Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD

Friday, 8 February 2013

Recipes 5



                Perlahan-lahan Dena menolak pintu biliknya dengan kepala ditoleh kiri kanan.Clear!Kemeja di tangan disangkut ke bahu dan hati-hati dia melangkah agar tidak mengeluarkan bunyi ke bilik belakang di hujung dapur.Elok kaki dia cecah lantai dapur,wajah Farid menyapa pandangannya.Sudah!Laju kemeja di bahu ditarik ke belakang.

                Farid berkerut dahi.Aiskrim disudu ke mulut dengan mata memandang hairan pada Dena.

                Dena sengih. “Along.” Sekadar menyapa dan terus berdesup dia berjalan ke bilik belakang.Farid mengangguk.Kenapa dengan budak ni?

                “Dena.” Farid berpaling menghadap Dena.

                “Ya?” Teragak-agak Dena menjawab.

                “Nak keluar ke?” Kemeja di tangan Dena menarik perhatiannya.

                “A’ah.”

                “Okay.” Farid berlalu keluar dari dapur.

                Dia menghela nafas lega.Fuhh..Nyaris-nyaris nak kena.Tombol dipulas dan pintu ditolak.

                “Dena.Tolong iron kemeja Along.” Farid dah tersengih di belakang dengan sebelah tangan penuh dengan kemeja yang berkedut. 

                Kan dah kena!Ni yang pantang iron baju kat rumah ni.Ada je yang nak menumpang sekaki dua.Kira untung lagi abang aku sorang lagi tak balik hari ni.Haih..Dia buat muka.Buat la perangai boikot Along,karang free je kereta kena tarik.

                “Letak atas iron board.” Matanya dilarikan ke segenap ruang mencari sesuatu.Eh?Tak ada.Mana fabric starch?Habis?

                Farid menyusun kemejanya di atas iron board.Aiskrim di dalam mug dihabiskan terus di situ.Dia angkat kening memerhati Dena. “Tunggu apa lagi?”

                “Fabric starch habis la.Payah la macam ni.” Dena memetik suis.

                “Ala..Bukan nak iron tudung pun.” Dia berlalu ke dapur.

                Dena tersentak.Dia mengetap bibir,sempat lagi cari isu nak gaduh.Kemeja yang tersusun di atas iron board dialihkan ke dalam bakul kosong.Dia membentangkan  kemejanya di atas iron board.Pengepit rambut di kepala dibetulkan.

                “Den!”

                Pengepit rambut jatuh ke lantai.Tercungap-cungap dia mencuri nafas kerana terkejut.Haila..Ni sorang lagi!Kalau tak panggil mengejut macam tu tak boleh ke?Dia keluar dari bilik kecil itu dan elok je muka Haidar menyapa pandangan.

                “Apa?” Dena melipat hujung lengan bajunya.

                “Iron baju?” Haidar dah masuk sekali ke ruang menggosok.Muka dia sedikit terkejut. “Banyaknya.Ni semua Along punya?” Dia memandang Dena.Kena buli dah adik aku ni.

                Angguk. “Dia sorang je yang torture orang lebih-lebih.” Dena dah memulakan kerjanya.


                Haidar menghela nafas. “Ingatkan nak tumpang sekaki.”


                “Jangan nak mengada!” 

***

                Tin Mister Potato ditarik dari rak atas.Dena membawa mug yang dah siap dengan kopi yang baru dibancuh ke hadapan bersama makanan ringan.Mug dan makanan diletakkan di atas coffee table.Dia memandang jam seketika,lagi 5 minit nak mula.Remote tv di atas sofa disembunyikan ke dalam saku seluar track.Handset yang memekik di atas meja dapur menarik perhatiannya.Tertinggal la pulak harta peribadi.Berdesup dia menghilang ke dapur.Farid dengan Haidar dah tersengih.

                “Assalamualaikum.” Teragak-agak dia bersuara.Nombor mana pulak ni.

                “Esok tak boleh,aku ada hal.Futsal tu lain kali la.” 

                Dena buat muka.Ni satu masalah.Salam tak jawab,main cakap je.Lain kali nak call tu check dulu nombor. “Saya rasa awak dah salah nombor.”

                Lembut suara Dena menyapa.Sudah! “Haidar?”

                Dia kelu seketika. “Tak.Ni Dena.”

                “Ah?Sorry.Sorry.Ingatkan Haidar.” 

                “Tak apa.Nanti saya send nombor dia.” Dena mengetap bibir.Saya la sangat!

                “Oh.Okay.” Aizat berdehem. “Wa’alaikumsalam.”

                Talian dimatikan.Dena toleh kiri kanan,langsung tak nampak kelibat Haidar.Macam mana boleh tersalah nombor? Takkan kut..Laju jemarinya dilarikan membuka sent messages. Ha.Ha.Kan dah kena.

                +Long time no see.Futsal esok jom!Apa-apa hal call.-Haidar

                Langkah diatur terus ke ruang tamu.Dan waktu tu elok je Haidar meneguk kopi yang baru dia bancuh. 

                “Abang asal guna handphone orang tak inform?” Mug di tangan dirampas.

                “Lupa.” Sepatah Haidar menjawab.

                “Lupa la sangat!” Haidar dah disiku ke tepi untuk memberi ruang kepadanya.

                “Asal?Ada orang call ke?”

                “Ada.” Remote tv dikeluarkan.

                “Siapa?”

                “Aizat.”

                “Suka la tu.”

                Laju Dena berpaling. “Jangan nak mengada!”

Recipes 4


              

                Buku crossword puzzles ditenung tak berkelip.Pen di tangan dah puas diketuk-ketuk pada meja mencari jawapan.Hujung rambut dipintal tanpa sedar.Payah..Payah..

                Dia dari tadi memerhati orang di hadapannya yang dah buat geng dengan crossword puzzles.Sampaikan dia sendiri dapat rasa tekanan orang tu.Mereka sama-sama mengeluh.Yang sorang mengeluh penat berfikir,yang sorang mengeluh bosan menunggu.

                Yang ketiga dah tarik sengih. “Kan senang kalau ikut cakap Along.” Tak ke cepat kalau semua order benda sama.Tak ada la kut main menunggu lama-lama. Kentang goreng disuap ke mulut.

                “Mehh..” Buku di tangan dah ditolak ke tengah.Pen yang main tekan tutup ditolak ke dagu. “Along punya taste tak challenging.Main try menu sama mana fun.” Dena dah panjang tangan nak capai kentang goreng.

                “Fun boleh kenyang ke?” Farid dah gelak sakat adik sendiri.

                “Kau makan dulu, kejap lagi sampai order kitaorang baru menganga.” Kentang goreng dah selamat masuk mulut Haidar.

                “Menganga macam ni?” Farid dah buka mulut siap-siap untuk gigit chicken wing.Dan elok je cecah mulut,siku dia dah tertolak gelas di sebelah.Dan buku Dena selamat kena jilat dengan air limau.

                “Weh!” Laju Dena berdiri untuk mengelak dari jadi mangsa air yang tumpah.

                Praanggg!!!

                “Man!!” 

                Dena toleh belakang teragak-agak.Sudah!Pandangannya tertumpu pada lelaki yang dah bercekak sebelah pinggang dengan dulang kosong di tangan yang asalnya membawa makanan.Dan makanan tu elok je tersadai atas lantai.

                “Ala…aku punya.” Sempat lagi Haidar buat lawak apabila melihat pesanannya dah selamat landing atas lantai.

                “Sorry bang.” Dena sungguh-sungguh angkat kedua-dua tangannya minta maaf.

                Aizat muka bengang.Punyalah dia susah-susah dari dapur terkejar-kejar bawa pesanan ni,elok je ada orang main rempuh.Karang kalau buat gaya berasap ni,free je kena lecture dengan Lan.Haihh.. “Tak apa,tak apa.” Dia dah tunduk dan mengutip pinggan yang pecah.

                Farid berkerut dahi sambil mengunyah.Dia dah tarik sengih nakal. “Aizat?” Betul la Aizat!

                Aizat mati terus kerjanya.Dia angkat muka memandang tuan punya suara.Tapi wajah yang mula-mula menyua pandangan betul-betul buat dia macam kena sampuk.Tak berkelip dia memandang.Sungguh ke ni?

                Dena hampir ternganga.Betul la hari ni free je boleh buat reunion.

                “Dena?” Aizat rasa nak hempuk je kepala.Dah sah-sah Dena buat apa tanya lagi.

                “Aizat?” 

                “La..Takkan tak ingat kut.” Haidar dengan Farid dah sama-sama gelak ketawakan dua orang yang masing-masing muka terkejut.

                Dena buat muka.Abang-abang aku,sungguhla..

***

                Ajis putar cap di atas kepala dan ditolak sedikit ke belakang.Dia kerling Aizat di sebelah.Ni kenapa yang ni pulak muka macam melayang campur keruh ni?Hari tu Opik dah buat versi pungguk rindukan bulan.

                “Jat tolong pass saucer tu.” Ajis panjangkan sebelah tangan sambil sebelah tangan lagi menyusun gelas ke atas dulang.

                Ajis berkerut dahi apabila tangannya tak merasa macam pegang saucer.Laju dia berpaling melihat tangannya. “Weh!Aku mintak saucer la.” Ni kenapa tiba-tiba sampai sos kat tangan?

                Aizat toleh memandang. “Hah?” Dia turut perhati sos di tangan Ajis. “Ya la.Betul la sos.” Kening dah terangkat tak faham apa yang kecoh sangat.

                “Biar aku ambik sendiri.” 

                “Kau angau ke?” Lan menyiku.

                Aizat angkat muka.Dia berkerut dahi. “Ayam tu aku tak marinate lagi.Tak cukup bahan.”

                “Sah angau!” Bila masa dia tanya pasal ayam.

***

                Dia mencari sebuah kerusi kosong untuk diatur ke barisan terakhir.Kiri kanan dia toleh sampailah mata jatuh pada sebuah kerusi yang elok diletakkan beg di atas tu.Dia garu belakang kepala yang tak gatal.Aizat mengatur langkah menghala ke kerusi yang boleh jadi pemiliknya yang duduk di sebelah dengan cap diturunkan menutup muka.Aizat mengibas t shirt di badan menghilangkan panas.

                “Aaa..Ni beg kau punya ke?” Tangan dah sedia untuk mengalihkan beg. “Kerusi ni nak pakai untuk event.”

                Tiada jawapan.

                Aizat ketap bibir. “Boleh ke?” Tidur ke?Mudah nya lena,budak-budak lain punya lah sibuk ketung-ketang untuk Hari Guru esok.Abang ni main tidur.Aizat membongkok untuk melihat wajah tuan punya cap.

                Dena terasa diperhati.Terus mata dicelik.Mata mereka bertembung.Laju tangan cuba menghilangkan air mata.Dia berdiri dan terus meninggalkan Aizat yang kelu di situ.

                “Perempuan?”

***

                Aizat memandang kosong kipas yang berpusing perlahan.Lengan kiri yang mengalas kepala digantikan dengan lengan kanan.Dena.

                “Kau kerja kat sini?” Dena memecahkan sunyi antara mereka.

                Aizat angguk. “See.” Dia mengangkat logo pada t shirt. “Kau buat apa sekarang?”

                “Study.” Dena membuang pandangannya pada Recipes yang semakin surut pelanggannya.Waktu lunch dah lama lepas. “Kau tinggal kat mana sekarang?”

                “Family aku kat KB lagi.” Aizat melambung pen di tangan menghilangkan rasa janggal. “Tak expect dapat jumpa kau balik.” Senyum.Tipu.

                Dena senyum. “Sama.Ingatkan dah takkan jumpa-jumpa.Hampir-hampir aku nak menjerit dalam restoran tadi.” Ketawa.

                Ketawa dia… “Asal tak jerit je?Macam dulu.”

                “Macam dulu ya?” Dena memandang tingkat tiga bangunan di hadapannya.Entah apa yang menarik.Cat pudar yang dah berkulat dengan burung seekor dua main ulang-laik dari bangunan ke bangunan. “Tu zaman budak-budak.Sekarang dah tua.” Sengih. Tua la sangat.
 
                     “Belum bangka lagi.”

                “Nak ke?”

                “Biar tua,asal dalam muda.” Muda yang matang. “Tua-tua pun cantik.”