Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD

Saturday, 17 September 2011

Fragile 31

Are berjalan di hadapan Jet.Langsung tak toleh ke belakang.Langkahnya kaku dengan tangan menggenggam erat tali sling bag.Dia tahu Jet sedang memerhati setiap langkahnya.

Jet hanya memerhati Are dari belakang.Dari petang kelmarin sampai la pagi ni keluar wad.Sepatah pun tak keluar dari mulut Are.Payahnya Jet.Ni baru sikit.Dia menghela nafas.Laju langkahnya mengejar Are yang dah beberapa tapak di hadapan.

“Bila Tok Chu nak datang?” Jet kini seiring dengan Are.

Are mempercepat langkah. “Esok.”

Jet berjalan laju dan seiring dengan Are. “Tok Chu suka lauk ikan.Daging ni tak berapa sangat.”

“Oh..” Are angguk.Langkah makin dipercepat. “Kita kena singgah mana-mana dulu beli barang.”

Jet mengeluh.Dia berjalan lagi dan sekali lagi seiring dengan Are.Kali ini dia sempat mencapai tali sling bag Are dari belakang. “Okay.”

Are memandang Jet.Are riak kalut.Jet masih berjalan seiring dengannya.Are laju buka langkah.Badannya tersentak apabila tali sling bag tertarik ke belakang.Pantas leher t shirt Jet dipaut.

“Are!” Jet tertarik ke bawah dan hilang keseimbangan lalu turut terheret sama jatuh.

***

“Amera.Sampai bila nak lari ni?” Tepat pandangan Jet pada wajah Are.

Tangan Are masih pada leher t shirt Jet dengan nafas tercungap-cungap.Dadanya turun naik cuba menghilangkan rasa sesak.

“Are.Okay tak?” Belakang Are digosok.

Perlahan-lahan Are melepaskan t shirt Jet.Dia membetulkan duduk.Mata dipejam seketika cuba menenangkan diri yang dah sedia kalut. “Okay.” Are celik dan berdiri.

Jet turut berdiri.Jeans yang sedikit berhabuk ditepuk sebelah tangan. “Sorry.” Tali sling bag Are dibetulkan kedudukan di atas bahu Are. “Sakit ke?” Bahu Are digosok.

Are berkerut dahi.Kenapa baik sangat ni?Tangan Jet diturunkan dari bahunya. “Jet.I okay.” Dingin suara Are.

Jet terkedu. “Roger.”

***

“Asal dengan dia ah?” Jet membelek paket makanan frozen. Are di sebelah sana gelas kaca yang memisahkan jenis makanan frozen dipandang.

Are toleh ke sebelah kanan.Pandangannya bertembung dengan pandangan Jet di bahagian makanan frozen.Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan.

Jet riak kelam. “Kau tengok.Pandang aku pun tak nak.” Dia mengeluh.

“Ahh?Mana la aku nampak.” JJ merengus di sebelah talian.

Jet membetulkan earpiece di telinga. “Aku rasa sejak Alia jumpa dia,jadi macam ni.”

“Asal kau lembab sangat?”

Dia berkerut dahi.Statement salah tu. “Bukan lembab tapi berjaga-jaga.”

Kedengaran JJ gelak kuat dari panggilan.

***

“Ju.Aku rasa macam nak patahkan balik tangan dia.” Kotak susu dicapai dan dimasukkan ke dalam troli.

“Jangan Are.Kejam sangat tu.” Ju mengaktifkan ‘loudspeaker’.Payah buat kerja sambil bercakap dengan orang bermasalah ni.

“Asal nak buat phone call kena jauh daripada aku hah?” Are mengetap bibir.Kotak susu di tangan diperhati.Original punya.Jet tak suka yang tak ada perisa.

“Mana tau ah long call dia ke.” Ju buntu mencari alasan untuk sejukkan Are.

Kotak susu itu diletakkan kembali pada rak.Tangannya cuba mencapai yang berperisa vanilla. “Ju..Aku confirm tu Alia.” Tangannya kembali mencapai kotak susu yang diletak tadi.Lantak la Jet suka ke tak.Laju troli ditolak.

***

Botol-botol sos yang baru dibeli tadi disusun di atas rak.Jet menyelongkar isi plastik.Paket keju dicapai dan diletakkan ke dalam peti ais.Rasanya ada nampak Are beli minuman tadi.Gelas dari rak dicapai dan diletakkan di atas meja.Kotak susu ditarik keluar daripada plastik.Eh?

“Asal yang ni?” Jet memandang Are di sinki.Original?

Are toleh ke belakang. Pandangannya jatuh pada kotak susu di tangan Jet. “Saja.” Dia kembali sambung menyiang ikan.

Jet berkerut dahi. “I tak minum yang ni.”

“I suka original punya.” Goreng je la Are.

Jet riak pelik. “You tak suka susu.” Zaman bila Are suka minum susu.Bau pun tak boleh.Ni kan nak minum.

Are menganga. Sejak bila kau suka minum susu ni Are.Aish..Dia pusing kembali ke belakang memandang Jet. “Sekarang I dah suka.” Kotak susu di tangan Jet dicapai dan dituangkan.Hampir penuh satu gelas diisi.Laju Are meneguk langsung tak berhenti.

Jet tak berkelip memerhati.

“See.” Gelas yang dah kosong diangkat.Perlahan-lahan Are bangun meninggalkan Jet di dapur.Jet masih memandang gelas kosong.Macam tak percaya.

Tiba-tiba kedengaran dentuman pintu tandas ditutup.

Jet menghela nafas.Amera.Kerja nak menang je.

***

Are pejam celik cuba untuk tidur.Dah hampir sejam dia macam ni.Tangan kiri mencapai handset di atas meja sebelah.Dah pukul satu pagi pun.Jet yang lena di sebelah ditatap.Hari ini rasa teruk sangat sebab kurang ajar dengan Jet.Tapi boleh pulak Jet bertahan.

Are menghela nafas.Esok,minggu depan,bulan depan atau bila-bila masa mungkin dia akan berkongsi Jet.Mungkin dah tak boleh tenung Jet lama-lama macam ni.Dia mengetap bibir.Kongsi Aizat Rahman.

Jemarinya perlahan-lahan mendekati tangan Jet.Tangan Jet digenggam lemah. “Jet..”

Terasa tangannya yang menggenggam tangan Jet turut digenggam.Pantas Are cuba melarikan tangannya tapi Jet dah erat menggenggam.Ceit.Tak tidur lagi.

Dalam suram cahaya Are menatap wajah Jet.Masih terpejam.Sekali lagi Are cuba menarik tangannya.Tetapi dah selamat dibawa ke dada Jet.

***

“Tok Chu rindu sangat kat Aizat.” Mak Lang meletakkan kembali cawan ke atas piring.

Jet sengih. “Aizat macam ni la Tok.Cekeding lagi ha.”

“Tak ada cekeding nya kamu.” Tok Chu menggeleng memandang Jet.Sihat je tengok.

Mak Lang ketawa. “Amera ada tu.Boleh la nak merengek.”

Jet dengan Are sama-sama ketawa tawar.

“Karang kalau dah cukup tiga makin merengek budak ni.”

Jet kelu.Macam tak bersalah je gaya Tok Chu ni.Buat main la pulak.Tiga apanya.Are satu je.Mana ada tersorok satu lagi.

“Amera.Dah cukup ke belum?” Mak Lang sengih tengok Are.

Are senyum. “Alhamdulillah dah.”

Jet blur.Bila masa cukup tiga ni?Dua pun tak.

“Eh?Dah Amera?” Tok gaya nak tersedak je.

Jet makin pusing.

“Dah berapa bulan?” Mak Lang senyum lebar.

Are pandang Jet. “Dua bulan.” Dia kembali senyum pada Mak Lang dan Tok Chu Jet.

Jet berubah riak.Nak kena buat sujud syukur ni.Tapi selama ni Are tak cakap pun.

8 comments:

  1. omg !!
    are pregnant. n jet, who is alia actually??

    ReplyDelete
  2. yeah..
    jet + are jr.

    ReplyDelete
  3. yeye...da nak dpt baby....
    alia ni menyibuk je....

    ReplyDelete
  4. wahh !
    haa nak trgolek kau jet . cepat sujud syukur sujud lupakan alia .
    HAHA :)

    ReplyDelete
  5. hahaha... jet tak faham maksud btiga tu. mmg blur la mamat ni. boleh la dia fikir pasang 2 lg. ahaks... kot ya pun dia ikut plan jj nk bt amera jealous guna alia agak2x la. tgk dulu kondisi ur wife. tgk skrg amera dah berisi pun jet xtau. ni mesti kes alia merajuk ni. padan muka. he... ;D ni nmpk gaya jet mesti kena pujuk amera ni. mesti dia sedih n tluka dgn sgl anggapan yg ada dlm otak dia. huhuhu...

    ReplyDelete
  6. knapa saya tak dpt baca? :'(

    ReplyDelete
  7. kenapa lamabat sangat nak sambung... x sabar....
    Nak tengok macamana Jet pujuk Are.... hehehe....

    ReplyDelete