Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD

Friday, 1 June 2012

Fragile 39

                        Are meneliti check list untuk hari itu.Dia mengetuk hujung pen pada meja, hari ni dah settle surah Maryam,Luqman dan Yusuf.Checked!Memang pagi tadi dia dan Jet pulun habis masa yang ada untuk ‘projek’ rutin mereka.Mana yang boleh segera diselesaikan terus mereka segerakan.Dan semenjak dua menjak ni Are dah boleh tarik nafas lega.Dah boleh berlapang dada.Apabila diperhatikan Jet yang makin hari makin jadi Aizat,dia bersyukur sangat.Dan segala nightmare yang telah dilalui untuk beberapa ketika yang lalu cuba dipadamkan terus.Sungguh,masa yang ada sepatutnya digunakan sebaik mungkin,bukannya masing-masing bawak diri ke bilik masing-masing dan ‘bergurindam’ dalam hati.

                        Dan sekarang dia tinggal hitung hari je.Hitung hari untuk menyambut orang baru dalam hidup mereka berdua.Lepas apa yang dia dan Jet sama-sama lalui selama ini,rasa macam payah nak percaya.Jet dan dia yang dulu langsung tak hirau orang keliling.Langsung tak hirau soal waktu.Sekarang dalam proses untuk menjadi mama dan papa. Dan tak pernah dia sangka yang Jet dulu hanya kawan rapat dah jadi suami dia.Jet yang dulu malam-malam berdesup hilang untuk clubbing sekarang dah berdesup hilang ke masjid kalau berkesempatan. Dan dia yang sebelum ni huha-huha dengan life tak tentu hala dah mula kenal hukum-hakam.Dah mula belajar gaya nak jadi mama yang baik.Sungguh, dia bersyukur dengan apa yang dia miliki hari ini.Are tersenyum sendiri.

                         “Ingat kat siapa?”

                         “Jet la..”

                         Are terus tersedar dari lamunan bila dengar suara Jet duk gelak kat belakang.Sungguh la Jet nak kena hempuk dengan bantal.Buat malu je.

                          “Obvious la Are.” Hidung Are ditarik geram. “Rindu?” Kening Jet terangkat gaya yakin benar.  “Kan?”

                           Are berkerut dahi. “I ada baby,nak rindu you buat apa?” Are tak nak kalah.

                           Jet senyum. “Bila masa I cakap you rindu kat I.Hmm?”

                           Are buat muka.Straight kena atas batang hidung.Betul la Are,obvious sangat tengah rindu. “Betul la Aizat nak kena hempuk dengan bantal.You dari mana ni?” Lepas je solat Zuhur tadi terus berdesup hilang.Kata ada hal tapi hal apa entah dia tak tahu.

                            Jet berdehem.Ha sudah!Nak goreng apa dengan Are. “I date dengan Nisa.Kata nak beli itu ini last,last apa pun tak beli.” Jet bersungguh buat muka serius. “Harap je besar panjang nak jadi bini orang,pilih ikan pun fail lagi.”

                            Are mendongak cuba berfikir.La..Nisa adik Jet buat apa tiba-tiba ajak keluar.Tak ke biasanya aku ke yang jadi favourite partner dia.Pilih ikan siap? “Ikan untuk?”

                             “Makan?” Jet teragak-agak menjawab.Sungguh dia tak pandai dalam bab nak goreng.

                              “Jet..” Riak Jet diperhati mencari kepastian. “Tell me something I really have to know.”

                               Jet menungkat dagu dengan tangan, “Like what?” Intriguing.Jettersengih.

                               “Anything.” Are membetulkan posisi tubuhnya menghadap Jet.

                               “That I miss you?” Rendah nada Jet bertanya seperti berbisik. React Are,jangan tak react.

                                Are senyum sambil mengetap bibir. “I’m not so fragile,Jet.” Ek ena,ingat mudah-mudah ke naik cair. “Gaya yakin je I nak jawab;ya.”  Are memandang ke atas meneliti rambut Jet geram.

                                  “Apa?” Jet perasan pendangan Are dah beralih. “Got something on my head?”

                                  “Lovebugs.” Are tersenyum.

                                  “Iye?” Jet hampir tergelak.Macam betul je. “Banyak ke?”

                                   Are bersungguh mengangguk. “Banyak.Sangat-sangat.Nak I tunjuk?”

