Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD

Monday 9 November 2009

Crumb 6

JJ memalingkan mukanya ke arah ruang tamu apabila terdengar jeritan dari luar.Lisa tercungap-cungap menarik nafas.

“Kenapa?” Kening JJ terangkat memandang Lisa.Tadi elok je tidur.

“Nightmare.” Sepatah dia menjawab sambil mencuri nafas.JJ kembali ke dapur.Lisa menggeleng sendiri dengan tapak tangan di dahi.Nak kata demam dah ok sikit.Gila nightmare.Siap mimpi kena kiss lagi.

Dia bersandar pada sofa dengan mata memandang kosng televisyen di hadpan.Kalau betul macam mana?Ngeri dowh..Dia menjulingkan mata apabila terasa dahinya dijamah.Dan refleks dia berpusing 360 darjah dengan mata memandang tajam pada JJ.

“Dah ok sikit.” JJ senyum segaris. “I nak pergi kerja ni. Breakfast ada kat dapur. Self-service eh.”

Lisa mengangguk tanpa memandang JJ. “Thanks.” Sepatah dia berkata dengan mata memandang bawah.

JJ sengih.Dan wajahnya didekatkan pada Lisa.Refleks Lisa menolak bahu JJ apabila terasa dahinya dikucup.Pandangannya tajam pada JJ dengan tangan pada dahi dan pipi merona merah.

“Upah” Briefcase dicapai dan dia berjalan keluar pintu.

“You!” Nightmare dah betul-betul jadi!Kurang betul la JJ ni.Salah makan racun tikus ke apa pagi-pagi ni.





Dinding di hadapan dipandang tak berkelip.Bantal di kepala dibetulkan kedudukan.Lisa mengeluh.Lengan kanan diletakkan di atas dahi.Matanya dipejamkan seketika dan dicelik kembali.Dowh..Belum mengantuk lagi.

Pintu bilik ditolak dan langkah diatur menuruni tangga.Keningnya terangkat sebelah melihat cahaya dari ruang tamu.

JJ mengangkat muka dari mug kopi.Dia senyum segaris pada Lisa di tangga.Lisa senyum tanpa perisa dan berjalan masuk dapur.Mug ditarik dari rak dan dibawa ke meja.Jus dituangkan ke dalam mug.Lisa duduk menghadap JJ dengan mata pada mug.

JJ mengangkat kening sebelah memandang Lisa.Dia tersenyum sendiri sambil menggeleng.Lisa hanya memandang JJ hujung mata.Angau ke apa?Rambut di hadapan diselit di celah telinga.Mug dibawa ke bibir.Dan tersedak.

Dia memandang tajam pada JJ “You!” Dowh..Dah la pagi tadi nightmare lepas tu jadi betul.Ni tambah satu masalah

“Pardon?” JJ wajah tenang sambil membawa mug ke bibir.Salah aku ke?

Lisa merengus.Takkan nak tarik alas meja ni kut tutup kepala.Lisa berdehem kecil mengangkat muka memandang JJ. “Esok I kerja.”

“Ok.Kereta you dah ada kat porch.”

“Thanks sebab tolong hantar kat workshop.” Mug dibawa ke bibir.

“No problem.” JJ

Lisa gigit bibir dengan pandangan pada meja.Dia mengeluh. “Nite.”

JJ mengangguk. “Nite.”





Cawan di bibir diletak di atas piring dan kepalanya mendongak memandang tingkat atas apabila sekali lagi mendengar jeritan Lisa.Nightmare lagi ke?Dan dia kembali menghirup kopi dengan tangan mencapai NST.

Kedengaran tapak kaki berlari dari tingkat atas dan sekali lagi JJ memandang tingkat atas.Jam di tangan dikerling.Dia sengih.Patutlah.

Lisa berlari menuruni tangga sambil memakai brooch di tudung. “Aahh..Dah lambat.” Kerusi ditarik dan teko kopi dicapai.

“I thought you nightmare.” Sarkastik JJ menurukkan dengan senyum di pinggir bibir.

Lisa sempat menjuling sambil cawan dibawa ke bibir. “I lupa kunci jam.” Cawan dikembalikan ke atas saucer.Dia pantas bangun dan berlari menuju ke pintu.Belum sempat dia menarik pintu keningnya terangkat sebelah.


Don’t forget to bring ‘the key’ :):


Matanya tertumpu pada kertas not kuning yang tertampal pada pintu.Key?Dia kelam seketika memandang JJ sebelum berlari semula menaiki tangga.JJ menggeleng memandang Lisa.Budak tadika.

Lisa kembali menuruni tangga dan menuju ke pintu dengan kunci rumah di tangan. Tombol ditarik dan dia menghilang di sebalik pintu.Sebelum pintu ditutup kepalanya terjonggol ke dalam. “Thanks.” Dia senyum segaris pada JJ.JJ hanya mengangkat cawan kopi dengan mengangguk.





Brooch ditanggalkan dengan tudung dan disangkut pada sofa.Rambut di belakang diikat ekor kuda dengan langkah lemah masuk ke dapur.Tangannya direnggangkan dengan mata pada peti ais. Let me see..Jari telunjuknya digerakkan di atas kertas A4 yang tertampal pada pintu peti ais.Hari Khamis..Lisa.Dia mengeluh sendiri.Kena masak dowh..

“Kenapa pulak?” Lisa menekup muka ke meja sambil mengeluh.Masalah dowh..

“Mana aci.Hari-hari I masak.Kita ikut turn la.” Tenang JJ menjawab.

“Cara lain?” Lisa mengangkat muka dengan dahi berkerut.

JJ menjulingkan mata.Ni kes malas la ni. “Cara lain,you makan ‘mi kari’ you hari-hari.”

Lisa memuncung berfikir. “Kalau you masak hari-hari I bayar boleh?”

Dan rahang JJ jatuh ke bawah. “I’m not your maid.”

“Part time maid boleh ?” Teragak-agak Lisa bertanya.

“Better you makan mi kari you.”
Seram aku dengar.Magi aka mi kari?Dowh..Boleh kena buah pinggang free je. “Fine.”

JJ sengih. “Let’s the thing begins.” Marker ditarik penutupnya dan ditulis seusatu pada kertas A4. “Hari Isnin your turn boleh?” Kening JJ terangkat memandang Lisa di hadapannya.

“I busy.”

“How about Thursday?”

Lisa menggeleng.

“Sunday?”

“I tidur.”

“Habis hari apa you free?” JJ berkerut dahi.

Lisa menggigit bibir berfikir. “Takde.”

“Lisa!”

3 comments:

  1. wakakkakaka...
    klaka plak n3 nieh..
    nmpknye da boley bertegur sapa..
    hehe...
    lisa pon da ta pkai tudung dpn jj..
    heheh..
    sweet2..
    smbung2..

    ReplyDelete
  2. mak aihh..
    langsung xde hari free..
    nak ngelat ke apa Lisa ni..
    haha..

    ReplyDelete