Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD

Wednesday, 26 May 2010

Melancholy 1

“Bila?”

“Tadi.” Ain sengih pada Encik Fauzi di sofa sebelah.

Geleng. “Ain.Bila abah akan jadi the first person tahu semua ni?” Encik Fauzi mengeluh memandang anak perempuannya. “Hari tu bertunang main sarung cincin last minute baru bagi tau.Ni bila nak putus pun abah the last person yang tahu.Ain tak kesian ke tengok abah?”

Ain garu belakang leher.Abah dah masuk mode abah tunggal. “Abah jangan cakap macam tu.” Ain tarik nafas tenang. “Ibu pun belum tahu lagi.See..You’re not the last person.” Ain cuba sengih.

“Lepas ni call ibu.Bagi tahu dia.” Mug ditarik dari meja. “Long buat apa dekat Ain sampai mintak putus ni?”

Ain jongket bahu.Remote tv dicapai. “Dia ok je.Kitaorang takde chemistry.”

“Then?Terus putus macam tu je?Senangnya cerita korang.” Berkerut dahi Encik Fauzi.Cincin di jari manis Ain menarik perhatiannya. “Tu yang Ain pakai lagi tu.Putus ke idak ni?”

Ain mengangkat jari bercincin.Dia menarik senyum perit. “Abah time putus dengan ibu dulu ada rasa macam Ain rasa tak?” Bergetar suara Ain.Apa kau cakap ni? “Seksa sangat ke abah?”

“Ain muda lagi.Tak macam abah.” Kopi dihirup.

“Abah..”

“Hmm?”

“Agak-agak..Berapa Ain dapat kalau gadai cincin ni?” AIn sengih.Cukup tak nak beli iPod baru?

Encik Fauzi menepuk dahi. “Ain!Jangan buat benda bukan-bukan.Simpan cincin tu.”

***

“Ibu..” Ain buat muka. “Ain dah kata kan hari tu.Ain tak nak.” Long di hadapan dijeling tajam.

“Long tolong tengokkan Ain ni.” Puan Noora memandang Long di hadapan. “Kamu berdua cuba bincang elok-elok dulu.Benda putus tunang macam ni tak boleh buat main-main.” Dia menarik nafas tenang. “Ma kamu dulu nak sangat tengok kamu dua orang disatukan.Do take another chance.”

“Long cuba.” Long senyum nipis pada Ain.

Ain berkerut dahi memandang Long.Apa lagi? “Ala ibu..Setakat guy macam Long ni ramai lagi yang Ain kenal.Ibu pilih je.” Ain sengih pada Puan Noora.

Long tajam memandang Ain. “Ain.What a nice ring.” Matanya diisyaratkan pada cincin tunang yang masih di jari Ain.

Ain pantas menurunkan tangan dari atas meja. “Oh.The cheapest one.Biasa-biasa je.” Innocent look. “Agak-agak ori ke idak?”

“Ain!” Serentak dua pasang mata memandang Puan Noora.Ain buat muka.Ibu sound depan Long!

Long sengih.Matanya gaya tunjuk sign ‘Kan dah kena marah.’

Saturday, 22 May 2010

Melancholy- intro

“Putus tunang?”

“And that!” Ain memetik jari.Angguk. “Pandai la kau!”

Dan fries di tangan terlentok jatuh.Ain di hadapan dipandang tak berkelip. “Wacky!Serius ni?”

“Petang ni official .Yang tadi baru gimik.” Ain sengih.

“Long kata yes semedang je?” Bulat mata Jiji.Apa jenis kapel diorang 2 orang ni?!

“Kita orang dah discuss.Long setuju je nak putuskan relationship ni.” Ain senyum.“Kitaorang takde chemistry la Ji..” Senyum perit. “Fizik ada la.” Masih sengih.

Long aka Hadi.Panggil Long kes Hadi tu tinggi sejengkal daripada Ain.

“Takde cara lain ke?” Jiji mengeluh.Thought Long akan jadi the right guy untuk Ain.Tapi dia silap.

Geleng.

“Abah kau?” Jiji angkat kening.

“I’ll talk to him.He knows me.”

***

“Here.” Cincin di jari ditanggalkan dan ditolak ke tengah meja.

Long geleng. “You simpan.Mana tau esok-esok boleh gadai.” Dia hanya sengih bergurau.

Ain senyum. “I have no reason to keep it.”

“And I have no reason to take it back.Bukan I boleh pakai pun cincin tu.”

Ain ketawa kecil. “Perhaps for your next girlfriend.”

“It takes time.”

Sepi.

“I know.” Tas tangan ditarik dan dibawa ke bahu.Perlahan-lahan Ain bangun dari kerusi meninggalkan Long dan cincin di situ.Langkahnya terhenti.

Ain berpaling memandang Long yang masih di tengah-tengah café.Langkahnya kembali diatur kea rah Long.

“Yes?” Long mengangkat wajah memandang Ain.

Ain mengetap bibir.Jemari perlahan-lahan mencapai cincin yang masih di atas meja. “You’re right.Agak-agak berapa diorang kasi kalau I gadai cincin ni?”

Jaws drop. “What the..?”

Sunday, 9 May 2010

Fragile 20

“Along masuk dapur kejap.” Zeyq bangun dari couch dan berlalu pergi.

Are jongket bahu.Sejak bila nak masuk dapur sendiri pun kena inform.Haih..Matanya kembali tertumpu pada movie di hadapannya.Rindu kamu.Kedua-dua lutut dipeluk erat.

“Jaga diri.” Jet menghulurkan cap hitam merah kepada Are di tengah-tengah KLIA.

“Lorh..Kau yang nak fly tu kena jaga diri,aku kat Malaysia stay je.” Are menyambut cap dan disarung ke kepala.

Cap di atas kepala Are ditarik ke bawah. “Jaga diri.Jangan lepak dengan guy lain.Nak pun tunggu aku balik dulu.”

Are buat muka.Cap di atas kepala dibetulkan letak. “Gila apa nak tunggu kau balik 4 tahun lagi.”

“Gila tak gila.Kau kena tunggu jugak.”

“Aku tak tunggu pun kau balik jugak.”

Dan cap di atas kepala Are ditarik sekali lagi.


“Are!Phone call.”

Are tersentak dari lamunan.Suara Zeyq pecah satu ruang tamu.Along kacau la!Are bingkas bangun dari couch dan menuju ke arah Zeyq di dapur. “Siapa call?” Handset di tangan Zeyq bertukar tangan.

Zeyq sengih dan berlalu pergi.

Are memandang tajam Alongnya.Pa ke?

“Assalamualaikum.” Handset dibawa ke telinga.

“Wa’alaikumsalam.Hey girl!”

Are kaku.Suara di sebelah talian mematikan kata.Handset di tangan hampir terlurut. “Jet..”

Jet menengadah langit malam dari bilik hotel. “Aizat Rahman.” Dia tersenyum pada langit malam. “You ok?”

Are memanjat kaunter dapur dan duduk di situ.Dia mengangguk sendiri. “Ok.”

“Dengar cerita ada orang tu rindu I sampai nangis-nangis.” Jet membuka wallet di riba.

Are blushing.Awkward. “Hmm.”

“Rindu sangat dekat tunang sendiri eh?” Jet menatap gambar Are yang sedang tersenyum padanya.

“Jet..” Bergetar suara Are.

“3 months to go.Tunggu I balik Malaysia.” Datar suara Jet.

“Yea..” Perit Are menahan suara dari pecah.

“If.Orang tu dah falling in love dengan orang lain..”

Are mengetap bibir. “Dia boleh tunggu you for 4 years takkan 4 bulan dia tak boleh go through.Trust her.”

