Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD

Friday, 20 April 2012

Fragile 35


Terhenti tangan Jet daripada melakar pada dada kertas apabila kedengaran pintu sebelah ditutup. Perang dah mula balik. Dia meraup muka dan memandang seketika kerjanya yang belum sampai separuh siap. Dah tak ada mood langsung nak buat ni. Volume laptop diperkuat;kedengaran suara JJ dengan Ean menjerit “Gotcha!”
Kan bagus kalau dapat buat macam tu dekat Are.Buat la sangat kalau nak rasa kena sembur.Haih..Jam pada skrin dikerling; 11.30 malam takkan tak nak masuk-masuk lagi.Kan kunci jugak pintu bilik ni,makin parah ada la.Jet berdiri membetulkan belakangnya, misi bermula.
***
Are menggigit bibir dengan mata memandang dinding bilik sebelah.Spoil!Dalam kereta tadi memang betul-betul fake sampaikan Tok Chu pun kena tipu sekali.Dia menghela nafas penat.Penat dengan situasi yang rasa macam makin hari makin obvious apa yang sebenarnya.Jet curang.
Was.
Dia cuba menepis kata hatinya.Kurang-kurang pernah.Pernah.Dia melarikan jemarinya di atas skrin handset mencari nama seseorang.Teragak-agak dia menyentuh untuk mendail.
***
“Assalamualaikum.” Jet menanggalkan headset di leher. “Esok?” Dia berfikir seketika. “Free.Free.” Jet mengangguk sendiri. “Nanti Along hantar.Tok Chu dah tahu?” Dia menjeling dinding bilik sebelah. “Ok.Wa’alaikumsalam.”
***
Are kembali meletakkan handset ke meja di sebelah katil.Belakangnya disandarkan ke kepala katil cuba menenangkan kepala yang kusut.Apa penghujung dia dengan Jet?Itu persoalan yang kian bermain dalam fikirannya.Makin difikir makin..
***
Jet mengetuk pintu bilik sebelah.Dia tahu Are di dalam walaupun dari tadi sunyi macam tak ada orang.
“Are,I masuk.”
Are segera tegak.Dia terpaku sama ada hendak dibiarkan sahaja Jet masuk atau sempat ke dia meluru dan mengunci pintu?
Jet berdiri di hadapan pintu yang terbuka.Mereka sama-sama sepi seketika saling menanti siapa yang akan bersuara.
“Tok Chu balik esok.Mak Lang nak datang rumah.” Jet terus menghilang di sebalik pintu apabila selesai inform apa yang patut.Dia tak rasa Are selesa tengok dia tercegat kat situ.Pintu bilik yang asalnya bilik kosong tapi kini dihuni Are ditutup perlahan.Langkahnya diatur menuruni tangga.
“Aizat.”
Hampir tercabut rasanya jantung bila tiba-tiba Tok Chu buat gaya sentap macam tu.NYaris-nyaris dia tergelincir tadi,kira okay sebab sempat lagi berpaut.
“Yes Tok.” Jet menampal sengih.
Tok Chu membawa cawan ke bibir.
Jet duduk di sebelah Tok Chu.Cawan yang dah hamper tinggal separuh isi dipandang seketika. “La..Air kosong je?Kopi banyak kat dapur Tok,air kosong jugak Tok minum.”
Tok Chu senyum tawar. “Nak tunggu budak-budak ni minum sekali alamat Tok sampai kampung pun belum tentu dapat.”
Jet kelu seketika.
“Aizat,ada apa dengan kamu berdua?” Tok Chu menggeleng. “Pandai tipu Tok buat-buat tak ada apa-apa tadi.” Jet dipandang menanti jawapan.
Jet teringat scene dalam kereta tadi.Mesra je dengan Are tapi fake je kut.Kut. “Biasa la Tok.” Tangannya didepangkan di atas sofa.
“Jangan dibiasakan,karang parah.Amera tertekan la tu,orang mengandung Aizat kena faham.” Belakang Jet ditepuk perlahan. “Nanti Tok tak ada,sampai sudah kamu dua orang tipu orang sekeliling.”
Right.Nanti Tok balik kampung mungkin tak ada dah kut gaya mesra buat-buat macam tadi. “Aizat tak tahu nak buat macam mana.Aizat tak tahu Tok.” Jet tertunduk.
Tok Chu sedikit tersenyum. “Kurang-kurang kamu sedar.Aizat cuba cakap elok-elok dengan Amera.Betulkan yang mana salah.Jangan main biar macam tu.”
Jet menghela nafas memikirkan masalahnya dengan Are. “Tengok la dulu Tok.”
“Aizat kan dah besar.Dah boleh fikir.”
Ruang di antara Jet dengan Tok Chu sepi seketika.Jet kembali mengingati salahnya pada Are.KIra-kira ada kut nak dekat tiga bulan Are pregnant.Dia meraup wajah yang tertekan. “Tok nak kopi?”
“Kopi apa yang ada?”
“Cap Badak boleh?”
“Ei,budak ni!”

5 comments:

  1. aizat, aizat.
    jet oh jet.

    pergilah bincang dengan are tuuu.
    isk3

    ReplyDelete
  2. nak lagi... mestilah Are rasa sedih kerana Jet pernah
    berlaku curang... isteri mana tak sedih... cepat sambung
    lagi ye.... jgnlh lama sgt baru sambung n3 baru.

    ReplyDelete
  3. ingt kan jet main2x jew hrtu nk bt Are jealous. Rupanya betul Jet curang. T T
    Klu sy jd Are la bpatah arah bkerat rotan pun xsudi dah nk kembali. isteri dah pregnant pun tak sedar. hnya fikir perasaan sendiri. Jet tu suami so kemesraan patut lah ketua keluarga yg mulakan. tak cukup ke usaha Are selama ni setia pd cintanya. berusaha nk ubah cara dia ms remaja ke alam dewasa. tp klu dah suami masih anggap dia mcm kawan baik spt sbelum kahwin apalah gunanya perkahwinan itu. takkan tak leh fikir kut. kawan2x lain pun dah kahwin kenapa tak rujuk depa. kenapa harus biarkan perkara penting tertangguh smpai Are simpan semuanya dalam hati. n shingga semuanya terbongkar sbb org lain yg inform dah tu org ketiga plak. mmg makin angin la Are. dia just nk tau sbb Jet bpaling arah. Klu dah Jet berat mulut sgt kenapa tak biarkan ja Are dpt jwpn tu dr Alia n JJ jew. Kan ke senang. Ish rasa nk belasah ja Jet ni. huhuhu emosi plak yea sy ni. hehehe... ;D

    ReplyDelete
  4. it was to0 short..:(..x puas bc..heeeeee

    ReplyDelete
  5. grea,buat la happy ending...sajit jiwa tahu x

    ReplyDelete