Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD

Saturday, 18 December 2010

Fragile 22

*Everything Is Under His Will

“Assalamualaikum.” Tenang Are menjawab.

Jet kelu.Mudahnya awak lupa. “Wa’alaikumsalam.Awak kat mana?”

“Rumah.”

“Dah makan?”

“Belum.” Suara Are sayu kedengaran. “Balik la..”

Jet memandang jam di dashboard. “Saya tak nak kacau awak.”

“Ni rumah awak jugak.” Kedengaran suara mengeluh di panggilan.

“Awak marah lagi?”

Senyap.

“Are?” Skrin handset dipandang sekilas.

Senyap.

“Balik la..”

Talian dimatikan.

Memang salah dia. Siapa suruh tengking Are tak tentu pasal. Apa salah Are sampai buat macam tu? Apa nak jawab dengan mak bapak Are? Dengan Along.

Belajar Jet..

***

Are menggenggam erat hujung sarung bantal.Kedengaran enjin kereta dimatikan di ‘porch’.Dia memeluk lutut.Jemari kembali digerakkan di atas kekunci.

Aku pergi kursus kahwin.Aku tahu apa yang boleh dan apa yang tak.Orang ajar aku;buat macam tu salah.Kalau buat macam tu pulak baru betul.Tapi kenapa aku masih buat apa yang salah.Masih buat apa yang aku tahu aku tak patut buat.Aku ada dia.Dia ada aku.Kami ada tanggungjawab.Tapi kenapa main aci rempuh hukum?Hukum depan mata tapi buat-buat tak nampak sebab nak menangkan kata hati.Hukum ‘kata’ tak boleh;tapi hati kata boleh.Salah aku sebab menjawab. Rude.Keluar rumah ikut sedap kaki.

Maaf,awak.


*Everything is Under His Will.

‘PUBLISH POST’ diklik.Are bersandar pada kerusi.Tiba-tiba dahinya berkerut.Tak dengar pun pintu bilik sebelah dibuka.Kut aci rempuh masuk gaya tanpa bunyi.

amoy,maaf – apek

Are meraup muka.Rasa nak remove je chat box.Not now apek.Not now..Bukan masa nak buat lawak.Dan zaman bila dia kenal apek.

Keluar la.Saya tunggu kat luar. – apek

Berkerut kening Are.Stalker?!Te..ko!Ada stalker?Apek tu stalk aku?Are menghampiri tingkap.Langsir diselak sedikit. 'Porch’ tak ada orang.Rumah jiran kat depan..Takkan kut.Tu keluarga bahagia.Tak kacau orang.Laju dia kembali mengadap laptop.

Salah saya. – apek

Uh? –amoy

Saya tunggu kat luar :) –apek

Sungguh dia tak tahu nak buat apa.Kut apek ni ‘try’ buat lawak tak lucu.Tapi memang tak lucu pun.Laju dia menoleh ke arah handset di tepi bantal.Belakang tengkuk dah rasa tegak lain macam.Apek?Handset dicapai dan rasa nak baling je ikut tingkap bila nampak nama pemanggil.Siap capital letters lagi.Haih..JET.

“Assalamualaikum.” Teragak-agak suara Are.

“Wa’alaikumsalam.Keluar la.Dah jenuh saya tunggu kat luar.”

Kelu.

Are merenung laptop seketika.Pandangannya kembali pada handset.Tunggu kat luar..Ah!'Slow' nya aku!Dahi ditepuk.Apek?!Rasa nak hentak kaki kuat-kuat kat pintu bilik gaya tunjuk perasaan.Tak lucu pun awak!Eh tak.Tak lucu pun apek!

“Kalau tak nak?”

“Saya masuk.”

Jangan awak!

“Esok boleh?” Are memandang pintu bilik.

“Are.”

“Ye?”

“Awak keluar atau saya masuk?” Jet memandang pintu bilik.

“Saya keluar!” Panggilan dimatikan.Handset dimasukkan ke dalam saku pijama.Sebelah tangan mencapai bantal.Protection.Perlahan-lahan dia melangkah ke arah pintu.Tombol pintu dipulas dan ditarik.Bantal diseludup di belakang.

Jet mendongak.Senyum.

Are kaku di depan pintu.Pandangannya jatuh pada Jet yang sedang bersila di atas lantai dengan laptop di riba.

“Join me.” Senyum ‘awkward’. Sebelah tangan Are dicapai dan ditarik lembut ke arahnya.

Are memandang kosong Jet.Tangan terasa ditarik perlahan.Laju bantal dibaling tepat kena kepala Jet.

***

Printing mode..

Jet berdehem.

Are tegak.

“You study laws?”

Shrugged. Printer dipandang. “Signature please.” Kertas A4 yang siap bertaip dicapai.

“Pen.” Pen dihulurkan pada Are.

“Awak dulu.” Are menarik kaca mata dari ‘case’.Sebelah tangan menghulurkan kertas kepada Jet.

Jet tersenyum.Garang.Tandatangan diturunkan pada ruang di atas kertas A4 bertaip. “Done.” Kertas dan pen dihulurkan pada Are.

Are mengetap bibir sambil menurunkan tandatangan. Done. “Dear Mr..?” Pandangannya beralih dari perkataan di atas kertas pada Jet di sebelah.

“Jet.Aizat.”

“Aizat..and me ; Amera.We promise that..” Are berdehem.'Part' yang susah nak baca. “..that” Kaca mata dibetulkan.

“Proceed.” Jet turut memegang kertas di tangan Are. Dia membaca baris ayat yang dia dengan Are sendiri taip tadi.Patut pun..

Are menarik nafas. “..that we will never..” Aaa..!Tak boleh baca!Touching.

“Saya sambung.” Kaca mata Are dilurutkan. “That we will never..gaduh-gaduh.Lawan-lawan or any sort of WWE manner.”

“Main la main.” Jet disiku.

“La..Budak ni.Kata orang main duh.” Mouse digerakkan.Jemari laju menekan ‘keyboard’. “Ni nak laminate taruk mana-mana?” ‘Mute’ diklik sementara menunggu ‘loading’. Jet mencuri pandang pada Are di sebelah. “Awak jangan merajuk;saya tak pandai nak pujuk.”

Are buat muka. “Bila masa orang merajuk.”

“Do you know what happened?Those days.When you and I had a fight.Tears were my homies.And jokes had nothing to do…”

Kening Are terangkat. Pak cik ‘poem’?Ke Hamlet?Shakespeare?

“I assembled candies for you.Trial and error is something.And you’re something.” Jet memandang skrin laptop. ‘Mute’ dah ditolak tepi masuk longkang. “Nak dengar?”

“Lagu tu ke?Dah dengar dah.” Are turut memandang skrin. Baraka Allahu Lakuma-Maher Zain. “Nak saya humming ke?” Are sengih.

“Tak payah.Karang pecah tingkap.” Jet gelak.

“Humour?Unacceptable.” Are geleng gaya serius. “Ish..You should learn from Nisa la bro.Slow sangat ni.”

Jet gaya ‘straight-faced’. “Nak dengar tak?Siap dengan list ni.”

List? “List calon madu ke?” Are pulak ganti gelak siap tepuk belakang Jet.

“Sort of.Panjang ni.Awak pilih je.” Jet dah tunjuk malas layan dia.Matanya kembali menghadap skrin.Mouse digerakkan dan ‘play’ diklik.

Are berhenti gelak.Awak jangan.. “No joking.Ok serius ni.List apa?”

Jet dah ‘start’ sengih. “Nisa suruh.Dia kata saya tak sweet.”

“Dah awak payau.”

Jet menarik kertas berlipat dari saku. Apa-apa la. “Listen.Ni list saya dengan Nisa buat.” Barinstorming habis. “For you Amera a.k.a. Are a.k.a. Love a.k.a .Dear a.k.a. Honey a.k.a. Intan a.k.a. Payung..”

“Enough said!”

Jet ‘blur’. Wajahnya diangkat memerhati Are.

“I know it’s not the real you.The sweet part is..Ish!” Are mencapai kertas di tangan Jet. “Asal ikhlas dah la.Ni semua taruk tepi.Yang penting ikhlas tu baru orang cair.”

Jet mengangguk perlahan.I see! “Saya nampak lurus ke tadi?”

Are sengih. “Agak.”

“Fake?”

“Amat.”

“Nerd?”

“Sort of.”

Jet melipat laptop.Meja studi ditinggalkan.Langkah diatur ke pintu tandas.

“Kenapa tu?”

“Don’t ask.Tengah blushing.” Pintu tandas ditutup.

Are gelak sakan kat meja studi. “My boy blushing?Nak tengok!”

5 comments:

  1. uhu..
    my boy blushing...
    suka suka..
    nak tgk gak..
    hihihi

    ReplyDelete
  2. haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..

    SUKA SANGAT !!

    =)

    ReplyDelete