Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD

Thursday, 2 June 2011

Fragile 27

Kuah pasembur dihirup perlahan sambil mata tak lepas pada laut terbentang.Sengaja ambil kesempatan singgah Padang Kota Lama untuk tengok sunset.Lawa sangat-sangat dengan heritage kat belakang dan kat depan pulak laut.Are duduk mengarah ke laut di atas konkrit lebih kurang penghadang.

Gelagat couple di sebelah diperhati seketika.Matanya kembali mengarah ke laut.Geesh!Buat la perangai suka jaga tepi kain orang.Buat sangat la Are!Manner yang boleh campak jauh-jauh dalam laut.Tapi tengok situasi,kalau menonong dua puluh empat jam sorang-sorang tak boleh jugak.Mana nak letak nama talian persaudaraan.

“Nah.” Hani ambil port sebelah Are.

Are mencapai botol air mineral yang dihulurkan.

“Susah la akak kedai tu tadi.Ada ke duk gaduh laki bini depan customer.Sempat aku dahaga dulu la baru dapat air ni.” Hani mengomel sendiri dengan tangan membuka penutup botol air.

Are mendengar main lalu je cakap Hani.La..Cerita laki bini gaduh rupanya.Tapi asal akak tu je yang disebut? “Asal gaya salahkan akak tu je?”

Hani tersenyum sendiri.Dia bukan ahli falsafah lepasan sekolah falsafah.Plato pun dia tak kenal mana.At least she has something to share. “I was there and here.Aku tengok wives banyak demand dengan husbands mereka.” Tu yang dia nampak.Yang orang lain nampak bukan dalam pandangannya.

“Both demand for the best right?” Dan dia isteri.

“Layak ke kita nak demand banyak-banyak sedangkan diri sendiri ‘cacat’?” Hani rakan satu kursus dan satu uni dengan Are itu menghela nafas. “To demand for a super something we have to be a super someone.”

Tiba-tiba wajah Jet terlintas dalam kotak fikiran.Bangle,backpack..

“Nanti kau kahwin,ajak aku tau..” Are sengih.

“Huh?” Hani menggeliat tiba-tiba.Kahwin?

Bahu Hani ditepuk beberapa kali.Senyum. “Aku nak tengok siapa husband kau.”

***

Jet bersila di sebelah JJ dan kain palekat yang tersarung dibetulkan.Leher kemeja tee dikibas perlahan. “Nah.”

JJ menyambut mug dari tangan Jet.Mug dibawa ke bibir.Tawar. “Air kosong je?”

Jet sengih. “Biasa la rumah orang bujang.” Dah dia dengan JJ je kat rumah.Aiman dengan Amani dah Lia adik JJ yang ambil alih.Dua-dua duk kat rumah ibu JJ.

JJ gelak sambil menggeleng. “Nak sangat buat la..”

Air kosong dah terasa kelat tiba-tiba.Tak nak.Tak nak.Wajah Are terbayang seketika.Sungguh tak nak. “Joke je tu.”

JJ menarik nafas perlahan bagai menahan sesuatu. “Love her like today is her last day living as someone.”

“Huh?”

***

Biskut Famous Amos dibawa ke mulut.Are duduk bersila di atas bangku tengah-tengah Queensbay Mall.Kaki ditumbuk berulang kali dengan tangan kanan.Lenguh!Satu mall dia pusing.Tercongok kat Borders ada dua tiga jam.Jam di tangan dipandang malas.Belum masuk Isyak lagi.

Mata dibiarkan terpejam.Bingit di telinga langsung tak dilayan.Dia penat.Kursus dari pagi ke petang campur dengan tunggu teksi.Lain kali drive je senang.Skype je la dengan Jet kat mall pun.Dia dah malas nak berdiri.Agak-agak teksi masuk tak ambil dia kat tengah-tengah mall ni?Jet..

Mata automatik celik.Pergelangan tangan kiri digenggam mencari sesuatu.Bangle!Bangle yang Jet bagi hari tu.Hujung lengan baju diselak.Tak ada.Plastik barangan yang dia beli tadi satu-persatu digeledah.Beg tangan diselongkar mencari bangle.Mana benda tu?Rasanya lepas ceramah tadi ada lagi.Semua barang di atas bangku dikaut sekali gus dan langkah diatur laju ke arah escalator.Kena pergi cari kat Borders balik ni.

‘Twenty-four/seven in love’

***

Wajah diraup seketika.Jet tersandar pada pintu tandas yang berkunci.Kaku satu tubuh dengar kisah JJ,Aiman,Amani dan Lisa.Chance depan mata kalau tak grab,boleh melayang tanpa disangka.Selama ni dia layan Are tak ubah macam sebelum kahwin.Mesra tetap mesra.Tapi apa lebihnya title suami kalau tak ubah dari sebelum kahwin ke lepas kahwin.

Mungkin Are dah lama simpan rasa.Mungkin hati Are dah lama bengkak.Mungkin Are tunggu dia buka langkah.

Baru sedar diri sendiri pegang title husband.Baru sedar yang dia tak lagi Jet kawan Are.Tapi sekarang dia Jet suami Are.Tak..Aizat suami kepada Amera.Sungguh kalau Are kat depan mata sekarang.Skype..!

Pintu tandas dibuka dan laju dia mendaki tangga mencari laptop.Sementara menunggu sign connected keluar Jet mendail nombor telefon Are.

‘Twenty-four/seven in love’

Tu yang tertulis pada bangle Are.

***

“Nampak bangle saya?” Kakak yang tengah susun buku itu dicuit dari belakang.
“Bangle?Macam mana rupanya?” Kerjanya terhenti seketika.

Are cuba mengamati bangle tu dalam ingatan dia. “Warna coklat tanah.Lebih kurang macam tu.”

“Takda rasanya.Try check tempat lain.”

4 comments:

  1. ayork..
    ilang ke..
    aduh..camana ni

    ReplyDelete
  2. cari sampai jumpe are...jet ambil lesson dr kisah jj tau...hehe..smbg lg...

    ReplyDelete