Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD

Monday, 10 August 2009

Untitled 2

Aim> Hi!
Edi berkerut dahi.Tiba-tiba keluar pop out baru kat yahoo messenger.Sape pulak ni?

Ed’s>Aim?

Aim sengih sambil menggeleng.Edi..

Aim>Lol!Dah terpampang nama kat skrin ni..Takkan tak kenal-kenal lagi kut..
Edi’s>Mana tau ni mamat negro mana tiba-tiba datang tak bagi salam
Aim>Uiks!I’m Malay kay.. >=(
Edi’s>Aiseyh..already know la :p

Edi sengih sendiri.Entah macam mana dia boleh menerima Aim as a friend.Maybe start daripada conversation yang tak rasmi kat food court tadi kut.He’s not that bad..

Aim>Tengah wat per tu?
Edi’s>Tido..
Aim>Ek?Mimpi pe?
Edi’s>Mimpi tengah tido..
Aim>Serious la.. :-/
Edi’s>tengah lepak
Aim>ngan Tia?
Edi’s>Nope!
Aim>Abeh?
Edi’s>Sorang je..
Aim>Sorang pun orang panggil lepak gak ke?
Edi’s>Abeh nak panggil pe..
Aim>Boring ek?
Edi’s>Sangat boring!
Aim>Kalau camtu,bagi I ur phone number.
Edi’s>For what?
Aim>Kata boring..
Edi’s>Dah tak boring da..got to go
Aim>awalnya
Edi’s>salam

Edi’s is offline..

Edi mengeluh.Komputer ribanya diletakkan kembali di atas meja belajar.Dia mencapai handset di atas katil.Baru pukul 9.00 pm.Tia dah keluar,katanya nak pergi tengok Luke main futsal.Ni yang boring ni.Baik-baik je chatting tadi,terus offline.Bukan tak nak bagi phone number tapi malas nak layan other guys even as a friend.Cukup la JJ dengan Luke and..Edi menggeleng.Dia pantas beridiri mengatur langkah ke tempat mengambil wuduk di luar bilik.Paip dibuka.Air jernih mengalir.Tangannya dibasahkan,wajahnya,lengan,rambut dan kaki turut diratakan dengan air.The best crying shoulder..Allah.




Green Day-Know Your Enemy memecah sunyi bilik.Edi menggosok mata.Perlahan-lahan dia mencapai handset di sebelahnya.Dia melihat nama pemanggil,anonymous?Siapa pulak call malam-malam camni.Ni mesti budak main number!

“Hello?”
“Hi..Tidur ke?”Edi berkerut dahi mendengar suara pemanggil.
“Ni sape ni kacau orang tidur malam-malam buta ni?!”Edi meninggikan suaranya.Dia menjeling kea rah Tia di katil sebelah,kalau-kalau Tia terjaga dengar suara dia.
“Aiseyh.Garangnya.Ni Aim la..”

Bulat mata Edi.
“Mane dapat number ni?”
“Kat kedai..”
“Wei..Serious,mana dapat number ni?”
“JJ..”Aim sengih di sebelah talian.
“JJ?!”suara Edi bernada terkejut.Ni yang nak kena keluar langkah silat ni.
Aim menelan air liur.
“I yang mintak”
“JJ mana JJ?Panggil dia kejap!”
“Er..In logic thinking.Right now..he’s sleeping”Aim sengih.Pukul 3 pagi camni, sah-sah tengah tidur.Edi mengigit bibir.Aim mengerutkan dahinya.Kenapa tiba-tiba senyap?

“Edi..Are you there?”
“Hmm..Sleepy ar.Nite”perlahan Edi menjawab.Aim mengangguk di sebelah panggilan.
“Kay..I’ll be in your dream.Nite”Senyum terukir di bibir Aim.Edi menelan liur.Dahi Aim sedikit berkerut apabila mendengar ketawa Edi di sebelah talian.
“It will be a nightmare.”Edi sengih.Panggilan dimatikan.Edi meletakkan kembali handset di tempat asalnya.Dia tersenyum sendiri.Tiba-tiba Edi menggeleng kecil.Tangannya menggosok kepala.Edi..Edi..What are you thinking about!

Luke yang baru keluar daripada bilik air mengambil tempat duduk di atas kerusi meja belajar.Dia menghadap Aim dan JJ yang sedang duduk di atas katil dengan masing-masing mengangkat lutut sebelah.Tuala masih digantung pada leher.

“Boring ar!”JJ menungkatkan kedua-dua belah tangannya pada katil sambil memerhati Aim yang sedang memetik gitarnya.Luke sengih.”Mentang-mentang hari ni tak keluar ngan awek,baru pikir nak kata boring?”JJ pantas mencapai bantal lalu dilemparkan pada Luke.Luke menahan dengan tangan sambil ketawa.JJ sengih.Memang betul pun apa Luke cakap.Kalau ikutkan kebiasaan,tengah hari Sabtu macam ni,memang susah nak jumpa dia kat bilik.Kalau tak keluar ngan awek pun,keluar ngan makwe.

“Kau tak de bilik sendiri ke,Luke?”JJ bernada sarkastik.
“Ceh!Lepak ar bro!”Luke membuat muka selamba. “Kero keluar.Boring aku duk hadap dinding je!”

Luke menjeling kea rah Aim dengan gitarnya.Dia sengih sambil memberi isyarat pada JJ.JJ mengangguk bersungguh.Pap!Bantal kena pada belakang Aim.Tangannya berhenti memetik gitar, “Woi!”Dia memandang JJ dan Luke silih berganti.Tak ade angin,tak ade ribut camne bantal boleh melayang kat belakang ni?Kedengaran suara ketawa Luke dan JJ memenuhi ruang bilik.

JJ cuba menahan ketawanya yang semakin rancak.Aim berkerut dahi.Dia menggeleng kecil. “Teko punya kawan!”Aim sambung memetik gitarnya tidak mempedulikan JJ dan Luke yang masing-masing terlopong.Teko?

“Kau angau ek?”Luke bangun memandang tepat wajah Aim dengan riak muka mengejek.
“Huh?”Aim memandang Luke dengan kening terangkat sebelah.Luke memandang JJ,sekali lagi JJ mengangguk. “Sah angau!” JJ menampar belakang Aim sambil sengih pada Luke.Aim berkerut dahi.Luke dan JJ berpandangan sesama sendiri.

“Awek mana yang kasi jatuh saham macho kau tu?”Luke duduk di sebelah Aim sambil menyiku lengan Aim.Aim tersengih sendiri,matanya tertumpu pada tingkap.

“Kau cakap siapa!”JJ membuat riak serius. “Erin ke,Sya ke,Or..Lia?”JJ menyebut satu persatu nama pelajar perempuan di universiti itu yang terlintas di fikirannya.Aim ketawa kecil.Dia menggeleng. “Dasar player!”Dia menampar belakang JJ.JJ menggosok belakangnya.Tiba-tiba dia senyap memikirkan sesuatu sambil matanya merenung gitar Aim. “Aku tau!”JJ menepuk tangannya sekali.Dia sengih keji memandang Luke yang serius mendengar.JJ memberi isyarat pada gitar Aim.Luke tiba-tiba tersenyum.Aim buat tak tahu sambil sambung memetik gitarnya. “Edi ek?!”Bulat mata Aim.Tangannya kaku.Dia perlahan-lahan memusingkan kepala memandang JJ di sebelahnya. “Gila!”Aim menggeleng berulang-kali.Takkanlah Edi kut!

Dia masih ingat lagi sewaktu Edi tiba-tiba tibai belakang JJ masa lunch hari tu.Tak terlintas langsung Edi nak marah sampai camtu just because the phone number.Tersedak JJ!Habis satu gelas air sirap dia teguk.Mahunya tak terkejut,tiba-tiba datang kasi penampar kat belakang.Aim pulak terlopong tengok Edi.Tu pun nasib baik dia sempat sembunyikan handset nya di dalam poket.Kalau tak,sah Edi rampas terus delete phone number tu.Dia sendiri tak faham sebab Edi susah sangat nak bagi phone number.Aku pun kawan dia pe!
Ending nya,Aim kena belanja JJ lunch for a whole week for forgiveness.Tu pun kira nasib baik JJ jarang lunch kat luar,kalau tak alamat kering la Aim!


Edi meletakkan pelembap bibir kembali ke rak.Dia membuka beg sandang hitamnya.Kekunci handset ditekan-tekan.Riaknya berubah seketika.

‘Sorry..In cinema ngan Luke’

Tia..Edi menggigit bibir.Nak balik dengan siapa camni?Kalau dengan bas kena berhimpit la nampaknya.Tambah-tambah waktu camni.Edi mengeluh.Matanya tertumpu pada jam tangan.Kalau nak tunggu Tia habis tengok movie,fuh!Pukul 6 petang pun belum conform sampai hostel lagi!

Edi melangkah keluar daripada Guardian.Matanya meliar pada orang ramai di dalam mall.Tangannya sudah berat membawa beg-beg plastic barang-barang yang dibelinya.Lagi satu problem!Beg plastic punya la banyak,takkan semua nak angkut naik atas bas kut.Kalau ambil cab pun..mana berani!I’ll be the only girl in there dengan driver yang entah hati camne pun tak tau.

“Edi?”Aim yang tiba-tiba lalu di hadapannya berhenti memandangnya dengan muka terkejut ala-ala baru nampak alien kat tengah mall.Edi berkerut dahi.
“Do I look like an alien or what?”Dia mengeluh.Aim sengih. “Sorang je?”
Edi memandang serius Aim.Ada nampak aku berdua or bertiga ke?Aim mengangguk faham.Bad mood la tu..

“So..shopping ek?”perlahan Aim menanya.Edi mengangguk.Aim senyum,matanya dialihkan pada jam tangan.Dia mengangkat muka memandang Edi, “Sekarang nak pergi mana pulak?”

Edi mengangkat kening sebelah. “Balik..”Aim mengangguk. “Balik dengan apa?”Edi..sepatah ditanya,sepatah jugak dia jawab.Aim menggeleng kecil. “I don’t know..”Edi mengeluh kecil.Aim memandang beg-beg plastic di tangan Edi. “Tumpang Aim la..”Aim menunjukkan isyarat pada beg-beg plastic di tangan Edi.Takkan nak sumbat dalam bas kut.Edi senyap berfikir.
“Ok..”

Mocca-Lucky Man memecah keseunyian di dalam kereta.Edi menggigit bibir.Aim mengetuk stereng dengan jari telunjuk mengikut rentak lagu.Sesekali matanya menjeling kea rah Edi.Senyap je.Dari masuk kereta tadi sampailah kat traffic light,satu patah perkataan pun tak keluar.Aim mengeluh.

“Edi..”
Edi memandang Aim, “What?”
“Nak Tanya sikit..”
Dahi Edi berkerut.Gaya macam Who want to be a millionaire je.. “Pe?”
“Kenapa susah sangat nak kenal Edi?” Aim menjeling Edi di sebelahnya.Muka Edi dah macam orang baru telan cili je.Edi menelan liur.
“Susah ke?”Edi mengalihkan pandangannya keluar tingkap.Aim mengangguk, “Teramat susah..”susahnya macam nak cakap dengan puteri dari hikayat mana entah. “Nak phone number pun macam mintak nak kahwin je..”Aim mengeluh.Edi senyap.Matanya ditumpukan pada pemandangan di luar tingkap.

1 comment:

  1. hurmm..
    pe problem edi ek..?
    mest ade sumthing wat dye jd cmtuh..
    huhu..smbung2..

    ReplyDelete