Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD

Sunday, 6 November 2011

Fragile 33

“You dari mana?” Are menarik comforter.Buku dibiar elok di atas comforter.

“Berbual dengan Tok Chu kat bawah.” Jet terasa hairan dengan soalan Are yang perlu tanya ke?

“Lepas zohor tadi.You kat mana?” Are mengetap bibir.Dia memejamkan mata.Soalan kasar sangat ke Are?Ke kurang ajar? “You kat mana,eh?” Eh?Cukup lembut rasanya.

Jet bersila di sebelah Are. “Jumpa kawan.”

“Kawan..” Are berbisik. “You pergi sana dengan apa?” Are pandang Jet. “Eh?”

Jet mencapai buku Are dan diletakkan di meja sebelah. “Dengan kawan.”

“Eh?”

“Eh.” Jet angguk. “Are,I nak cakap sikit.” Dia melunjurkan kakinya dan turut berbaring.

“Apa?” Suara Are agak kasar. “Eh?” Cuba membetulkan situasi yang tegang.

“I ada sorang kawan.”

“JJ?”

“Tak.Dengar la dulu..” Jet mematikan lampu tidur.

Are menarik comforter rapat-rapat sehingga ke dagu.

“Dia buat salah dengan wife dia.”

“Salah?”

“Dia..” Jet cuba mencari apa yang sesuai untuk disambung. “..curang.Tapi sebenarnya dia tak nak!” Laju dia menuturkan.

Are mengangguk.Rasanya dah faham.Sedihnya tadi dah dibuang pada Ju dan dia.Biar dua orang tu yang tahu betapa sedihnya dia rasa.Sedih..

“Tapi sekarang dia dah tak buat dah.Dia pilih wife dia for good.” Jet senyum perit dalam gelap. “Dia harap wife dia boleh terima dia balik.”

Are sepi.

“So?” Jet pandang Are dalam cahaya samar-samar.

“I tak kenal kawan you.I ada kawan jugak.Dia tu macam wife kawan you la.” Are menarik comforter sehingga separuh wajahnya. “I kesian kat dia..” Suara Are kedengaran agak serak.

Giliran Jet pula untuk sepi.

“Kawan I cakap,dia nak start balik life dia dengan wife dia.Nak betulkan mana yang patut.”

“Tak rasa fragile ke Jet?” Are pandang Jet. “Hmm?”

Pandangan Jet masih pada Are. “Maaf.” Sepatah itu sahaja yang keluar.Tak kurang,tak lebih.

“I dah penat Jet.”

***

“Wan Chik dulu pun macam tu jugak.Sebut je pasal sepupu Tok tu,mula la buat perangai.” Tok Chu membawa biskut yang dah berendam dalam kopi o ke mulut.

“Tu dulu Tok.” Setakat dulu nak merajuk banyak mana la sangat.Alih-alih sebelah mesin parut kelapa,tak pun kat tiang.Ya ke?Kut. Kalau tengah Skype pun boleh merajuk,ni kan dalam rumah.Jet mengintai Are di ruang sebelah.

“Dulu ke sekarang.Cara nak pujuk tu sama,Jat”

Jet menekup mulut.Dia nyaris-nyaris nak sembur Tok Chu dengan kopi o. “Takkan Jat nak buat macam Tok.” Dia gelak.

Tok Chu geleng je tengok Jet. “Tok buat macam mana,ha?”

Dia jongket bahu.Sejak berkongsi cerita benar dia dengan Are kat Tok Chu,sungguh dia tak sangka pun Tok sempoi siap boleh bawak berbual.Bagi itu,ini nasihat. “Entah.Tok buat macam mana?”

Tok Chu ketawa.Dia membetulkan ketayap di atas kepala sambil memandang Jet. “Ikut Tok senja karang,bawak Amera sekali.”

Terkebil Jet sementara. “Pergi mana?”

“Mana-mana.” Tok Chu perlahan-lahan berdiri. “Jat,upah kena urut belakang Tok.Pakai minyak ya.”

***

“Are.” Jet mengetuk pintu ruang bacaan yang terbuka.

“Hmm?”

“Get ready nanti senja kita keluar,ok?”

“Busy.”

Jet senyum. “Tok Chu ajak.”

Are berdehem. “Hmm.” Dia angguk.Jemari masih lagi berlari di atas keyboard.

