Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD

Thursday, 10 January 2013

Anak Hina

Walaupun asalnya kita berbeza
Tak pernah sama
Namun kita raikan semua
Biar sakitnya terasa

Lihat mereka pun sama
Cuma gaya mereka seperti sudah lama
Tidak mengapa kita mencuba
Bukan buat tak apa-apa

Alif Ba Ta aku eja
Mencari tanda kebesaran-Nya
Sungguh aku cacat sentiasa
Salah dan silap bagai sudah terbiasa

Dimana perginya sifat seorang hamba
Hanya nafas dan nyawa
Siapa mahu terus leka
Kembaliku kepada Alif Ba Ta

Hina,buruk pada badan yang sama
Masih buruk seperti sedia kala
Dimana dapat ku cari bedak segala
Ingin menutup buruk berdosa

Tidak pernah sia-sia
Ajaran,didikan dan jasa
Cuma aku yang bagai tiada mata
Untuk melihat dalam cerah Sang Suria

Allah berkati mereka
Mereka cuma mereka
Yang berusaha dengan daya
Agar anak tidak hina

2 comments:

  1. ajaran mereka semuanya sempurna,
    hanya aku yang sering alpa,
    ampuni aku duhai PENCIPTA,
    berkatilah mereka sentiasa. :)

    ReplyDelete