                                   Jet ketawa.Layan perangai budak-budak Are pun boleh tahan. “Mana I nak tengok?” Jet memandang ke atas.

                                  Are dah siap melutut atas couch untuk mencapai rambut Jet. “Tunduk sikit.” Memang sah nak kena Jet ni.Jet ikut apa yang Are arah.Are menyinsing lengan t shirt nya. “Ni ha!” Laju jemarinya dilarikan tak tentu hala ke celah-celah rambut Jet.Dan habis kucar-kacir hairdo Jet yang elok tadi.Jet memang pantang orang kacau rambut dia.

                                  “Are!” Pantas Jet merentap tangan Are. Are dah hilang keseimbangan dan terduduk.Dia sedikit bergelut untuk melepaskan pegangan tangan Jet. “Nak main buat cara nak main.” Jet melepaskan sebelah tangan Are dan tangannya dipanjangkan menghala ke toncang rambut Are.

                                   “Jet!I tak masak karang baru tau.” Are cuba mengelak dan menggelengkan kepalanya.
                                             
                                     Dia dah tersenyum tengok Are yang cuak. “Mushroom soup ada.” Gaya kenyang je mengadap benda tu.

                                     Are menyiku tubuh Jet yang semakin menghampiri.Kepalanya dijauhkan daripada disambar Jet. “Dah la.Dah la.I surrender.”

                                    Jet yang ketika itu sudah hampir mencecah toncang rambut Are menghentikan gerakannya. “Betul ni?”

                                    Are buat muka, “Takkan tipu kut.”

                                    Jet tersenyum.Kenal sangat dengan Are. “Are.”

                                    “Ah?”

                                    Jet membetulkan posisinya.Kini dia pula yang berlutut di atas couch. “Sshhh..” Telunjuk mengisyaratkan tanda diam. “Dengar?”

                                    Are riak hairan.Apa yang dengar? “Tak dengar apa-apa pun.”

                                    Jet tarik senyum manis. Sebelah tangannya diangkat seperti mencapai sesuatu di udara.Tangan yang digenggam dibawa dekat dengan Are. “Lovebug.”

                                    Are senyum.Okay,faham-faham.  Jemarinya mencapai tangan Jet dan diletakkan di atas riba.Perlahan-lahan dia membuka genggaman tangan Jet. “Tak ada la.”

                                     “Ada.”

                                     Dan pipi Are terasa basah apabila matanya jatuh pada tangan dia dan Jet yang sama-sama mendarat pada dada Jet.

***
                                    “Dah sampai pun bu,” Zeyq mengerling Edi di sebelah. “Okay,sampai sini call Along.Assalamualaikum.” Panggilan daripada ibunya ditamatkan.Zeyq menghela nafas panjang.

                                     Edi berkerut dahi. “Ni kenapa pulak ni?” Merek membelok ke lorong sebelah kiri mengikut papan tanda.

                                     Zeyq tersenyum sendiri. “Dapat jugak anak saudara sulung.” Tangannya mendarat pada bahu Edi. “Kita dulu tak ada kut sampai meriah macam ni.” Mana taknya.Ibu dengan pa sekali dengan JJ pun kena kaut sekali untuk plan decoration bilik Are siap dengan baby corner lagi.

                                     Edi gelak. “Jealous?” Dia menggeleng sendiri. “Kita dulu timing tak expect,tu pasal tak sempat nak prepare segala bagai.” Teringat sewaktu melahirkan Ikmal dulu.Betul-betul tak jangka awal daripada tarikh yang dijangka.Syukur semuanya selamat.

                                    “Nanti ‘turn’ kita yang seterusnya kena betul-betul suruh dia orang prepare. Bukan bilik je yang make over,sekali satu rumah kita suruh dia orang buat.” Zeyq dah sengih kejam.

                                     Edi berpaling ke arah lain. “Apa jenis terma la.Ada ke pakai turn?”

                                    Mereka kini sama-sama melangkah masuk ke dalam wad Are ditempatkan.Pandangan Zeyq melilau mencari adik sendiri. “Tu ha.”

                                    “Along,your nephew.”

6 comments:

  1. Haaaa nak nanges boleh tak ?
    That lovebug scene sangat touche.

    *naicee nak lagi xD

    ReplyDelete
  2. sangat sweet

    ReplyDelete
  3. hihihi..so lovely

    ReplyDelete
  4. okay,saya cuak untuk epilog ==''

    ReplyDelete