Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD

Wednesday 26 May 2010

Melancholy 1

“Bila?”

“Tadi.” Ain sengih pada Encik Fauzi di sofa sebelah.

Geleng. “Ain.Bila abah akan jadi the first person tahu semua ni?” Encik Fauzi mengeluh memandang anak perempuannya. “Hari tu bertunang main sarung cincin last minute baru bagi tau.Ni bila nak putus pun abah the last person yang tahu.Ain tak kesian ke tengok abah?”

Ain garu belakang leher.Abah dah masuk mode abah tunggal. “Abah jangan cakap macam tu.” Ain tarik nafas tenang. “Ibu pun belum tahu lagi.See..You’re not the last person.” Ain cuba sengih.

“Lepas ni call ibu.Bagi tahu dia.” Mug ditarik dari meja. “Long buat apa dekat Ain sampai mintak putus ni?”

Ain jongket bahu.Remote tv dicapai. “Dia ok je.Kitaorang takde chemistry.”

“Then?Terus putus macam tu je?Senangnya cerita korang.” Berkerut dahi Encik Fauzi.Cincin di jari manis Ain menarik perhatiannya. “Tu yang Ain pakai lagi tu.Putus ke idak ni?”

Ain mengangkat jari bercincin.Dia menarik senyum perit. “Abah time putus dengan ibu dulu ada rasa macam Ain rasa tak?” Bergetar suara Ain.Apa kau cakap ni? “Seksa sangat ke abah?”

“Ain muda lagi.Tak macam abah.” Kopi dihirup.

“Abah..”

“Hmm?”

“Agak-agak..Berapa Ain dapat kalau gadai cincin ni?” AIn sengih.Cukup tak nak beli iPod baru?

Encik Fauzi menepuk dahi. “Ain!Jangan buat benda bukan-bukan.Simpan cincin tu.”

***

“Ibu..” Ain buat muka. “Ain dah kata kan hari tu.Ain tak nak.” Long di hadapan dijeling tajam.

“Long tolong tengokkan Ain ni.” Puan Noora memandang Long di hadapan. “Kamu berdua cuba bincang elok-elok dulu.Benda putus tunang macam ni tak boleh buat main-main.” Dia menarik nafas tenang. “Ma kamu dulu nak sangat tengok kamu dua orang disatukan.Do take another chance.”

“Long cuba.” Long senyum nipis pada Ain.

Ain berkerut dahi memandang Long.Apa lagi? “Ala ibu..Setakat guy macam Long ni ramai lagi yang Ain kenal.Ibu pilih je.” Ain sengih pada Puan Noora.

Long tajam memandang Ain. “Ain.What a nice ring.” Matanya diisyaratkan pada cincin tunang yang masih di jari Ain.

Ain pantas menurunkan tangan dari atas meja. “Oh.The cheapest one.Biasa-biasa je.” Innocent look. “Agak-agak ori ke idak?”

“Ain!” Serentak dua pasang mata memandang Puan Noora.Ain buat muka.Ibu sound depan Long!

Long sengih.Matanya gaya tunjuk sign ‘Kan dah kena marah.’

6 comments:

  1. grea..takan nk bia sepi jee?
    kalau beberapa hari atau minggu..oke laa..
    jgn la bulan atau tahun..dont want..
    nnty rindu woo..

    waahh..ain sgt slumber..haha..

    ReplyDelete
  2. adeyh!slamber glur +
    semp0i d0wh..alaaaa cm
    lme je nk st0p.jgn laa
    lme sngt..huhhu

    ReplyDelete
  3. long ngan ain ni kan..
    nak kena tarik tinge ni..

    ReplyDelete
  4. hahaha.
    long tu mmg syok kat Ain ni..
    tp taknak ngaku je tu
    =)

    ReplyDelete
  5. omg do continue TwT best gle

    ReplyDelete