Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD

Wednesday, 4 November 2009

Crumb 4

Matanya beralih dari notebook di meja kepada Lisa yang sedang menuruni tangga.Pakai tudung?Keluar kut..Dia kembali menatap notebook di hadapannya tidak mempedulikan Lisa.

Hujung matanya memandang JJ di meja makan di dapur.Awak ,saya lapar ni.Tolong keluar dari dapur boleh?Kakinya melangkah masuk dapur tanpa memandang JJ langsung.Kuali yang tersangkut dicapai dan diletakkan di atas stove.Tangan kanan dan kiri direnggangkan.Hari ni kita masak..Matanya dilarikan ke sekeliling dapur.Hmm..

JJ menjulingkan mata.Masak dowh..Nak keluar ke tak?

Senduk di tangan kanan diketuk-ketuk pada kuali.Botol kicap dan sos dicapai dan digoncang.

Gaya nak halau aku je.Siap main ketuk-ketuk lagi.Enter Sandman-Metallica memekik di segenap dapur.Mari kita tengok,mana lagi kuat.Metallica ke ketuk-ketuk kuali awak.

Lisa sengih.Kirim salam awal-awal.Metallica ni memang makanan aku.Siap.Makanan di dalam kuali dituangkan ke dalam pinggan.Lisa mengigit bibir.Nak share ke tak?

“He’s your husband.And you’re his wife.Berdosa kau tahu tak.”

“Tahu.”

“Kesian la sikit.Give him a chance.”

Pinggan ditolak ke hadapan.

“Nak?”

Kening JJ terangkat.Matanya masih pada notebook. “Apa?”

“Mi kari.”

Dahinya berkerut.Mi kari pagi-pagi ni?Rajinnya.Kepalanya diangkat dan pandangannya jatuh pada isi di dalam pinggan.Rahangnya jatuh.

“I ingatkan tu magi kari.” Ingatkan apa lah yang ketuk-ketuk sampai kuali pun macam dah nak pecah.

Lisa mengeluh. “Magi kari aka mi kari.Rasa pun sama.Nak?”

“Sure.”




Ketawa pecah di sekeliling meja makan.

“Kau pun berisi gak!” Edi sengih pada Luke.

“Ni kes Tia masak la.” Luke angkat kening.

Dan ketawa pecah lagi.

“JJ sorang je yang maintain.” Zeyq sengih pada JJ.

“Aku bina badan dowh.” JJ senyum segaris.Bina badan ke kes bini masak Maggie je?

“Apa rumah kau sebelah gym ke?” sarkastik Aim bertanya.

“Rumah aku sebelah paya.Boleh aku humban kau dalam tu.Nak?”

Aim sengih. “Kau nak aku jadi janda ke apa?” Deen’i angkat kening.Aim dengan JJ sama-sama ketawa.Betul la masing-masing dah besar.

“Korang nanti ready jadi uncle ngan aunty eh.” Semua mata jatuh pada Luke.

“Tak surprise la.” Tia memuncung.

“Biar betul?” Edi menggeleng.

Tia dan Luke serentak mengangguk. “Betul la ni.” Dan sungguh.Masing-masing dah dewasa.

“Chop!Aku nak nick papa Zeyq.” Zeyq cepat-cepat angkat tangan. “Alamat aku automatic jadi mama Edi la kat anak korang.” Edi menggeleng dengan senyum segaris.

“Abeh aku?” Luke buat muka.

“Kau ambik title walid!”




Earpiece dilurutkan ke leher dengan kening terangkat.Bunyi apa tu?JJ memandang sekeliling.Kosong.Dia melangkah ke porch.La..Patut pun.

Lisa menggigit bibir.Ni yang alah ni.Bawak kereta tahu la,tapi kalau masuk bab repair,gear apa semua tu fail terus.Jam di tangan dikerling.8 pagi.Ni dah kira lewat membunuh ni.Campur tolak dengan jam,traffic light yang berderet dengan jauhnya.Ada setengah jam lebih baru sampai.Dowh..Cab pulak tak sampai-sampai.Gamaknya petang karang baru sampai office kalau macam ni terus.Masalah..

“Rosak?”

Terhenjut bahu Lisa terkejut.Dia merenung tajam JJ di sebelah.Entah jatuh dari mana la manusia ni,bila masa pulak duk sebelah ni.

JJ buat muka tak bersalah membalas pandangan Lisa.Matanya dialihkan pada kereta Proton Wira di hadapan.

“Dah lewat ni.Tumpang I je la.” JJ melangkah masuk ke dalam rumah dan mencapai kunci kereta di atas coffee table.Dia kembali semula ke porch dan Lisa masih lagi tak bergerak.

“You tak kerja?” kening Lisa terangkat sebelah.

“Cuti.”




Telunjuk mengetuk stereng sambil mata memandang hadapan.JJ mengeluh.Ni dah masuk 15 minit.Senyap je.Takkan automatic bisu kut.

“Kenapa senyap?” JJ memandang sejenak Lisa di sebelah.Lisa angkat muka memandang JJ.

“Ibu I pesan,jangan cakap dengan orang yang kita tak kenal.” Tenang dia menjawab.Dan itu sahaja jawapan yang dia boleh fikirkan.

JJ senyum segaris.Ibu you tak pesan suruh respect husband?

“Kiranya I dengan you tak kenal la ni.” Lampu isyarat menyala hijau dan minyak ditekan.

Lisa diam seketika.Sarkastik tu.Dia teragak-agak mengangguk. “I afraid the answer is yes.I tak tahu asal usul you.Your chronicles,you kerja kat mana.Even nama penuh you pun I lupa.” Right.Azi apa entah.Macam mana boleh keluar JJ pun dia tak tahu.

JJ ketawa kecil.Betul la aku kahwin dengan budak tadika.

4 comments:

  1. uuuuuuuuu...
    jj nieh pon,awak la mulakan..
    introduce urself..
    isk2..
    comey je dorang gather ramai2..
    kalo gather lagik,,ajak la lisa skali..
    takpon lisa n jj wat makan2 ke..hehe..
    smbung2..

    ReplyDelete
  2. Ibu u x pesan suruh respect husband?

    perghh..
    gila membunuh ayat ni..
    x hembur terus je Lisa ngan ayat tu JJ..
    hehehh..

    ReplyDelete
  3. haha selamba je si lisa ni. jj u should make the first move la pakcik. adoyai =,= haha

    ReplyDelete