Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD

Monday 30 May 2011

Fragile 26

Jemari dilarikan di celah rambut dengan rambut dicancangkan main guna jari.Sapu tangan dicapai dan dilap sisa-sisa gel pada tangan.Jet melangkah keluar bilik.Langkahnya mati di hadapan cermin.Laju mata dilarikan pada susunan barang milik Are di atas meja.Blusher,bedak,bedak lagi dan..Dia tersengih sendiri.Terdesak yang teramat sangat!Tangan mencapai botol perfume Are dan disembur terus ke blazer.Perfume yang Zeyq bagi sempena birthday Are.Kalau ingat balik memang nak gelak.

“May Allah bless you.Happy birthday.”

Are tak berkelip. “It’s..for men“

Zeyq sengih. “Ingatkan dua-dua sama je.”

“You’re married.” Are bersandar pada pintu bilik.

Jet berpaling.Senyum automatik terukir. “Dengki?”

Are menghampiri Jet. “Congrats awak.” Tangan Jet disalami gaya formal. “Awak pakai smart sangat,nanti tenggelam saya.” Are menarik Jet menghampiri kerusi panjang.Dia berdiri di atas kerusi panjang sambil menghadap Jet.Jemari dilarikan di celah rambut Jet. “Tak cukup stylo la bro.”

“Asal gaya tak happy?”

Are sengih sambil jongket bahu. “Awak hot saya cool.Awak timbul saya tenggelam.Budak-budak baru kat office tu habis cakap pasal awak?”

Dahi Jet berkerut. “Cakap pasal awak dengan saya?”

Mata Jet direnung seketika.Innocent sungguh Jet. “Pasal awak je.Diaorang tak tahu saya wife awak..” Are cuba mengingati kembali budak-budak di pejabatnya. “Siap nak usha lagi tu.Apa diorang ingat senang ke nak dapat awak.” Nafas dihela.Jenuh tunggu dari sekolah menengah.Dari lower form.

“Budak-budak tu..women ke?” Sambil dia cuba memikirkan kata-kata Are tadi. ‘Ingat senang ke nak dapat awak.’ ‘—nak dapat awak.’ “Susah sangat ke nak dapat saya?”

Riak muka Are tak berubah.Straight to the point punya soalan. “Saya rasa Greenday lagi cool berbanding Jet.”
“Try to drop the subject?” Jet menarik pipi Are.

“Lalala..”

***

Bangle disarungkan ke tangan kanan Are.Are tersenyum sendiri.Orang lain bagi gelang kurang-kurang daripada perak.Jet jugak yang ‘unik’.Terima je la.

“Skype time lunch,balik office dengan lepas Isyak.” Jet menampalkan ‘sticky note’ pada beg laptop Are.

Dia menghela nafas dengan pandangan tak lepas daripada beg laptop yang penuh dengan ‘sticky note’ dari Jet. “Seminggu je.”

“Kira okay aku sampai Malaysia awal.Karang kena dera anak-anak aku.” JJ menggeleng sendiri.Memang masalah besar la kalau Are tinggalkan Jet dengan Aiman dan Amani.

Jet menghampiri Are. “Kalau tak Skype,I fly cari you.”

Are berkerut dahi.Apa kes bisik-bisik ni. “Take care of our home.No girls,no women,no talking to the girls in my office.” Nada mengugut.

“Back to you.” Jet mengeluarkan pen dari beg laptop Are.Dia menulis sesuatu pada ‘sticky note’ di tangan.In case she forgets. ‘Sticky note’ ditarik. “Kejap.” Dia menampalkannya pada ‘sweater’ yang disarung Are.Sengih.

‘I’m married.’

“What the..!” Laju nota kuning itu ditanggalkan. “I fly dulu.” Laju Jet dan JJ ditinggalkan.Dan baru dia sedar..I-you?

***

“You’re right!”

Are bulat mata. “Serius?Be careful!”

Jet terkejut.Asal ‘caring’ tahap tak pernah ni. “Dia orang praktikal ke?”

Angguk. “Ada yang baru.”

“Lepas meeting tadi ada jugak yang tegur..” Jet cuba mengingati peristiwa petang tadi. “..Aaa..Takkan nak I cerita satu-satu.”

Are muncung. Jet pada skrin dipandang seketika. “Off dulu.Assalamualaikum.Have a nice dream.” Mouse digerakkan.Ni pertama kali dia buat macam ni.Rasanya.

Jet hanya memerhati riak Are yang berubah. “Tak nak join I tengok bola?”

Geleng.

“Your favourite team.Manches..”

Padam.Kata-kata Jet mati di situ.Skrin yang tadi terisi dengan imej Are kini kosong. “Wa’alaikummusalam.”

5 comments:

  1. are jealous...sweet je..siap tulis "i'm married"...

    ReplyDelete
  2. are merajuk...pujuk jet jgn xpujuk tu

    ReplyDelete
  3. oho..
    ade org jeles la..
    begitu susah nak dptkan awak ya

    ReplyDelete