Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD

Wednesday, 12 August 2009

Untitled 3

Kereta diberhentikan di hadapan pagar.Aim dan Edi masing-masing senyap.Edi mengeluh kecil. “Thanks a lot..” seat belt dibuka.Dia memandang wajah Aim sekilas.Sukar untuk ditafsir.Salah dia ke kalau dia nak jaga privacy diri sendiri?

Aim hanya memandang cermin sisi.Terasa kata-katanya tadi terlalu tajam dan tidak berlapis.Dia mengeluh kecil.Dia memalingkan mukanya memandang Edi.Pandangan mereka bertaut.Edi cepat-cepat mengalihkan pandangannnya melepasi bahu Aim.

“I go first..” Edi membuka pintu kereta.Langkahnya dibuka keluar daripada kereta Proton Wira itu.Aim hanya mengangguk.Edi sempat senyum segaris sebelum pintu kereta ditutup dan meninggalkannya.


Edi menyidai tuala di persidaian.Dia menghempaskan tubuhnya ke atas katil.Dahi diurut dengan sebelah tangan.Green Day – Know Your Enemy tiba-tiba berlagu.Edi cepat-cepat mencapai handsetnya di atas meja belajar.

“Assalamua’laikum”
Salam bersahut di sebelah panggilan.
“Er..Edi?”
Edi tersengih sendiri. “Heh..Takkan baru keluar cinema,eardrum dah pecah kut?” Sarkastik nada suara Edi.Kedengaran ketawa Tia di sebelah talian.
“Sorry..My fault.Kau kat ne?”
Edi mengeluh. “Kat bilik..”
“Kau balik camne?”
“Hmm..Moonwalk”
“Huh?Girl!Serious.Start aku enter cinema sampai sekarang aku bimbangkan kau and now you’re telling me a joke.So how?” Suara Tia hampir tidak kedengaran.
“What?”Edi mula musykil.Tia menelan liur.Agak-agak kalau bagi tahu,balik bilik karang kena fire tak?
“Kau ngan Aim?”perlahan suara Tia.Edi senyap.Pipinya rasa panas.Hati dah rasa macam nak keluar asap ala-ala keretapi stim.
“Macam mana boleh tahu?”kali ini suara Edi kedengaran serius.
“I told Aim..”Belum sempat Edi menjawab Tia terlebih dahulu memotong, “Aku kesian kat kau,Edi..Tu pasal aku suruh dia pergi ambil kau.”Kedengaran suara Tia mengeluh di sebelah talian.Edi hanya membisu.Kenapa semua orang sibuk nak ambil berat pasal benda yang dia tak minta orang peduli?Kenapa orang lain tak terfikir pun nak ambil berat pasal benda yang dia really needs others hands?

“Drop the subject..Kau beli tak ape aku pesan?”
“Aku beli la..” Edi memandang sekeliling bilik.Dari atas meja sehingga bawah katil.Matanya tiba-tiba membulat.”Err..Tia.Aku beli,tapi aku rase aku tertinggal la..”Edi memperlahankan suaranya.Sah kena sound!
“Edi!Kau letak kat mane?”
“Dalam kereta Aim kut..”Edi tersengih.
“Edlina!”


Edi’s>Nak barang-barang Edi kat dalam kereta Aim esok.Bawa esok~

Aim memejam celik matanya.Edi tiba-tiba start dulu?Kalau sebelum ni jangan harap la Edi nak tegur walaupun tengah online kat ym.Aim menggeleng.Edi..Edi.Mukadimah pun takde ni tiba-tiba hantar mesej nak suruh bawa barang-barang dia esok.Aim tersengih sendiri,macam mana boleh lupa barang sendiri.Test sikit je,dah lupa..

Aim>Err..Barang?
Aim tersengih sendiri.Berpura-pura tak tahu.

Edi mengeluh sambil menggaru kepala yang tidak gatal.Aiyoo!Tertinggal kat dalam kereta kea pa memori pak cik sorang ni.Takkan lupa kut!

Edi’s>Ala..yang kat dalam kereta tu la..
Aim>Yea..why?

Edi menepuk dahinya dengan sebelah tapak tangan.Kenapa la malam ni jugak dia jadi lurus.Tu aku punya,mestilah aku nak!

Edi’s>Tu kan Edi punya..Aim tolong bawa esok
Aim>Ok la..Ok la..Edi ok?
Edi’s>Huh?Kalau dah boleh main ym camni maknanya sihat plus wal’afiat la.Ni demam ke ape?
Aim>Aim ok..Edi..

Gaya serius semacam je.Macam pak aji nak buat pengumuman tarikh start puasa macam kat tv1 je.
Edi’s>Pe?
Aim>Bila nak pergi jamming?
Edi’s>Nanti ar..

Edi’s is offlined..

Edi menutup komputer ribanya.Dia merebahkan badannya di atas katil.Tangan kanan perlahan-lahan mengelus rambut hadapan.Wajah Aim terbayang-bayang di minda.Rasa macam nak ketuk je kepala bila pikir pasal Aim tiba-tiba.

JJ pantas mencapai beg sandangnya di atas meja makan.Aim dan Luke masing-masing dengan muka ‘blank’.JJ memandang sekilas belakang Luke sebelum mengatur langkah laju keluar daripada cafeteria.Luke memandang Aim dengan kening terangkat.Aim hanya menjawab dengan mengangkat bahu.Aim memusingkan kepala memandang belakang Luke di sebelahnya.Dia tersengih.Luke turut mengikut langkah Aim.Luke ketawa kecil.

