Edi dan Aim sama-sama memerhati pelayan yang sedang menghidangkan makanan di atas meja mereka.Aroma mee goreng mamak benar-benar mencabar Edi dan Aim yang sedang lapar.Pelayan itu segera meninggalkan mereka setelah menghidangkan sepinggan mee goreng dan air sirap.
Edi mencapai garpu di dalam pinggan,manakala Aim menarik sudu. “Bismillah..” Edi dah bersedia menyuap mee ke dalam mulutnya.Tiba-tiba Aim menahan dengan sudu.Edi berkerut dahi.
“Dah tau mee goreng sepinggan je,pada-pada ar sikit nak makan tu..”Aim menarik garpu di tangan Edi.Edi mencebik. “Lorh!Tadi bukan main lagi buat ikrar akur janji nak belanja Edi!Kasi Edi makan dulu ar!” Edi mengambil kembali garpu di tangan Aim.
“Dah duit ade 5 ringgit je.Share ar..”Aim menarik kembali garpu di tangan Edi.Edi menggigit bibir tanda geram, “Wei Aim!Mana aci!Kasi Edi makan dulu ar.Then,Aim makan la..” Edi merampas sudu dan garpu di tangan Aim.Aim menarik pinggan di hadapannya dengan sengih keji.Edi buat muka.
“Owh..Yang first bagi kat Edi.Yang sisa semua tu baru nak bagi kat Aim..Banyak cantek!”
“Aim!”Edi memberontak.
“Edi!”Aim turut tidak mengalah.
Edi cuba menarik pinggan di tangan Aim.Aim cuba bertahan.Aim senyap seketika.Edi tercengang sendiri.Pinggan di tangan perlahan-lahan dilepaskan membiarkan Edi mengambilnya.Aim tiba-tiba berdiri.
“Toilet kejap!” Aim sengih sebelum berlalu.Edi mencebik.Ingatkan apa yang suspen sangat.Edi menggosok kedua-dua belah tapak tangannya sebelum mencapai sudu dan garfu.
“Makan time!” Mee goreng disuap ke mulut.Gelas air sirap dicapai lalu dihirup.Satu lagi suapan mee goreng masuk ke mulut.
“Edi?”
Edi berhenti mengunyah.Perlahan-lahan dia mendongak memandang suara yang memanggil.Rasa seram sejuk.Tubuh tegap seorang pemuda di hadapannya dipandang dari atas ke bawah.Ya Allah!Rasa macam nak buat marathon pusing satu food court ni pun ada.Kenapa tiba-tiba?Kenapa dia?Kenapa waktu macam ni?
Edi menalan liur.Pipi sudah mula naik merah dengan mulut kelu tak terkata.Tak tahu nak cakap apa dan tak tahu nak buat apa.
Zeyq menarik kerusi Aim di hadapan Edi.Edi hanya memerhati.Tidak membantah.Tidak menyokong.Hanya kelu tanpa kata.Rasa macam ada alien tengah makan sekali dengan dia.Dan hanya dia sahaja yang nampak alien tu kat food court ni.
Zeyq duduk menghadap Edi.Edi menunduk memandang lantai dan menguis-nguis kasutnya pada lantai.
“Dah tak nak tengok muka Zeyq lagi ke?”perlahan Zeyq menanya gadis di hadapannya.Edi sedikit tersentak.Tengok muka Zeyq?Hari-hari Edi nampak Zeyq dalam mimpi.
“Marah lagi ke?”Zeyq cuba memandang wajah Edi.Tapi terselindung di sebalik tudung putihnya.Edi menggigit bibir.Kalau aku cakap marah lagi,kejam tak?Edi masih lagi senyap.
Zeyq berkerut dahi.Takkan lah dalam masa 1 tahun ni Edi dah bisu kut?Edi..Marah lagi ke?Teruk sangat ke apa aku buat?
Zeyq berdiri, “Ok lah..Kalau Edi tak nak cakap ngan Zeyq,Zeyq chow dulu,”Zeyq mula mengatur langkah meninggalkan Edi.
Edi hanya memerhati Zeyq berlalu dan menghilangkan diri di sebalik orang ramai.Mata dah rasa pedih.Rasa macam nak nangis je kat depan orang ramai.Edi perlahan-lahan mengelap air mata di pipinya dengan tangan.
“Nah..”Aim menghulurkan tisu kepada Edi.Edi sedikit terkejut,pantas mencapai tisu di tangan Aim dan mengelap air mata yang mengalir.Aim duduk di kerusinya sambil memandang Edi dengan penuh tanda tanya.
“Kenapa ni?”Aim memandang dalam ke mata Edi.Mata dah merah,hidung pun dah lain macam merahnya.Aim mengalihkan pandangannya pada mee dalam pinggan.
“Ooo..Mamak tu buat mee pedas sangat ek?”Aim menyuapkan sedikit mee ke dalam mulutnya.Edi memandang tajam Aim.Rasa nak lempang pun ada.Orang nangis sebab sedih dengan nangis sebab pedas pun tak boleh beza ke?
Tangisan Edi semakin kuat.Aim mengangkat kening sebelah.Lorh!Nangis lagi.
“Ala..Bucuk.Bucuk.Nape nangis ni?” Aim buat-buat mimic serius.Edi memandang Aim geram.Tak faham situation betul la!
Aim sengih. “Okay..Okay..Faham.Faham.Jom blah!” Aim berdiri lalu menuju ke kaunter pembayaran.Edi masih lagi di kerusinya.
Aim kembali semula ke meja makan.Edi mengangkat kening sebelah. “Jom la..Ikut je!” Edi berdiri malas mengekori Aim ke kereta.
spe lak zeyq tuh..
ReplyDeletekekasih edi ker??
huhu..aim tawu?paham..?
wooo..smbung2..
hehehe.. cumil je dorang berdua ni..
ReplyDeletesape zeyq? hmm..