Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD

Thursday, 22 October 2009

Crumb 1

Luke menggeleng memandang JJ di hadapannya.JJ riak tenang tak berubah.Aim di sebelah berhenti memetik gitar dengan mata memandang JJ tak berkelip.

“Kau biar betul.” Luke bernada serius.

“Aku serius.” JJ mengangguk.

“Dah fikir sepuluh kali?” Aim angkat kening.

“Aku siap solat istikharah lagi.” JJ yakin dengan jawapannya.

“Dude.Ni soal kahwin.Entah anak siapa yang jadi bini kau nanti.Bukannya boleh main aci kahwin je.” Mocca-Lucky Man mengisi ruang cafĂ©. Luke menghembus nafas kecil.

“Kau dah tengok ke budak tu?” gitar diletak di sisi.Matanya masih pada JJ.

“Belum.”

Dua pasang mata memandang tajam kea rah JJ tak berkelip. JJ masih lagi dengan riak tenang.

“Pilihan mak aku.” Dia menarik nafas seketika. “Aku ok je.” JJ senyum segaris. “Lagi pun korang dah kahwin,bila lagi aku nak kahwin.Kan?”

Rahang Aim jatuh ke bawah. “Takkan lah orang kahwin kau pun nak kahwin jugak.Ni pasal responsibility kau tau.”

“Aku tahu.Dan aku dah ready.”





Mukanya merona merah.Tangan kiri terketar-ketar meletakkan handset kembali ke meja.Que di hadapan dipandang tak berkelip.

“Kenapa?”

“Aku kena kahwin”

“What?”

“By hook or by crook”



Matanya menjeling pada jam di dashboard.Jari diketuk pada stereng mengikut Creed-Lullaby.

“JJ balik la.” Puan Nora di sebelah talian dah naik pening kepala nak pujuk anak sulongnya.Entah nak kahwin ke tak.Orang lain sibuk pasal nikah kahwin dia,dia boleh cakap busy.Sampai future wife pun tak jumpa lagi.

“JJ busy la ma.”

“Takkan tak nak jumpa dia.” Puan Nora mengeluh di sebelah panggilan.

“Nak tu nak.Tapi tak sempat la ma.”

“Kalau macam tu tak pe lah.JJ call dia boleh?”

“OK.”



“Aku tak nak kahwin.”

“Tau..” Que mengangguk.

“Kau pikir la apa-apa asal aku tak kahwin.” Bantal kusyen ditarik dan ditekup ke muka.

“Tengah pikir la ni.” Que mendongakkan kepala berfikir.

Greenday-Holiday menjerit di atas coffee table..Bantal kusyen dialihkan dari muka.Handset di atas coffee table dicapai,kening Lisa terangkat sebelah.Anonymous?

“Assalamualaikum.”

Salam bersahut di sebelah talian.Lisa telan liur.Lelaki.

JJ menggigit bibir bawah.Nama apa ek.Aahh..Lupa la pulak.Rasanya Li.Tapi Li apa ek. “Er..Li..Li..?”

“Lili?Lisa’s here.” Tenang Lisa menjawab.

JJ memetik jari.Ahah.Lisa. “Hey..Aa..Hm..Ee..JJ.JJ ni.”

Kening Lisa sekali lagi terangkat.Que di hadapan hairan memerhatinya. “JJ who?” Gagap ke budak ni?

“I mean Azi.Azi Azmin a.k.a. JJ.” Nafas ditarik panjang. “Mama..Tak..Puan Nora.Ni anak dia.”

Rahang Lisa jatuh ke bawah.Dia kelu seketika.Anak Puan Nora.Yang ibu kata hari tu.No..

“Er..Lisa?”

“Yea.”

“Got to go.Harap kita boleh kenal lagi.” Heh..Ayat skema tu.

Lisa cepat-cepat mematikan panggilan.Dia menggeleng perlahan sambil mata tepat pada Que.Que angkat kening bertanya.

“Kita lari Golok!”

4 comments:

  1. haha JJ plak eh? sambung. nak tgk apa cer si JJ ni :P

    ReplyDelete
  2. sampai tergagap2 si JJ tu..
    haha~

    ReplyDelete