Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD

Friday 25 September 2009

Untitled 10

Jemari pantas berlari di atas papan kekunci.Weezer-Troublemaker kini bertukar kepada Des’ree-Fire.Kepala turut mengikut lenggok lagu.Mug kopi di sebelah kiri papan kekunci dicapai dan dibawa ke bibir.Mug diletak kembali ke tempatnya.Kerja menaip masih disambung.Kertas laporan di sebelah kanan mouse dicapai.Mata meniti baris-baris nombor dan ayat.Sesekali kepala mengangguk memahami.Pen di dalam mug alatulis di hujung meja dicapai.Kertas A4 yang diambil dari susunan di printer dicatat sesuatu.Mata kembali pada monitor.

Handset yang berkelip dipandang hujung mata.Tangan kiri malas mencapai handset di sebelah mug kopi.

‘Edi.Aku tunggu kat mamak’s ’ – Lin.

Hujung bibir mengukir sengih.Jam tangan dikerling.Lunch!


Tangan kanan Edi terangkat gaya Hi5.Lin di meja makan hujung gerai sengih.Matanya memberi isyarat duduk kepada Edi.Edi mengangguk sambil berjalan menuju kea rah Lin.

“Hyep!Long time no see.” Edi menarik kerusi di hadapan Lin.Lin ketawa kecil.

“Banyak la kau!Tak sampai 24 hours tak jumpa pun gaya dah berpisah setahun.Dah order?” Kening Lin terangkat sebelah.Edi mengangguk.

“Aaa..Aku dah rasa macam nak pecah je kepala aku..” Edi menggumam sendiri sambil memerhati orang yang lalu lalang di jalanan.Mananya tak rasa nak pecah kepala bila hari-hari duk mengadap nombor.Duk bercekerama dengan komputer.Tinggal rehat dua hari hujung minggu tu je.Tu pun kira waktu untuk rehat dan qada tidur selama seminggu.Memang dah tak nak keluar langsung dalam dua hari tu.Ni baru praktikal.Belum lagi kerja betul.Dan dengan praktikal ni jugak dia kenal kawan.Kenal apa itu susah.Apa itu duit.Dan kenal manusia.

Lin la tukang kejut pagi-pagi.Tukang mendengar.Tukang masak.Tukang drive.Tukang membebel.Kalau sebelum ni Tia je yang selalu kejutkan dia tapi takde la sampai kena tolong masak.Kalau nak ikutkan hati nak je beli kat bawah flat senang.Tapi kalau nak ikutkan duit,alamat hujung bulan kena makan ikan masin dengan budu je la.Bayaran untuk praktikal ni pun bukan lah banyak sangat.Cukup-cukup makan 2 kali sehari tolak sarapan.Cukup-cukup nak beli barang-barang dapur.Cukup-cukup nak cuci mata je.Tapi memang tu pun dia nak.Nak belajar susah.Memang la Along dengan pa bank in duit bulan-bulan.Tapi dia tak guna semua tu ikut suka hati je.Guna pun time betul-betul pokai.Sebab Edi nak belajar apa itu susah.Susahnya nak cari duit halal nak hidup.Susahnya hidup kat negeri orang.Tak ramai yang dia kenal.Cukup untuk dikira dengan jari.Yang kenalnya, Lin,Kak Su yang kerja sekali dengan dia,Ju yang duk jaga reception dan Pak Din yang jadi guard kat flat dia dengan Lin tinggal.Tapi sepanjang dua bulan dia kat sini baru dia faham macam mana pa,ma dan Along hidup.Susahnya pa nak cari duit.Susahnya ma hari-hari pergi mengajar jadi cikgu kat sekolah.Susahnya Along kena berpanas lawat site.

Dalam dua bulan ni jugak dia kenal Aim.Kenal kawan.Sungguh.Dia tak sedar bila dia dah mula rapat dengan Aim.Bila dia dah boleh jadi satu kepala dengan Aim.Walaupun Aim sekarang tengah sibuk dengan semester akhir.Aim lah yang telefon hujung minggu tanya khabar.Tanya kerja.Tanya masalah.Dan dia juga lah yang tolong cerita pasal JJ dan Luke.Dan Edlina Aziz dah boleh terima Aim macam dia terima JJ dan Luke.

Dan dua bulan ini dia belajar mengenal mana yang terbaik.Belajar memberi peluang kedua.Zeyq perlu belajar menerima Edi.Dan Edi perlu belajar menerima Zeyq.Hari tu masa Zeyq datang Along dah bagi ceramah panjang lebar dah.Tapi betul apa Along cakap.Start it back.Kalau prob camni pun tak boleh nak manage esok-esok kahwin camne?Tu pun kalau..Apa yang Along cakap tu betul.Learn to manage it.Dan dia dengan Zeyq try nak start balik.Dalam erti kata lain ‘berdamai’.Tapi bila kepala batu jumpa keras kepala boleh berdamai ke?Dan Zeyq ada la jugak contact dia.Ada la jugak sekali dua lawat dia kat Perak.Sanggup ulang alik Pahang-Perak.Tapi ada Edi mintak?Takde kan..

“Edlina Aziz!” Lin menggawangkan tangannya di hadapan Edi.Edi terkebil-kebil sebelum sengih.

“Tu mee goreng kat depan mata tu nak ke tak?Kalau tak aku bungkus kasi kat Lee.” Lin mengisyaratkan mee goreng di hadapannya dengan garfu.

“Teko la kau!Aku kebulur senang-senang je kau nak kasi kat Lee.” Edi buat muka sambil mencapai sudu dan garfu.Ada ke patut nak bungkus kasi kat Lee kucing kat flat.Perut aku ni dah siap bunyi irama dikir barat lagi.

Mee disuap ke mulut.Baru perasan mee goreng mamak ni pedas.Air sirap di hadapannya pantas dicapai dan membasahi tekak.Tanpa sedar bibir mengukir sengih.Mee..

Dia mencapai garpu di dalam pinggan,manakala Aim menarik sudu. “Bismillah..” Dia dah bersedia menyuap mee ke dalam mulutnya.Tiba-tiba Aim menahan dengan sudu.Edi berkerut dahi.

“Dah tau mee goreng sepinggan je,pada-pada ar sikit nak makan tu..”Aim menarik garpu di tangan Edi.Edi mencebik. “Lorh!Tadi bukan main lagi buat ikrar akur janji nak belanja Edi!Kasi Edi makan dulu ar!” Edi mengambil kembali garpu di tangan Aim.

“Dah duit ade 5 ringgit je.Share ar..”Aim menarik kembali garpu di tangan Edi.Edi menggigit bibir tanda geram, “Wei Aim!Mana aci!Kasi Edi makan dulu ar.Then,Aim makan la..” Edi merampas sudu dan garpu di tangan Aim.Aim menarik pinggan di hadapannya dengan sengih keji.Edi buat muka.

“Owh..Yang first bagi kat Edi.Yang sisa semua tu baru nak bagi kat Aim..Banyak cantek!”

“Aim!”Edi memberontak.
“Edi!”Aim turut tidak mengalah.

Teringat masa kat food court dulu.Mee goreng mamak jugak.Rasa macam jadi kanak-kanak Ribena pulak main rebut mee.Dia dengan Along pun tak ada la sampai macam tu.

“Edi!Mee ni dah sah-sah aku bungkus kasi kat Lee!” Lin buat muka.Dan lagi sekali Edi sengih.


Edi mengangguk-angguk tanda faham.Jemari dilarikan di celah-celah rambut hadapan.Matanya menala pada dinding.Ngaa..Abang aku sorang ni.Kalau bab-bab kasi ceramah nak suruh buat speech panjang-panjang memang dia lah menang.Ingat aku ni budak tadika ke nak kena pesan satu-satu.Kalau setakat nak cakap jaga diri jangan buat benda yang bukan-bukan tu memang dah tahu.Tak cakap pun dah tahu.Ikut hati nak off je telefon.Karang jadi derhaka pulak.

“Hujung minggu ni balik tak?”

Kening Edi treangkat sebelah.Dah sebulan tak balik Kelantan.Duk main ulang alik hujung minggu rumah Along kat Bangi.Along dah pindah duk Bangi sejak kahwin dengan Kak Yaya.Lagipun,dah rezeki dia kat sana.

“Tak kut.Lepak rumah Along kut.” Edi sengih.Memang best lepak rumah Along.Makan minum free.Siap boleh main PS2 lagi.Mananya tak syok.Layan lawak Kak Yaya pun masuk dalam list to do.

“Uhh..Kena share PS2 and Kak Yaya ngan Edi la kalau macam tu..” Amir dah buat suara gaya budak tadika merajuk.

Abang aku sorang.Harap je dah kahwin besar panjang.Perangai mengalahkan Nurul dengan Adam.Dengki 24 jam.

“So,Along prepare la apa yang patut ek.Edi balik dengan bas.Sampai Edi call.” Tangan menarik planner di bawah kertas-kertas kerja.Pen di dalam mug dicapai.Tangan menulis sesuatu pada planner.

“On”

Salam bersahut.


Beg pakaian diletakkan di depan pintu.Edi memandang keliling.Pakaian -check!Laptop – Check!Mp3 – Check!Barang-barang keperluan –Check!Edi sengih sendiri.Kira ready la ni nak balik rumah Along.

“Bas pukul 10 kan?” Lin keluar dari biliknya sambil membetulkan ikat rambut.Edi mengangguk.Jam dinding dipandang.

“Sekarang dah 9.30.Kira tepat-tepat la kita sampai kat stesen bas.” Lin dipandangnya sejenak. “Kau dah siap?”

“Dah” Kunci Kancil dicapai sekali dengan kunci rumah. “Jom.Karang lewat lak.”

Edi membawa beg pakaian di bahu.Bukan banyak pun.Dua hari cukup empat tiga pasang.Green Day-Know Your Enemy menjerit dari dalam poket jean.Keningnya terangkat.Kacau betul la.Ni mesti Along call nak conform.Handset dibawa keluar.Pandangan jatuh pada nama pemanggil.Anonymous?

“Assalamualaikum.”

Salam bersahut di sebelah panggilan.

“Ya.” Edi mengangguk.Lin memandang Edi dengan kening terangkat bertanya.Edi membalas dengan muka kelam.

Panggilan dimatikan.Edi cuak.

“Kita pergi hospital.”


Langkahnya pantas keluar daripada pintu lif yang baru terbuka.Lin hanya menuruti Edi dari belakang.Wad Purnama-Tingkat 5-Katil 3..Dia melangkah ke dalam wad.Matanya berlari pada katil-katil yang bersusun.There..

Langsir diselak perlahan.Dadanya masih berombak.Satu sebab letih berlari.Dua sebab he’s in there.Pandangannya jatuh pada tubuh yang terkujur kaku di atas katil.Langkah lemah diatur menghampiri katil.Tanpa sedar air mata mengalir di pipi.Wajah tenang ditatap sayup.Zeyq..

“Zakrul Iman.Dia terlibat dalam kemalangan jalan raya.Dia sekarang berada di Hospital Ipoh.”

Suara pemanggil tadi masih kedengaran.Zeyq..Don’t leave me.Edi belum minta maaf lagi.Zeyq sedar..Sedarlah..Say a word..Matanya dipejam.

Zeyq memandang Edi dengan kening terangkat.Edi masih lagi cuba menahan ketawa.

“Ada ke patut orang cakap betul dia boleh main gelak je.” Tangannya disilangkan ke dada.Tak puas hati.

“Sorry bro.” Edi cuba buat muka tenang tapi ketawanya masih pecah. “You eat too much ek pagi ni?”

“Betul pe.If one day I takde.Mati or something like that.Gitar tu I wasiat kat you.” Zeyq bersungguh menyatakannya.

Edi menggeleng kecil.Memang terlebih tengok movie la mamat ni.

“Buat apa gitar you tu?You nak I mainkan depan kubur you ke?” sarkastik nada Edi.Ketawa pecah. “Serious bro.I prefer Yassin.Better dari I buat gurindam jiwa depan kubur you.”

Zeyq mengeluh. “You got too much jokes and less romance la Edi.”

“I take that as a big compliment.”
Silau.Zeyq membuka matanya perlahan.Pandangan menala pada suara esakan di sebelah.Edi?

“Ed..Edi.” Wajah keruh Edi ditatap dengan dahi berkerut.

Edi membuka mata.Pandangannya cuak pada Zeyq yang sedang memerhatinya.Air mata di pipi masih mengalir.

“Are you ok?” Zeyq perlahan-lahan bangun dari perbaringan dan duduk di atas katil dengan mata masih pada Edi.Kotak tisu di atas meja dicapai dan dihulurkan.

Edi menyambut.Mata dan pipi dilap.Liur ditelan terasa berpasir.Dia menguntum senyum segaris.Kerusi di sebelah ditarik dan duduk.

“I thought..I thought..You dah takde..” Tergagap-gagap dia menuturkannya.Sungguh.Memang dia pikir dia dah terlambat tadi.Dia pikir nyawa Zeyq dah melayang.Dan sungguh bila waktu begini,logic akal pun boleh hilang.

Zeyq senyum kecil. “I’m still here.I sayang lagi kat gitar I tu..” Dia memandang Edi dengan sengih.

Senyum terukir di pinggir bibir tanpa dipaksa.Yea.That guitar.Wasiat yang dikatakan Zeyq dulu.Sebelum diorang bergaduh dulu.Ingat..Edi ingat..

“Well..Semua dah ok.Aku blah dulu.Aku ada appointment pukul 11.” Lin angkat tangan sebelum melangkah meninggalkan mereka berdua.Edi tak sedar pun bila Lin ada di sebelahnya.Mereka berdua hanya mengangguk.Edi tersentak.Jam tangan dipandang seketika sebelum rahangnya jatuh.Sekarang dah pukul 10.30.Means bas dah lama bertolak.

Zeyq berkerut dahi. “Kenapa?”

Edi mengangkat muka memandang Zeyq.Pandangannya jatuh pada tangan dan kaki kanan Zeyq yang berbalut.Dia menggeleng. “Nothing.” Rumah Along lain kali pun boleh balik.

“Sakit?” Pandangan Edi masih pada kaki tangan yang berbalut.

Kening Zeyq terangkat. “Such a mean question.” Agak-agak sakit tak kalau tangan dan kaki dah siap berbalut tampal sana sini?

Edi ketawa kecil. “My bad.Macam mana boleh jadi camni?”

“Fate” Ringkas Zeyq menjawab dengan bahu terangkat.Ditakdirkan dia kemalangan.Dan ditakdirkan hari ni dia boleh tengok Edi senyum dan ketawa.
“Ok..” Edi tenang.Dah tu yang dia nak jawab nak tanya apa lagi. “Mana mak dengan abah?” Edi memandang keliling.Takde siapa pun yang datang.

“Diorang sekarang duk kat Kuching.Tu pasal I suruh nurse tu call you..And lucky you’re here..” perlahan dia menjawab tanpa memandang Edi.

“Ah..I see.So I kena replace tempat parents you la ni.Manja.” Sarkastik nada Edi.

Zeyq sengih. “I guess so.” Matanya beralih pada trail makanan di atas meja. “I lapar..” Zeyq buat muka gaya budak tadika.

Trail di atas meja ditarik dan dihulurkan pada Zeyq.Kening Zeyq terangkat. “I tak kidal and ain’t easy to eat them using left hand.” Pandangannya menala pada balutan di tangan kanannya.

“Manja.” Trail diletakkan di atas katil.Sudu dicapai. “Boleh mak you tahan dengan perangai you ek.” Nasi dicampur dengan kuah menggunakan sudu.Zeyq hanya sengih.

“Try to get your tongue to say ‘ah’ “ Sudu disua ke mulut.Zeyq tidak membuka mulut.Kening Edi terangkat.

“You ingat ni tengah ambil test DNA ke?Siap hafal dialog CSI lagi.” Ni mesti terlebih tengok CSI.

Edi ketawa kecil. “You pilih.Nak nganga or tak makan langsung?” Edi bernada mengugut.

Zeyq buat muka.Garangnya ‘doktor’ ni.Test sikit pun dah melatah. “Kalau I jadi patient you,free je I saman you.”

“Apa kes nak main saman-saman?” Sudu dikembalikan pada trail.

“3 reasons.” Zeyq mengangkat jari tiga. “First,you don’t treat me well.Second,ada ke patut main ugut nak makan ke tak.I jadi patient pun I lari.”

Edi sengih. “My bad.And third?”

“Third..You dah curi hati patient you..” Lembut Zeyq bersuara.

Edi ketawa. “You ada khatam buku Romeo mana ni?”

3 comments: