Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD

Saturday 14 November 2009

Crumb 7

“Perhaps.”

Masing-masing jatuh rahang tak percaya.Jiwang karat tahap lupa diri tu.

“Kut ye pun kita da lama tak jamming.Takkanlah kut kau nak kasi smash dengan jiwang karat.” Zeyq sarkastik dengan kening terangkat sebelah.

JJ mengangkat muka tak bersalah daripada gitar. “Pardon?”

Aim menepuk dahi.JJ dah tunjuk gaya tension habis dowh.Mahu pecah base kalau lagi tension. “Kau nak versi mana?Doris Day ke Cake?”

JJ berkerut dahi. “Kau ingat aku dua alam ke apa nak main gaya Doris Day?”

Aim sengih dengan drumsticks di tangan. “Kut kau nak buat appearance Doris ke.Mana tau.”

“Kau memang nak ketuk drum tu guna senduk eh?”





Handset di atas night table menjerit dengan Korn-Somebody Someone. Tangan malas mencapai dengan mata masih tertutup.Handset dibawa mendekati wajah.Mata dibuka perlahan memandang skrin.Sharp 6 a.m.

Kaki mendarat malas di atas bantal dan melangkah keluar pintu. Pandangannya menala pada tingkat atas.Kening JJ terangkat sebelah. Lampu masih lagi terpadam.

“Nurlisa!” JJ menjerit dengan kaki melangkah masuk bilik belakang. Baju kemeja siap bersangkut dan digosok semalam dicapai bersama tie.Dia berhenti di hadapan tangga.

“Nurlisa!” Dia mengeluh.Susahlah bila telinga sumbat dengan Mp3 sebelum tidur.Dah masuk fasa mak orang dowh.Main kejut tiap pagi.





JJ keluar dengan tuala bersangkut di leher.Dia memandang tingkat atas yang masih lagi gelap.Karang naik kan free je kena fire macam hari tu.

Bergetar gegendang telinga bila dengar Lisa menjerit satu rumah dah gaya nampak John Lennon depan mata.JJ dengan muka tak bersalah mencapai tiub toothpaste dan keluar dari tandas.

“You buat apa?”

JJ mengangkat tiub toothpaste dan berlalu ke arah pintu bilik Lisa. “I punya dah ha..” Belum sempat dia menghabiskan ayat,melayang bantal dari belakang.


“Lisa!” Dia mengeluh apabila tiada sebarang jawapan dari tuan punya tingkat atas.





Dan macam biasa bila waktu breakfast.. “Aaah!Kenapa tak kejut?” Lisa berlari menuruni tangga menuju ke meja makan.

“Lisa..Hari-hari I kejut you.Dan hari-hari you bangun lewat.” Tenang JJ menjawab dengan tangan menuang kopi ke dalam cawan Lisa.

Lisa merengus. “Suara you tu slow sangat.” Dia menarik cawan dan dibawa ke bibir.

“Kut you nak I masuk bilik kejut you?”

Lisa tersedak dengan mata memandang tajam pada JJ. “Don’t you dare.Tu jajahan I.You takde passport nak masuk.”

“I ada passport.You je tak approve.” JJ menggumam sendiri.

4 comments:

  1. suke ssgt......
    nape ckit sgt entry kali nih???
    nk lg.....

    ReplyDelete
  2. waaaa..
    pendeknyaaaaa..
    lorh si lisa nieh pon..
    lgsung xmo kasi can kat jj taw..
    sian jj..
    huhu..jj nmpk sgt try..but lisa..
    isk2..
    smbung3..

    ReplyDelete