Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD

Friday, 15 March 2013

Jauh

Jauh
Hari ini sekali lagi
Aku membaca posts di FB
Getar , dingin , sebak

Jauh
Mereka jauh meninggalkan aku
Aku yang masih di situ
Tanpa berganjak walau sesuku

Jauh
Mereka sudah berubah
Sudah mula mencari redha pencipta
Sudah mula mencari keberkatan

Jauh
Mereka mula share yang apa dipanggil ilmiah
Dan berdikit-dikit tidak berkongsi apa yang dipanggil sampah
Apa yang mereka share itulah yang mereka amalkan

Jauh
Mereka sudah berubah
Mencari diri sebagai muslimah
Mereka mula mencintai ilmu

Jauh
Yang mana haram mereka cuba tinggalkan
Yang mana wajib mereka laksanakan
Yang mana sunat mereka amalkan

Jauh
Mereka yang dulu aku kenal
Sudah jauh bertapak
Meninggalkan aku yang masih jauh

2 comments:

  1. jangan kau terus berlari kearah mereka. merangkanglah dan bertatih lah bagai anak kecil baru dapat kaki, tak mengapa kalau kau jatuh lalu menangis, anggap itu jihad mu ke arah kebaikan yng diredha.

    -TAJ-

    ReplyDelete