Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD

Monday, 21 September 2009

Untitled 9

JJ,Luke dan Aim sengih berjalan menuju ke arah mereka.Aim ngan Luke dah duduk sebelah Zeyq.JJ mengambil tempat di sebelah Luke.Semua mata memandang Edi dan Zeyq.Zeyq buat muka toya.Edi dah nampak bosan.Tapi dalam hati Tuhan saja yang tahu.

“Jumpa jugak korang!” Luke menampar perlahan belakang Zeyq.Zeyq tersedak.Tangan pantas mencapai gelas di hadapan.Kosong.Edi dijeling.Time aku tengah darurat pun tak nak tuangkan air?Sah marah tahap tak ingat!Jug di hadapannya dicapai lalu air sirap dituangkan ke dalam gelas.Gelas dibawa ke bibir.

“Edi apasal senyap?Malu ek?” JJ angkat kening sebelah dengan sengih tak cair.Pandangan Edi tajam kea rah JJ. “JJ.Kau cakap sekali lagi aku tibai belakang kau dengan jug ni!” JJ menelan liur.Tu kira marah sangat la tu.

Luke menepuk dahi. “Ala..Lupa!Wei Zeyq,ni Aim.Roomate JJ,” Luke menyiku Zeyq.Zeyq memandang Aim.Angguk.

“Korang makan la dulu ek.Aku ada banyak kerja nak buat.” Edi dah mengatur langkah meninggalkan mereka berempat dengan muka tanpa riak.Empat pasang mata memandangnya.

Zeyq berpaling memandang tajam Luke dan JJ.Dahinya berkerut.Muka serius habis. “Korang buat apa kat sini?” Keningnya terangkat sebelah.

“Dude.Datang kenduri kawin la.Yang hang pulak buat apa kat sini?” Luke dah keluar bahasa mat Kedah dia.

“Don’t tell me Edi ajak kau..” JJ sengih. “Sumpah aku takkan percaya!” Dia dah angkat tangan gaya nak ikrar naik pangkat.

Zeyq sengih keji. “Kau ingat muka aku tebal sangat nak datang tak berjemput?” sarkastik nada suara Zeyq.


Pintu bilik dibuka luas tanpa diketuk.Amir muka terkejut habis dengan mulut ternganga.Keningnya terangkat sebelah memandang Edi.Raut wajah Edi dah macam baru kena serang dengan taufan entah dari mana.Sampin disangkut pada kerusi.

“Yes?” Budak ni.Masuk main redah je bilik aku.Tak ketuk.Tak bagi salam.Dah la masuk gaya nak serang aku je.Baru nak hilang penat kenduri petang tadi.Nasib baik Yaya duk kat luar.

Edi memandang serius abangnya.Gaya tak bersalah langsung.Ni yang lagi tambah bengang ni.

“Along kan yang jemput Zeyq?” tanpa nada Edi menuturkan.

“Oh Zeyq..Lama tak nampak dia.” Rambut hadapan dilarikan di celah-celah jemari.

“Yes or no?” Masih tanpa nada.

“Well..Nenek suruh.Lagipun dia kan tunang Edi..” perlahan Amir menjawab dengan muka tak bersalah.

Edi senyap bisu.Tunang?Right.Dia lupa pasal tu.Tunang..Perkahwinan tu cuma ditunda.Cuma satu je yang dia tak faham.Kenapa family dia boleh terima Zeyq balik even dia dah tak contact langsung sejak dia pergi sampai la sekarang?Kenapa la family dia baik hati sangat terima Zeyq.Sedangkan dia pun tak boleh nak terima human being tu dengan mudah.

“Thanks..” pintu bilik ditutup perlahan dari luar.Langkahnya perlahan ke biliknya.Kak Yaya di sebelah pun dah tak nampak.Yang nampak sekarang Shin Chan atas katil also known as Edi’s crying shoulder.There are times we need non living creatures as our crying shoulders.


Tangan memainkan Yellow Card –Only one.JJ di sebelah memandang langit malam.Mug berisi Nescafe dibawa ke bibir.Luke dah lama tidur atas sofa.Gaya mengantuk habis drive dari Pahang ke Kelantan.Esok dah nak balik Kedah.Aim pulak dengan Wira dia balik KL.

Tangan dah berhenti memetik gitar.Aim mengeluh kecil sebelum mencapai mug di sebelah ke bibir.

“Kau dedicate lagu tu untuk Edi ke?” Mata JJ masih pada langit malam tanpa bulan.

Mug diletak kembali di sisi.Angin malam meniup sekitar beranda bilik hotel itu.Soalan JJ dibiarkan tak berjawab.

“Kau suka dia?” JJ memandang Aim.Aim senyum segaris tanpa perisa.

“Tak.” Dia turut sama memandang langit.Hitam pekat tanpa cahaya bulan.Tapi bintang still ada.Lawa.Kening JJ terangkat sebelah.

“Aku sayang dia..” perlahan Aim menuturkannya.Pada langit malam.Pada JJ.Pada diri sendiri.Pada hati yang perlu dipujuk.Pada angin yang menyapa.Dia tak rasa istilah suka sesuai untuk rasa ni.Maybe dia boleh kata sayang.Naik satu tahap lagi daripada suka.

JJ mengangguk. “Dan kau nak biar je?”

“Kau rasa?”


Lengan baju kurung dilipat hingga ke siku.Tudung diletakkan di atas sofa.Edi duduk di antara Nurul dengan Adam.Dia mengeluh kecil.Baru boleh rasa rehat sikit.Sejak pagi tadi sampai la sekarang duk sibuk kemas rumah.Ni pun semua yang lelaki pergi solat Jumaat.Kira sempat lagi nak berehat. Memang betul la orang kata kenduri ni memenatkan.

