Ini saya yang dulu..
“ED!!”
Edi memalingkan mukanya daripada cermin.Keningnya terangkat sebelah.
“Huh?”Wajah Tia dipandangnya.
“Wei!Cepat la!Udah..udah la tu!Tudung kau dah ok dah!”Tia berdiri sambil menunjukkan jam tangannya.
“Tak pernah,pernah kau puji aku.Time ni jugak kau nak puji,”Edi sengih sambil mencapai beg sandangnya.Tia buat muka.Edi mematikan langkahnya. “Lorh!Mak cik merajuk ke?Jom ar!Tadi kata nak cepat.”
“Your name tag,”Tia menghulurkan name tag yang ditulis ‘Edlina binti Aziz’ kepada Edi.Edi sengih sambil memakai name tag, “Thanks.”
Edi mengerak-gerakkan kepalanya.Dia menekan-nekan jari jemarinya.Letih dan mengantuk semalam masih berbaki.Nak boleh ke siap assignment tu sampai kena berjaga sehingga pukul 3 pagi.Fuh!Last minute punya pasal.
“Tia..”Edi menarik gelas di hadapannya.Air milo ais membasahi tekak.
”Hmm..”mata Tia masih tidak beralih daripada nota-nota akaun yang berkajang-kajang.
”Boring ar..Mana lagi geng lain?”Edi memandang sekeliling kawasan cafeteria.Takde satu pun yang dia kenal.Kalau setakat senyum bila jumpa and tahu nama je,bukan boleh buat geng nak jadi satu kepala dengan dia.Tu pun nak jadi kawan pun kena tengok atas bawah belakang depan dulu.
Tia mengangkat muka memandang Edi di hadapannya.Dia melambaikan tangan.Edi berkerut dahi.Kena sampuk ke apa?
“Tu kat belakang kau tu..”Tia menarik muncung.Edi memandang belakang.Dia senyum pada tiga orang lelaki yang sedang berjalan menuju ke tempatnya.JJ,Luke and..sape tu?Edi memandang lelaki di sebelah JJ.Tak kenal pun.Tak pernah nampak pun.
JJ dan Luke mengambil tempat di sebelah Edi dan Tia.Sedikit berjarak.Lelaki itu hanya berdiri di sebelah JJ.
“Bro,duduk ar!”JJ menjeling kea rah tempat duduk kosong di sebelah kanan Edi.Edi bulat mata.Gila.Nak kena apit dengan anak teruna orang?No!Tapak tangan aku ni ringan je nak kasi penampar.Edi berdiri.
“You duduk la dulu..I sit with Tia,”Edi senyum tanpa perisa kepada lelaki yang tidak dikenalinya itu.Lelaki itu senyum.Mereka bertukar tempat duduk.Edi kini duduk menghadap entah anak teruna siapa entah.
“Dah order?”Tia memandang Luke di sebelahnya.Luke sengih sambil mengangguk.Tia menjeling kea rah lelaki di hadapan Edi.Dia memberi isyarat pada Luke, ‘sape tu.’
“Girls,ni geng baru aka new comer kat u ni..Aim!”Luke memandang lelaki di hadapan Edi.Dia berpaling daripada memandang Edi di hadapannya.
“Ye..”Dia mebuat muka bertanya.Semua mata memandangnya,termasuklah Edi.
“Mind to intro?”Luke sengih sambil menjeling kea rah Tia dan Edi di sebelahnya.Lelaki itu mengangguk.Dia senyum.
“I’m Aim aka Aiman Haziq bin Khalid.New comer from somewhere on earth.Budak civil engineering,nice to know you all..”Dia memandang semua mata di meja makan itu sambil senyum.
“Oh..Orang mana?”Tia memandang Aim yang baru mengalihkan mata ke arahnya.
“KL..”Aim meneguk air limau yang baru dihantar oleh Abang Mat pembantu cafeteria. “Err..You girls,mind to intro?”Aim memandang Tia dan Edi silih berganti.Tia sengih.
“Sorry,thought that Luke had done it,”Tia menjeling Luke di sebelahnya.Luke sengih.Tia berdehem kecil. “I’m Atilia Hamid.Budak akaun and asal Johor,”Atia menyiku Edi di sebelahnya.”Huh?What?Oh..Ed!I’m Edlina Aziz.Kelantanese.Same as Tia,”Edi membetulkan tudungnya.Cover malu.
Edi menghempaskan badannya pada katil.Dia menarik nafas panjang.Letih masih tidak hilang.Pin dan tudung diletak tepi.Dia menarik handset daripada poket seluarnya.Jarinya pantas menekan-nekan butang pada handset.Matanya mencari sesuatu dalam list lagu.Dia menekan butang ‘play’.Lagu Ghaibmu-Imran Ajmain memecah sepi bilik.Dia memejamkan mata.Mengundur beberapa langkah ke belakang mengingati semula kisah lama.Dia menelan air liur.Perit.
Tia masuk ke bilik.Dia memandang Edi di katil.It happens again.Tuala disidai di tempat menyidai.Dia mencapai sikat lalu duduk di atas katilnya.Sikat melalui celah-celah rambut Tia.Matanya masih tertumpu pada Edi.Dah faham dengan Edi.Kalau lagu-lagu camtu dimainkan,maknanya ‘Jangan Ganggu Edlina Aziz’.
Edi celik setelah Imran Ajmain mengakhiri lagunya.
Banyaklah orang menanam pulut,saya seorang menanam padi.
Banyaklah orang karam di laut,saya seorang karam di hati
“Jiwangnye..”Tia membuka mulut memandangkan sign ‘Jangan Ganggu Edlina Aziz’ dah tak ade.Edi terkejut,dia memandang Tia di katil yang sedang sengih.
”Tension la!”Edi cuba menempis andaian yang dibuat Tia.
“Ek eleh..Siap lagu jiwang lagi,”Tia mengusik.Dia berjalan dan mengambil tempat di sebelah Edi yang menghadap tingkap. Mereka sama-sama memandang langit malam. “Edi..”Tia masih tidak mengalihkan matanya pada langit.
“Hmm..”Edi membetulkan duduknya.Dia merapatkan kedua-dua lututnya ke dada.
“Kau ok?”Tia memandang Edi cuba membaca riaknya.Edi mengalihkan pandangannya pada Tia.Dia senyum malas.
“It’s a long journey..It’s life.I’ll handle it by my own.No need to worry la,”dia bangun berdiri mencapai tualanya.Tia hanya memerhati.Edlina Aziz..Tia menggeleng.Edi menghilang di sebalik pintu.
“Edi!”
Edi memandang tuan punya suara yang memanggilnya.JJ melambai dari parking kereta.Edi sengih.Dia berjalan menuju ke arah JJ.
“Pe kes?”Edi membetulkan kedudukan beg galasnya.
“Kita orang nak pergi jamming,kau nak ikut?”JJ memerhati riak Edi.Menanti jawapan.Edi senyap sebentar berfikir.
“Sape kita orang tu?Tak nampak pun Luke,”Edi memandang sekelilingnya.Bayang Luke pun tak nampak.
“Lorh!Aku ngan Aim la.Luke pergi main futsal,”JJ menjeling kea rah bahagian dalam kereta yang menjadi tempatnya bersandar.Edi turut melihat ke tempat yang sama.Baru dia perasan,ada orang di dalam kereta Proton Wira hitam itu.
“Hmm..Tak kut,”Edi membuat muka malas.JJ berkerut dahi.Aish!Budak ni.Kalau sebelum ni,pantang sebut jamming mesti nak ikut punya!’
JJ mengangguk. “Takpe la camtu.Sorang je?Tia mane?”
Edi mengangkat bahu,”Library..”Edi menjawab ringkas.Rasanya tak perlu nak buat mukadimah soalan untuk jawab soalan camtu.
“Kalau camtu,kita orang pergi dulu ar,”JJ senyum.Edi mengangguk.JJ membuka pintu kereta.Aim senyum.Edi hanya membalas dengan senyum tanpa perisa.
“Bye!”JJ melambaikan tangan terlebih dahulu sebelum menutup pintu kereta.Memisahkan Edi dan Aim.Kereta Proton Wira hitam mula meluncur di atas jalan.Edi hanya memerhati.Hon dibunyikan sebelum kereta itu hilang di persimpangan.Edi mengeluh.
Suasana di meja makan itu tidak kedengaran sebarang suara.Hanya sudu dan garpu yang belaga sesame sendiri.Edi,Tia dan Aim melayan perasaan sendiri.Sejak dari Edi dan Tia jumpa Aim masa nak bayar makanan sehinggalah mereka duduk semeja,makan tengah hari bersama,Edi langsung tidak bercakap.Tia berdiri,”Toilet kejap..”Tia mengatur langkah menghilangkan diri di sebalik orang ramai di gerai-gerai makan yang berderet itu.Edi hanya mengangguk.
“E..Edi tahu main gitar kan?”Aim menyusun ayatnya.Edi mengangkat muka daripada pinggan.
“Sikit-sikit..”
“So,you tahulah pasal music ni semua?”Aim mengangkat kening sebelah.Edi,let’s start the conversation.
“Not much..”
“Selalu pergi gig?”
Edi menggeleng.
“You suka genre camne?”
“Hmm..Rege-rege,”selamba Edi menuturkannya.Aim berkerut dahi.Tidak memahami maksud Edi.
“Rege-rege?”Aim memandang Edi di hadapannya.Edi senyap berfikir sebentar.
“Hmm..Contoh,Yuna ke Mocca ke.Akustik camtu..”Edi menghirup jus orange di dalam gelas.Aim mengangguk.
“Inde?”Aim turut membasahi tekak dengan milo ais.
“Yea..Kinda,but not all,”Edi mengalihkan pandangannya daripada bertemu mata dengan Aim.Kini dia rasa tidak selesa.Tia..
Suasana di meja makan kembali senyap.Silence is better daripada kena soal siasat macam CSI yang tak bertauliah ni.
“JJ selalu citer pasal you..”
Edi mengangguk.Muka JJ terbayang-bayang.Kawan aku sorang.Harap je nama sebenar Azi Azmin bin Halim,entah dari mana asal nama JJ tu.Kasanova top 10 kat u.Hehe..rating yang aku sendiri bagi.Dulu pun aku ngan Tia nyaris-nyaris kena.Tapi awal-awal dah kena reject..Entah macam mana mereka boleh jadi satu kepala lepak sama-sama.
“Dia citer pe?”Edi mula berminat untuk tahu.Karang diceritanya benda-benda yang tak ade dalam fakta,mahu tak berasap telinga.Harap je lelaki,mulut boleh tahan.
“Na..About how you two met.”Aim sengih.Edi mengangguk.
“Can I get your phone number?”Aim dah sedia dengan handset ditangan.Edi bulat mata.Gila!Ingat senang-senang nak kasi.
“edlina @yahoo.com “Edi kembali menghirup jus orange nya.Aim memandang Edi dengan dahi berkerut.Biar betul,aku salah cakap mintak e mail ke tadi?
“I mean phone number,”Aim mengangkat handset nya menunjukkan isyarat pada Edi.Edi mencebik.Ceh!Ingat aku tak tau beza ke phone number ngan e mail.
“No need la..”
“Kenape pulak?”Aim keliru.Bukan nak buat ape-ape pun.
Edi menggeleng, “Ym is better..”
Aim menarik muncung.Edi menahan ketawa, “Like a kid la”
Aim menjeling cuba merajuk.Edi hanya memerhati dengan sengih.
“Er..Hi?”Tia yang dari tadi berdiri di belakang Edi memandang Edi dan Aim.Dah buat conversation dah?Aku pergi lama sangat ke tadi.
Edi memandang Tia di belakangnya, “Bila sampai?”Tia mengambil tempat duduknya di sebelah Edi.
“Did I miss anything?”Tia mengangkat kening sebelah sambil memerhati Aim dengan gaya rajuknya.Edi turut memerhati Aim.
“I guess nope!”
Aim> Hi!
Edi berkerut dahi.Tiba-tiba keluar pop out baru kat yahoo messenger.Sape pulak ni?
Ed’s>Aim?
Aim sengih sambil menggeleng.Edi..
Aim>Lol!Dah terpampang nama kat skrin ni..Takkan tak kenal-kenal lagi kut..
Edi’s>Mana tau ni mamat negro mana tiba-tiba datang tak bagi salam
Aim>Uiks!I’m Malay kay.. >=(
Edi’s>Aiseyh..already know la :p
Edi sengih sendiri.Entah macam mana dia boleh menerima Aim as a friend.Maybe start daripada conversation yang tak rasmi kat food court tadi kut.He’s not that bad..
Aim>Tengah wat per tu?
Edi’s>Tido..
Aim>Ek?Mimpi pe?
Edi’s>Mimpi tengah tido..
Aim>Serious la.. :-/
Edi’s>tengah lepak
Aim>ngan Tia?
Edi’s>Nope!
Aim>Abeh?
Edi’s>Sorang je..
Aim>Sorang pun orang panggil lepak gak ke?
Edi’s>Abeh nak panggil pe..
Aim>Boring ek?
Edi’s>Sangat boring!
Aim>Kalau camtu,bagi I ur phone number.
Edi’s>For what?
Aim>Kata boring..
Edi’s>Dah tak boring da..got to go
Aim>awalnya
Edi’s>salam
Edi’s is offline..
Edi mengeluh.Komputer ribanya diletakkan kembali di atas meja belajar.Dia mencapai handset di atas katil.Baru pukul 9.00 pm.Tia dah keluar,katanya nak pergi tengok Luke main futsal.Ni yang boring ni.Baik-baik je chatting tadi,terus offline.Bukan tak nak bagi phone number tapi malas nak layan other guys even as a friend.Cukup la JJ dengan Luke and..Edi menggeleng.Dia pantas beridiri mengatur langkah ke tempat mengambil wuduk di luar bilik.Paip dibuka.Air jernih mengalir.Tangannya dibasahkan,wajahnya,lengan,rambut dan kaki turut diratakan dengan air.The best crying shoulder..Allah.
Green Day-Know Your Enemy memecah sunyi bilik.Edi menggosok mata.Perlahan-lahan dia mencapai handset di sebelahnya.Dia melihat nama pemanggil,anonymous?Siapa pulak call malam-malam camni.Ni mesti budak main number!
“Hello?”
“Hi..Tidur ke?”Edi berkerut dahi mendengar suara pemanggil.
“Ni sape ni kacau orang tidur malam-malam buta ni?!”Edi meninggikan suaranya.Dia menjeling kea rah Tia di katil sebelah,kalau-kalau Tia terjaga dengar suara dia.
“Aiseyh.Garangnya.Ni Aim la..”
Bulat mata Edi.
“Mane dapat number ni?”
“Kat kedai..”
“Wei..Serious,mana dapat number ni?”
“JJ..”Aim sengih di sebelah talian.
“JJ?!”suara Edi bernada terkejut.Ni yang nak kena keluar langkah silat ni.
Aim menelan air liur.
“I yang mintak”
“JJ mana JJ?Panggil dia kejap!”
“Er..In logic thinking.Right now..he’s sleeping”Aim sengih.Pukul 3 pagi camni, sah-sah tengah tidur.Edi mengigit bibir.Aim mengerutkan dahinya.Kenapa tiba-tiba senyap?
“Edi..Are you there?”
“Hmm..Sleepy ar.Nite”perlahan Edi menjawab.Aim mengangguk di sebelah panggilan.
“Kay..I’ll be in your dream.Nite”Senyum terukir di bibir Aim.Edi menelan liur.Dahi Aim sedikit berkerut apabila mendengar ketawa Edi di sebelah talian.
“It will be a nightmare.”Edi sengih.Panggilan dimatikan.Edi meletakkan kembali handset di tempat asalnya.Dia tersenyum sendiri.Tiba-tiba Edi menggeleng kecil.Tangannya menggosok kepala.Edi..Edi..What are you thinking about!
Luke yang baru keluar daripada bilik air mengambil tempat duduk di atas kerusi meja belajar.Dia menghadap Aim dan JJ yang sedang duduk di atas katil dengan masing-masing mengangkat lutut sebelah.Tuala masih digantung pada leher.
“Boring ar!”JJ menungkatkan kedua-dua belah tangannya pada katil sambil memerhati Aim yang sedang memetik gitarnya.Luke sengih.”Mentang-mentang hari ni tak keluar ngan awek,baru pikir nak kata boring?”JJ pantas mencapai bantal lalu dilemparkan pada Luke.Luke menahan dengan tangan sambil ketawa.JJ sengih.Memang betul pun apa Luke cakap.Kalau ikutkan kebiasaan,tengah hari Sabtu macam ni,memang susah nak jumpa dia kat bilik.Kalau tak keluar ngan awek pun,keluar ngan makwe.
“Kau tak de bilik sendiri ke,Luke?”JJ bernada sarkastik.
“Ceh!Lepak ar bro!”Luke membuat muka selamba. “Kero keluar.Boring aku duk hadap dinding je!”
Luke menjeling kea rah Aim dengan gitarnya.Dia sengih sambil memberi isyarat pada JJ.JJ mengangguk bersungguh.Pap!Bantal kena pada belakang Aim.Tangannya berhenti memetik gitar, “Woi!”Dia memandang JJ dan Luke silih berganti.Tak ade angin,tak ade ribut camne bantal boleh melayang kat belakang ni?Kedengaran suara ketawa Luke dan JJ memenuhi ruang bilik.
JJ cuba menahan ketawanya yang semakin rancak.Aim berkerut dahi.Dia menggeleng kecil. “Teko punya kawan!”Aim sambung memetik gitarnya tidak mempedulikan JJ dan Luke yang masing-masing terlopong.Teko?
“Kau angau ek?”Luke bangun memandang tepat wajah Aim dengan riak muka mengejek.
“Huh?”Aim memandang Luke dengan kening terangkat sebelah.Luke memandang JJ,sekali lagi JJ mengangguk. “Sah angau!” JJ menampar belakang Aim sambil sengih pada Luke.Aim berkerut dahi.Luke dan JJ berpandangan sesama sendiri.
“Awek mana yang kasi jatuh saham macho kau tu?”Luke duduk di sebelah Aim sambil menyiku lengan Aim.Aim tersengih sendiri,matanya tertumpu pada tingkap.
“Kau cakap siapa!”JJ membuat riak serius. “Erin ke,Sya ke,Or..Lia?”JJ menyebut satu persatu nama pelajar perempuan di universiti itu yang terlintas di fikirannya.Aim ketawa kecil.Dia menggeleng. “Dasar player!”Dia menampar belakang JJ.JJ menggosok belakangnya.Tiba-tiba dia senyap memikirkan sesuatu sambil matanya merenung gitar Aim. “Aku tau!”JJ menepuk tangannya sekali.Dia sengih keji memandang Luke yang serius mendengar.JJ memberi isyarat pada gitar Aim.Luke tiba-tiba tersenyum.Aim buat tak tahu sambil sambung memetik gitarnya. “Edi ek?!”Bulat mata Aim.Tangannya kaku.Dia perlahan-lahan memusingkan kepala memandang JJ di sebelahnya. “Gila!”Aim menggeleng berulang-kali.Takkanlah Edi kut!
Dia masih ingat lagi sewaktu Edi tiba-tiba tibai belakang JJ masa lunch hari tu.Tak terlintas langsung Edi nak marah sampai camtu just because the phone number.Tersedak JJ!Habis satu gelas air sirap dia teguk.Mahunya tak terkejut,tiba-tiba datang kasi penampar kat belakang.Aim pulak terlopong tengok Edi.Tu pun nasib baik dia sempat sembunyikan handset nya di dalam poket.Kalau tak,sah Edi rampas terus delete phone number tu.Dia sendiri tak faham sebab Edi susah sangat nak bagi phone number.Aku pun kawan dia pe!
Ending nya,Aim kena belanja JJ lunch for a whole week for forgiveness.Tu pun kira nasib baik JJ jarang lunch kat luar,kalau tak alamat kering la Aim!
Edi meletakkan pelembap bibir kembali ke rak.Dia membuka beg sandang hitamnya.Kekunci handset ditekan-tekan.Riaknya berubah seketika.
‘Sorry..In cinema ngan Luke’
Tia..Edi menggigit bibir.Nak balik dengan siapa camni?Kalau dengan bas kena berhimpit la nampaknya.Tambah-tambah waktu camni.Edi mengeluh.Matanya tertumpu pada jam tangan.Kalau nak tunggu Tia habis tengok movie,fuh!Pukul 6 petang pun belum conform sampai hostel lagi!
Edi melangkah keluar daripada Guardian.Matanya meliar pada orang ramai di dalam mall.Tangannya sudah berat membawa beg-beg plastic barang-barang yang dibelinya.Lagi satu problem!Beg plastic punya la banyak,takkan semua nak angkut naik atas bas kut.Kalau ambil cab pun..mana berani!I’ll be the only girl in there dengan driver yang entah hati camne pun tak tau.
“Edi?”Aim yang tiba-tiba lalu di hadapannya berhenti memandangnya dengan muka terkejut ala-ala baru nampak alien kat tengah mall.Edi berkerut dahi.
“Do I look like an alien or what?”Dia mengeluh.Aim sengih. “Sorang je?”
Edi memandang serius Aim.Ada nampak aku berdua or bertiga ke?Aim mengangguk faham.Bad mood la tu..
“So..shopping ek?”perlahan Aim menanya.Edi mengangguk.Aim senyum,matanya dialihkan pada jam tangan.Dia mengangkat muka memandang Edi, “Sekarang nak pergi mana pulak?”
Edi mengangkat kening sebelah. “Balik..”Aim mengangguk. “Balik dengan apa?”Edi..sepatah ditanya,sepatah jugak dia jawab.Aim menggeleng kecil. “I don’t know..”Edi mengeluh kecil.Aim memandang beg-beg plastic di tangan Edi. “Tumpang Aim la..”Aim menunjukkan isyarat pada beg-beg plastic di tangan Edi.Takkan nak sumbat dalam bas kut.Edi senyap berfikir.
“Ok..”
Mocca-Lucky Man memecah keseunyian di dalam kereta.Edi menggigit bibir.Aim mengetuk stereng dengan jari telunjuk mengikut rentak lagu.Sesekali matanya menjeling kea rah Edi.Senyap je.Dari masuk kereta tadi sampailah kat traffic light,satu patah perkataan pun tak keluar.Aim mengeluh.
“Edi..”
Edi memandang Aim, “What?”
“Nak Tanya sikit..”
Dahi Edi berkerut.Gaya macam Who want to be a millionaire je.. “Pe?”
“Kenapa susah sangat nak kenal Edi?” Aim menjeling Edi di sebelahnya.Muka Edi dah macam orang baru telan cili je.Edi menelan liur.
“Susah ke?”Edi mengalihkan pandangannya keluar tingkap.Aim mengangguk, “Teramat susah..”susahnya macam nak cakap dengan puteri dari hikayat mana entah. “Nak phone number pun macam mintak nak kahwin je..”Aim mengeluh.Edi senyap.Matanya ditumpukan pada pemandangan di luar tingkap.
edlina@y.c is totally not mine
ReplyDelete"rasa brsalah kt tuan punya email yg entah siapa =,='' tu pun kalau wujud."
aaaaaaaaaaa..
ReplyDeletesaya ingat !
hehe.
taknak post cerita jo dalam ni ke?
sy malu nk post la zatie =..=
ReplyDeletetgk la..nk search kut ada lg