Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD

Monday 7 December 2009

Crumb 13

Lisa gaya tenang siap boleh sengih lagi.Mug dibawa ke bibir dengan sekali teguk dia meletakkan kembali mug ke meja batu.

“Ok.” Lisa senyum segaris pada JJ.

Kening JJ terangkat tinggi. “Ok?” Kut salah dengar. “Ok je?” Takde conditions dengan terms ke?

Lisa mengeluh.Dia menongkat dagu memandang JJ. “You kata nak date kan?”

JJ masih lagi kelam. “Sure?”

“Tadi you kata nak.” Dia sengih memandang muka JJ gaya blur habis. “Petang esok I singgah kedai beli date yang you mintak.”

JJ menggeleng seketika dengan rahang ke bawah.Dah kena da.. “Lisa.” Nadanya bergetar.Date?Ada ke patut translate date tu dengan kurma?Haih..Susah la.

Lisa sengih nakal. “Bang!” Jari telunjuk dan ibu jari diarahkan pada JJ. “Loser!”

“Sejak bila nakal ni?”

Lisa ketawa kecil. “This is how I do it!”

JJ menjulingkan mata.Lisa dipandang seketika. “I’m serious.” Perlahan dia menuturkan.

“I pun.” Lisa mengangguk nakal. “You nak kurma apa?Yusuf Taiyoob?” Betul ke aku sebut,goreng je la.





Que menggeleng memandang Lisa.Apa ke salahnya?Date dengan husband sendiri,nak kata maksiat selamat je.Mukanya ditekup ke meja dengan Jet tengah berlagu Look What You’ve Done.

“Date je la.”

Lisa mengangkat muka memandang Que.Dahinya berkerut dan earpiece dilurutkan. “Cara lain?”

Que mengeluh.Dah lapan kali Lisa tanya macam tu dan dah lapan kali jugak dia suruh Lisa keluar dengan JJ. “Mana ada cara lain lagi.”

Kalau replace date tu dengan main Monopoly tak pun teng-teng dalam rumah tak boleh ke? “Orang date macam mana eh?” Kening Lisa terangkat sebelah.

Que menepuk dahi dan menggeleng. “Holding hands,jalan-jalan,makan-makan,tengok movie,lebih kurang macam tu la.” Mata Que dah macam berbintang bila masuk bab romance.Dan mata Lisa kelam kelabu terus.

Holding hands?Nanti btal air sembahyang.Jalan-jalan?Karang sakit kaki pulak.Kalau nak makan,kat rumah dah berlambak makanan.Movie?Beli CD tengok kat rumah kan senang tak payah susah-susah.Lisa mengeluh. “Benda lain takde?”

Que mengetap bibir berfikir. “Yang aku cakap tadi tu kira typical la.Benda lain tu depends atas couple tu.”

“Kalau kau?”

Que sengih. “Aku.Maybe makan-makan macam tu kut.”

Lisa menggigit bibir.Dating?Seram bulu roma dengar.Mungkin sebab frasa tu tak pernah dia pikir.Yang membuatkan dia susah nak cerna.Yang boleh buat Lisa tak tidur satu malam.Dia boleh je reject idea JJ nak date tu,tapi dia masih fikirkan tentang JJ.Ni birthday JJ.Ni first birthday JJ yang dia celebrate.Mungkin ni last.Siapa tahu.Kut marriage ni tak kekal macam dia nak..sebelum ni.Mungkin?Atau mungkin dia dah ‘terjatuh suka’ pada JJ.Sedangkan dia sendiri pun tak tahu apa feeling dia pada JJ.Nak kata suka tu,suka macam dia suka orang lain.More than that,belum lagi kut.Dia tak nak benda ni melarat,sebab dia sendiri dah plan tak nak ikatan ni kekal.Tapi apa yang kita rancang tu,tak semua betul-betul jadi.

“Kalau date kat taman boleh?”

Que senyum.





Tali leher dilonggarkan ikatan dan lengan baju kemeja dilipat ke siku.Rasa lucu juga bila tiba-tiba je Lisa call suruh ambil emergency leave.Kut urgent sangat,rupanya ajak pergi taman je?Haih..Siap duduk bawah pokok atas tikar lagi.Klasik sungguh.

“I beli Secret Recipe punya je.” Lisa sengih sambil kotak kek dibuka.Kira ok apa date kat taman.Tambah-tambah hari Isnin.Orang pun tak ramai,kira selamat la sikit.

6 comments:

  1. haha..
    lisa nieh kan..
    adoiii..
    kesian si romeo..
    dpt juliet cm lisa..
    ekekekeee..

    ReplyDelete
  2. date kat taman btemankan cake scret recipe.
    heheheh
    comel je.

    ReplyDelete
  3. hahahah
    lwk t0l laa
    lisa nih!!!

    ReplyDelete
  4. haha..didnt expect yg kurma tu.. ku pun terkena jugak

    ReplyDelete
  5. sweetnyer...
    date kat taman...

    ReplyDelete