Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD

Tuesday 11 December 2012

Recipes 2


   “Dena.” Dia mencapai beg laptop dan diletakkan ke bahu.Jun sekali lagi toleh ke belakang,melihat Dena. “Den!Budak ni,kalau tak tarik bantal tu..” Laju Jun menyentap bantal di bawah kepala Dena.Dia sengih.

   “Jun!” Nyaris-nyaris kepalanya terhantuk pada HTC miliknya. “Gaya aku ni budak lagi kut nak main tarik-tarik.” Dena menekup mukanya dengan selimut.Memang hampir tiap-tiap hari Jun akan ulang rutin yang sama,bangun pagi,cepat-cepat bersiap dan tarik bantal anak orang.Tak pun kira untung sangat Jun kalau Dena mampu bangun sendiri sebelum dia jadi tukang kejut. Heh..Mampu,macam payah je nak bangun.

   “Hari ni nak aku hantar ke?” Dena bangun dari katil dan mencapai pengikat rambut.Jam Garfield di atas meja dikerling,sudah!Parah la kau Dena.Kalut Dena mencapai tuala daripada penyangkut dan berlari ke tandas.Pintu tandas ditutup kuat. “Asal tak kejut aku awal-awal?!” Dena melaung dari dalam tandas.Jun tak mampu tahan gelak.

   “Aku dah kejut sebelum subuh lagi.” Beg plastik kecil ditarik dari meja Dena lalu Jun mengetuk pintu tandas. “Dena!Bukak,kau lupa bawak beg comel ni.”

   Dena merengus, “Lewat dah!Tak cuci muka pun tak apa!” Jun gelak apabila dapat dengar bunyi-bunyi kalut dari dalam tandas.Kira untung slipper toilet tu tak jadi mangsa Dena.Jun kalih pandang pada beg toiletries milik Dena di tangannya. “Den!Kau tak gosok gigi eh..” Jun mengusik.

   “Jun!Letak beg tu depan pintu!”

 ***

   Dena menurunkan hand-break dan keretanya mula meninggalkan perkarangan tempat penginapan puteri.Dia mencuri pandang pada Jun yang sibuk menyusun helaian kertas untuk aktiviti rutinnya.Dena mencapai pengepit rambut di atas dashboard dan menolak rambut di hadapan dahinya ke belakang.Dengan sebelah tangan dia mengepit rambutnya ke belakang,baru selesa nak drive,heh.

   “Focus,Den.Focus!”Jun menyiku Dena di sebelah dengan mata masih tidak melepaskan susunan kertas di tangannya.Dia meraup wajah,agak-agak Paan dah siap design ke belum?Dia mencongak sendiri.

   “Ni nak aku hantar kat dalam ke kat luar?” Dena menarik shades di atas dashboard dan disarungkan ke wajah.Pagi ni silau sungguh,kalau jogging ni boleh dua kali ganda penat kut.

   “Mana-mana boleh?” Jun menatap wajahnya pada cermin untuk membetulkan selendangnya.Dia mencuri pandang pada Dena yang sibuk dengan sebelah tangan melarikan jarinya di atas skrin handset.Ek ena budak ni.

   “Jess,Dena’s here.” Dena senyum apabila Jess menjawab panggilannya.“How’s my order?”Sebelah tangannya menukarkan arah steering. 

   “Den!Focus!” Jun dah masuk tahap marah siap tinggikan suara.Handset di telinga Dena elok je jatuh ke ribanya.Rahang Dena terus jatuh terkejut.Dan di sebelah sana talian Jess sedang gelakkan dua orang kawannya yang betul-betul tak pernah sama kehendak.

 ***

   “Fuhyo!” Semua mulut menganga kecuali Lan.

   “Mana kau belajar?”

   “Man!Aku tak terfikir pun!”

   “Ajar aku wei!Ajar aku!”

   Lan sengih.Dia tarik nafas dalam-dalam gaya riak tetapi kalau dengan budak-budak ni bukan mereka ambil kisah pun.Masing-masing masih teruja dan excited dengan plating yang Lan baru siapkan.Sekali dengan Che Jah belakang dapur pun turut ikut sama tengok tayangan unggul karya Lan.

   “Korang tu yang tak discover habis-habis.Ni aku pakai cheese je pun.Nak try?” Lan dah siap nak tikam salad dalam artificial bowl yang dibuat daripada keju pakai garfu,tapi elok je Ajis tepis pakai sudu.

   “Kejap!Tunggu aku nak tangkap gambar dulu.” Opik dah capai HTC dia.

   “Ramai-ramai ke?” Lan tersengih,gaya agung sangat je plating aku sampai nak main gambar-gambar.

   “Bukan daa.Opik minat plating kau je.” Aizat tepuk belakang Lan.Satu dapur meletup dengan ketawa yang tak tertahanMana lagi nak jumpa bos yang boleh main tepuk,tampar gaya kawan.Lan dah anggap budak-budak Recipes ini macam kawan dan seolah-olah terma pekerja tu tak pernah wujud dalam dapur Recipes.Setiap daripada mereka punya asal-usul yang berbeza dan latar belakang dalam bidang kulinari hampir tiada kecuali Opik.Dan bagi Aizat dia bermula daripada tepi jalan,dengan gerai kecil yang dibuka pada tiap-tiap malam dia jual burger..Tetapi mungkin sebab passion,dia lari dari comfort zone,lari dari kebiasaan.Waktu itu ingat senang ke nak jumpa burger bakar?Mungkin dari situ Lan pungut Aizat.Pungut memang terma yang mereka selalu pakai termasuklah Ajis.Harap je latar belakang keluarga mewah,tetapi akhirnya melekat dengan dapur jugak.Awalnya sewaktu kehadiran Ajis di dapur ini,hampir seluruh dapur dia nak ubah suai,tetapi apabila Lan bidas dengan ayat klisenya,sampai sekarang Ajis tak ungkit pasal ubah suai dapur.Opik memang boleh dilabel pakar dah dalam kulinari sebab memang dia ada kelulusan pun dalam bidang ini.

   “Dah,dah!Sambung kerja,by ten semua kena siap,karang tak sempat lunch,” Lan mengetuk periuk stainless steel pakai sudip kayu.

   “Roger!” Opik melaung.

   “On!” Ajis mengikat tali apron.Aizat tersenyum sendiri dengan rakan-rakan satu dapurnya.

 ***

   “Jat.” Lan menepuk belakang Aizat.Aizat yang ketika itu sedang menyusun kerusi memandang Lan dengan tanda tanya.

   “Ada apa?” 

   Lan toleh kiri kanan, “Nak cakap sikit dengan kau.” Dia bagi isyarat kepada Aizat menyuruhnya untuk duduk. Aizat sekadar menurut kata.Budak-budak yang lain dah balik,tinggal dia,Lan dan Che Jah yang sedang cuci pinggan kat belakang.

   “Aku nak cakap pasal masalah Awin.” Lan memulakan bicaranya. “Kau tahu kan dia tu sepupu aku,itu pasal aku ambil berat masalah dia.”

   Aizat angguk.Dia memberi ruang untuk Lan menyambung ayatnya.

   “Dia ada masalah dengan family dia,itu based on cerita mak aku.Mak aku ada cakap yang Awin tu nak kahwin.” Lan mula garu belakang leher yang tak gatal.Dia rasa macam janggal untuk buka cerita tentang sepupu sendiri.

   “Awin?” Aizat terkebil-kebil. “Kahwin?Budak tu nak kahwin?” Susah untuk dia percaya kalau cerita ini dating daripada orang lain.Dia tak pernah nampak Awin gaya orang status in relationship.

   “Itu la.” Lan mengetap bibir. “Kau tahukan budak tu mana pernah keluar dengan lelaki lain kecuali budak-budak ni jugak.Aku rasa dia kusut boleh jadi dia tak suka kut benda ni.” Lan cuba mengingat kembali perangai Awin.Awin tu bukan jenis yang twenty-four/seven dengan lelaki,yang dia tahu Awin selalu keluar dengan kawan-kawan perempuan dia.

   Aizat mengurut dahi.Penat,lagi penat apabila perlu memikirkan masalah. “Kau nak cakap yang that thing is arranged? She resists it by any chance?Macam tu ke?”

Sunday 9 December 2012

Recipes 1

Ini satu lagi kisah yang ada taliannya dengan Afiq.Tapi kali ini dapurnya lagi meluas,lagi berwarna,lagi berempah.Afiq sekadar secebis daripada Recipes.Kisah mereka-mereka yang selalu jatuh dan cuba untuk tidak mengalah.Ini cara saya,tiada paksaan untuk mereka yang tidak punya minat untuk kisah ini =)) Terima kasih kerana masih di sini

--------

  Aizat melangkah ke ruang pantri macam biasa sambil mencapai tuala Good Morning dari penyangkut.Dia menyapu pandangan pada label di plastik dan botol makanan,langsung tiada yang dicari.Susah kalau tak ada benda tuuu..Ada pun.Dia senyum lega sambil menarik botol sos tomato.

  “Letak balik.” Awin mengetuk tangan kanan Aizat yang masih memegang satu-satunya botol sos tomato dengan sudip kayu. “Yang tu aku dah booked awal-awal.Nak pergi kedai.”

  Aizat menarik nafas panjang.Kalau Awin tu besar Fatin,elok je dia luku kepala pakai penutup  botol.Dia mengalihkan tangannya daripada terus diketuk dan meninggalkan Awin di situ dengan riak tenang.Ayam-ayam yang dah siap deboned tadi dialihkan ke dalam basin untuk diperap dengan garam,lada hitam dan herba.Sesekali dia mencuri pandang pada Awin yang diam menyambung kerjanya.Aizat mencongak seketika,mungkin dia saja buat lawak pasal sos tomato yang tinggal satu ni.Dia menggeleng sendiri sambil tersenyum,heh,sos tomato pun jadi isu.

   “Jat!Mana ayam yang dah siap marinated?” Opik melaung dari dapur sambil sebelah tangan memasukkan daging ke dalam ketuhar. 

   “Dalam fridge!”

   “Okay.” Bunyi pintu peti sejuk dibuka dan ditutup.

   Ajis melangkah masuk ke dapur kalut mencapai apron.Waktu tengah hari macam ini memang mereka masing-masing main melaung dan ke hulu ke hilir kalut buat kerja masing-masing.Sampaikan nak minta suruh ambilkan barang pun main baling. “Awin,mana spaghetti dah siap?” Ajis sibuk mengikat tali apron di belakang. “Lan dah tanya tu.”

   “Spaghetti tak jadi,ganti dengan chicken pie.”Tanpa perasaan Awin menjawab.Dan waktu itu semua mata berpaling pada Aizat.Segala kerja dan kekalutan ditangguhkan seketika.Aizat menghela nafas panjang,salah dia.Atau tak?

   Awin tepuk dahi. “Guys,it’s not him.Aku memang tengah kusut.Cakap kat Lan tengah hari ni aku ambil leave.Lain kali aku ganti.”Dia menanggalkan apron tanpa mempedulikan orang sekeliling.Kira untung Awin tu ada mandat selaku sepupu Lan,kalau tak dah lama dapur ni kena sergah dek Lan.Opik dan Aizat hanya sekadar menemani Awin yang meninggalkan dapur itu dengan pandangan yang penuh tanda tanya.Besar mana masalah Awin?

 ***

   “Awin.”Aizat teragak-agak menarik kerusi di hadapan Awin.Kelihatan Awin seperti langsung tidak menginginkan teman untuk waktu itu tambah-tambah yang macam Aizat yang selalu mencari isu..Aizat menarik nafas dalam. “Can I have a seat?”

   Awin angguk dan senyum sekadar mampu. “Aku dah deboned ayam,semua botol dah refilled,tapi sos tu aku tunggu Lan beli barang.” Awin cuba mengingat satu persatu tugasnya memandangkan kebiasaannya memang Aizat akan jadi orang pertama tanya dia tentang itu ini. “Aku rasa macam..aku ada tertinggal benda.” Dia mengetap bibir cuba mengingat.Fikirannya kembali kusut.

   Aizat memerhati riak Awin.Memang dia dapat lihat Awin yang sangat ketara dalam masalah.Tapi apa yang boleh buat Awin yang selalu chill dengan macam-macam keadaan sekusut ini?

