Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD

Monday, 30 May 2011

Fragile 26

Jemari dilarikan di celah rambut dengan rambut dicancangkan main guna jari.Sapu tangan dicapai dan dilap sisa-sisa gel pada tangan.Jet melangkah keluar bilik.Langkahnya mati di hadapan cermin.Laju mata dilarikan pada susunan barang milik Are di atas meja.Blusher,bedak,bedak lagi dan..Dia tersengih sendiri.Terdesak yang teramat sangat!Tangan mencapai botol perfume Are dan disembur terus ke blazer.Perfume yang Zeyq bagi sempena birthday Are.Kalau ingat balik memang nak gelak.

“May Allah bless you.Happy birthday.”

Are tak berkelip. “It’s..for men“

Zeyq sengih. “Ingatkan dua-dua sama je.”

“You’re married.” Are bersandar pada pintu bilik.

Jet berpaling.Senyum automatik terukir. “Dengki?”

Are menghampiri Jet. “Congrats awak.” Tangan Jet disalami gaya formal. “Awak pakai smart sangat,nanti tenggelam saya.” Are menarik Jet menghampiri kerusi panjang.Dia berdiri di atas kerusi panjang sambil menghadap Jet.Jemari dilarikan di celah rambut Jet. “Tak cukup stylo la bro.”

“Asal gaya tak happy?”

Are sengih sambil jongket bahu. “Awak hot saya cool.Awak timbul saya tenggelam.Budak-budak baru kat office tu habis cakap pasal awak?”

Dahi Jet berkerut. “Cakap pasal awak dengan saya?”

Mata Jet direnung seketika.Innocent sungguh Jet. “Pasal awak je.Diaorang tak tahu saya wife awak..” Are cuba mengingati kembali budak-budak di pejabatnya. “Siap nak usha lagi tu.Apa diorang ingat senang ke nak dapat awak.” Nafas dihela.Jenuh tunggu dari sekolah menengah.Dari lower form.

“Budak-budak tu..women ke?” Sambil dia cuba memikirkan kata-kata Are tadi. ‘Ingat senang ke nak dapat awak.’ ‘—nak dapat awak.’ “Susah sangat ke nak dapat saya?”

Riak muka Are tak berubah.Straight to the point punya soalan. “Saya rasa Greenday lagi cool berbanding Jet.”
“Try to drop the subject?” Jet menarik pipi Are.

“Lalala..”

***

Bangle disarungkan ke tangan kanan Are.Are tersenyum sendiri.Orang lain bagi gelang kurang-kurang daripada perak.Jet jugak yang ‘unik’.Terima je la.

“Skype time lunch,balik office dengan lepas Isyak.” Jet menampalkan ‘sticky note’ pada beg laptop Are.

Dia menghela nafas dengan pandangan tak lepas daripada beg laptop yang penuh dengan ‘sticky note’ dari Jet. “Seminggu je.”

“Kira okay aku sampai Malaysia awal.Karang kena dera anak-anak aku.” JJ menggeleng sendiri.Memang masalah besar la kalau Are tinggalkan Jet dengan Aiman dan Amani.

Jet menghampiri Are. “Kalau tak Skype,I fly cari you.”

Are berkerut dahi.Apa kes bisik-bisik ni. “Take care of our home.No girls,no women,no talking to the girls in my office.” Nada mengugut.

“Back to you.” Jet mengeluarkan pen dari beg laptop Are.Dia menulis sesuatu pada ‘sticky note’ di tangan.In case she forgets. ‘Sticky note’ ditarik. “Kejap.” Dia menampalkannya pada ‘sweater’ yang disarung Are.Sengih.

‘I’m married.’

“What the..!” Laju nota kuning itu ditanggalkan. “I fly dulu.” Laju Jet dan JJ ditinggalkan.Dan baru dia sedar..I-you?

***

“You’re right!”

Are bulat mata. “Serius?Be careful!”

Jet terkejut.Asal ‘caring’ tahap tak pernah ni. “Dia orang praktikal ke?”

Angguk. “Ada yang baru.”

“Lepas meeting tadi ada jugak yang tegur..” Jet cuba mengingati peristiwa petang tadi. “..Aaa..Takkan nak I cerita satu-satu.”

Are muncung. Jet pada skrin dipandang seketika. “Off dulu.Assalamualaikum.Have a nice dream.” Mouse digerakkan.Ni pertama kali dia buat macam ni.Rasanya.

Jet hanya memerhati riak Are yang berubah. “Tak nak join I tengok bola?”

Geleng.

“Your favourite team.Manches..”

Padam.Kata-kata Jet mati di situ.Skrin yang tadi terisi dengan imej Are kini kosong. “Wa’alaikummusalam.”

Sunday, 22 May 2011

Depan Buku 2

“Ween.”

“Ye?” Jemari menekan kalkulator.Laju.

“Isnin ni Sejarah.” Buku teks Sejarah Tingkatan 4 diletakkan di atas meja.Kerusi di sebelah Ween ditarik.

“Tau..”

“Habis tu.Yang Add Maths bersepah atas meja ni..” Nick memerhati satu-satu barang atas meja Ween yang siap merebak sekali meja dia.Buku latihan Add Maths,homework minggu lepas yang dia sendiri pun belum siap lagi,nota yang berkajang dan siap ada tin biskut lagi. “…Lorh.Tinggal sepaket dua je?” Isi dalam tin biskut diintai.

Jemari dialihkan dari kalkulator sambil belakang dirapatkan pada kerusi. “Nanti aku ganti.Baik kau sorok tin biskut tu.Karang Haidar masuk kena lempang kita dua orang.”

“Aku lempang Haidar dulu kut.” Nick sengih. “Haidar je.Bukan Brader Bilal.”

“Ween!Nick!Demerit kang!” Haidar dah siap berdiri belakang Nick.

“Sorry..Sorry..” Nick cemas tarik tin biskut dari meja. “Kita kan satu rumah sukan.” Dia siap buat muka ‘sweet’.

“Cis!” Ween merengus.Tak aci!Makanan dalam kelas belum tentu makan.Walaupun memang sah-sah ada berlambak plastik biskut dalam meja dia.

“Yea..Yea..” Kepala terangguk sendiri sambil senyum terukir. “Tutor slumber ngedang je dengan kak tu?”

Berasap telinga Haidar.Karang tak tegur,tak pegang amanah pulak.Kalau tegur..ada jugak yang kena. “Phiya,bak sini ‘handset’ tu.”

Phiya mengangkat muka memandang Haidar. “Kejap..kejap” ‘Handset’ diletakkan di bawah meja. “Haidar,aku pun ‘prefect what’?”

“Then?”

“Ni kan minggu balik,hari Jumaat..takkan nak ‘strict’ kut.” Phiya tenang mendatar nadanya.

Haidar menghela nafas. “I’ll arrange your ‘date’ with Brader Bilal.”

Phiya hanya memerhati Haidar berlalu keluar dari kelasnya. “Thanks.”

***

“Bila masuk bab ‘calling’ memang awak tak boleh ‘control’ eh?” Brader Bilal membaca satu persatu ‘content’ dalam buku di hadapannya.

“Ni kan minggu ‘students’ balik.”

“Baru ‘Form 4’ Sofea.Esok lusa nak ‘handle’ sekolah macam mana?” Brader Bilal langsung tak pandang Sofea. “Nanti nak keluar isi ‘form’ macam biasa,lepas tu taruk dalam kotak.” Phiya dipandang seketika. “Tahu kan kotak tu kat mana?”

Sarkastik.

“Tahu.” Dia bangun dari kerusi.Dah biasa kena dengan Brader Bilal.Ketua Badan Pengawas sekolah ni.Sekali hayun ayat..haish!

“Handset tu boleh letak atas meja ni dulu.”

“Huh?”Tak pernah dibuat rampas ‘handset’.

“Kuarantin.” Senyum.

***

“Imran!”

Imran sengih dari beranda. “Ma.Dah lama balik?” ‘Handset’ masih di tangan.

“Adik dah ‘call’ ma suruh ambil dia.Imran pergi ambil dia kat sekolah lepas tu terus balik rumah.”

Imran mengangguk.Adik.Ho la.. Langkah diatur ke arah meja belajar sambil mata menyapu pandangan mencari kunci kereta.Handset di tangan direnung seketika.

“Kejap..kejap”

Dan ditinggalkan di atas meja belajar.

Tuesday, 17 May 2011

RASA

Aku pandang kamu
Engkau pandang aku
Masing-masing buat tak tahu
Entah rasa apa

Aku bagai terasa apa yang kau rasa
Aku pun rasa apa yang kau rasa
Atau mungkin hanya aku yang merasa
Dan engkau langsung tidak terasa

Peduli itu semua
Kalau ya,aku tunggu
Kalau tidak,aku tunggu
Tunggu untuk yang lain

Tidak mengapa
Aku sudah terbiasa
Semua sudah terbiasa
Untuk orang seperti aku yang selalu menyimpan rasa

Kalau boleh dibuang rasa ini
Aku buang dari diri
Tetapi sungguh aku akan berfikir banyak kali
Mungkin seribu kali

Ini hanya kunyahan kata
Jangan terasa sebab ini bukan untuk anda
Jangan cuba untuk rasa
Sebab rasa ini menyakitkan sebenarnya

Jika tak kena pada tempatnya

Apa yang hebat?

Assalamualaikum

Sengih aku tarik panjang
Lama tak bersua
Kedut dah berjuta
Tak apa
Aku tetap suka

Beberapa hari yang lalu saya jejak kaki ke Bulanhijau punya blog.Layout baru.Lawa sungguh tak tipu.Dia sentiasa ada gaya sendiri. [abaikan ayat skema.sebab tadi saya lawat blog sastera dan inilah kesannya.mungkin entry seterusnya dah balik ke identiti asal]

Hari ini saya nak bercakap tentang blog Bulanhijau.bukan niat nak promote sebab blog dia memang dah 'famous'.Blog saya kalau letak tepi jalan pun belum tentu orang perasan =) [sebab blog tak boleh letak tepi jalan.lain la kalau sangkut iPad yang tengah 'on' di lampu isyarat.]

PEMAIN KATA
.....
....
....
Grea
....
....

saya terfikir sejenak.Kenapa nama saya ada pada blog Bulanhijau. 'Under' pemain kata.Saya cuba imbas kembali tulisan saya.Belum layak diiktiraf hebat.Pemain kata? Pandaikah saya bermain kata?Sedangkan sepupu saya umur 7 tahun nak masuk 8 tahun tu pun saya tak pandai nak pujuk.Sedangkan saya tak pernah senang-senang mengaku saya suka pada sesuatu yang sukar.Sedangkan saya tergagap-gagap bercakap dengan orang yang saya dah kenal banyak tahun.Sedangkan ejaan Bahasa Melayu pun kadang-kadang saya was-was.

Saya tak marah
Saya tak benci

Terima kasih.Mungkin orang lain akan pandang PEMAIN KATA pada blog Bulanhijau itu sekadar kumpulan 'link' blog yang dikumpul sekali dengan tajuk Pemain Kata.Tapi saya rasa itu suatu penghargaan.Blog saya blog picisan diletakkan pada blog mewah,sudah cukup terharu.

TERIMA KASIH =)