Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD

Sunday, 17 July 2011

One 2

“Eii?” A’an masih blur.

“Tak ingat dah ke?” Baru petang tadi kenal.Kut cepat sangat delete memori.

A’an pandang Ka’at.Aidil di sebelah pula direnung tak berkelip.Pandangannya beralih pada Pak Din. “Anak sulong Pak Din ke?”

“Eh,Along dah kenal A’an?”

***

Kaki A’an berhenti menghayun. Dia bosan sebenarnya dengan Aidil yang dari tadi senyap.Boleh jadi Aidil tertinggal suara dalam kereta kut.

“Dil,kalau setakat nak duduk macam ni je..” Wajah Aidil dipandang sekilas. “..baik balik.”

Aidil masih tak bergerak dari posisi.Langsung tak endah dengan A’an di sebelah.

“Weh.” Kaki Aidil yang bersarung selipar jepun ditendang dengan sandals.

Aidil tak berkelip memandang A’an di sebelah. “Hah?”

“Balik nu..”

“Aku balik dulu.” Dia bangun dari bangku.Aidil mengangkat ‘salute’ pada A’an sebelum menuju ke arah keretanya.

A’an angguk.Typical Aidil.

***

Rasa berkesan ke?” Dia pandang sekeliling.Props sana sini untuk aktiviti selanjutnya bersama penghuni Rumah Amal.

Ka’at tak berkelip memandang Aidil.Tak faham sebenarnya. “Why not?”

“Game ni typical.Boring.Tak bawa impak sangat.” Main sembunyi props belakang individu lepas tu apa entah.Bosan. “Ni je yang boleh sumbang?”

“Damn.Aku patut join group lain tadi..” Ka’at menggugamam sendiri pada dirinya.

Dia berkerut dahi. “Huh?Tak dengar.”

Ka’at bangun dari silanya. “Kau jerk.” Dia meninggalkan dewan itu.Habis segala props dirempuh buat tak nampak.

“Ka’at!” A’an mengejar dari belakang.

Dia teringat kes pagi tadi.Pada mulanya tak rasa apa-apa.Bersalah pun tak.Memang susah bila ada pihak tak bagi kerjasama.Punya lah jenuh Kak Ita taip surat buat kertas kerja invite students dari ipt lain tiap-tiap tahun.Tapi yang datang boleh kira dengan jari.Dan murah hati pulak university dia punya admin bagi kerjasama apabila uni lain buat program.

Tapi malam ni dia baru rasa bersalah.Selepas dia tahu yang Ka’at tu anak Pak Din.

Note to myself : Mind your manner.

***

“Aidil?” fikirannya berputar.Ah!That guy memang patut kena campuk masuk parit belakang rumah Atok.

“Bukan aku.” Jol cuba clarify situasi yang langsung dia tak rancang.Dia cuma mangsa dalam rancangan Aidil yang entah apa entah.

“Ok then.You may go.Aku nak shopping sikit.” A’an pusing ke belakang dan mula menapak meninggalkan Jol.

“Watsons?” Jol berjalan di sebelah A’an.

Dia senyum. “Nak join?”

Jol jongket bahu. Langkahnya masih beriringan dengan A’an.Susahnya nak dekat dengan awak.

“Selalu shopping hari Sabtu?”

Shrugged. “Depends.Normally dengan mangkuk tu.”

“Mangkuk?” Jol tak faham.

A’an mengetap bibir.Mangkuk! “Aku nak cari mangkuk la.” A’an melangkah memasuki entrance Giant.

Jol ketawa.Baru faham!Memang mangkuk pun.

***

+How’s the date?

Aidil membiarkan handsetnya di sebelah mouse.Pintu tandas ditolak dan ditutup.

***

A’an berhenti mengacau minuman dengan straw.Mesej yang baru diterima dibaca.

+How’s the date?

Malas layan.

***

Aidil memandang skrin handsetnya.Tiada mesej yang diterima.Tengah ayan date ke apa.

+Let me remind you to thank me

***

Thanks?A’an buat muka pada skrin handsetnya.Tak rasa nak berlawak dengan Aidil buat masa sekarang.Dan zaman bila dia date?Jol di hadapan dikerling seketika.

“Aku rasa nak balas balik.”

“Hah?” A’an tak faham.

Jol dah keluarkan aura sengih keji. “Balas balik apa yang Aidil buat.” Dia cuba membaca reaksi wajah A’an. “Nak?”

“Ah..That’s awful!” A’an buat-buat gaya terkejut.Kemudian dia gelak. “Sure.” Jemari laju menekan keypad.

-Thanks bro.Aku happy gila.He’s nice

***

Aidil kalut mencari tisu.Spoil!Habis tumpah air kotak Angah beli.Hulaa..Dah la bergula.

Note to myself : Jangan baca mesej sambil tangan pegang air kotak

***

“Datang rumah aku kes nak tanya tu je?” A’an menggaru buku lali dengan kaki.Kacau sungguh.

Aidil gelak. “Nope.”

Lagi tambah musykil.Kenapa mood ala-ala good morning mickey ni? Dia berdehem.Serius tak serius. “Kenapa datang?” A’an duduk di atas kerusi batu menghadap Aidil.

Adil pusing ke kanan.A’an yang tengah keliru turut pusing ke kanan. La..rumah Ka’at rupanya.

“Ka’at ada?”

Kening A’an terangakat. “Tett!Wrong house.” Masih tak faham sebenarnya.

“I’m looking for Ka’at.” Aidil memandang A’an. “An kau kena tolong aku.”

A’an pejam celik matanya.Apa ni?Tak faham.Tak faham. Tak nak faham. “Do I look like Ka’at?”

“Teman aku jumpa Ka’at.” Takkan tak faham kut.

A’an menarik nafas dalam-dalam. “Jom.” Dia melangkah keluar pagar rumah.Jemarinya menekan-nekan loceng rumah Ka’at. “Ka’at!Ka’at!” Dia tunduk sedikit cuba mencari kelibat Ka’at di pintu.Haish..Mana ni.

“Ada tak?”

A’an rasa nak sekeh je Aidil yang betul-betul kat belakang dia. Rasanya Aidil lagi tinggi dari dia,takkan tak nampak kut. Dia pusing menghadap Aidil. “Ada.Ada.Tu ha..” Telunjuk A’an mengarah pada gazebo rumah Ka’at.

Aidil menuruti telunjuk A’an.Mananya? “Tak nampak pun..” Aidil baru dapat mencerna joke A’an. “Haish..Anak Mak Tom nak kena sekeh ke?” Dia tunduk sedikit memandang tajam A’an.Memang Ka’at tak ada pun kat gazebo tu!Saja nak buat lawak tak lucu.

Sengih. “Anak Cikgu BM marah ke?”

“Ni anak TNB yang tengah marah.”

A’an dan Aidil sama-sama toleh ke belakang.Ka’at!

2 comments:

  1. mne 1 hero n heroin nie..kejap rse a'an n aidil..kejap rase ka'at n aidil..tpi jol spe lak??alamak,lost2~~
    tpi besh,nk lgi..huhu

    ReplyDelete