“Patut la!”Luke memberikan isyarat pada Tia dan Edi.Tia menarik Edi ke meja makan Luke dan Aim.
“JJ mana JJ?”Edi menghempas geram buku-buku dan fail ke atas meja makan.Tia menarik lengan Edi supaya duduk. “Wei!Duduk la dulu..”

Edi hanya akur dan duduk berhadapan Aim.Aim senyum segaris.Edi hanya membalas dengan senyum tanpa perisa.
“JJ dah belah!Nampak bayang kau je dia dah pucat,”Luke siap bercerita dengan gaya lagi.


Air bandung di dalam gelas dikacau dengan straw.Sesekali kedengaran Edi mengeluh.Mengeluh kerana bosan.Mengeluh kerana tak tahu nak buat apa.Lastly,mengeluh kerana there’s Aim sitting in front of her.Edi menjeling Tia di sebelah.Tengah syok sakan berbual dengan Luke sampai aku yang kat sebelah dia pun dibuatnya macam aku ni tunggul.

“Boring nye..” Edi menekup mukanya pada lengan sambil merungut.Aim tersengih sendiri.
“Jamming ar..”
Edi mengangkat mukanya dan memandang Aim dengan pandangan tajam.Aim hanya sengih dengan muka tak bersalah. “I just ajak.If you don’t want,I nak buat macam mana..”Aim buat-buat merajuk dengan gaya budak tadika.Edi mencebik.Jam di tangan dikerling.Baru pukul 5.00.Edi pantas berdiri dan meneguk bandung sehingga habis sebelum mencapai beg sandang hitamnya.Aim hanya memerhati.
“Jom ar!”Edi memberi isyarat pada tempat parkir kereta.Aim mengangkat kening sebelah tanda bertanya.Edi mengeluh, “Kata nak jamming..”Ler..pak cik ni sorang.Sejak dari semalam lagi beriya nak ajak aku,ni time aku nak ajak dia buat muka blank pulak!

Aim mengangguk.Kunci kereta di atas meja makan dicapai, “Luke,Tia!Kitaorang ‘chow’ dulu,”tanpa memandang Luke dan Tia,Edi dan Aim berjalan beriringan ke kereta.Tia dan Luke masing-masing dengan muka macam baru tengok dua aliens jalan-jalan dalam u nak pergi jamming.


Edi memukul berulang kali drum di hadapannya.Drumsticks di tangan dah tunjuk gaya nak patah.Aim hanya memerhati sambil menggeleng.

“Nak tunggu drumsticks tu patah dulu ke baru nak stop?”Aim duduk menghadap Edi.Edi hanya memandang kosong Aim.
“Edi tak pandai main benda ni..”perlahan suara Edi menjawab.Aim senyum segaris. “Kenapa tak main je gitar?”Aim memberi isyarat pada gitar di sebelahnya.Edi memandang tanpa perasaan. “Annoying!” Edi mengalih pandangannya daripada gitar ke drum di hadapannya.Aim berkerut dahi. “Kenapa lak?JJ kata gitar ni kira your favourite la.But now?”

Edi menggigit bibir.Berfikir apa jawapan yang paling sesuai untuk pak cik sorang ni.Edi mengeluh kecil. “Buat apa suka benda yang boleh buat kita sedih..”Edi tunduk memandang lantai. “Kenapa cakap macam tu?”Aim cuba mencari mata Edi di sebalik wajahnya.Edi cuba berselindung. “Sebab..” kata-kata Edi terhenti seketika.Dia menarik nafas panjang, “Sebab benda tu..benda tu ‘gila’,”Edi cuba mengelak daripada memandang Aim.Aim mengangkat kening sebelah, “Gila?Apa yang gila?”

Edi celik memandang Aim.Aku cakap macam tu ke tadi?Sah aku tengah angau plus black out dalam otak.Huh!

“I mean benda tu ‘menggilakan’!I’m suffering because of that..”Edi memandang gitar di sebelah Aim dengan riak yang tak dapat dibaca.Ez..

Aim mengerling jam di tangannya lalu wajah Edi dipandang.Edi masih lagi memerhati gitar di sebelahnya.Aim tersengih sendiri.Drumstick di tangan kiri Edi ditarik perlahan.Sesekali dia memandang wajah Edi,takut-takut jika dia tersedar daripada lamunannya.

Drumstick kini bertukar tangan kepada Aim.Aim memukul base drum dengan drumstick.Edi tiba-tiba tersentak lalu memandang tajam kea rah Aim.Aim buat muka tak bersalah.Edi masih lagi tercungap-cungap terkejut sambil matanya memandang tepat pada Aim.

“Aim!Nak Edi mati kat sini ke?!”bulat mata Edi memandang Aim. Karang kalau aku ada heart attack mahu jadi allahyarhamah aku kat sini!

Aim hanya tersenyum gaya budak tadika. “Day dreaming kuat sangat.Tu pasal la I buat camtu..Takkan tu pun dah terkejut kut?”Sarkastik suara Aim.Edi berkerut dahi, “Kalau Edi ada heart attack camne?”Edi mengalih pandangannya daripada memandang Aim.

Aim memandang Edi pelik.Merajuk ke? “Ala..sensitifnya dia.Sorry okay,”Aim bangun mengalih posisinya.Kini Aim betul-betul di hadapan Edi.Edi buat muka slumber walaupun dalam hatinya,Tuhan sahaja yang tahu.

“Edi..Jangan ar camni,”Aim buat muka kasihan gaya macam budak tadika minta duit nak beli ais krim.Edi buat tak endah.Aim sengih sendiri, “Edi..” Mendayu suara Aim memanggil.Edi dah mula seram nak bulu roma. “I belanja you makan nak?”

“Nak!”

2 comments: