lagi.

Mee disuap ke mulut.Baru perasan mee goreng mamak ni pedas.Air sirap di hadapannya pantas dicapai dan membasahi tekak.Tanpa sedar bibir mengukir sengih.Mee..

Dia mencapai garpu di dalam pinggan,manakala Aim menarik sudu. “Bismillah..” Dia dah bersedia menyuap mee ke dalam mulutnya.Tiba-tiba Aim menahan dengan sudu.Edi berkerut dahi.

“Dah tau mee goreng sepinggan je,pada-pada ar sikit nak makan tu..”Aim menarik garpu di tangan Edi.Edi mencebik. “Lorh!Tadi bukan main lagi buat ikrar akur janji nak belanja Edi!Kasi Edi makan dulu ar!” Edi mengambil kembali garpu di tangan Aim.

“Dah duit ade 5 ringgit je.Share ar..”Aim menarik kembali garpu di tangan Edi.Edi menggigit bibir tanda geram, “Wei Aim!Mana aci!Kasi Edi makan dulu ar.Then,Aim makan la..” Edi merampas sudu dan garpu di tangan Aim.Aim menarik pinggan di hadapannya dengan sengih keji.Edi buat muka.

“Owh..Yang first bagi kat Edi.Yang sisa semua tu baru nak bagi kat Aim..Banyak cantek!”

“Aim!”Edi memberontak.
“Edi!”Aim turut tidak mengalah.

Teringat masa kat food court dulu.Mee goreng mamak jugak.Rasa macam jadi kanak-kanak Ribena pulak main rebut mee.Dia dengan Along pun tak ada la sampai macam tu.

“Edi!Mee ni dah sah-sah aku bungkus kasi kat Lee!” Lin buat muka.Dan lagi sekali Edi sengih.


Edi mengangguk-angguk tanda faham.Jemari dilarikan di celah-celah rambut hadapan.Matanya menala pada dinding.Ngaa..Abang aku sorang ni.Kalau bab-bab kasi ceramah nak suruh buat speech panjang-panjang memang dia lah menang.Ingat aku ni budak tadika ke nak kena pesan satu-satu.Kalau setakat nak cakap jaga diri jangan buat benda yang bukan-bukan tu memang dah tahu.Tak cakap pun dah tahu.Ikut hati nak off je telefon.Karang jadi derhaka pulak.

“Hujung minggu ni balik tak?”

Kening Edi treangkat sebelah.Dah sebulan tak balik Kelantan.Duk main ulang alik hujung minggu rumah Along kat Bangi.Along dah pindah duk Bangi sejak kahwin dengan Kak Yaya.Lagipun,dah rezeki dia kat sana.

“Tak kut.Lepak rumah Along kut.” Edi sengih.Memang best lepak rumah Along.Makan minum free.Siap boleh main PS2 lagi.Mananya tak syok.Layan lawak Kak Yaya pun masuk dalam list to do.

“Uhh..Kena share PS2 and Kak Yaya ngan Edi la kalau macam tu..” Amir dah buat suara gaya budak tadika merajuk.

Abang aku sorang.Harap je dah kahwin besar panjang.Perangai mengalahkan Nurul dengan Adam.Dengki 24 jam.

“So,Along prepare la apa yang patut ek.Edi balik dengan bas.Sampai Edi call.” Tangan menarik planner di bawah kertas-kertas kerja.Pen di dalam mug dicapai.Tangan menulis sesuatu pada planner.

“On”

Salam bersahut.


Beg pakaian diletakkan di depan pintu.Edi memandang keliling.Pakaian -check!Laptop – Check!Mp3 – Check!Barang-barang keperluan –Check!Edi sengih sendiri.Kira ready la ni nak balik rumah Along.

“Bas pukul 10 kan?” Lin keluar dari biliknya sambil membetulkan ikat rambut.Edi mengangguk.Jam dinding dipandang.

“Sekarang dah 9.30.Kira tepat-tepat la kita sampai kat stesen bas.” Lin dipandangnya sejenak. “Kau dah siap?”

“Dah” Kunci Kancil dicapai sekali dengan kunci rumah. “Jom.Karang lewat lak.”

Edi membawa beg pakaian di bahu.Bukan banyak pun.Dua hari cukup empat tiga pasang.Green Day-Know Your Enemy menjerit dari dalam poket jean.Keningnya terangkat.Kacau betul la.Ni mesti Along call nak conform.Handset dibawa keluar.Pandangan jatuh pada nama pemanggil.Anonymous?

“Assalamualaikum.”

Salam bersahut di sebelah panggilan.

“Ya.” Edi mengangguk.Lin memandang Edi dengan kening terangkat bertanya.Edi membalas dengan muka kelam.

Panggilan dimatikan.Edi cuak.

“Kita pergi hospital.”


Langkahnya pantas keluar daripada pintu lif yang baru terbuka.Lin hanya menuruti Edi dari belakang.Wad Purnama-Tingkat 5-Katil 3..Dia melangkah ke dalam wad.Matanya berlari pada katil-katil yang bersusun.There..

Langsir diselak perlahan.Dadanya masih berombak.Satu sebab letih berlari.Dua sebab he’s in there.Pandangannya jatuh pada tubuh yang terkujur kaku di atas katil.Langkah lemah diatur menghampiri katil.Tanpa sedar air mata mengalir di pipi.Wajah tenang ditatap sayup.Zeyq..

“Zakrul Iman.Dia terlibat dalam kemalangan jalan raya.Dia sekarang berada di Hospital Ipoh.”

Suara pemanggil tadi masih kedengaran.Zeyq..Don’t leave me.Edi belum minta maaf lagi.Zeyq sedar..Sedarlah..Say a word..Matanya dipejam.

Zeyq memandang Edi dengan kening terangkat.Edi masih lagi cuba menahan ketawa.

“Ada ke patut orang cakap betul dia boleh main gelak je.” Tangannya disilangkan ke dada.Tak puas hati.

“Sorry bro.” Edi cuba buat muka tenang tapi ketawanya masih pecah. “You eat too much ek pagi ni?”

“Betul pe.If one day I takde.Mati or something like that.Gitar tu I wasiat kat you.” Zeyq bersungguh menyatakannya.

Edi menggeleng kecil.Memang terlebih tengok movie la mamat ni.

“Buat apa gitar you tu?You nak I mainkan depan kubur you ke?” sarkastik nada Edi.Ketawa pecah. “Serious bro.I prefer Yassin.Better dari I buat gurindam jiwa depan kubur you.”

Zeyq mengeluh. “You got too much jokes and less romance la Edi.”

“I take that as a big compliment.”
Silau.Zeyq membuka matanya perlahan.Pandangan menala pada suara esakan di sebelah.Edi?

“Ed..Edi.” Wajah keruh Edi ditatap dengan dahi berkerut.

Edi membuka mata.Pandangannya cuak pada Zeyq yang sedang memerhatinya.Air mata di pipi masih mengalir.

“Are you ok?” Zeyq perlahan-lahan bangun dari perbaringan dan duduk di atas katil dengan mata masih pada Edi.Kotak tisu di atas meja dicapai dan dihulurkan.

Edi menyambut.Mata dan pipi dilap.Liur ditelan terasa berpasir.Dia menguntum senyum segaris.Kerusi di sebelah ditarik dan duduk.

“I thought..I thought..You dah takde..” Tergagap-gagap dia menuturkannya.Sungguh.Memang dia pikir dia dah terlambat tadi.Dia pikir nyawa Zeyq dah melayang.Dan sungguh bila waktu begini,logic akal pun boleh hilang.

Zeyq senyum kecil. “I’m still here.I sayang lagi kat gitar I tu..” Dia memandang Edi dengan sengih.

Senyum terukir di pinggir bibir tanpa dipaksa.Yea.That guitar.Wasiat yang dikatakan Zeyq dulu.Sebelum diorang bergaduh dulu.Ingat..Edi ingat..

“Well..Semua dah ok.Aku blah dulu.Aku ada appointment pukul 11.” Lin angkat tangan sebelum melangkah meninggalkan mereka berdua.Edi tak sedar pun bila Lin ada di sebelahnya.Mereka berdua hanya mengangguk.Edi tersentak.Jam tangan dipandang seketika sebelum rahangnya jatuh.Sekarang dah pukul 10.30.Means bas dah lama bertolak.

Zeyq berkerut dahi. “Kenapa?”

Edi mengangkat muka memandang Zeyq.Pandangannya jatuh pada tangan dan kaki kanan Zeyq yang berbalut.Dia menggeleng. “Nothing.” Rumah Along lain kali pun boleh balik.

“Sakit?” Pandangan Edi masih pada kaki tangan yang berbalut.

Kening Zeyq terangkat. “Such a mean question.” Agak-agak sakit tak kalau tangan dan kaki dah siap berbalut tampal sana sini?

Edi ketawa kecil. “My bad.Macam mana boleh jadi camni?”

“Fate” Ringkas Zeyq menjawab dengan bahu terangkat.Ditakdirkan dia kemalangan.Dan ditakdirkan hari ni dia boleh tengok Edi senyum dan ketawa.
“Ok..” Edi tenang.Dah tu yang dia nak jawab nak tanya apa lagi. “Mana mak dengan abah?” Edi memandang keliling.Takde siapa pun yang datang.

“Diorang sekarang duk kat Kuching.Tu pasal I suruh nurse tu call you..And lucky you’re here..” perlahan dia menjawab tanpa memandang Edi.

“Ah..I see.So I kena replace tempat parents you la ni.Manja.” Sarkastik nada Edi.

Zeyq sengih. “I guess so.” Matanya beralih pada trail makanan di atas meja. “I lapar..” Zeyq buat muka gaya budak tadika.

Trail di atas meja ditarik dan dihulurkan pada Zeyq.Kening Zeyq terangkat. “I tak kidal and ain’t easy to eat them using left hand.” Pandangannya menala pada balutan di tangan kanannya.

“Manja.” Trail diletakkan di atas katil.Sudu dicapai. “Boleh mak you tahan dengan perangai you ek.” Nasi dicampur dengan kuah menggunakan sudu.Zeyq hanya sengih.

“Try to get your tongue to say ‘ah’ “ Sudu disua ke mulut.Zeyq tidak membuka mulut.Kening Edi terangkat.

“You ingat ni tengah ambil test DNA ke?Siap hafal dialog CSI lagi.” Ni mesti terlebih tengok CSI.

Edi ketawa kecil. “You pilih.Nak nganga or tak makan langsung?” Edi bernada mengugut.

Zeyq buat muka.Garangnya ‘doktor’ ni.Test sikit pun dah melatah. “Kalau I jadi patient you,free je I saman you.”

“Apa kes nak main saman-saman?” Sudu dikembalikan pada trail.

“3 reasons.” Zeyq mengangkat jari tiga. “First,you don’t treat me well.Second,ada ke patut main ugut nak makan ke tak.I jadi patient pun I lari.”

Edi sengih. “My bad.And third?”

“Third..You dah curi hati patient you..” Lembut Zeyq bersuara.

Edi ketawa. “You ada khatam buku Romeo mana ni?”