Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD
DOAKAN KESELAMATAN SAUDARA KITA DI JEPUN

Friday, 16 December 2011

Second 3

[Cerpen]

Mata memerhati skrin yang diskrol turun.Kadang-kala mata singgah pada status yang terasa menarik sambil band Jet menjerit di telinga.Tetingkap blog kembali dibuka cuba memastikan samada gambar sudah siap di- upload.Awin senyum nipis.Siap jugak.Itu gambar yang diambil sewaktu dia dengan Ara di balkoni hotel sewaktu di Langkawi.Nampak sangat tak ada kerja.

Tengah hari tadi tiba-tiba Haidar cancel rancangan untuk makan tengah hari sekali,terpaksa la dia dengan Ara baham segala yang ada.

Awin menyambung kerjanya yang tertangguh.Tetingkap Google Chrome di-minimise.

***

“Payed,sebab kau kawan aku la aku cakap.Kalau tak,tak ada la aku susah-susah masuk campur.” Arman merenung Faris yang langsung tak berpaling.Masih dengan kerjanya di meja belajar. “Aku kesian kat kau.”

Faris mengetuk hujung pen ke meja belajar.Dia pusing mengadap Arman di kerusi panjang. “Aku tak ada apa-apa pun dengan Awin.Chill la bhai,kau pun..” Faris menggeleng beberapa kali. “Team partner je la.”

Arman menarik nafas cuba menahan apa yang ingin diluahkan, “Kau dengan dia memang la tak ada apa-apa dah dia tunang orang.Masalahnya kau tu,sejak semalam gaya tak ada mood tu pasal apa?”

Faris menghela nafas. “Line internet tu trouble tengah Skype,tu pasal bad mood.Dah?”

“Pandai.” Arman berdiri lalu melangkah untuk keluar bilik.Langkahnya terhenti, “Tu dalam beg aku ada album kelas kita,tengok ah.”

“Iye?” Laju Faris mencapai beg sandang Arman.Dahinya berkerut apabila yang ada dalam tu cuma pelbagai jenis charger dan joystick. “Man!Tak lawak la bhai.”

Arman sengih , “Obvious la kau, tak ada nya aku nak simpan gambar Awin.”

***

Bibir diketap sambil jemari dilarikan di atas keyboard.Sesekali dia memadamkan apa yang ditaip.Cuba mencari patah kata yang sesuai.Berkerut kening tuan punya badan apabila membaca semula komen yang ditulis.Ok dah ni.

***

Hamba

-I miss the pictures of you with your hijab on =) .No offence-

Awin terkedu membaca komen yang baru diterima.Dia menggigit bibir cuba menimbang sama ada ingin approve atau tak komen ini daripada terus published. Hamba yang sering singgah member komen di blognya.Namun langsung tidak disertakan link blog Hamba.Siapa Hamba sebenarnya?

The pictures of you with your hijab on.Baris ayat yang betul-betul menusuk.Dia terasa,jujur.Dia kembali melihat gambar-gambar yang baru di-upload.Ada gambar dia bertudung dan sebaliknya,entah kenapa tiba-tiba berasa bersalah.Dan keputusan yang diambil benar-benar dirasakan betul.

***

“So next Sunday will be the superb reunion ever!” Faris menyusun helaian kertas pengesahan sewa dewan.

Awin bersungguh mengangguk. “At last,we’ve reached our last so-called discussion.” Dia menjongket bahu sambil menghela nafas.Tup tap tup tap Ahad ni dah reunion batch dia,cepat betul masa bergerak.

Faris memandang Awin cuba memastikan waktu yang terbaik untuk meneruskan kata. “I got something to let you know.”

“ Awin.”

Dada terasa bagai hendak meletup.Terkejut dia apabila tiba-tiba Haidar menyapa dari belakang. Wajahnya terus pucat dengan mata tak lepas memerhati riak Faris.Macam mana diskusi ni boleh spoil tiba-tiba?

Faris angkat muka memandang Haidar di belakang Awin.Cuba mencerna siapa yang menegur tiba-tiba.Abang Awin?Awin ada abang ke?

Haidar senyum ikhlas. “Boleh join?”

Suasana sepi di meja itu.

Haidar menanti seketika sebelum dia sendiri membuat keputusan menarik kerusi di sebelah Awin.Dia berhenti seketika sambil mengetap bibir.Dia senyum cuba meneutralkan keadaan yang sedia keruh . Kerusi di sebelah Faris ditarik.

Tray makanan diletakkan di atas meja. “Dah makan?” Haidar menuangkan sos ke atas burger. Meja yang penuh dengan kertas dipandang seketika sebelum dia mencapai fries dan minuman untuk diletakkan di tengah-tengah meja. “Sila-sila.”

Awin terkebil-kebil. “Haidar?”

“Ye?” Haidar mengangkat kening. “Oh lupa!” Tisu dicapai dan dilap kedua belah tangan. “Haidar.” Tangan dihulurkan kepada Faris tanda berkenalan.

“Faris.” Salam disambut. “Lunch hour ke?” Jam di tangan dikerling.Entah kenapa tak terasa awkward sangat dengan Haidar.

“A’ah,lalu sini singgah dulu kejap.Tak tahu pulak korang ada discussion.” Dia kalih pandang pada Awin di hadapan cuba memerhati riak yang kelihatan cuak.I pun cuak.

Awin bertentang mata dengan Haidar cuba mencari jawapan di sebalik tingkah-lakunya.Nyaris-nyaris dia ingat Haidar akan sergah tak pun tuang air atas kepala dia macam dalam drama swasta.

Haidar mengalihkan pandangannya pada Faris. “Eh,sambung la discussion.Aku kacau ke?” Serius dia bertanya.

“Dah nak habis dah pun.Aku pergi dulu,ada hal kat Bangi.” Faris berdiri dan mencapai barang-barangnya. Dia memerhati Awin, “Awin ajak la sekali abang pergi reunion.” Dia mengisyaratkan pada Haidar. “Nanti jemput la datang reunion kita orang.” Dia bersalam sebelum membuka langkah pergi meninggalkan Haidar dan Awin di meja.

Awin tepuk dahi. “Err,Faris..”

“Insya-Allah.” Haidar menggumam. Fokusnya beralih pada Awin, “Ada nak clarify apa-apa?” Nadanya tenang langsung tak menunjukkan riak tegang.

Awin menggeleng sendiri. “Wow.” Tangan diangkat gaya surrender.

“What for?” Akhirnya ada juga ruang untuk dia makan.

“I was expecting too much,I thought there would be flying chairs, food fight or something worse but what was happening was absolutely..”

“Cool.” Dia sengih. Haidar mengerling pada jam di tangan. “Got to go Awin.”

“Lunch hour tak habis lagi.” Dia turut memandang jam.

Haidar menarik senyum ramah. “Ada hal.”

***

Hamba

-Let’s shoot for the best-

Awin mengetuk mouse.Eh,motivasi alam maya? Masih ada komen daripada Hamba walaupun entrinya kali ini hanyalah berkisarkan iPad dan segala adik-beradiknya .Siapa Hamba?

Awin

-Siapa Hamba?-

Namun jauh terdetik di hatinya,kemungkinan untuk Hamba singgah kembali ke ruangan komen ini macam mustahil.

I miss the pictures of you with your hijab on.

Belum sempat mindanya beralih pada tugasan yang bersusun,tiba-tiba sebaris ayat itu menjengah.Dia bertudung.I do put my hijab on,Hamba.Tegas hatinya menjawab,tetapi dia akui ada kadang-kala gambar di blognya tanpa hijab di kepala.Dia baru bertatih berhijab dua tahun lalu.Dua tahun.

Dia membuka kembali tetingkap blognya dan ikon refresh ditekan.Nafas ditarik cuba mencari ketenangan dan skrin diskrol ke bawah.

Hamba

-Hamba Allah-

Bibir diketap,dia buntu untuk membalas komen itu.Apa yang patut dia jawab?

***

“Esok?”

Haidar sepi di sebelah talian. “Pukul?”

“Sepuluh.Pagi.Okay?”

“I tak boleh esok.” Dia senyum dengan harapan keadaan tidak keruh sepanjang panggilan ini. “You pergi dengan Ara boleh?”

Awin berkerut dahi. “Boleh.” Mungkin Haidar sibuk dengan kerja dia.Boleh jadi. “Lain kali la.Good night,Haidar.”

“Awin.”

“Iye?” Awin membetulkan letak bantalnya.

“Cincin.Cincin tu tolong pakai selalu,eh.” Kedengaran suara Haidar serius di sebelah sana.

Senyum. “For sure.”

“Assalamualaikum.”

“Wa’alaikumsalam.” Apa yang dah jadi sebenarnya.

***

“Kata tak suka.” Ara menunding ibu jari pada cincin di jari Awin.

Awin memandang sekilas cincin tersebut,dia senyum nipis. “Haidar minta.” Dia mengerut dahi apabila terkenang peristiwa-peristiwa lalu. “Dia tu pelik.”

Ara ketawa. “Tunang dia pun kira pelik juga la macam tu.”

Awin langsung tak terasa untuk ketawa. “Ada ke?Akak pelik la,dia sekarang jarang nak kalau akak ajak keluar.”

“Awkward baru lepas tunang kut.” Ara menarik tangan Awin ke arah kiosk di hadapan mereka.

Dia hanya mengikut langkah Ara,sambil fikiran masih tidak berpijak pada Jusco. “Parah tu.” Dia menggumam sendiri.

Tuesday, 29 November 2011

Second 2

[Cerpen]

Awin berdehem cuba memulihkan suara yang serak. “Yang ni senarai nama batch kita.” Kertas yang berklip ditolak ke hadapan. “Tapi tak semua boleh contact.”

Faris meneliti senarai nama di hadapannya. “Kalau kelas kita senang je.” Dia membaca lagi nama di muka surat belakang. “Ha..Yang ni kelas Beta rasanya.I boleh try minta tolong dengan Arman.”

“Arman?” Awin cuba mengingat kembali.

“Class monitor 5 Beta.Takkan tak ingat?” Faris pandang Awin yang sedang berkerut dahi cuba mengingat.

Pipi Awin kembang diisi angin. “Haa..Arman mana pulak ni?”

“Yang usha Awin.The only boy yang pergi sekolah driver hantar.” Faris tersenyum sendiri.

Awin terus gelak sambil menepuk dahi beberapa kali. “Yang tu ke?” Dia menahan ketawa dari terus meleret. “Ingat-ingat.Driver dia yang bagi teddy bear masa birthday Awin.” Awin senyum sendiri mengingatkan kisah dia zaman sekolah. “Awin..Awin.Macam mana boleh lupa.” Cuba memberitahu dirinya sendiri.

Faris menuangkan jus di dalam gelasnya. “Ingat pun.In touch lagi ke dengan dia?”

Awin terus geleng. “Tak.” Tiba-tiba terbayang wajah Arman. “Eh,back to our topic,larat ke kita dua je buat ni?”

“I larat,Awin tak tahu la macam mana.Kita buat simple je dulu untuk first time.Okay tak?”

Awin hampir tersenyum sendiri apabila lihat muka Faris dengan bibir diketap dan kening terangkat.Muka berharap habis. “Okay.Awin akan manage sponsor, contacts semua tu under your job.Boleh?” Pen diketuk pada meja.Dia dah lupa apa yang terjadi semalam.

“On.” Faris menyusun kertas-kertas senarai sponsor dan alumni batch mereka. “Rasanya ayah I dah habis lecture.” Jam tangan dipandang sekilas. “Shall we?” Dia bangun memungut segala bahan di atas meja.

“Jom.” Dia mencapai sling bag dan beg laptop. “Next meeting sekali dengan Arman ke?”

“A’ah.Banyak dia boleh tolong.” Mereka berjalan meninggalkan meja di tengah-tengah café

“Arman..Arman.” Awin tersenyum sendiri.

“Lesung pipit?”

“Hah?” Awin kalut tak dapat faham apa yang Faris katakan.

“Tak ada apa-apa.”

***

Arman fokus membaca tawaran-tawaran dan iklan dari hotel pada skrin.Dia kembali meneliti belanjawan di sebelah.Bulat matanya apabila mendapati peruntukan untuk sewa dewan memang jauh beza dengan sewa dewan hotel yang terpapar pada skrin.Mak aih!

“Aku bajet 100 orang termasuk dengan form teachers,okay tak?” Arman memusingkan kerusi beroda menghadap Faris.

Faris angguk sambil tangan masih belum berhenti menanda nama alumni. “Awin pun cakap 120 orang.Lagipun tak semua boleh hadir.”

Arman kembali menghadap laptop.Dia membayangkan wajah Awin sewaktu sekelas dengannya.Arman tergelak kecil. “Awin.”

Faris angkat muka sambil membetulkan pinggangnya yang dah lenguh. “Dia tak ubah macam dulu.”

Arman sengih pada skrin. “Awin tu..”

“..cute”

Arman menoleh ke belakang memandang Faris.Susah nak percaya. “Aku nak cakap yang Awin tu rajin pulak nak buat reunion ni.”

“Oh ya?” Faris berlagak tenang.

“Aku tak tahu la pulak kau fikir dia tu cute.” Arman bangun mencapai botol air dengan senyum tak lekang.

“Mannn..” Pen dah siap terangkat.

***

“Dira,boleh jadi fated aku dengan Haidar.Aku pun suka dia.” Awin menarik senyum. Hujung sandals menguis simen.

“Then go on je la.” Dira memasukkan beg ke dalam kereta.

Awin angkat muka memandang Dira cuba memastikan sesuatu.I can sense some sort of sarcasm.Haihh. “Dira oi.Yang bertunang tu aku,bukan kau.” Dia turut memasukkan sling bag ke dalam kereta. “Aku chill je,dah bukan jodoh aku.”

“Tengok tu.” Dira bersandar pada kereta. “Cara kau cakap pun dah tahu yang kau berat sebelah Faris.”

Awin buat muka kosong. “Iye?” Dia berjalan memasuki tempat duduk pemandu.

“Aku kesian tengok kau.” Seat belt ditarik.

Awin langsung tak menjawab.Jemari menekan butang on radio.Mood nya yang elok tadi terus sugul.Alahai.. Yuna-Penakut.

“Kejap eh.” Handset dikeluarkan dari saku mencari nama seseorang.Dia menekan ikon panggilan. “Assalamualaikum, esok you free?Kalau free call I after this.” Handset dikembalikan semula ke saku.Awin dapat lihat kerut di wajah Dira sebaik sahaja dia menamatkan panggilan. Tahu dah.. “Haidar,voice mail je.”

“Ohh..”

***

“Yang ni?” Awin mengangkat sample kad jemputan di tangan kanan.

“Macam lari dari theme.” Faris membetulkan headset yang hampir terlurut.

Awin garu kepala, “Haa..Ni mesti kena.” Dia mengangkat satu lagi sample kad jemputan reunion.

Faris berkerut dahi. “Kejap I panggil Arman.”

Awin memandang sepi ke arah skrin yang dah hilang tuan punya badan.Sayu dia memandang scene bilik Faris.

Selepas empat tahun,dia ada ruang untuk kenal Faris.

Selepas empat tahun, baru betul-betul rasa macam kawan.

Selepas empat tahun,baru mesra.

Selepas empat tahun,penamatnya dia pilih Haidar.

“Laa..Budak ni,mana kad?”

Awin baru sedar dari lamunan. “Ahh?Arman?” Awin memandang skrin, “Yang ni ok?”

Arman berkerut dahi, “La..ingatkan kad apa.Payed!Kau agak-agak ah,ni pun nak kena aku pilih.” Arman melaung pada Faris yang belum muncul pada skrin. Dia memandang kad pada tangan Awin, “Kau orang nak kahwin pun suruh aku ka?”

“Oii!!” Kedengaran suara Faris menjerit.

Awin gelak macam tak rasa apa-apa pun. “Korang memang selalu macam ni ke?”

“Dengan kau je.” Arman bermonolog sendiri langsung tanpa niat untuk didengari Awin.

Awin tersenyum. “Haila..Sambung discussion cepat,aku ada hal ni.”

“Aku pilih yang merah tu,tak nampak obviously formal sangat.” Arman masuk mode serius.

Awin terangguk sendiri.Pandangannya beralih pada skrin handset yang dibiarkan silent. “Kejap.” Ikon menjawab panggilan ditekan dia menanggalkan headset di kepala. “Hey there.”

“Hey you.” Mesra si pemanggil menjawab.

Bibir tuan punya badan langsung tak lekang dari tersenyum. “So how?Free tak?”

“Kalau time lunch hour okay?I kerja indoor esok,sempat kut.” Suara Haidar kedengaran serak.

“Demam ke?” Dia bertungkat siku pada meja jepun.

“Tak ah.” Haidar ketawa cuba berdalih.

Awin berkerut dahi apabila kedengaran tawa yang berselang seli dengan batuk. “Obvious la bhai. Esok lunch kat rumah I je.Boleh?”

“Boleh sangat-sangat.You masak?”

Awin gelak. “No.I bungkus dari café .Seriously,no kidding.”

“Erk,hopeless.” Nada kecewa.

“You nak makan apa esok?” Awin membetulkan silanya.

“Awin,betul ke café punya?” Masih kecewa.

Awin ketawa. “I masak.I masak.” Gertak sikit dah frust sampai macam tu. “You nak apa?”

Haidar diam berfikir. “Aaa..Nanti I send list nak you masak apa.” Kedengaran nada bergurau di situ.

“Aaiii!You..” Belum sempat dia menghabiskan kata,panggilan telah ditamatkan.Dia mengetap bibir menahan rasa geram tetapi tanpa sedar senyum mula terukir.

Tanpa sedar ada hati yang memerhati di sebalik tirai yang tak pernah diturunkan.

Awin menepuk dahi.Pandai kau Awin!Bergayut depan laptop,kasi orang tengok! Awin memerhati sekilas skrin laptop yang dah kosong tanpa Armand an Faris.Laju dia mematikannya.


Friday, 18 November 2011

Second 1

[CERPEN]

“Awin?”

Tuan punya badan toleh ke belakang mencari siapa yang memanggilnya di tengah-tengah kalut manusia. Awin pejam celik tak percaya.

“Awin,jom.” Mama menarik lengan Awin yang masih tak beralih pandangan pada seseorang. “Awin?”

“Hmm?” Awin beralih pada mama.

“Jom.”

Dia mengikut langkah mama ke balai berlepas meninggalkan ‘dia’ yang entah wujud entah tak.Betul ke apa yang dia nampak?

***

“How’s Penang?” Haidar menarik kerusi di hadapan Awin.Haidar mengangkat kening apabila soalannya langsung tidak mendapat reaksi daripada Awin.Awin yang masih hanyut diperhati seketika sebelum dia mengetuk meja dengan jari telunjuk. “Ok tak?”

“Hah?” Awin kalut cuba mengingat kembali apa yang ditanya tadi namun langsung tak masuk. “Apa you tanya?”

“Macam mana Penang?” Haidar menarik senyumnya. “Ok tak ni?”

Awin angguk. “Penang ok,tapi boring la. Schedule mama tak boleh nak celah langsung,alih-alih duduk dalam bilik.” Dia mengeluh sendiri. “Tak ada buat apa-apa pun.”

“My trip lagi awesome.” Haidar sengih pada Awin yang muka curious. “I sempat tengok sunset lagi.” Thumb-drive dikeluarkan dan ditolak ke hadapan Awin. “Tak edit lagi tu.”

