Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD

Friday 14 January 2011

Depan Buku [Cerpen]

“Boleh buat tak?”

Garu kepala. “Boleh.Tapi slow,slow.” Phiya angkat muka. “Ni spoil sikit.”

Lelaki di hadapannya membetulkan kaca mata miliknya. “Mula-mula memang macam tu.Karang praktis banyak-banyak la.Try buat dulu.”

Phiya angguk.Tau.Tau.Tangan laju menekan kalkulator. Haih! “Rindu zaman lower form.”

Imran sengih. “Awal-awal memang macam tu.Jangan pressure sangat.Baru Form 4.” Handset dikeluarkan dari saku.Waktu dipaparkan di skrin dipandang sekilas. “Got to go.”

“Dah habis dah?” Phiya melepaskan pensel mekanikal di tangan.

Angguk. “Next week kita cover topic ni kasi mantap.Then,masuk topic baru.” Buku dan kertas kajang disimpan masuk ke dalam sling bag. “Ok?”

“Eden try.”

***

“So how?”

“Panggil aku cikgu dulu.” Imran sengih sambil menanggalkan helmet di kepala.

“So cikgu,macam mana kelas hari ni?Budak-budak nakal ke?” Lann dah masuk gaya Cikgu Besar cakap dengan cikgu yang baru praktikal.

Shrugged. “Ok.Tak susah macam aku expect.”

Mereka beriringan melangkah masuk ke bahagian belakang kedai makan tu.Muka Imran pun dah aci pucat tunggu kena maki.

“Agak-agak cikgu nak kena marah ke ni?” Imran memandang sekeliling.Kak Wani tak ada.Clear!

“Hah..Siapa suruh cikgu lambat.” Lann dah keluar untuk ambil order.

Imran mencapai buku nota dan pen di dalam saku apron yang tergantung.Asal rasa macam tak terlepas kena marah ni?Redah la.Dia pusing ke belakang untuk ke kaunter dan baru buat gaya spinning wheel dah kena..

“Ha,baru nampak bayang Imran.Mana pergi?Akak tungguk lama.” Kak Wani siap bercekak pinggang depan pintu masuk bahagian belakang.

Nak kena dah..

“Try tengok jam pukul berapa.Janji datang awal,ni siap lewat puluh-puluh minit.Ingat akak bukak kedai ni saja-saja ke?Bayar gaji saja-saja suruh Imran datang lewat?”

Tutup telinga dengan angin dan jalan main redah je depan Kak Wani.Takkan nak menjawab.Memang salah dia pun. “Sorry kak.”

“Berapa kali nak cakap..”

***

“Kakak,minggu ni nak kelas lagi ke?” Puan Maznah duduk berhadapan Phiya.

Roti bakar disua. “Boleh jugak.” Mana tau kut-kut dapat offer boarding school.Mahu merangkak dia nak kejar bila pindah sekolah baru.Banyak nak kena prepare.Kejap. “Cikgu mana ma?”

“Abang tu nak?”

***

“Eh?” Imran mencapai kain lap meja di meja sebelah. “Boleh tu boleh.Tapi kali ni saya tak boleh nak extend dah.” Dah serik kena tegur.

“Hari Rabu lah ya?”

“Ya.Ya.Insya Allah.”

Panggilan dimatikan.

“Kau dah dapat jadual kelas?” Lann menyiku Imran.

Blur. “Jadual?Mana kau ciplak?” Kut cepat tangkas budak ni cari information.

“La..Masa register hari tu.Kau kalut sampai lupa nak taruk dalam file.” Sungguh kerja kalut la kawan ni sorang.

Imran mengetuk pen pada hujung meja.Register..Jadual..File.. “Aku copy kau punya je la.Senang cerita.”

Lann berkerut dahi. “Zaman bila kita sekelas?Kau mintak dengan budak baru kenal tu la.”

Susah.Baru masuk dah kalut itu ini. “Budak mana?”

“Yang rempuh kau hari tu.”

“Zana.”

3 comments: