Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD

Tuesday 15 September 2009

Untitled 7

Green Day-Know Your Enemy minta perhatian.Handset di atas meja belajar dicapai.Dahi berkerut.Anonymous?

“Assalamualaikum..” Edi senyap seketika menanti jawapan si pemanggil.Sunyi tanpa jawapan.Tia memandang Edi bertanya.Dia hanya mengangkat bahu.

“Hello.Siapa ni?”
Masih tidak berjawab.

“Who’s the jerk behind this?” kasar Edi menyoal.Ni mesti main tambak-tambak number ni.Talian terputus.Handset diletakkan di sisi.Dia merengus kasar.

“Apa ke-pe-dah-nya main call tak nak cakap!Buat habis duit mak bapak top up betul ar!” Bantal ditarik ke riba menungkatkan lengannya ke situ.




Zeyq telan liru.Matanya masih lagi pada handset di tangan.Cap hitam putih di atas kepala diletakkan ke atas meja makan.Dia menggeleng kecil.
“Siap kena maki lagi.” Dia memandang JJ dan Luke yang dah pecah ketawa.Zeyq buat muka toya. “Sah.Dia marah gila kat aku.” Dia mengeluh perlahan.

JJ sengih. “Tu ar.Sape suruh kau tak contact dia langsung.Kan dah kena!” JJ dan Luke slap hi5.Zeyq merenung tajam. “Mangkuk la korang!Bukannya nak bagi moral support ke apa.”

Luke angkat kening. “Lorh bro!Kira support la tu kitaorang bagi kau phone number dia.Kalau tak mau kau bikin gurindam jiwa duk rindu dia!” Ketawa pecah lagi.

Matanya tertumpu pada kenderaan yang lalu lalang.Malam Sabtu.Memang ramai yang keluar.Keluar dating.Keluar tengok wayang.Keluar pergi sana.Keluar pergi sini.Kedai makan tempat dia,Luke dan JJ berada sekarang pun penuh dengan orang.Mat-mat semua lepak sini layan bola dengan teh tarik.Sampai nak tengok muka mamak tarik teh pun susah.Punyala ramai orang.

“Tapi aku respect la kau Zeyq.Satu Asia kau travel kau still duk setia dengan buah hati jantung limpa kau tu.” Luke sengih.Pandangan Zeyq mencerun tajam.

“Tapi aku busy gila sampai dia pun aku tak contact.Mahu hangin dia kat aku,” Zeyq menggumam sendiri.Teh tarik di hadapannya dibiarkan tidak disentuh.

“Wei Zeyq.Cover la sikit!Time gather gini juga kau nak masuk mode jiwang. “ Gelas teh tarik di tangan dibawa ke bibir.JJ meletakkan kembali ke meja. “Kau apa citer sekarang?” JJ angkat kening sebelah.

Zeyq mengeluh kecil. “Camni la.Aku nak sambung master.Aku dah muak dengan band apa semua ni.Kalau setakat nak jamming tu boleh ar.Korang lak ada citer best ke?” Luke dan JJ dipandang silih berganti.

“Next week kita orang cuti.Aku balik Kangar.Budak ni pun aku angkut sekali bungkus bawa balik rumah aku.” Luke menyiku JJ.JJ sengih. “Rindu kampung la.Tak ada apa nak buat kat KL.Edi kau tak nak tanya ke?”

Pandangan Zeyq mencerun. “Dia balik Kelantan ke?” malas Zeyq bertanya.

Serentak JJ dan Luke mengangguk. “Dia cuti two weeks.Kalau tak silap aku lepas cuti tu dia terus buat praktikal.”

Zeyq senyap berfikir. “Praktikal kat mana?”





Edi mengangguk dengan sengih. “Kat Perak nanti aku sewa flat kat Silibin..” dia menelengkan kepala ke kiri berfikir. “Aku dengan Nana duk sekali.Tapi company lain-lain”

Tia mengangguk kecil. “Kau start bulan Mei habis praktikal bila lak?” matanya masih tidak beralih daripada Gempak di riba.

“Hujung bulan November,insya Allah aku tamat praktikal.” Baju yang telah siap dilipat dimasukkan ke dalam bagasi. “Untung kau dapat kat Johor.Ulang alik jalan kaki pun sampai.”

Tia sengih bangga. “Tapi ikutkan hati nak kat Kedah..” Edi menjeling sambil mencebik. “Apa kau nak stay rumah mak bapak Luke ke?” sarkastik suara Edi.

Ketawa Tia pecah. “Boleh jugak!Jadi menantu favourite la aku nanti!” sengih. “Blah la!Nikah pun belum dah hangin tahap tak ingat.” Shin Chan di tangan dibaling pada Tia di atas katil.Tia mengelak.Shin Chan ditarik ke riba dengan sengih.

Green Day – Know Your Enemy menjerit di atas meja.Tangan perlahan mencapai handset di atas meja.Aim?

“Assalamualaikum”

Salam bersahut di sebelah panggilan. “Tengah buat apa tu?”

“Packing.” Edi menjeling Tia di atas katil yang dah buat muka sweet semacam.

“Esok balik Kelantan ek?” Aim meletakkan gitar kembali di bawah katil sambil tangan sebelah lagi masih memegang handset.

“For sure la.Takkan balik NY lak.” Tanpa sedar senyum terukir di bibir.

Ketawa kecil di sebelah panggilan. “Bas pukul berapa?”

“ 9.30 pagi..” Jari jemari bermain-main di celah rambut hadapan paras dahi. “Aim balik bila?”

“Lusa..Esok ada kelas lagi.”

Edi mengangguk. “Oh..Mesti boring kan.”

Aim mengeluh kecil. “Yeah..Dah orang tu practicum..” kecil suara Aim.

Edi sengih sendiri. “November ni jumpa balik.Kejap je.”

Talian sepi seketika.

“Good luck eh.” Aim kembali brsuara.

“Oh..Thanks.”

“Got to go”

“Kay..”

Handset dikembalikan ke meja.Edi menyambung kerjanya melipat t-shirt.Dia dah rasa aura pelik dari katil Tia.Perlahan-lahan dia memusingkan kepalanya kea rah Tia.Tia sengih dan berdehem.

“Aaaa..” Tia baru ingin berkata tetapi Edi pantas memintas. “Whatever!”





JJ dan Edi dah buat muka boring.Masing-masing menjeling kea rah Luke dan Tia.

“Wei!Dah la tu.Driver bas tu dah berapa kali jeling maut kat korang.” Edi mengisyaratkan pemandu bas di dalam bas.

Luke sengih memandang encik pemandu bas itu. “Ok la..” Matanya beralih pada Tia di hadapannya. “Nanti Tia contact kay?”

Tia mengangguk, “JJ kau pun sama gak..Call la kitaorang.”

JJ sengih sambil mengangkat ‘thumbs up.’ “Jumpa November nanti!” Edi dah melambai dari atas tangga bas. “Kau kerja tu jangan sampai lupa dia orang lak!” JJ sengih keji.Edi angkat kening sebelah bertanya.

“Zeyq ngan Aim!” JJ menjerit di sebelah Luke.Edi ternganga seketika, “Teko la korang!” Edi dah berjalan masuk mencari tempat duduk.Tia mengikutnya dari belakang.

“Kan aku dah kata..” JJ menyiku Luke.Luke mengangguk.Kawan-kawan aku..

2 comments: