Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD

Friday, 25 October 2013

Imani 1

[cerpen pendek]

“Asal?”

Geleng.Tak tahu.Dia tak tahu nak bagi justifikasi apa tentang situasi yang dihadapi.Ini ke yang orang cakap bosan?Takkanlah..

“Ada masalah ke?” Berkerut dahi si kawan bertanya, macam riak orang yang dah sedia hidup dalam kesempitan dengar pasal GST.

Senyum cuba menenangkan keadaan. “Everything is fine.” Period.

***

Mata dah rasa tak boleh nak buka.Berat.Tidur semalam belum habis qada, bahana kuiz Kimia, kuiz ICT dengan presentation Biologi semua berkumpul dalam satu hari.Macam dah berjanji.Entah berapa sudu dan gelas Nescafe dia teguk pun tak tahu. Nampak gayanya kafein bukan lagi legend , dah tak boleh nak buat peneman tahan tidur malam-malam.Dah tak ada effect.
Waktu pada skrin dipandang, mencongak detik. Sempat lagi tidur kejap dalam setengah jam. Karang pukul 3.30 bangun. Malas-malas dia set alarm.

Years From Now-Aizat dari tadi menjerit dari corong. Langsung tak diendah. Entah berapa kali alarm dimatikan. Sungguh, kalau cukup sepuluh kali dimatikan, senyap la benda alah tu.

***

Laju dia terjun dari katil double-decker. Tuala yang disidai pada kerusi disambar terus. Imani, sungguhlah kalau dah set alarm pukul 3.30 petang, pukul 4 petang baru bangun. Dah berapa tahun hidup tak kenal diri sendiri.

Air terus disapu ke muka cukup tiga kali sebelum dibilas lengan ke siku. Tangan ada gaya Woody Woodpecker mematuk pohon kayu apabila Imani laju membasahkan rerambutnya. Kaki dibawa ke air lalu. Berkocoh-kocoh dia berlari keluar dari tandas. Cuba menjaga masa dan cuba menjaga langkahnya di atas lantai licin.

4 comments:

  1. Haiiiii..Cakkk!!
    done follow sini no. 273
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Greaaaa, mana hilaaaanggggg? :|
    sambunglah menulis balik, please (:

    ReplyDelete
  3. Hi,

    Kami Team dari aplikasi NOVEL+ berbesar hati ingin memaklumkan bahawa kami telah mengambil naskah novel anda bertajuk: Fragile, Crumb, Untitled
    yang disiarkan di blogspot/website anda untuk dipaparkan dalam aplikasi NOVEL+ yang kami bangunkan untuk mobile (android/IOS).

    Kami dapati novel karya anda garapkan sungguh menarik dan pasti menjadi pilihan peminat novel untuk membaca. Tugas kami hanya ingin membantu mempromosikan novel anda agar dikenali ramai secara meluas melalui dunia dihujung jari. Aplikasi NOVEL+ ini boleh dimuat turun melalui App Store (Apple/IOS) dan Play Store (Android).

    Oleh itu, kami ingin meminta kebenaran daripada pihak anda terlebih dahulu, sekiranya kami boleh meneruskan menyiar novel anda di dalam aplikasi NOVEL+ ini atau tidak.

    Jika YA! kami mengharap agar dapat maklum balas dengan segera daripada pihak anda. Jika TIDAK bersetuju, kami akan hormati keputusan anda untuk mengeluarkan karya dari aplikasi NOVEL+ kami.

    Sekian.


    Hubungi Kami:
    novelmcdp@gmail.com


    Untuk Info:
    NOVEL+ merupakan bahan bacaan berupa novel yang boleh dicapai dengan mudah melalui aplikasi mudah alih. Dengan NOVEL+, anda mempunyai akses ke dunia karya novel tempatan dengan meluas. Anda tidak perlu risau lagi untuk membawa bahan bacaan ketika berada di luar atau ketika sedang bercuti kerana kini aplikasi NOVEL+ akan bersama anda sentiasa, bila-bila masa dan dimana jua.
    Para peminat novel boleh membaca karya-karya TERBAIK penulis berbakat di aplikasi NOVEL+ yang boleh dimuaturun secara PERCUMA. NOVEL+ terdiri daripada pelbagai genre novel TERKENAL dalam Bahasa Malaysia.

    ReplyDelete