Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD

Wednesday, 20 January 2010

Fragile 1

“Jet balik.”

Matanya masih lagi pada skrin.

“Aku tengah cakap dengan kau ni.”

Angguk.

Ju mengeluh. “Say something.”

“Jaws drop.” Are sengih

****

Mouse diketuk dengan jari telunjuk.Matanya masih lagi pada ikon yahoo! Messenger.Dah masuk sebulan ym sepi tanpa dia.Malaysia-Indonesia jauh macam Mars-Bumi ke?Sampai nak reply mesej pun susah.

Dia dah jejak Malaysia masuk hari ketujuh dah,sampai sekarang masih belum ada berita.Kut dia kena buka first step?Mana Are?Ceruk bumi mana dia duduk sampai tak ada internet connection?Atau hanya ceruk Bangi je?

Tangannya menggerakkan tetikus dan jemari mula berlari di atas papan kekunci.Bila masuk saat desprate,I’ll make the first step,Are..

Dear Are..


****

Tangannya kaku pada tetikus dengan mata tidak beralih daripada skrin.Bittersweet-Capital E yang sedang menjerit di telinga langsung tidak diambil pusing.

Are,kita jumpa :)

****

“Kalau dia tengok aku macam tengok alien?” Lelaki di meja makan hujung restoran diintai dari belakang tiang.

“No way.Melainkan kau pretend to be an alien kat sana.” Ju mengisyaratkan matanya pada Jet di meja makan.

Sneakers dihentak-hentak ke lantai gaya cemas. “Kalau dia tiba-tiba melatah nampak aku macam mana?” Pandangannya kembali pada Ju di hadapannya.

“Aku call wan aku.” Ju sengih.Wan yang pandai sakat orang melatah.

Are bersandar pada tiang. “Ju.Aku tak sedia.”

Ju geleng. “Sebelum kau transform macam ni,kau sendiri kata kau dah sedia.Ingat?”

Pandangannya jatuh pada sneakers hitam putih di kaki.Ingat..Nak ke tak?

“Kau masih Are dulu.Dan dia masih Jet dulu.” Lembut Ju menuturkan cuba memujuk.

Wajah Ju dipandang sejenak.Go..Langkahnya diatur kea rah Jet di meja makan.

****

“May I?” Tangan Are dah sedia menarik kerusi menghadap lelaki di hadapannya.

Jet angkat muka memandang wanita di hadapannya.Matanya kembali pada menu di tangan. “Taken.” Dia senyum nipis pada kad menu.

Bibir diketap. “I thought it’s mine.” Dia senyum pada cap tuan punya suara tadi.

Pantas Jet mengangkat muka daripada menu di tangan.Matanya jatuh pada gadis bertudung dan berbaju kurung biru muda di hadapannya. “Are?” Ni Are?

“Amera aka Are.” Senyum.


Pandangannya turun naik memandang Are yang duduk bersetentang dengannya.Hijab?Baju kurung?Hari ni hari Jumaat ke?

Straw di dalam gelas diputar-putar.Hujung matanya memandang Jet yang masih memerhatinya sejak tadi.Ju..Aku dah kata.Dia akan tengok aku macam aku ni alien!

“Long time no see.” Matanya masih pada Are. “You’ve changed a lot.” Dia senyum nipis.

Is that a question?Atau compliment?Ke hanya reaction yang menunjukkan dia dah berubah?Calm.. Are angguk. “More than 3 years.I guess..” Ke dh masuk empat tahun?

Mana high heels?Dah berganti dengan sneakers.And now hijab?Tambah baju kurung.Are dah berubah.

p.s sorry.crumb dlm proses.hope korang enjoy reading fragile :))

4 comments: