Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD

Thursday, 30 December 2010

Melancholy 9

“Tarik hidung tu karang!”

Ain buat muka. “Kacau la kau.” Ain sambung mengisi gula-gula dalam paperbag.Dalam Sehari dua ni memang dia menginap je kat rumah Jiji.Kerja tolong-tolong mana yang patut.Dah nak kahwin dah budak tu.

“Kuat sangat ayan.” Canon sekali lagi dibawa ke wajah.

“Esok-esok kau nikah macam mana eh?” Ain menungkat dagu.Mesti lain lepas nikah.Bonding tu.

Jiji gelak. “Pakai tok kadi dengan wali la.Saksi sekali.Campur ijab kabul.” Canon sekali lagi ditekan. “Kau nak tahu kau try la kahwin.”

“Gaya nak pergi funfair la kau!” Siap gelak hu-ha-hu-ha.

JIji jongket bahu. “Nak kena tunjuk ke cuak tu?”

“Kau tenang.”

“Kau?”

“Aku serabut” Ain sengih.

Jiji meletakkan Canon di atas meja.Ain dipandang tak berkelip. “Kahwin la.”

“Ah?”

“Sungguh.Tak tipu .Rasa lega.” Jiji senyum.

***

Kaki tak henti-henti menghentak lantai.Bilik gamat dengan bunyi ketawa Ain dan Jiji.Suara Baba Ali dari speaker main tenggelam timbul je. Jiji dah terguling atas lantai dengan Ain dah siap bersandar pada meja solek.

“Aaa..Aku dah tahan Ji!” Ain masih lagi cuba menahan ketawa yang nak pecah.

Jiji tarik sengih. “Hilang tension weyh.Aku tengok empat lima kali pun tak boring.”

Ain mengelap pipi dengan belakang tangan.Sampai keluar air mata tahan gelak. “Cool ah dude ni. Comedian kelas A punya.” Mouse digerakkan. “Banyak lagi ni.” Pandangannya jatuh pada icons di skrin.

“Kau percaya tak kalau aku cakap aku kenal Dex kat HalfOurDeen.” Jiji dah tarik sengih lebar dia lagi.

Ain dah gaya jaw drop. “No you’re not!Kidding kan?” Jiji dihampiri.Jangan buat lawak esok lusa nak kahwin.Memang tak lawak pun.Dex aka Dexter.Tunang Jiji.Panggil Dexter sebab memang ada iras-iras dengan Dexter kartun tu.Tu kata Jiji.Tapi Ain tengok dia okay je.

Jiji angguk bersungguh. “Serius tak tipu.Aku terkejut jugak.” Shrugged.

“Social network.You.Him.Neighbourhood.” Ain menggeleng.Everything Is Under His Will. “Macam-macam.” Ain memanjat katil double decker tu.

Jiji melipat DELL dan ‘charger’ ditarik dari plug dengan jari memetik suis. Mouse dibiarkan bersama laptop yang dialih ke meja. “Macam-macam?” Jiji duduk di atas katil bawah.

Ain senyum.Kaki yang terkulai ke bawah diangkat naik. “Unpredictable la Ji.Speechless aku.” Kalau dah takdir.Kalau dah jodoh.Under His Will.Kita hamba Nya diberi peluang untuk berdoa.Minta yang baik-baik.Minta dijauhkan yang tak baik.

“Aku happy Ain.Aku pun speechless jugak.” Jiji dah tersengih kat bawah.

“ Tak ajak aku pun join HalfOurdDeen.”

“Long tu kau nak taruk kat mana?Memang nak kena.” ‘Keypad’ ditekan.

“Budak panjang tu muat masuk guni je.” Bantal ditarik ke muka.

***

“Kalau nak orang sayang kita,kita kena sayang orang dulu.”

Ain toleh ke arah Jiji. “Ji?” Asal masuk bab sayang-sayang depan bunga manggar ni?

Jiji sengih. “I’m reading the article.No sarcasm.” Telunjuk diarahkan pada skrin DELL.

“Mana lagi berat, confess sayang atau simpan sorang-sorang?”

Ain jongket bahu. Bukan ke Jiji ni jenis silent reader.Orang angau nak kahwin,jangan kacau.Tengah mood melayang la tu.

“He knows nothing about loving outsider,but he tries something.”

Ain mengetap bibir.Artikel?

“Sakit hati bila kena tinggal,tapi tak sakit hati ke tengok orang yang kita tinggal tu?”

“Ji,yang dah siap ni nak taruk kat mana?” Kotak berisi bunga manggar diangkat dan mata mencari port untuk meletakkan kotak.Sana penuh,sini terisi.Space kurang.

“Kat luar,sekali dengan banner.Karang ada la yang akan gantung mana-mana.” Jiji tak angkat muka dari skrin.I had done my part..

Ain melangkah memasuki ruang tamu.Main senyum meleret je bila jumpa saudara-mara Jiji. Ramai!Belum kahwin pun dah meriah.Tinggal lusa je,lepas tu jadi isteri orang.Insya Allah. Matanya mencari bayang banner.Banner..Banner..

Banner! Kotak di tangan diletakkan di sebelah banner yang disandarkan pada dinding.Handset di dalam saku baju kurung dibawa keluar.Heh..Cilok gambar Jiji dengan future hubby dia kat banner pun lawa. Laju jemari menekan keypad handset.

“Hadi tolong bawak banner bagi kat Ayah Ngah.”

Ain membetulkan letak banner yang senget. Pandangannya tertumpu pada skrin. Jemari sekali lagi menekan keypad.Haish!Ada yang block!“Spoil.”

***

Jiji merenggangkan tangannya.Kalau nampak kat selaku mak cik-mak cik memang sah kena tegur kes online time orang duk sibuk dengan persediaan.Ada jugak yang kena tarik telinga.Tapi dia bukan main online saja-saja.Tapi tengah handle pasal invitation.Main jemput ikut social network pun ada.Campur dengan kawan Dexter.

Pintu bilik diketuk.“Naziha.Mana bunga manggar?”

Jiji toleh ke belakang. “Kat luar.”

***

“Eh?”

“Uh?”

Dua pasang mata bertembung.Beku.Kaku.

Rasa macam mula-mula jumpa.Mula-mula kenal.Mula-mula jejak kaki rumah Jiji dengan ibu.Hari dia kenal dengan arwah Puan Nadirah.

“Stuck?” Senyum.

“Tak.Terbabas terus.”

Gelak.

Dua pasang mata sama memandang Puan Nadirah dengan Puan Noora di kerusi hujung sekali.Rancak sungguh buka cerita.Cerita yang tak sampai pada dua orang yang berdiri di sebelah pintu

“Ma saya kenal dengan mak awak.”

“Patut la sampai lama ranting.”


“Take your time.Dah makan?”

“One of them was mine” Ain mengarahkan jari telunjuk pada besen berisi pinggan-pinggan kotor.


Ain memandang kosong budak panjang di hadapannya.Kalut.Serabut.Tu yang dia sedang fikir.Apa nak buat?Apa nak cakap?

“Hey.” Long senyum.Rindu ke?Long time no see Ain.Berapa lama?Jangan tanya.Dia tak kira.Tak hitung tanda kat mana-mana kalendar.Sebab makin kira,makin lama rasanya.

Ain turut senyum.Wawa ada cakap..

“Akak.”

“Uh?”

“Asal tak tanya je dia?”


“Long,awak suka siapa?”

***

“Tadi orang suruh kawan orang letak bunga manggar sebelah banner.Pak Su tolong handle bunga manggar eh?” Jiji berjalan beriringan dengan Pak Su dia.

“Nak gantung kat mana lagi?” Berkerut dahi Pak Sunya.

“Kat..” Kata-katanya mati di situ.

***

Sepi.

“Kenapa tanya?” Long masih berdiri di situ.Dengan Ain kat depan.Dengan banner dan bunga manggar.Susah nak clarify macam mana rasa.

“Sebab nak tahu.” Ain tunduk. “Saya tak nak awak desperate sangat.Sampai nak..” Hujung lengan baju kurung digenggam. “..plan to live a happy life dengan orang macam saya.”

Long turut tunduk sama paras dengan Ain. “Saya memang desperate”

Genggaman makin erat.Memang dia dah tahu.Long;budak panjang tu desperate.Cakap suka sebab nak sedapkan hati.Patut dia tak deny je statement yang dah lama dia fikir.Long desperate.Done.Dah dapat jawapan..Dah dapat.

“Saya desperate.Tak tahu nak buat apa.Do you have any idea how to flirt Ain Nur Iman?” Betapa susahnya.Betapa parahnya bila tiap-tiap kali Ain minta putus tunang.Bila Ain tinggalkan cincin hari tu dekat tengah-tengah café.Dan sungguh rasa nak lompat bila tengok Ain pusing balik.Buat lawak yang memang dia gelak sampai sekarang.Ain ambil balik cincin tu.

Ain masih tunduk. “Desperate kan?” Flirt kes desperate buat apa?Suka kes terpaksa tak ke sakit?

“Was.Desperate sebab tak tahu nak confess macam mana.Sampai awak sendiri tak percaya. He knows nothing about loving outsider,but he tries something.” Long angguk sendiri.Cerita pasal terdesak.Bukan pasal terpaksa kena buat itu ini.

“Long,awak suka siapa?” Soalan tadi diulang. Ain angkat muka.Dia nak tahu jawapan tu.Dia terdesak?Memang.

Long buat muka. Susah cakap dengan orang heartless. “Awak nama apa?”

Ain berkerut dahi. “Ain.Ain Nur Iman.”

“Then?”

“I don’t get your words.”

Jiji merengus. “Makna dia tengah flirt kau la tu.” Susah cakap dengan orang heartless.

Laju Ain toleh ke belakang. “Bila masa kau kat sini?”

Long dah pusing ambil banner. “Ji,kau spoil sungguh.”

Jiji buat muka. “Don’t blame me.Budak ni slow sangat.” Bahu Ain diraih. “Dah faham?”

Ain pandang Jiji dengan Long tak berkelip.Faham? “Long suka aku ke?”

Dan bunyi banner tumbang.

Jiji sengih.

6 comments:

  1. suka la tu cik ain oi!!

    ReplyDelete
  2. hahahh
    ain ni lawak lahh..
    sian kat long tauu..

    tu,banner tumbang ke long skali tumbang??
    hahha..

    ReplyDelete
  3. Hehehe..
    Ain, janganlah slow sangat. kesian dekat Long
    =)

    ReplyDelete
  4. hahaha... rsnya long ngan banner2x tu sx jatuh.
    comel la depa. long ni awk la asyik ckp desperate. ckp la mmg sy nk kahwin ngan awk. br la betul. ini confess ayt pening lg la ain pening. ahaks... ;D
    cepat sambung cik writer. best ni. ;D

    ReplyDelete
  5. ain ain..
    awat blur sangat ni

    ReplyDelete