Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD

Saturday 13 March 2010

Crumb 20

Tangan dibawa menekup dahi.Rasa nak hantuk je kepala kat dinding bila pening macam ni.Haih..Ni kes teman JJ tengok bola semalam.Perlahan-lahan Lisa bangun dari katil.Jam di dinding dipandang seketika. 6 pagi..Lisa kembali memandang JJ di sebelah yang masih lena.

“JJ..” Bahu JJ digoncang perlahan.

Tiada respon

“JJ..Bangun la.” Bahu JJ masih digoncang.

“Hmm..”

Lisa mengeluh.Kenapa susah sangat nak bangun. “Bangun la.Subuh dah ni.” Tangannya semakin kuat menggoncang bahu JJ.

“Kejap lagi..” Dalam pejam JJ mencapai tangan Lisa dan digenggam erat.

Mana aci!Guna trick lama.Tak nak kasi orang kacau dia tidur conform pegang tangan macam ni.Then terus tak boleh gerak.JJ.. “Dear bangun la..Karang lewat pulak.” Tangan di dalam genggaman JJ cuba ditarik.

“I bangun..” JJ menjawab dengan mata yang masih terpejam dan tangan menggenggam tangan Lisa.

“JJ.Karang I simbah air.Better you bangun sekarang.” Lisa memberi amaran.

JJ membuka kelopak matanya memandang Lisa seketika kemudian turun kepada tangan yang masih menggenggam tangan Lisa. “How?” JJ tersenyum sendiri dan kembali memejamkan matanya.

“JJ..” Lemah Lisa memanggil.

“Hmm?”

“Bangun la.Please..”

JJ celik.Wajah Lisa di hadapan dipandang kembali.Perlahan-lahan dia bangun dan duduk di atas katil memandang Lisa.Something wrong.. “Sini.” Tangan Lisa ditarik lembut.

Lisa duduk bersila menghadapa JJ. “Apa?”

“Kenapa pucat ni?” Belakang tapak tangannya dibawa ke dahi Lisa. “Hmm?” Tangannya diturunkan.

“Headache.”

“You tak payah pergi kerja la hari ni.Ok?”

Lisa geleng. “Sikit je.Karang ok la tu.”

“Sure?”

Lisa mengangguk.Pandangannya jatuh pada tangan yang masih menggenggam.Terasa hangat mata.

“Kenapa?” Ibu jarinya dibawa ke pipi Lisa.

“Apa?”

“You’re crying.” Manik jernih di pipi Lisa diseka dengan ibu jarinya.

“Mana ada.” Tangan JJ diturunkan. “You tu susah sangat nak bangun pagi.”

“Sorry.” Lisa ditarik lembut dan dipeluk. “Salah I.”

“Salah you.” Salah JJ sebab dia jadi jatuh cinta dan angau macam ni.Salah JJ sebab dia menangis kerana JJ. “Thanks for making lots of mistake..” ..in my life.

***

“Siapa?”

“Que.Lisa.Dia kat hospital”

4 comments:

  1. alahai~
    sayang la tu..

    ReplyDelete
  2. cm terharu je bce..
    terharu??
    cm tak kena jee..haha..
    tht feeling cant put in words..

    ReplyDelete
  3. hohohoo...
    cian lisa....
    hrp2 ada brita gmbira...

    ReplyDelete
  4. Mcm nk dpt brita gmbira je tuh:)

    ReplyDelete