   “Damn!”

   Aizat terkejut dari lamunan.“Asal?” 

   “Aku lupa nak list barang-barang yang tak cukup kat pantri.” Dia segera bangun dari duduknya.

   “Awin aku dah list tadi.”Aizat membekukan rentak Awin.

   “Terima kasih.” Awin duduk kembali.Dia menekan dahi yang terasa berdenyut. “Aku makin pelupa la Jat.”

   Aizat membetulkan duduknya. “Kau ada masalah apa sebenarnya?” Dia merenung Awin.Karang Awin salah faham boleh jadi isu ni. “Don’t get me wrong.Aku wakil rakan satu dapur kau nak tahu jugak apa yang buat kau tawar hati nak masak.” 

   Awin ketawa kecil.Rakan satu dapur?Apa punya terma yang si Aizat pakai dan dia tak pernah dengar pun selama ini budak-budak itu guna terma luar kamus.Aizat berkerut dahi.Ek ena,ketawa pulak dia,tadi kusut gaya tak boleh handle.

   “Tak ada apa-apa.Masalah dengan family.Kecik punya hal.” Dia mengipas angin di hadapannya seolah-olah dia mengharap agar masalah itu boleh hilang begitu sahaja.Tiba-tiba ingatannya kembali kepada perbualan tempoh hari yang buatkan dia kusut,pusing,pening,tak tentu hala dan macam-macam lagi.Rasa seperti dada itu sesak dan menanti masa nak meletup.Menanti masa nak meletup..

   Aizat mengetap bibir.Jelas dia dapat melihat air mata di birai mata Awin.Sungguh dia tidak pernah pun menyangka wanita yang sekuat yang pernah dia kenal boleh selembut ini. “Spill Awin.Spill.”

   Awin menggeleng.Dia masih berkeras hati.Lembutlah hati,tenanglah jiwa.Biarlah hanya dia yang pusing memikirkan dan dia tak perlukan sesiapa untuk mendengar kisah picisan

   “Kurang-kurang kalau kau spill kau boleh..”Kata-kata Aizat mati di situ apabila laju dipintas oleh Awin.

   “Nak spill apa lagi?Hah?Ingat dengan spill itu boleh selesai masalah ke?”

   Lan memerhati dari belakang kaunter restoran itu.

***

   “Jess,I put yours on the table.” Dia menunjuk ke arah meja di hujung perpustakaan negeri itu.

   “Okay thanks.” Jess menyambung meneliti buku-buku pada rak.Dena yang masih di sebelah sekadar memerhati tanpa minat.Dia menarik buku secara rawak daripada rak di belakangnya.Buku itu dibawa menghadapnya seraya pandangannya terus mati pada muka hadapan buku itu.Buku yang Jun pernah beli sewaktu mereka ke bookstore dulu.

   “Can I borrow your card?” Pandangannya masih di situ.

   “Card?”Jess langsung tidak berpaling menanti jawapan daripada Dena.

   Dena melarikan pandangannya daripada buku itu.Dia mencongak sesuatu sambil mata tanpa disedari memerhati sekumpulan pelajar di sudut yang bertentangan. “Lain kali la.” Buku dikembalikan pada rak.Hilang terus minatnya apabila bayangan yang sama hadir lagi.Hari ini dia temankan Jess untuk buat research di perpustakaan,entah kenapa dia langsung tidak berminat dengan buku yang segala bagai.Kalau sebelum ini kurang-kurang ada satu dua buku yang melekat.Dena memandang lagi sekeliling perpustakaan,pandangannya tertumpu pada Jess di sebelah.Ada sesuatu yang menarik minatnya.

   “Jess.” 

   “Hmm?”

   “Kenapa you pakai baju kurung hari ni?” Dia baru perasan yang Jess hari ini lengkap dengan baju kurung.Kalau sebelum ini main saut je apa-apa baju asal bukan baju kurung.Kut ada event kat uni?

   “Random.”Gadis berbangsa Cina itu senyum.

Wednesday 6 June 2012

Afiq [Cerpen]

Taddaa! Okay,sungguh rasa tak yakin je nak post.Rasa macam tak cukup gula,garam,etc dalam cerpen ni.Mungkin kali ni gaya lain sikit (atau saya seorang je yang rasa lainnya =='' ) Sebelum saya bercuti panjang.Atau lagi baik tulis macam ni: sebelum saya bercuti panjaaaaannngg.. ni ole-ole yang saya tinggalkan. (Haha.Gaya selama ni cuti tak panjang je padahal selalu lambat post new entry) T_T
BTW : terima kasih kepada anda-anda untuk masih di sini =)

Nafasnya dihela panjang.Mata masih belum melepaskan figura di hadapannya dan yang masih bermain di fikirannya.Bulan depan dah nak balik kampung.Mata menengadah siling yang langsung tak tahu apa yang menariknya.Haih..Final ultimatum Afiq!Biar la yang mengejar tak dapat,sekarang dia yang berkejar dapatkan apa yang tak pernah lari.Biarlah pihak sana nak kata apa.Dia bangkit dari duduknya. Langkahnya diatur mendekati figura yang sedang duduk di meja makan tengah-tengah café. Semakin menghampiri.Semakin hampir.Dan kemudian terus perjalanannya diatur menuju ke kaunter makanan melepasi figura itu.Sungguh rasa nak hempuk je.Asal boleh terbabas ke kaunter ni?Dia menghela nafas lagi.Gayanya hari ini tak jugak dia approach Dena.

“Woi Afiq.Hang masuk sekarang.Hang ingat makanan tu boleh masak sendiri ka?” Suara Pijat dari dapur jelas didengari.Afiq dah tarik nafas panjang-panjang sebelum menghala ke dapur.

“Haila!Haila!” Dia turut melaung.Tangan dibawa ke air lalu dan dicuci dengan sabun.Matanya mencuri pandang pada list order yang elok tergantung.Fikirannya dah terbayang apa yang patut dibuat. “Bos,yang lain mana?” Tangan dilap pada tuala Good Morning di pinggang.

Pijat cekap membancuh minuman. “Pi beli barang.Kau panaskan bun tu dulu,ada yang nak makan lasagna.”

Lasagna? Afiq dah mula mencongak. “Chicken or beef?”

“Daging!” Pijat yang dah menghilang keluar melaung.Harap je bekerja dengan dua tiga orang.Tapi kalau bab melaung,gaya sepuluh orang je dalam dapur.

Afiq dah tarik senyum. Dena la tu.

***

Dulang dibawa berhati-hati ke tuan punya order.Sejenak dia mengerling pada penghuni meja. Pinggang berisi lasagna dan bun diletakkan berhati-hati. “Anything else miss?” Afiq membawa dulang kosong ke belakang. Dia senyum pada penghuni lain.Ada Dena,kawan Dena dan kawan Dena yang satu lagi.

Dena senyum berbahasa. “Afiq.”

Afiq tarik senyum lebar sungguh-sungguh. “Ya?”

“Nice lasagna.”

Dan kali ni senyum dia makin lebar, “To che’” Afiq berlalu masuk ke dapur.Dan waktu tu riak tak payah nak cakap,memang senyum lebar habis.Sekali lalu depan Pijat dan Opik pun buat macam lalu depan pantri.

Pijat dan Opik dah saling bagi isyarat mata. “Afiq!Hang sengih macam baru lepas berbini ni pasai pa?” Pijat yang sedang menyusun gelas berisi minuman yang dipesan ke dalam dulang bertanya.Pelik sungguh.

Afiq dah duduk bersila atas kerusi. “Dena tau nama aku la.” Dagu dah tersangkut atas kaunter.Mata masih pada Dena di meja makan.Haima..Indah.

Opik yang masih di dapur gelak siap hentak tangan atas kaunter. “Dah kau pakai apron tulis nama kau.Memang la.”

Afiq baling tuala Good Morning di pinggang pada Opik tepat kena pada pinggang Opik jugak. Dan turn Opik untuk balas balik dengan membaling tuala Good Morning Afiq kembali pada tuannya.

“Oi!” Afiq tunduk mengelak dan tuala tu dah selamat masuk bakul kosong kat belakang.Tak tahu lagi nak baling apa dah,elok je Pijat lalu,terus disambar tuala di pinggang Pijat dan dibaling pada Opik.

“Wei!Aku potong gaji sorang-sorang baru tau!”Suara bos dah naik tahap veto.

***

Afiq melangkah yakin ke meja tengah-tengah café yang biasa menjadi port Dena.Hari ini next step.Langkah kedua,dan semalam langkah pertama gaya menjadi.Biarlah orang ingat dia budak kerja tukang masak yang boleh jadi pelajaran pun takat SPM je dan buat-buat pandai speaking padahal sebaris tu je yang dia tahu.Biarlah.Asalkan dia tahu mana tahapnya.Bukan dia tak pandai.Kurang-kurang ada jugak ijazah nak tunjuk kalau mak mertua tanya.Dan hari ini dia nak approach Dena.Kut sempat lagi dalam sebulan ni bawa jumpa mak.Mana tau mak tukar fikiran.

“One beef lasagna with extra cheese and..” Gelas berisi iced lemon tea diletakkan. “..iced lemon tea.” Pandangannya menyapu bersih meja makan itu.Kawan-kawan Dena punya order dah lama sampai,sengaja dia membiarkan oreder Dena yang terakhir agar dia yang menjadi tuan punya penghantar.Indah. Dan kali ni Dena senyum lagi.

“Thanks.Once again,lasana you memang super duper sedap.” Dena bersungguh menyatakannya.

Afiq angkat kening.Selama ni yang dia makan tu bukan lasagna aku ke?Mungkin sebab kali ni dia berani bersuara,tu pasal Dena pun berani nak puji.Senyum. “You’re welcome.”Kalau hari-hari you datang sini nak makan lasagna, hari-hari I yang akan masakkan.” Abaikan Opik dengan skil memasaknya.

Dena ketawa, “Okay?” Dia seperti mencari kata. “Hari-hari jugak I datang makan lasagna you.”

Afiq menarik senyum ikhlas. “Anything else that I can get for you?” Afiq senyum pada kawan-kawan Dena yang daripada sepi.

“No thanks.”

Afiq sempat membuat isyarat salute sebelum berlalu pergi.Dan hari ini tiada lagi perang tuala di dapur.

***

Afiq menggaru belakang leher yang tak terasa gatal.Hampir nak melatah dia sebentar tadi apabila PIjat tiba-tiba menyerahkan nota kecil kepadanya.Tetapi memang sah dia takkan tolak nota tu.Tambah-tambah content yang datng bersama-samanya.Lagi mudah daripada yang dia sangka.Dena yang ayu.Dena yang lawa.Dena yang sopan.Dena yang..yang..Baru beberapa hari dia cuba approach Dena,dan hari ini tanpa disangka dia sudah mendapat ‘surat layang.’ Dia membaca sekilas nombor telefon di atas nota itu.Klasik.

“Afiq!Garlic bread set dengan coleslaw dua!” Opik menjerit dari pantri.

Afiq cepat-cepat menyimpan nota itu di dalam saku jeans. “Siap!” Tangan dicuci di bawah air lalu.Cekap dia menyambung kerjanya sebagai tukang masak di restoran Pijat.Balik karang kena investigate.

***

“Aa..Assalamualaikum.” Afiq bisu seketika.Zaman bila kau tahu bagi salam ni? “Hello?May I speak to Dena?”

“Dena’s here.” Kedengaran sedikit bising di balik sana panggilan.

Afiq berdehem.Cuak tak cuak. “I got your note and you say that we..” Nak sambung ke tak.Karang sambung nampak dia yang nak mula.

Dena ketawa di sebelah sana. “Right.” Dan suasana bising sebentar tadi mula menjauh. “ I don’t know Afiq.I think you got something.Super something.” Dena mengetap bibir. “Mungkin nampak awkward I sebagai perempuan yang approach you dulu,tapi itu la.I sense something in you.”

Afiq menengadah langit malam.Super something apa yang aku ada? Jangan kata selama ni dia perasan aku usha dia dari jauh. “Something?Might be the evil lasagna.” Dia ketawa.

“I can’t say no to your lasagna seriously.You taruk apa dalam tu ah?Sampai I addicted hari-hari.”

Dan tanpa disedari ia berlarutan sehinggalah malam sudah bersiap sedia membawa diri dan bintang hilang kerdipannya.

***

Hari-harinya terasa semakin terisi dengan kehadiran Dena di restoran itu.Sampaikan apabila tiba turn order Dena,berdesup dia hilang dari dapur untuk membawanya ke meja Dena.Sehinggakan Pijat,Opik dengan Firas pun hampir-hampir terbabas kena rempuh.Indah.Sungguhlah dia dah betul-betul masuk mode bercinta.

Afiq kelu seketika.Nak sengih pun tak nak sedih pun tak.Entah kenapa dia terkejut dengan pelawaan Dena yang tiba-tiba luar kotak.Jauh sekali tersasar daripada kotak.Dia merasakan begitu mudah prosesnya mengenali seorang Dena.Tak perlu berkejar sana-sini menuntut ilmu dengan mana-mana romeo.Tak perlu bersusah-payah menyusun ayat.Mudah.Mungkin jalannya untuk Dena dipermudahkan.Mungkin. Dan mala mini dia di situ,menanti dalam crowd yang tak pernah surut di sebuah restoran kaki lima.Dia tersenyum sendiri.Kira syukur Dena tak ada minta yang berbintang-bintang alamatnya tak merasa la gaji bulan ni.Tak sampai la ke tangan mak.Dan yang akan sampai hanyalah soalan-soalan ke mana hilangnya gajinya.Gaji ciput yang cukup-cukup untuk tanggung dia,sewa rumah,duit motor dan mungkin seorang lagi teman.Teman hidup.

Afiq mencuri pandang di setiap genap restoran.Bayang Dena masih belum kelihatan.Jam di tangan dikerling.Awal lagi ni.Awal tak awal ni masuk gelas kedua dia.Cuak!

“Afiq.” Perhatiannya tertumpu pada seseorang yang menarik seat di hadapannya.Afiq kelam.Ni siapa pulak yang main cekup seat tak minta izin.Pandangannya turun naik cuba mencerna figura di hadapannya.Takkanlah..

“Dena?” Hampir tak terkeluar suaranya.Sungguh malam ini Dena nampak lain.Hampir musnah setengah cita-citanya.Pandangannya masih tidak melepaskan Dena.Dena lain.Lain sangat-sangat.Mana pergi sopan Dena?Mungkin dia dianggap kuno mencari teman hidup yang sopan tutup litup.Kurang-kurang tak adalah buatkan lelaki macam Opik dan Firas pandang dua kali.Tapi lagi kuno apabila terasa ditipu.Mana perginya sopan Dena?

“Hi.” Dena mengetpa bibir. “Lama tunggu?” Tapi satu sahaja yang masih berbekas,sanyuman Dena yang tidak pernah suram.Indah.

Afiq hilang kata.Dia sekadar menggeleng.

Dena serba tak kena. “Afiq,you tak suka ke jumpa I?”

Afiq menarik nafas dalam-dalam.Kalau tak suka sudah lama lasagna tu tak sampai ke sudah ke meja Dena.Tapi untuk mala mini.Dena nampak lain.Accept her the way she is,tak boleh ke Afiq.Macam kau cukup sangat nak cakap Dena tu tak masuk dalam piawaian kau.Mungkin ini hanya permulaan.

Afiq menarik senyum. “Kidding what?” Dia cuba menyembunyikan segala riaknya sebentar tadi.

Dena kelihatan lega. “Dah order?”

“Tak,tunggu you.”

***

Perhubungan mereka semakin rapat.Walaupun belum masuk sebulan.Dia dah mula boleh terima Dena.Sedikit demi sedikit.Mungkin cara Dena dressing tu tak kena dengan piawaian yang dia tetapkan.Tapi kurang-kurang bila lama-lama boleh kut dia try tegur.Kurang-kurang Dena hari-hari pakai macam sewaktu dia lunch kat restoran Pijat pun kira dia dah bersyukur.Entah kenapa dia rasa dia perlu ambil berat soal Dena punya dress code.Mungkin kerana rasa sayang.

Dan kali ini seperti biasa dia masih di hujung sana restoran yang selalu mereka bertemu.Dena dan dia sama-sama sibuk pada siang hari,kira time malam-malam je la sempat nak menghadap.Lagi pun bukan hari-hari Dena sempat nak lunch dekat tempat dia kerja. Dia memandang waktu yang tertera pada skrin.Haila..Menunggu la gamaknya.Afiq terus tarik senyum apabila Dena menghala ke tempat duduknya.

“Late again.” Riak bersalah Dena jelas kelihatan.

“Berapa minit lewat?” Afiq buat gaya tengok jam.Padahal malam tu tak ada pun dia pakai jam tangan.

Dena serba salah “Sorry,I’m late.So sorry.” Lembut jemarinya menyentuh jemari Afiq cuba menyatakan yang dia benar-benar minta maaf.

Afiq tergamam.Perlahan-lahan dia menarik tangannya cuba menyembunyikan rasa tidak selesanya. “No hal.You nak pesan apa?” Selepas itu,apa yang disebut Dena langsung tak dicerna.Sungguh dia bukan cukup atas bawah nak ukur siapa baik siapa jahat.DIa tak mampu. Dia bukan lepasan mana-mana sekolah agama yang kurang-kurang ilmu agama dah boleh nak bawa mana-mana.Dia bukan stok kaki masjid macam Firas.Tak adanya dia jejak masjid selagi tak ketemu hari Jumaat. Dia bukan sebaik tu.Tapi halal haram dia kenal.Dan tak pernah seumur hidup dia pegang anak dara orang.Ni kan minta disentuh macam tu.Mungkin bagi orang lain,itu biasa.Tapi baginya itu bukan sesuatu yang dia katakana nikmat.Sungguh, Dena dah jauh tersasar dari piawaian dia.Jauh.Dan malam itu,dia dah buat keputusan.Nampaknya Batu Pahat kena jugak dijejak.

***

Dia menghela nafas panjang.Hari ini dia di sini.Menanti ketibaan bas untuk pulang ke Batu Pahat.Akhirnya dia akur pada pilihan mak.Mungkin itu yang terbaik.Pilihan mak mungkin jauh lebih daripada piawaian yang dia letakkan.Kut kau nak jadi anak derhaka Afiq?

Sah memang tak nak.Dan apabila difikir semula,entah siapa yang terbuka hati inginkan dia sebagai teman hidup.Kerja taklah senang.Tak setakat pelajaran tu ada la jugak.Mungkin lepas ni dia perlu bergegas sana sini cari kerja yang sesuai dengan apa yang dia ada untuk sara anak orang.Accountancy. Selama ini bukan dia malas,Cuma dia tak minat.Cuma dia sekadar mengikut apa yang dirasakan cukup untuk buatkan mak rasa lega anak dia tak tersasar buat benda yang bukan-bukan.

Sling bag diletakkan di sebelah seat nya di dalam bas.Lama dia membuang pandangan keluar bas menanti bas tu menuju ke Batu Pahat.

“Aaa..saudara.”

Hampir tergelak Afiq apabila dapat pangkat macam tu.Besar mandate kau siap panggil saudara.Afiq berpaling, “Ye?”

Wanita di hadapannya dah berkerut dahi.Haila..Takkan tak faham lagi. “Tu..Ni.”

Afiq sekadar memerhati.Gaya nak kena hempuk betul.Saja dia nak menguji.Bukan dia tak faham,nak duduk la tu. “Apa?”

“Tu beg tu ada bayar tiket ke?” Tanpa perasaan dia sembur.

Afiq hampir jaw drop.Free kena sembur! Dia menarik beg nya dan diletakkandi atas riba.Dia sekadar mengangguk tanda silakan duduk kalau rasa dah bayar tiket.

Wanita itu terus meletakkan paper bag di tangan sebagai ‘benteng’.Dia menghela nafas. Pandangannya jauh dibiarkan menebar pada luar tingkap sebelah Afiq.

“Balik kampung?” Afiq berpaling.

Dia mengangguk malas. “Family suruh.” Langsung tanpa dia sedar menjawab.

Senyum, “Sama.”

Dan mereka sama-sama dibawa dalam kotak fikiran masing-masing disertai deruman enjin bas.Geng Batu Pahat dah sedia dengan segala persiapan untuk kedua-duanya.