“Tadaa!!”
Are tak berkelip.Jaw drop! “Thank you.” Rasa gatal je tekak.Sengih ditarik terpaksa.
Jet turut sengih. “Lawa kan?Suka tak?” Bahu Are dirangkul.
Are angguk perlahan-lahan.Bibir diketap sambil mata masih menatap hadiah hari jadi dia. “I do.Thanks again.” Bahu Jet ditepuk beberapa kali. “Nice gift bro!” Dia gelak.Atau pura-pura gelak.
Jet jongket bahu. “Naah..It’s nothing la.I know you’ll like the backpack.”
Are sengih lagi.Backpack.Yeah right.On my birthday.Splendid!Sangat?Dia yang tak pandai nak hargai atau Jet yang tak pandai jadi sweet? “So..” Nafas ditarik panjang. “Jom makan.”
“Sorry.Tak dapat celebrate birthday awak gaya gempak sangat.” Jet tarik pipi Are.
Are tepuk belakang Jet sekali lagi. “No hal.Celebrate dengan budak dua orang tu pun kira splendid habis.”
“Mana dia orang?” Jet memerhati sekeliling ruang tamu.Takda pun.
“Tidur.” Belakang disandarkan pada kerusi. “Saya penat.” Mata dipejamkan seketika.Sehari suntuk jadi babysitter.Bukan seorang tapi dua orang.Sana menangis sini mintak disuapkan makanan.Sana nak susu sini nak mainan.Berkejar sana sini.Tu tak kira part nak mandikan lagi.Terpaksa mandikan Amani dulu betul-betul depan pintu tandas dan terpaksa letak Aiman sebelah pintu tandas.Karang terlepas pandang,macam-macam boleh jadi.
Jet termenung seketika. “Esok saya cuti.Boleh tolong sikit-sikit.” Nasi dicedok ke dalam pinggan. “Lepas JJ balik kita celebrate la mana-mana."
Are senyum dengan mata masih dipejamkan. “I already have a plan for us.”
“Aaahh..What is it?” Jet sengih sendiri. Plan nak main kat tali air belakang rumah opah kut.Ke buat sand castle belakang rumah sendiri.Tak pun boleh jadi kait rambutan rumah jiran.
Are celik. “Wait for it.”
“Superb?”
“Tak janji.”
***
Ju muka excited.Laju jemari menekan keypad.Cepat jawab.Cepat jawab..Kaki dihentak-hentak pada lantai.
“Asalamualaikum.” Are nada mengantuk.
“Wa’alaikumsalam.So how?Dapat apa?Ke korang celebrate?” Gaya machine gun Ju bertanyakan soalan.
Are menghela nafas.Malas layan budak ni.Cukup budak dua orang tu.Ni mak budak.Aish.. “Apa yang dapat-dapat ni?”
Ju tarik muncung. “Hadiah la..Dapat apa?”
“Oohh..”Sengaja dia tarik panjang-panjang jawapan.Saja nak kasi berdebar jantung budak tuan punya badan sebelah talian. “A backpack.” Are sengih.Sedia untuk dengar jeritan Ju.1..2…
“Handbag?!Brand apa?Prada?” Ju masih gaya excited.
Are berkerut dahi.Satu.Dia tak dengar Ju menjerit.Dua.Bila masa dia cakap handbag? “Backpack la.Backpack.”
“Eh?Tipu la kau.”
“Sungguh.Aku tak tipu ni.”
“Jet bagi?” Kurang gula sangat ke Jet ni?
Are angguk. “Dah kau nak aku cakap budak dua orang tu bagi?” Boleh bayang Aiman dengan Amani yang kecik tu bagi backpack besar gedabak?
“Dia buat lawak ke?”
Are jongket bahu. “Entah.Aku dah selongkar banyak kali dah backpack tu.Setakat ni belum jumpa lagi kunci kereta Ferrari.Asal?Kau nak sangat ke backpack aku?”
“Haiyaa..Aku rasa dia kurang gula.Kena taruk lebih sikit.” Jet..Jet.
Are buat muka di sebelah panggilan. “He’s doing just fine.At least dia jadi diri dia sendiri.”
“Tak fake.”
“Right.”
hahahha..
ReplyDeleteape lah jet..
adoii..
pitam dapat laki cmni.
celebrate gaya apakah yang are plan?
hurrmm..next2..
=)
adoyai jet
ReplyDeletefail lah amek ati wife
hahha..mujur wife pahammm
Backpack for Birthday ?
ReplyDeleteGila tak boleh blah si Jet ni.
Haihhh kurang gula ni -.-'
haha..lawak la jet ni..ada ke..
ReplyDeleteaduh... jet ni. malukan lelaki lah. xleh ka jadi lebih romantik. kasi lah bunga ke rantai emas ke cincin ke??? apa da. kena menuntut dgn Along lah tak pun jj. he... ;D
ReplyDelete