“I do.” Senyum. “Send my regards to her.”

“Sure.Back to you.” Are turut menarik senyum.

“I miss her.”

***

Cincin di jari dipandang tak berkelip.Cincin yang sentiasa bertanda.Inai di jari masih merah.Tanpa dia sedar birai mata mula dibasahi.Pagi ni dah selamat dia disatukan dengan Aizat Rahman.Dah selamat majlis perkahwinan.Nak gelak pun ada bila fikirkan kembali company dia dengan Jet berebut nak sponsor hall.Sebab marriage ni tanda partnership dua company kalau ikut kata Dato’.

Tapi Jet dengan dia awal-awal lagi tolak.Tak terfikir pun nak buat gaya grand kat hall.Jet kata cukup sekadar kat rumah je.Karang boleh feel scene tu depan mata je.Takde la kena share memoir kat hall dengan couple lain yang majlis kat situ jugak.Tu Jet kata la.Tapi Are ok je.

“Eh..Baru kahwin pun termenung lagi?”

Are tersentak.Dia hanya sengih pada Mak Lang di sebelah.Are kembali menyusun pinggan yang sudah dikeringkan.Mak Lang ni kacau la!

“Lorh..Pengantin baru termenung ingat siapa?”

Are buat muka.Mak Lang ni ada ke patut usik macam tu.Ingat kat hubby la.Kat siapa lagi.Tapi pesal suara Mak Lang tak macam perempuan pulak kali ni eh?Are pusing 180 darjah.Hampir je dia terlanggar bahu Jet.Blushing!

Jet sengih pada Are.

Are kelam memandang Jet dengan baju melayu putih di hadapan. “Kacau la.”

“Ingat kat siapa?” Jet terangkat kening.Pinggan di tangan Are dicapai dan disusun.

“Tu nak kena inform ke?” Are menghulurkan pinggan kepada Jet.

“Takkan tak nak share dengan hubby sendiri.” Jet sengih lagi.

Are makin blushing.Buat tak dengar..Buat tak dengar..Pinggan pantas dihulurkan kepada Jet.Buat tak dengar..

“Buat tak dengar la tu.” Jet buat muka.

“I can’t hear you.” Are jongket bahu.

“I nak panggil you apa eh?” Jet tukar topic.

Tersentak Are. “Soalan lain takde ke?”

“Takde.”

“Talian hayat?” Are buat muka.

“Jawab atau answer.” Jet sengih.

“Tu kira talian hayat ke?” Are berkerut dahi berfikir. “Nak panggil you apa eh?”

“You rasa?”

Friday, 7 May 2010

Fragile 19

“Saya sayang awak.”

“Sayang sangat.”

“Saya tak nak hilang awak macam 8 bulan dulu.”

“Sebab saya sayang awak.”

“Amera.Aizat sayang Amera.”

Dan panggilan dimatikan.Dada terasa sesak.Panggilan yang dia terima tadi memang betul-betul mematikan kata.Tiada ruang untuknya memotong sebab Jet terlebih dahulu menyusun ayat.Jet..

Handset kembali berdering minta dijawab.Dan dada semakin bertambah sesak. Apa lagi Aizat Rahman?Are menekan butang menjawab panggilan.

“Sorry.I tak tau other proper way untuk propose you.Tapi esok family I turun Kuantan jumpa ibu dengan pa you.The rest is yours.”

Jet mematikan panggilan.Wajah diraup.Lepas jugak.

“Dah?”

Jet senyum pada Puan Sofea di sofa sebelah. “Alhamdulillah.Along naik dulu.”

“Ibu nak sujud syukur.”

***

“Assalamualaikum.” Zeyq membetulkan earpiece di telinga.

“Wa’alaikumsalam.Along tengah drive ke?”

“Yea.Turun Kuantan.”

“You knew?” Are menahan suara dari pecah di sebelah talian.

“A week ago.”

“I’m the last person.” Are mengeluh. “Pa?”

“Sama dengan Along.Are terima dia?”

“Along?” Are tidak menjawab.

“Along dengan pa dah lama setuju.” Zeyq senyum.

“What if I said no.” Teragak-agak Are bertanya.

“Tu makna Are tipu diri sendiri.”

Sepi.

“Are nak cakap dengan Kak Edi.Dia ada kan?” Are bersuara kembali.

Handset diserahkan kepada Edi di sebelah. “Your adik ipar.”

Handset bertukar tangan. “Are?”

“Kak..Akak terima dia?”

“Kak Edi ok je.Ibu pun sama.Tinggal Are je.”

Bibir diketap. “It’s hard.”

“Akak tau.I was there.”

“Are tak tau cara nak manage benda ni.”

“At first memang macam tu,then you’ll find the answer.Try to find your solace and ask Him for the answer.”

***

“4 bulan.” Empat batang jari diangkat.

“No texting.No phoning.And no chatting.” Are mengulang kembali ayat Jet. “Reason?”

“Change for good.Kalau 4 bulan tu kita still contact and become closer..” Jet belum menghabiskan ayatnya.

“..means kita dah kurang sweet moment dalam marriage.” Are menyambung.

“Kita buat macam orang dolu-dolu.” Jet sengih.

***

Inbox ym dibuka sekali lagi.Nil.Are mengeluh.Empat bulan tak lama Are.Kejap je.Pejam-celik-pejam-celik jumpa la tu.Are cuba menenangkan fikiran yang dah kusut. Are rindu Jet.

“I pergi kejap je.Empat bulan tak lama.” Jet senyum.

“Pergi mana?” Are mengetap bibir.

“Around Asia perhaps.Banyak kerja nak kena settle.Maybe Melbourne pun masuk sekali dalam list.”

“Tak boleh contact langsung?” Are berkerut dahi.

“Rindu I eh?” Jet ketawa.


iPod ditarik dari laci.Trademark Jet masih terlakar di situ.Are memandang langit malam.Rindunya..Hari tu dia tak sempat pun jumpa Jet kat KLIA.Jet pergi macam tu je.Siapa yang tak rindu.Walapun baru sebulan.

***

“Klik je send.Tu susah sangat ke?” Wan menala kea rah skrin di hadapan Jet.

Sigh. “Dia ingat ke idak kat aku ni.” Jet beralih pandangan dari skrin.

“Tunang dia.Mesti la dia ingat.” Wan berlabuh di atas katil.

“Sebulan tak contact bro.Entah-entah cincin tu dia dah campak masuk Sungai Kelantan.Siapa tahu?”

Wan menepuk dahi. “Kau sendiri yang buat agreement luar alam tu.Sendiri tanggung la.”

“Tu satu hal.Kau ingat tak masa kat KLIA hari tu.Dia mana datang kasi farewell kat aku.” Jet menarik handset dari leher.

“Busy la tu.”

***

“Movie ni lagi!”

Senyap.

“Kalau bukan lovestory tak boleh ke?” Zeyq mendarat di sebelah Are.

Senyap.

“Cerita lain takde ke?”

Senyap.

“Are.Dia pergi empat bulan je.Bukannya lama.” Zeyq menyambung.

Masih senyap.

“Takkan dah rindu kut.”

Telinga Jet menangkap esakan Are.Berkerut dahinya memandang Are.Mudahnya menangis. “Amera adik Along?” Bahu Are disapa.

Are menarik bahunya. “Along apa tau.” Kedua-dua lutut dipeluk erat.

“Along tau.Along pun macam Are jugak dulu.” Bahu Are digosok perlahan.

“Along dah ada Kak Edi.Are?”

“Empat bulan je Are.Sekarang tinggal tiga bulan je lagi.Kejap je.Kalau sebulan lepas Are boleh go through,tiga bulan ni pun Are boleh tahan.”