Awin mengambil thumb-drive di hadapannya, “Langkawi ke?”

“A’ah.Mana lagi. Dengki tak?”

“Perlu ke?”

“Tak ke?”

Awin tergelak kecil. “Haidar..Haidar.”

“You nak upload ke?Baik upload sebab followers you dah tanya bila nak update.” Awin dapat lihat Haidar sengih.

Note : Tukar password.

***

“Aku nampak dia.”

Dira menghela nafas.Luka lama datang kembali. “Betul dia ke?”

Awin angguk perlahan. “Betul.Tak ubah macam dulu.Cara dia senyum,sama Dira.Style rambut pun.” Awin menggenggam hujung kusyen.

“Kau sempat buat apa-apa tak?” Dira mengangkat kaki dan bersila di sebelah Awin.

“Tak.Aku rasa aku suka dia.” Awin mengetap bibir. “Suka balik.” Yang kedua.Wajah Awin tunduk dengan mata kembali pada gambar kelasnya sewaktu tingkatan 5.

“Chill la.Kau tak fully-healed lagi ke?” Dira menggosok belakang kawannya.Benda yang dah bertahun lepas.

Awin ketawa kecil. “Seriously,aku ni memang jenis setia kan?” Awin memandang wajah salah seorang classmate nya di dalam gambar. “Kau pernah tak suka orang tu sampai bertahun tapi tak pernah confess?”

Ini cerita Awin,cerita empat tahun dahulu..

Dulu dia pernah suka pada kawan sendiri tapi tak pernah berani untuk mengaku.Sampai lah dibawa ke tahun seterusnya,masih terasa.Dan tahun seterusnya,rasa itu tetap ada walau sedikit.Dan tahun keempat,rasa itu seakan-akan hilang mungkin sebab Haidar yang semakin dekat.Sehingga lah hari ini,dia kembali kepada tahun pertama rasa itu muncul.

***

“Nak kena ikut ke pa?”

“Tak payah.”

“Kak Win!Orang nampak kereta Abang Haidar depan rumah.”

Awin tercengang di hadapan keretanya.Belum sempat dia membuka pintu,Ara adiknya call tau-tau cakap kereta Haidar depan rumah?Baru tadi call Haidar tapi tak ada cakap apa-apa pun.

“Ara.Dia buat apa kat rumah.Biar betul ni?” Awin membuka boot belakang dengan tangan penuh membawa segala bagai fail-fail dan kertas.Awin berkerut dahi,alahai tudung spoil la pulak. Tangan kanannya cuba membuka boot.Spoil!Elok je tangan mencecah fail-fail yang bertimbun di tangan jatuh satu persatu. “Adeh..”

“Kak Win dengar tak orang cakap ni?”

“Apa?” Awin tunduk menyusun kembali fail dan kertas.

“Awin.”

“Family Abang Haidar datang merisik Kak Win la!”

Awin bungkam.Dia mengangkat wajah memandang tuan punya suara.Suara yang sama dia dengar di airport hari itu dengan mama.Tak pernah berubah.Cara panggil tetap sama.

Dia hanya memandang lelaki di hadapannya yang turut tunduk menyusun fail dan kertasnya. “Jumpa pulak kita.”

Awin dapat lihat dia senyum walaupun wajah itu tunduk.Senyum tu. “Right.Jumpa balik.”

Faris memandang Awin dengan dahi berkerut,pandangannya beralih pada handset yang terbiar di sebelah Awin.Patut pun dengar suara orang lain. “Awin punya?”

“Ah?” Awin kalut,baru kembali berpijak ke kawasan tempat letak kereta dalam kolej.Pantas dia mencapai handset. “Ara,I’ll call you back.” Panggilan dimatikan.

“Nak letak dalam boot ke?” Faris dah sedia berdiri dengan fail dan kertas yang tadi bertabur dan kini tersusun.

“A’ah.” Awin turut bangun dan membuka boot.

“Lunch jom.”

***

“Sekarang buat apa?” Awin menolak ke hadapan pinggan yang baru sampai ke meja mereka.

“Buat assignment.” Faris mengetuk palmrest laptopnya. “Sorry kalau nampak tak focus time conversation.” Dia mendekatkan pinggan ke hadapannya.

“It’s okay.” Awin senyum.

“Sekarang tengah struggle for exam ni.Insya-Allah ada rezeki fly,tapi macam vague je.” Dia menghela nafas. Awin diperhati seketika, “Awin sama macam form five dulu,ni makan ke tak ni?”

Awin menahan daripada obviously tunjuk yang dia tengah ‘angau’. “Orang tengok dia macam dulu ada la,rambut pun steady lagi.”

Faris ketawa. “Masih terpacak?” Brylcreem! “I nampak Awin kat airport Penang hari tu,tapi Awin macam tak kenal muka blur,nak tegur pun tak sempat.Betul Awin ke?”

“Oh yea?” Awin buat-buat lupa. “Ya kut.Kelas kita tak buat reunion ke?” Shoot je la Awin!Straight to the point.

Faris mengetap bibir. “Ada la sorang dua plan,tapi tak tahu on ke tak.Zara tak inform Awin ke?”

Zara! “Tak ada pun.Lagipun dah lost contact,dia study mana sekarang?”

Faris senyum tawar. “Sekali dengan I.I pun dah lama tak nampak dia.” Awin dapat lihat riak Faris yang tiba-tiba berubah. “Busy twenty-four/seven.” Seolah-olah Faris cuba memberitahu dirinya sendiri.Tapi Awin dengar,jelas.

“By the way,kalau ada reunion inform okay.” Cuba meredakan suasana.

Faris memetik jari. “Your phone number!Nasib baik ingat.” HTC ditarik keluar. “Berapa?”

Sekali lagi Awin menahan riaknya daripada obvious nampak excited.At last!

***

“Happy dia hari ni.” Mama turut senyum memerhati Awin yang dari tadi jelas nampak ceria sejak balik dari kolej.

Awin sekadar menjongket bahu. “Tak ada sebab nak moody la ma.”

“Dah orang mintak takkan nak moody.” Ara menukar channel.

Mama ketawa, “Parents dia ada tanya,mana Awin.Awin balik lewat hari ni kenapa?”

Awin berkerut dahi.Tak faham maksud mama ‘parents dia’.

“Kak Win!Orang nampak kereta Abang Haidar depan rumah.”

Riaknya terus berubah.Langsung tanpa senyum yang meleret,Ara ada cakap tadi tapi dia lupa.Sungguh dia lupa. “Parents Haidar ke ma?” Teragak-agak dia bertanya.

“Ya la.Dia orang nak jumpa Awin,tapi Awin tak ada.Mama call pun tak dapat.”

Awin menahan riaknya. “Mama cakap apa kat dia orang?” Tolong jangan..

“La..Ara!Ara tak cakap lagi kat kakak?” Mama menepuk bahu Ara. “Setuju je la.Awin dengan Haidar pun memang on kan.”

“Setuju?”

“Kenapa Win?”

Cepat-cepat dia menarik senyum. “Thanks ma.” Mama dipeluk lama cuba menahan rasa sebak yang diselindung.

***

Pintu bilik terus dikunci dan laju dia merebahkan diri di atas kerusi panjang.Muka dibenamkan ke kusyen dan dibiarkan terus basah.Sungguh dia tak sangka pun.

Baru tengah hari tadi dia rasa happy,tapi sekarang terus malap.Memang dia dengan Haidar macam mama cakap,on.Tapi sekarang,Awin dah berubah.Dia jumpa Faris.Kurang-kurang dapat kenal Faris lagi.Empat tahun dia pendam,dan sekarang betul-betul depan mata.Kalau sebelum ni dia boleh je cakap dia suka Haidar,tapi sekarang..

Dia mengangkat wajahnya dari kusyen apabila tiba-tiba Greenday menjerit.Nama pemanggil pada skrin dibaca sekali lalu.Faris.

“Assalamualaikum.Awin,why not kita plan reunion?”