“Dena.” Dia
mencapai beg laptop dan diletakkan ke bahu.Jun sekali lagi toleh ke belakang,melihat
Dena. “Den!Budak ni,kalau tak tarik bantal tu..” Laju Jun menyentap bantal di
bawah kepala Dena.Dia sengih.
“Jun!”
Nyaris-nyaris kepalanya terhantuk pada HTC miliknya. “Gaya aku ni budak lagi
kut nak main tarik-tarik.” Dena menekup mukanya dengan selimut.Memang hampir
tiap-tiap hari Jun akan ulang rutin yang sama,bangun pagi,cepat-cepat bersiap
dan tarik bantal anak orang.Tak pun kira untung sangat Jun kalau Dena mampu
bangun sendiri sebelum dia jadi tukang kejut. Heh..Mampu,macam payah je nak
bangun.
“Hari ni
nak aku hantar ke?” Dena bangun dari katil dan mencapai pengikat rambut.Jam
Garfield di atas meja dikerling,sudah!Parah la kau Dena.Kalut Dena mencapai
tuala daripada penyangkut dan berlari ke tandas.Pintu tandas ditutup kuat.
“Asal tak kejut aku awal-awal?!” Dena melaung dari dalam tandas.Jun tak mampu
tahan gelak.
“Aku dah
kejut sebelum subuh lagi.” Beg plastik kecil ditarik dari meja Dena lalu Jun
mengetuk pintu tandas. “Dena!Bukak,kau lupa bawak beg comel ni.”
Dena
merengus, “Lewat dah!Tak cuci muka pun tak apa!” Jun gelak apabila dapat dengar
bunyi-bunyi kalut dari dalam tandas.Kira untung slipper toilet tu tak jadi
mangsa Dena.Jun kalih pandang pada beg toiletries milik Dena di tangannya. “Den!Kau
tak gosok gigi eh..” Jun mengusik.
“Jun!Letak
beg tu depan pintu!”
***
Dena
menurunkan hand-break dan keretanya mula meninggalkan perkarangan tempat
penginapan puteri.Dia mencuri pandang pada Jun yang sibuk menyusun helaian
kertas untuk aktiviti rutinnya.Dena mencapai pengepit rambut di atas dashboard
dan menolak rambut di hadapan dahinya ke belakang.Dengan sebelah tangan dia
mengepit rambutnya ke belakang,baru selesa nak drive,heh.
“Focus,Den.Focus!”Jun
menyiku Dena di sebelah dengan mata masih tidak melepaskan susunan kertas di
tangannya.Dia meraup wajah,agak-agak Paan dah siap design ke belum?Dia
mencongak sendiri.
“Ni nak aku
hantar kat dalam ke kat luar?” Dena menarik shades di atas dashboard dan disarungkan
ke wajah.Pagi ni silau sungguh,kalau jogging ni boleh dua kali ganda penat kut.
“Mana-mana
boleh?” Jun menatap wajahnya pada cermin untuk membetulkan selendangnya.Dia
mencuri pandang pada Dena yang sibuk dengan sebelah tangan melarikan jarinya di
atas skrin handset.Ek ena budak ni.
“Jess,Dena’s
here.” Dena senyum apabila Jess menjawab panggilannya.“How’s my order?”Sebelah
tangannya menukarkan arah steering.
“Den!Focus!”
Jun dah masuk tahap marah siap tinggikan suara.Handset di telinga Dena elok je
jatuh ke ribanya.Rahang Dena terus jatuh terkejut.Dan di sebelah sana talian
Jess sedang gelakkan dua orang kawannya yang betul-betul tak pernah sama
kehendak.
***
“Fuhyo!”
Semua mulut menganga kecuali Lan.
“Mana kau
belajar?”
“Man!Aku
tak terfikir pun!”
“Ajar aku
wei!Ajar aku!”
Lan
sengih.Dia tarik nafas dalam-dalam gaya riak tetapi kalau dengan budak-budak ni
bukan mereka ambil kisah pun.Masing-masing masih teruja dan excited dengan
plating yang Lan baru siapkan.Sekali dengan Che Jah belakang dapur pun turut
ikut sama tengok tayangan unggul karya Lan.
“Korang tu
yang tak discover habis-habis.Ni aku pakai cheese je pun.Nak try?” Lan dah siap
nak tikam salad dalam artificial bowl yang dibuat daripada keju pakai
garfu,tapi elok je Ajis tepis pakai sudu.
“Kejap!Tunggu
aku nak tangkap gambar dulu.” Opik dah capai HTC dia.
“Ramai-ramai
ke?” Lan tersengih,gaya agung sangat je plating aku sampai nak main
gambar-gambar.
“Bukan daa.Opik
minat plating kau je.” Aizat tepuk belakang Lan.Satu dapur meletup dengan
ketawa yang tak tertahanMana lagi nak jumpa bos yang boleh main tepuk,tampar
gaya kawan.Lan dah anggap budak-budak Recipes ini macam kawan dan seolah-olah
terma pekerja tu tak pernah wujud dalam dapur Recipes.Setiap daripada mereka
punya asal-usul yang berbeza dan latar belakang dalam bidang kulinari hampir
tiada kecuali Opik.Dan bagi Aizat dia bermula daripada tepi jalan,dengan gerai
kecil yang dibuka pada tiap-tiap malam dia jual burger..Tetapi mungkin sebab
passion,dia lari dari comfort zone,lari dari kebiasaan.Waktu itu ingat senang
ke nak jumpa burger bakar?Mungkin dari situ Lan pungut Aizat.Pungut memang
terma yang mereka selalu pakai termasuklah Ajis.Harap je latar belakang
keluarga mewah,tetapi akhirnya melekat dengan dapur jugak.Awalnya sewaktu
kehadiran Ajis di dapur ini,hampir seluruh dapur dia nak ubah suai,tetapi
apabila Lan bidas dengan ayat klisenya,sampai sekarang Ajis tak ungkit pasal
ubah suai dapur.Opik memang boleh dilabel pakar dah dalam kulinari sebab memang
dia ada kelulusan pun dalam bidang ini.
“Dah,dah!Sambung
kerja,by ten semua kena siap,karang tak sempat lunch,” Lan mengetuk periuk
stainless steel pakai sudip kayu.
“Roger!” Opik
melaung.
“On!” Ajis
mengikat tali apron.Aizat tersenyum sendiri dengan rakan-rakan satu dapurnya.
***
“Jat.” Lan
menepuk belakang Aizat.Aizat yang ketika itu sedang menyusun kerusi memandang
Lan dengan tanda tanya.
“Ada apa?”
Lan toleh
kiri kanan, “Nak cakap sikit dengan kau.” Dia bagi isyarat kepada Aizat
menyuruhnya untuk duduk. Aizat sekadar menurut kata.Budak-budak yang lain dah
balik,tinggal dia,Lan dan Che Jah yang sedang cuci pinggan kat belakang.
“Aku nak
cakap pasal masalah Awin.” Lan memulakan bicaranya. “Kau tahu kan dia tu sepupu
aku,itu pasal aku ambil berat masalah dia.”
Aizat
angguk.Dia memberi ruang untuk Lan menyambung ayatnya.
“Dia ada
masalah dengan family dia,itu based on cerita mak aku.Mak aku ada cakap yang
Awin tu nak kahwin.” Lan mula garu belakang leher yang tak gatal.Dia rasa macam
janggal untuk buka cerita tentang sepupu sendiri.
“Awin?”
Aizat terkebil-kebil. “Kahwin?Budak tu nak kahwin?” Susah untuk dia percaya
kalau cerita ini dating daripada orang lain.Dia tak pernah nampak Awin gaya
orang status in relationship.
“Itu la.”
Lan mengetap bibir. “Kau tahukan budak tu mana pernah keluar dengan lelaki lain
kecuali budak-budak ni jugak.Aku rasa dia kusut boleh jadi dia tak suka kut
benda ni.” Lan cuba mengingat kembali perangai Awin.Awin tu bukan jenis yang
twenty-four/seven dengan lelaki,yang dia tahu Awin selalu keluar dengan
kawan-kawan perempuan dia.
Aizat
mengurut dahi.Penat,lagi penat apabila perlu memikirkan masalah. “Kau nak cakap
yang that thing is arranged? She resists it by any chance?Macam tu ke?”