Jet tersenyum sendiri.Panas lagi. “Ok.” Dia melangkah keluar.Langkahnya mati.Jet dengan gaya sengih pergi semula ke pintu bilik bacaan. “Are,tadi ada orang call you.”

Are angkat muka. “Siapa?”

Jet jongket bahu. “Hmm?” Dia gelak sambil berlalu keluar.

Perang ‘hmm’ .

***

“Tok,siap dah.Nak pergi mana ni?” Jet menuruni tangga.Tok Chu di atas kerusi panjang memandang Jet yang kosong tanpa idea mana tok nak pergi.

“Tok Chu nak pergi mana?” Are berhenti di sebelah Jet.

Tok Chu berjalan ke arah pintu utama rumah. “Panaskan enjin tu.”

***

Jet melihat jam di tangan.Tanpa sedar di bawah samar cahaya lampu jalan,dia tersenyum.Jujur,dia bahagia.Walaupun Are masih tak reda,dia faham.Kurang-kurang sekarang dia dah main aci gelak tengok Are buat muka marah.Entah kenapa.Lucu kut.Lucu la sangat,tapi depan Tok Chu Are steady je.

“Sini ke Tok?”

“Ha’ah.”

Tahu-tahu tempat yang Tok Chu nak pergi sangat tu,surau dalam taman ni je.Punyalah jenuh Are panaskan enjin kereta yang dah lama tak start.Tetapi sungguh dia tak sangka,rasa masuk la pulak tajuk ustaz tu pilih mala mini,tazkirah pasal tanggungjawab dalam rumah tangga.

Jet toleh ke belakang apabila terdengar bunyi orang berjalan.Dia senyum. “Kunci dengan you kan?”

Are angguk. Are bersandar pada kereta di sebelah Jet.

“Marah lagi ke?” Jet melemparkan pandangan ke tengah langit malam.

“Suam-suam.” Are tunduk .Hujung selipar menendang anak batu kecil. “You pilih Alia.” Dia mengetap bibir. “Was.”

“Was.I salah pilih.I salah.”

“You salah.”

“You betul.” Jet tergelak kecil. “Are.”

“Hmm?”

“Hmm la sangat.Esok kita keluar,ok?” Jet memandang Are.

“Pergi mana?” Are berkerut dahi.

“Beli apa yang patut untuk you.” Jet menghampiri Are.Wajahnya dirapatkan.

“Hah?I?” Are menjauhkan wajahnya dari Jet.

Jet semakin rapat. Jemarinya dibawa ke wajah Are. “La..” Dia kembali ke jarak asal. “Kelkatu rupanya.” Dia menepuk tangannya cuba menghilangkan kesan kelkatu. “You tak rasa ke?” Hairan wajah Jet.

Are buat muka. Ceit! “Mana I perasan!”

Jet pandang Are.Dia menggeleng. “Pregnant mother tak rasa kelkatu kat pipi sendiri?” Dia gelak.

Jet sehari dua ni kerja gelak je eh?

“Nanti beli supplement untuk pregnant lady,ok?”

Are riak tak layan.Ada kelkatu ke?Tak perasan pun?Tak nampak pun kelkatu ada kat sini.

Jet pandang Are lagi.Dia gelak balik. “Lawak la you.”

Are buat muka. “Tok Chu dah sampai dah.”

“Aizat! Selipar jepun tok kena kebas.”

Jet gelak sekali lagi.Are menahan ketawa.

“Boleh nya kamu berdua ketawakan Tok.” Tok Chu menggeleng sambil terjengket-jengket berjalan.

“Are,slippers spare ada kan dalam kereta?”

“Ada.Ada.” Are membuka pintu kereta.

“Esok Tok ikut kitaorang la,cari selipar.”

7 comments:

  1. waaaa...new n3..
    tamo la dingin lg are..

    slmt hr ry aidiladha

    ReplyDelete
  2. I'm starting to hate Jet. Tapi, cepat2 la baik Jet-Are. Kesian Are ;)

    ReplyDelete
  3. Rasanya Are kena ajar sikit Jet .... biar dia rasa apa yang Are rasa masa Jet Curang ......

    ReplyDelete
  4. jahat r jet..sian are..bila nk smbng ni.

    ReplyDelete