Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD

Friday, 8 February 2013

Recipes 5



                Perlahan-lahan Dena menolak pintu biliknya dengan kepala ditoleh kiri kanan.Clear!Kemeja di tangan disangkut ke bahu dan hati-hati dia melangkah agar tidak mengeluarkan bunyi ke bilik belakang di hujung dapur.Elok kaki dia cecah lantai dapur,wajah Farid menyapa pandangannya.Sudah!Laju kemeja di bahu ditarik ke belakang.

                Farid berkerut dahi.Aiskrim disudu ke mulut dengan mata memandang hairan pada Dena.

                Dena sengih. “Along.” Sekadar menyapa dan terus berdesup dia berjalan ke bilik belakang.Farid mengangguk.Kenapa dengan budak ni?

                “Dena.” Farid berpaling menghadap Dena.

                “Ya?” Teragak-agak Dena menjawab.

                “Nak keluar ke?” Kemeja di tangan Dena menarik perhatiannya.

                “A’ah.”

                “Okay.” Farid berlalu keluar dari dapur.

                Dia menghela nafas lega.Fuhh..Nyaris-nyaris nak kena.Tombol dipulas dan pintu ditolak.

                “Dena.Tolong iron kemeja Along.” Farid dah tersengih di belakang dengan sebelah tangan penuh dengan kemeja yang berkedut. 

                Kan dah kena!Ni yang pantang iron baju kat rumah ni.Ada je yang nak menumpang sekaki dua.Kira untung lagi abang aku sorang lagi tak balik hari ni.Haih..Dia buat muka.Buat la perangai boikot Along,karang free je kereta kena tarik.

                “Letak atas iron board.” Matanya dilarikan ke segenap ruang mencari sesuatu.Eh?Tak ada.Mana fabric starch?Habis?

                Farid menyusun kemejanya di atas iron board.Aiskrim di dalam mug dihabiskan terus di situ.Dia angkat kening memerhati Dena. “Tunggu apa lagi?”

                “Fabric starch habis la.Payah la macam ni.” Dena memetik suis.

                “Ala..Bukan nak iron tudung pun.” Dia berlalu ke dapur.

                Dena tersentak.Dia mengetap bibir,sempat lagi cari isu nak gaduh.Kemeja yang tersusun di atas iron board dialihkan ke dalam bakul kosong.Dia membentangkan  kemejanya di atas iron board.Pengepit rambut di kepala dibetulkan.

                “Den!”

                Pengepit rambut jatuh ke lantai.Tercungap-cungap dia mencuri nafas kerana terkejut.Haila..Ni sorang lagi!Kalau tak panggil mengejut macam tu tak boleh ke?Dia keluar dari bilik kecil itu dan elok je muka Haidar menyapa pandangan.

                “Apa?” Dena melipat hujung lengan bajunya.

                “Iron baju?” Haidar dah masuk sekali ke ruang menggosok.Muka dia sedikit terkejut. “Banyaknya.Ni semua Along punya?” Dia memandang Dena.Kena buli dah adik aku ni.

                Angguk. “Dia sorang je yang torture orang lebih-lebih.” Dena dah memulakan kerjanya.


                Haidar menghela nafas. “Ingatkan nak tumpang sekaki.”


                “Jangan nak mengada!” 

***

                Tin Mister Potato ditarik dari rak atas.Dena membawa mug yang dah siap dengan kopi yang baru dibancuh ke hadapan bersama makanan ringan.Mug dan makanan diletakkan di atas coffee table.Dia memandang jam seketika,lagi 5 minit nak mula.Remote tv di atas sofa disembunyikan ke dalam saku seluar track.Handset yang memekik di atas meja dapur menarik perhatiannya.Tertinggal la pulak harta peribadi.Berdesup dia menghilang ke dapur.Farid dengan Haidar dah tersengih.

                “Assalamualaikum.” Teragak-agak dia bersuara.Nombor mana pulak ni.

                “Esok tak boleh,aku ada hal.Futsal tu lain kali la.” 

                Dena buat muka.Ni satu masalah.Salam tak jawab,main cakap je.Lain kali nak call tu check dulu nombor. “Saya rasa awak dah salah nombor.”

                Lembut suara Dena menyapa.Sudah! “Haidar?”

                Dia kelu seketika. “Tak.Ni Dena.”

                “Ah?Sorry.Sorry.Ingatkan Haidar.” 

                “Tak apa.Nanti saya send nombor dia.” Dena mengetap bibir.Saya la sangat!

                “Oh.Okay.” Aizat berdehem. “Wa’alaikumsalam.”

                Talian dimatikan.Dena toleh kiri kanan,langsung tak nampak kelibat Haidar.Macam mana boleh tersalah nombor? Takkan kut..Laju jemarinya dilarikan membuka sent messages. Ha.Ha.Kan dah kena.

                +Long time no see.Futsal esok jom!Apa-apa hal call.-Haidar

                Langkah diatur terus ke ruang tamu.Dan waktu tu elok je Haidar meneguk kopi yang baru dia bancuh. 

                “Abang asal guna handphone orang tak inform?” Mug di tangan dirampas.

                “Lupa.” Sepatah Haidar menjawab.

                “Lupa la sangat!” Haidar dah disiku ke tepi untuk memberi ruang kepadanya.

                “Asal?Ada orang call ke?”

                “Ada.” Remote tv dikeluarkan.

                “Siapa?”

                “Aizat.”

                “Suka la tu.”

                Laju Dena berpaling. “Jangan nak mengada!”

2 comments: