Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD

Saturday, 24 October 2009

Crumb 2

Ketawa pecah.Pandangan JJ mencerun tajam pada tiga kepala di hadapannya.Dia mengeluh.

“Aku serius ni.” Tanpa nada dia bersuara.

“Aku rasa macam besar je mandat aku.” Zeyq sengih.

“Apa-apa je la.” JJ buat muka toya tak berperasaan.

“Aku dulu mana ada ambil ilmu semua ni.” Ketawa Luke masih bersisa.

“Aku ajar.Aku ajar.Asal dapat makan nasi minyak sudah.” Sarkastik nada Aim.

JJ buat muka bosan,dia menggeleng sendiri.Ada ke patut aku mintak suruh kasi ilmu akad nikah diorang boleh buat main-main.Aku serius apa.Nak tanya pa malu la pulak.Dah la hari tu gagap time call Lisa.Karang bisu terus depan tok kadi mahu sepuluh kali lafaz pun tak sah.

“Last aku tanya.Nak ke tak?”

“Nak.”




Lisa memerhati bosan Kak Ain dan Puan Rozita yang sedang melihat baju-bbaju pengantin. Paramore-That’s What You Get menjerit di telinga.Jam di tangan dikerling.Dah masuk setengah jam dah ni.Dia bangun malas daripada kerusi dan berjalan kea rah Kak Ain dan ibunya.

“Kalau tak beli tak boleh ke?” tanpa nada dia bertanya.

Rahang Kak Ain dan Puan Rozita sama-sama ke bawah.Pembantu butik di sebelah ketawa kecil sambil menggeleng.

“Habis tu Lisa nak pakai apa?” Puan Rozita berkerut dahi.Dah naik pening dia dengan perangai Lisa.Orang lain kalut pasal dia nak kahwin,dia boleh tenang gaya tak berminat.

“Pakai baju kurung kedah dengan kain sarung kira cun apa.” Dia menggumam sendiri sambil matanya dilarikan pada baju-baju pengantin yang tersusun.Dia berkerut dahi. “Ibu,ambil je la yang mana-mana pun.Semua sama je.”

“Lisa!”




Dia memandang kosong biliknya yang dah dihias.Langkah diatur ke katil.Dia duduk mengeluh sambil melurutkan earpiece di telinga.Bibir bawah digigit.

Lisa kahwin?Messy.Pagi-pagi dah kena bangun.Kena share bilik dengan entah-sape-entah.Mesti serabut.Dowh...Dan benda yang dia paling alah memasak.Buat kerja rumah.Gosok dengan cuci baju.Buat tu.Buat ni.Gaya dah macam orang gaji pun ada.Macam mana lah aku kahwin esok-esok.

Handset di dalam saku jeans ditarik keluar.Jarinya menekan keypad mencari senarai nama pemanggil.JJ..Awak.Kalau saya tak nak kahwin dengan awak boleh?Huh..Free je kena kejar dengan ibu ayah.Greenday-Holiday memecah sunyi.Keypad ditekan malas menerima panggilan.

“Assalamualaikum.”

Salam bersahut di sebelah talian.

“Kenapa call?” malas dia bertanya.

“Lorh.Saje.Nak tanya kau ok ke tak.” Que sengih.

“Aku ok je.Tolong aku boleh?”

“Tolong?”

“Tolong carikan lawyer.Aku dah nak bercerai.” Tanpa nada dia menuturkan.

Rahang Que jatuh ke bawah. “Kau kahwin pun belum,dah pikir pasal ni.Apa kes?”

“Aku malas la nak kahwin.”

2 comments:

  1. best2.....nk taw cter strusnyer
    cpt2 ek post next entry...

    ReplyDelete
  2. hahah..
    gler slumber si lisa nieh..
    jj cm yeye nk kawen..
    lisa cm yoyo tanak kawen..
    ekekekee..
    smbung2..

    ReplyDelete