“Nurul ngan Adam tengok apa ni?” Matanya beralih pada televisyen di hadapannya.

Dua kanak-kanak itu sama berpaling pada mak sepupunya. “Digimon.Best woo..” Adam dah tunjuk gaya Agumon dia.

Edi sengih sendiri.Layan Digimon pun best jugak.Siapa kata wanita umur 23 tahun tak boleh layan kartun ala-ala Digimon?

“Nenek!!!”

Edi terkedu.Berbulu rasa telinga dengar.Bukan sebab dengar nenek tiba-tiba melatah.Tapi bila dengar suara tak diundang tu.Tangan refleks mencapai tudung di atas sofa cepat-cepat disarungkan.Lengan baju dibawa turun.Aura tak baik dah nak sampai.

“Edi.Ni siapa datang ni.” Amir keluar dari arah dapur dengan sengih memanjang.Pandangan Edi tajam.

Pemusnah hidup Edi,Along.Mulut rasa ringan je nak jawab macam tu.Matanya memandang Zeyq di sebelah Amir.Apasal la mamat ni baik sangat datang rumah aku?


Edi duduk di atas tangga sambil matanya masih pada televisyen.Nurul dan Adam dah gelak sakan tengok Digimon.Zeyq di atas kerusi turut memandang kea rah yang sama.Dah hampir lima minit mereka macam tu.Tiada siapa yang nak mengalah.Sehinggalah..

“Nenek you ajak datang sini..” Zeyq menggumam sendiri.Dah tau dah.Mesti Edi pikir pelik aku ada kat rumah dia.

Edi mengangguk.Dah tahu dah.Zeyq memang rapat dengan nenek.Dan Zeyq memang rapat dengan semua.

“I see..” sekadar berbahasa Edi menjawab.

“Marah lagi ke?” Zeyq memandang Edi.

Edi angkat kening sebelah. “What do you think?” Nampak muka aku ni sweet semacam ke?

Zeyq telan liur.Marah lagi seyh.

“Look.First,you left me.Fine.Tak pe lagi.You ada reason for that.Second,you tak contact pun I.Never mind.Maybe you busy dengan band you.Or busy dengan benda lain..But the worst,you boleh datang jumpa I dengan gaya tak bersalah camni.” Edi mengeluh.Sekali nafas dia menuturkannya. “I tak tahu la apa kat kepala you tu..”

Zeyq meraut mukanya sambil menghembus nafas perlahan.Wajah Edi dipandang sejenak.

“Salah I..” Dia menarik nafas dalam-dalam. “Dan I tahu.Memang salah I pun.I selfish.I duk kejar apa yang I nak.I tak pikir pasal you.Dan I tahu tu salah I.I tahu.Dan I menyesal..” Wajah Edi tanpa riak sekali lagi dipandang.Matanya masih pada televisyen.Entah dengar entah tak.

“Serious.Hati I tak berubah..” perlahan Zeyq menuturkannya.Edi mengalih pandangan dari televisyen kepada Zeyq.Dahinya berkerut.

“Boleh tak cakap tu biar betul?” sarkastik nada suara Edi. “You dah la pergi macam tu je.Contact pun tak.Apa kes?”

Songkok di atas kepala diturunkan ke riba. “Siapa kata I tak contact?” dengan nada suara sarkastik juga Zeyq menjawab. “I susah payah call rumah ni.Family you ok je..” Zeyq menggumam sendiri.

Kening Edi terangkat sebelah.Ek leh..Family aku berani pulak call.Aku sekali pun tak pernah. “Pesal?You sakitkan hati I ke family I?” Edi menyindir.

Menjawab nampak. “Kalau I call you..” Zeyq mematikan kata-katanya di situ.Dia memandang riak Edi.Tak berubah. “..dah sah-sah you fire I.”

Ahah!Tahu pun takut.Jatuh saham macho aku dengar.

Aiseyh..Aku baik-baik datang nak buat rundingan damai.Dah jadi perang tak berpeluru pulak.Memang keras kepala la Edi ni.

“Adinda!”

Kening masing-masing terangkat sebelah memandang Amir.Sejak bila rumah ni guna bahasa istana pulak?Amir sengih di sebalik tirai.

“Kalau ye pun,lunch la dulu.Along dah lapar ni!”


Laptop di atas katil di on kan.Headphone di atas meja belajar dicapai dan dipasang.Headphone dibawa ke telinga.Creed-Lullaby dimainkan.Window Yahoo! Messenger terpapar.Sign in!Bibir mengukir senyum segaris.

inche^dr^tia > Heloop!

Edi’s > Hyep!Long time no see you mak cik!

inche^dr^tia > Ahaha :D Proud to be mak cik.LOL.Kau apa citer?

Edi’s > wei,from your words aku boleh teka.Sah!Luke dah jadi tukang cerita kat kau kan?

Inche^dr^tia > yep?jumpa Zeyq ek?

Edi’s > kura-kura dalam perahu,buat-buat tahu ar..tapi dia dah blah balik Kuantan

Inche^dr^tia > happy ke tak?

Edi’s > drop the subject!kau dah prepare tuk praktikal ke?

Inche^dr^tia > totally.Kau?

Edi’s > Dah.Lusa aku pergi Silibin.Lagi lusa aku start.

Inche^dr^tia > gud luck!ingat pesan JJ..

Edi’s > Huh?

Inche^dr^tia > kalau kerja tu jangan sampai lupa diorang lak

Edi’s > teko la kau!

2 comments: