Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD

Sunday, 27 December 2009

Crumb 16

Lisa bersandar pada pintu di beranda.Matanya tertumpu pada langit malam.Dia tersenyum sendiri.

“You suka tengok sky eh?” Lisa melabuh duduk di sebelah JJ.

JJ memandang seketika Lisa di sebelah.Dia mengangguk.

“Kenapa eh orang suka tengok sky?”

“Sebab sky tu macam express our feeling.”

Dahi Lisa berkerut. “I don’t get it.”

“You’ll know.”

Lisa rindu JJ?Cepat-cepat dia menggeleng.Rasa nak ketuk je kepala. Mengarut betul.Habis yang blushing sorang-sorang ni?Dia menggigit bibir. Handset di dalam saku sweater dibawa keluar.Pandangannya dihala pada skrin.Mana JJ?Dah pukul 8.30 malam duh..Hari ni jugak dia balik lewat.

Punat ditekan beberapa kali,sebelum sekali lagi dia tersenyum sendiri pada gambar dia dan JJ sewaktu ‘dating’ hari tu.Gambar yang membuatkan dia blushing satu hari suntuk.Gambar yang menyebabkan jaws dia drop terus.Bukan sebab gambar dia dengan JJ,tapi sebab background pokok tu.Betul la JJ senget sejak-menyenjak ni.Ada ke patut dia buat curve bentuk hati kat batang pokok tu!Kira ok la lagi,tapi yang seramnya ada nama dia dengan JJ sekali dalam curve bentuk hati tu!Seram dowh..

Pandangannya jatuh pula pada kotak kek di sebelah.Biar la Que nak kata dia ni tak romantik pun sebab tahu beli kek je.Tapi hari ni dia betul-betul tekad.Dia dah pikir benda ni 10 kali campur solat istikharah.Memang JJ kat hati dia.Sungguh.Memang JJ..

I miss him already lorh..Dia kembali mendongak langit.Kenapa dia tak nampak JJ kat hati dia sebelum ni?Mungkin sebab hati dia dah pakai anti-virus bak kata Que.Lututnya diangkat dan dipeluk.Dagunya ditongkatkan di situ.Syukur dia jumpa JJ.Syukur sebab JJ jadi partner hidup dia.Tanpa sedar pipinya dah basah dengan air mata.Air mata bahagia Lisa..Sungguh la,dia dah jumpa first love.Dan dia tak rasa akan ada second love,dan dia tak nak ada second love.Sebab dia ada Azi Azmin the so-called JJ kat hati dia.

Greenday-Holiday menjerit dari handset di tangan kiri.Matanya jatuh pada nombor pemanggil yang tidak dikenali.Siapa pulak?Ganggu ketenteraman sungguh!

“Helo.”

“Puan Nurlisa?”

Allah.Ujian apa pulak kali ni?Dia bingkas bangun dan mencapai selendang yang tersangkut.Kunci kereta dimasukkan ke dalam saku sweater.







Berat kakinya melangkah keluar lif.Pandangannya jatuh pada Puan Nora dan Encik Azman di tempat menunggu hospital.Belum sempat dia menegur,Puan Nora pantas menerpa ke arahnya.

Lisa dipeluk erat.Lisa kelam.Encik Azman dipandang bertanya.Bapa mertuanya hanya membalas kembali pandangannya.Kenapa?Dia kembali memandang Puan Nora.Bahu wanita itu dah terhinggut-hinggut memeluknya.

“Pa?” Encik Azman kembali ditatap.Antara terkeluar dengan tidak suaranya.

Encik Azman menggeleng.Lisa kaku seketika.Dia turut menggeleng.Tak..

“Ma?” Puan Nora sudah melepaskan pelukannya.Lisa memandang wajah sembab itu.

“JJ dah takde,Lisa..”

Dan gelap.

Tuesday, 22 December 2009

Crumb 15

“Shoot me.”

“Aku tak ada gun.”

“Hang me.”

“Tak cukup tali.”

Lisa merengus sebelum menekup muka ke meja. “Imagine.Aku dating dengan dia.”

Que ketawa dengan mata masih pada handset.Dia menggeleng sendiri. “Cute la.”

Pantas Lisa mengangkat muka memandang tajam ke arah Que di hadapannya. “Seram.”

“Nampak happy semedang je kau dalam gambar.” Que sengih sambil mengisyaratkan handset Lisa di tangannya.

“Mana ada.” Suaranya tinggi menafikan.

Que menjongket bahu.Habis yang senyum lebar dalam gambar dengan JJ ni siapa?Punat ditekan ke gambar seterusnya.Matanya dikecilkan pada gambar yang sedang dipaparkan.Que senyum, “Lisa.”

“Hmm?” Lisa menjawab malas.Pen di tangan mengetuk meja.

“Tengok ni.” Handset dihulurkan kepada Lisa.Dia mencapai malas dengan mata tertumpu pada skrin.

“Kenapa?Biasa je.” Dia memandang Que hairan.Matanya dikembalikan dan didekatkan pada skrin.Refleks dia menekup mulut dengan sebelah tangan.No way..Pipinya merona merah.

“Jaws drop?” Que sengih.

Lisa menggeleng dengan tangan masih menekup mulut, “Pitam terus.” Dia menggumam sendiri.







Lisa pecah ketawa.Bahunya terhinggut-hinggut menahan ketawa yang masih bersisa.JJ di sinki turut sama ketawa.Dia menggeleng sambil membawa mug ke meja makan menghadap Lisa.

Betul la JJ senget sikit malam ni.Ada ke patut dia kata Charlie’s Angels tu Charlie Chaplin punya anak buah.Mug dibawa ke bibir.

“Ok.Masuk chapter romance pulak.” Sudu teh dibawa mengacau isi mug.

Lisa dah mula tunjuk muka bosan.Dah start dah.. “Romance buat apa?Bukan boleh buat makan pun.”

JJ jongket bahu, “Dah tak boleh buat makan tu la,orang panggil romance.”

Lisa mengeluh.Buat seram je JJ ni. “Begin.”

JJ memandang peti sejuk seketika berfikir.Jari telunjuk dibawa mengetuk mug. “Apa definition yang you boleh bagi for our relationship?”

Mata Lisa bulat.Soalan luar syllabus apa pulak ni. “Mana I tahu. I tak pernah buat research pun.”

“Tak buat research pun takpe.”

Lisa buat muka. “JJ.I tak tahu.”

JJ mengeluh kecil. “Just say it.” Say it Lisa.

Lisa menongkat dagu dengan tangannya.Dia senyap seketika mencari jawapan yang dia sendiri tak tahu. “Definition eh?” Wajah JJ dipandang sejenak.Dia menarik nafas, “Relationship kita macam..” Dia menggigit bibir. “Tom dengan Jerry.” Lisa sengih.

Kening JJ terangkat sebelah.Tom and Jerry? “Is this a joke?”

Lisa menggeleng. “Betul la.Even Tom dengan Jerry tinggal satu rumah pun,dia orang still tak boleh..” Dia cuba mencari ayat yang sesuai. “..Live happily ever after.” Right.Tak boleh.

JJ mengeluh. “Tapi dia orang still boleh berbaik kan?”

Dia hanya mengangguk. “Sometimes.” Mug kembali dibawa ke bibir dan diletakkan semula ke meja.Pandangannya jatuh pada JJ. “Your definition pulak?”

Sudu teh dibawa mengetuk bibir mug.JJ mengangkat muka memandang Lisa dan pandangan mereka bertembung.Cepat-cepat Lisa memandang rak pinggan di belakang JJ. “Relationship kita.Good.Becomes better.” Dia senyum tawar.Definisi ke tu?Goreng je JJ.

Lisa mengangguk.Semakin baik.Dia sendiri tak sedar bila dia boleh duduk semeja dengan JJ.Bila dia boleh lepak dengan JJ gaya dah lama kenal. “I like the way we tie this relationship.”

JJ muka kelam.Lisa senyum segaris, “We talk as a friend.Dan I selesa dengan cara ni.”

JJ membawa mug ke bibir.The truth.Lisa,we were tied and titled it as a marriage.Bukannya friendship.And not the untitled.

“JJ.”

“Hmm?”

“I’m glad to have you as my partner.”

JJ berubah riak seketika.Lisa kata apa?

“Take that as a compliment.”
mungkin ramai da tgk video ni

video

Saturday, 19 December 2009

Crumb 14

Pandangan JJ jatuh pada kek di dalam kotak.Kek ordinary tapi macam sarkastik je,siap letak buah kurma sebijik.

“Thanks.” JJ senyum segaris pada Lisa.

Lisa angguk.Pisau kecil dihulurkan pada JJ. “You potong la.”
“Tak nak potong sekali ke?” JJ memberi isyarat pada kek di hadapan mereka.

Lisa menggeleng, “Ni birthday you kan.”

“Kut nak buat romantik sikit ke.” JJ menggumam sendiri dengan tangan kanan dah bersedia untuk memotong kek.

Lisa senyum tawar.Romantik eh?Tak ke romantik habis siap date kat taman bawah pokok atas tikar depan fountain?

“You wish apa?” Pandangan Lisa jatuh pada JJ yang baru selesai memotong kek.

JJ sengih. “Apa wish,wish ni.I doa la.”

Lisa mencebik. “You doa apa?”

JJ senyap seketika berfikir.Dia hanya mengangkat bahu, “Panjang umur kut.”

“Tu je?” Lisa kerut dahi.

“Kenapa?”

“Tanya je.”

“Tanya ke sayang?”

Dan free je krim di atas kek sampai ke dahi JJ.





“You parking kereta kat mana?” JJ memandang sekeliling kawasan letak kereta taman itu.Langsung tak nampak kereta Lisa.

“Sana.” Lisa mengisyaratkan matanya ke arah keretanya di seberang jalan hadapan pintu masuk taman.

JJ berkerut dahi. “Jauhnya.”

“I malas nak U-turn balik.” Rasa lawak la pulak dengan tangan kanan pegang tikar dan tangan kiri pegang kotak kek dan handbag.Kira nasib baik Que kasi pinjam tikar last minute.

“I hantar.” Tikar di tangan Lisa dicapai tanpa menunggu jawapan.

“Takpe.I boleh pergi sendiri..” Belum sempat dia menghabiskan ayat JJ dah menggenggam tangan kanannya.Lisa cuba menarik tangannya namun JJ masih berkeras tidak melepaskan. “JJ..”

“I hantar.” JJ senyum segaris pada Lisa sebelum mereka sama-sama berjalan keluar pintu masuk.

Langkah JJ dituruti dengan pandangannya masih tidak beralih daripada wajah JJ.Pandangannya jatuh pula pada bahu JJ.Tak perasan pulak yang JJ ni tinggi.Dan tak perasan pulak yang JJ ni good looking.

“You terus balik rumah ke?”

Lisa menggeleng.Pintu kereta dibuka dan kotak serta tikar dimasukkan ke dalam kereta. “I sambung kerja kut.” Pintu kereta ditutup.Lisa bersandar pada kereta. “You?”

“I nak jumpa kawan I kejap.” Dia senyum segaris dan pintu kereta bahagian tempat duduk pemandu dibuka untuk Lisa.Lisa hanya menggigit bibir sebelum melangkah masuk.

Dia mengangguk pada JJ, “Got to go.” Pintu kereta ditarik.

“Lisa.”

Lisa mendongak memandang JJ di hadapannya dengan kening terangkat.

“Thanks for the date.”

Lisa senyum. “No hal.”

Monday, 7 December 2009

Crumb 13

Lisa gaya tenang siap boleh sengih lagi.Mug dibawa ke bibir dengan sekali teguk dia meletakkan kembali mug ke meja batu.

“Ok.” Lisa senyum segaris pada JJ.

Kening JJ terangkat tinggi. “Ok?” Kut salah dengar. “Ok je?” Takde conditions dengan terms ke?

Lisa mengeluh.Dia menongkat dagu memandang JJ. “You kata nak date kan?”

JJ masih lagi kelam. “Sure?”

“Tadi you kata nak.” Dia sengih memandang muka JJ gaya blur habis. “Petang esok I singgah kedai beli date yang you mintak.”

JJ menggeleng seketika dengan rahang ke bawah.Dah kena da.. “Lisa.” Nadanya bergetar.Date?Ada ke patut translate date tu dengan kurma?Haih..Susah la.

Lisa sengih nakal. “Bang!” Jari telunjuk dan ibu jari diarahkan pada JJ. “Loser!”

“Sejak bila nakal ni?”

Lisa ketawa kecil. “This is how I do it!”

JJ menjulingkan mata.Lisa dipandang seketika. “I’m serious.” Perlahan dia menuturkan.

“I pun.” Lisa mengangguk nakal. “You nak kurma apa?Yusuf Taiyoob?” Betul ke aku sebut,goreng je la.





Que menggeleng memandang Lisa.Apa ke salahnya?Date dengan husband sendiri,nak kata maksiat selamat je.Mukanya ditekup ke meja dengan Jet tengah berlagu Look What You’ve Done.

“Date je la.”

Lisa mengangkat muka memandang Que.Dahinya berkerut dan earpiece dilurutkan. “Cara lain?”

Que mengeluh.Dah lapan kali Lisa tanya macam tu dan dah lapan kali jugak dia suruh Lisa keluar dengan JJ. “Mana ada cara lain lagi.”

Kalau replace date tu dengan main Monopoly tak pun teng-teng dalam rumah tak boleh ke? “Orang date macam mana eh?” Kening Lisa terangkat sebelah.

Que menepuk dahi dan menggeleng. “Holding hands,jalan-jalan,makan-makan,tengok movie,lebih kurang macam tu la.” Mata Que dah macam berbintang bila masuk bab romance.Dan mata Lisa kelam kelabu terus.

Holding hands?Nanti btal air sembahyang.Jalan-jalan?Karang sakit kaki pulak.Kalau nak makan,kat rumah dah berlambak makanan.Movie?Beli CD tengok kat rumah kan senang tak payah susah-susah.Lisa mengeluh. “Benda lain takde?”

Que mengetap bibir berfikir. “Yang aku cakap tadi tu kira typical la.Benda lain tu depends atas couple tu.”

“Kalau kau?”

Que sengih. “Aku.Maybe makan-makan macam tu kut.”

Lisa menggigit bibir.Dating?Seram bulu roma dengar.Mungkin sebab frasa tu tak pernah dia pikir.Yang membuatkan dia susah nak cerna.Yang boleh buat Lisa tak tidur satu malam.Dia boleh je reject idea JJ nak date tu,tapi dia masih fikirkan tentang JJ.Ni birthday JJ.Ni first birthday JJ yang dia celebrate.Mungkin ni last.Siapa tahu.Kut marriage ni tak kekal macam dia nak..sebelum ni.Mungkin?Atau mungkin dia dah ‘terjatuh suka’ pada JJ.Sedangkan dia sendiri pun tak tahu apa feeling dia pada JJ.Nak kata suka tu,suka macam dia suka orang lain.More than that,belum lagi kut.Dia tak nak benda ni melarat,sebab dia sendiri dah plan tak nak ikatan ni kekal.Tapi apa yang kita rancang tu,tak semua betul-betul jadi.

“Kalau date kat taman boleh?”

Que senyum.





Tali leher dilonggarkan ikatan dan lengan baju kemeja dilipat ke siku.Rasa lucu juga bila tiba-tiba je Lisa call suruh ambil emergency leave.Kut urgent sangat,rupanya ajak pergi taman je?Haih..Siap duduk bawah pokok atas tikar lagi.Klasik sungguh.

“I beli Secret Recipe punya je.” Lisa sengih sambil kotak kek dibuka.Kira ok apa date kat taman.Tambah-tambah hari Isnin.Orang pun tak ramai,kira selamat la sikit.

Wednesday, 2 December 2009

Crumb 12

Pandangan Lisa kosong pada kek yang sedang dipotong JJ.Fikirannya masih lagi pada panggilan petang tadi.Panggilan yang membuka sedikit matanya,aku wife dia.Right..

“Kenapa ibu?” Dia membawa handset keluar ke ruang tamu,mengelak bunyi ‘ketang-ketung’ JJ kat dapur.

“Ibu call sebab nak wish kat JJ.” Kata-kata Puan Nora menyebabkan keningnya terangkat sebelah.

“Wish apa?” Kut JJ menang NBA tak kasi tau.Tu jauh sangat la,Lisa.

“La..Hari ni kan birthday dia.Tu pasal ibu call.JJ ada?”

Pandangannya dialihkan pada JJ di dapur.Patutla buat kek.Kat diri sendiri?Emo ke apa. “Ada kat dapur.Kejap Lisa panggil.”


Potongan kek dibawa ke piring di hadapan Lisa dan jus dituangkan ke dalam mug.Dia mengambil tempat duduk di atas kerusi batu menghadap Lisa.

“Have your dinner.” JJ senyum segaris pada Lisa.Lisa masih lagi statik belum menjamah kek di hadapannya.Kening JJ terangkat.

“You punya mana?” Lisa mengisyaratkan piring berisi kek di hadapan mereka.Yang ada cuma satu,tu pun Lisa punya.

“Kita share.” JJ sengih.

Lisa mengangguk perlahan tidak membantah.Sudu berisi kek dibawa ke mulut. “Not bad.” Dia senyum sambil mengangguk.JJ masih lagi dengan sengih tak tawar, “What a compliment.” JJ menjulingkan mata.

“Kira ok la tu.Kut you nak lawan Jamie Oliver punya.” Mug dibawa ke bibir.

JJ ketawa, “You pernah makan ke kek dia buat?”

Lisa angkat bahu, “I makan ikut tv je.” Lisa senyum ikhlas.

Dan suasana di gazebo di halaman rumah malam tu sepi seketika.Masing-masing gaya senyap sehinggalah..

“Kenapa tak cakap hari ni birthday you?” Lisa mengangkat muka memandang JJ.

JJ senyap seketika berfikir. “I want you to find it out by your own.” Datar dia menuturkan.Bukan perangai dia nak jadi attention seeker dengan main sebar satu alam hari ni birthday dia.Lebih baik kalau orang lain tahu tanpa perlu dia buat ‘announcement’.Tu lagi meaningful.Tapi ada ke orang buat announcement birthdate sendiri?

“And kek ni?” Matanya mengisyaratkan pada kek di hadapan mereka yang JJ buat petang tadi.

JJ senyum tawar. “Dah tak ada orang nak kasi gift,I sendiri kasi la.” JJ bernada sulking.

Lisa ketawa kecil.Gaya tak pernah dapat gift langsung. “I see..kira merajuk fasa dua la ni.”

JJ senyum tawar. “A guy tak sulking dowh.” Habis yang main tak masak mogok lapar dengan dendam tak kejut orang pagi-pagi tu,siapa.

“What’s your wish?” Kening Lisa terangkat sebelah. “Kira I pujuk la ni.” Lisa sengih.

JJ buat gaya terkejut. “Oh really?” Nadanya memerli.

“Bring it on.” Lisa muka toya.

JJ sengih nakal.

Lisa kerut dahi.Petanda tak baik. “Jangan nak mintak benda-benda yang boleh buat I makan maggi setahun.” Lisa memberi amaran,kut nak mintak bangun je pagi esok Ferrari sebijik depan rumah,kirim salam awal-awal.

Ketawa JJ pecah, “Baru nak mintak,dah kasi warning.” JJ mengetuk meja berfikir.Lisa menggeleng memerhati.Gaya pikir bajet negara je.

Jari dipetik dan sekali lagi JJ sengih nakal.Kening Lisa terangkat sebelah. “Apa?”

“A date.”