Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD

Friday 16 December 2011

Second 3

[Cerpen]

Mata memerhati skrin yang diskrol turun.Kadang-kala mata singgah pada status yang terasa menarik sambil band Jet menjerit di telinga.Tetingkap blog kembali dibuka cuba memastikan samada gambar sudah siap di- upload.Awin senyum nipis.Siap jugak.Itu gambar yang diambil sewaktu dia dengan Ara di balkoni hotel sewaktu di Langkawi.Nampak sangat tak ada kerja.

Tengah hari tadi tiba-tiba Haidar cancel rancangan untuk makan tengah hari sekali,terpaksa la dia dengan Ara baham segala yang ada.

Awin menyambung kerjanya yang tertangguh.Tetingkap Google Chrome di-minimise.

***

“Payed,sebab kau kawan aku la aku cakap.Kalau tak,tak ada la aku susah-susah masuk campur.” Arman merenung Faris yang langsung tak berpaling.Masih dengan kerjanya di meja belajar. “Aku kesian kat kau.”

Faris mengetuk hujung pen ke meja belajar.Dia pusing mengadap Arman di kerusi panjang. “Aku tak ada apa-apa pun dengan Awin.Chill la bhai,kau pun..” Faris menggeleng beberapa kali. “Team partner je la.”

Arman menarik nafas cuba menahan apa yang ingin diluahkan, “Kau dengan dia memang la tak ada apa-apa dah dia tunang orang.Masalahnya kau tu,sejak semalam gaya tak ada mood tu pasal apa?”

Faris menghela nafas. “Line internet tu trouble tengah Skype,tu pasal bad mood.Dah?”

“Pandai.” Arman berdiri lalu melangkah untuk keluar bilik.Langkahnya terhenti, “Tu dalam beg aku ada album kelas kita,tengok ah.”

“Iye?” Laju Faris mencapai beg sandang Arman.Dahinya berkerut apabila yang ada dalam tu cuma pelbagai jenis charger dan joystick. “Man!Tak lawak la bhai.”

Arman sengih , “Obvious la kau, tak ada nya aku nak simpan gambar Awin.”

***

Bibir diketap sambil jemari dilarikan di atas keyboard.Sesekali dia memadamkan apa yang ditaip.Cuba mencari patah kata yang sesuai.Berkerut kening tuan punya badan apabila membaca semula komen yang ditulis.Ok dah ni.

***

Hamba

-I miss the pictures of you with your hijab on =) .No offence-

Awin terkedu membaca komen yang baru diterima.Dia menggigit bibir cuba menimbang sama ada ingin approve atau tak komen ini daripada terus published. Hamba yang sering singgah member komen di blognya.Namun langsung tidak disertakan link blog Hamba.Siapa Hamba sebenarnya?

The pictures of you with your hijab on.Baris ayat yang betul-betul menusuk.Dia terasa,jujur.Dia kembali melihat gambar-gambar yang baru di-upload.Ada gambar dia bertudung dan sebaliknya,entah kenapa tiba-tiba berasa bersalah.Dan keputusan yang diambil benar-benar dirasakan betul.

***

“So next Sunday will be the superb reunion ever!” Faris menyusun helaian kertas pengesahan sewa dewan.

Awin bersungguh mengangguk. “At last,we’ve reached our last so-called discussion.” Dia menjongket bahu sambil menghela nafas.Tup tap tup tap Ahad ni dah reunion batch dia,cepat betul masa bergerak.

Faris memandang Awin cuba memastikan waktu yang terbaik untuk meneruskan kata. “I got something to let you know.”

“ Awin.”

Dada terasa bagai hendak meletup.Terkejut dia apabila tiba-tiba Haidar menyapa dari belakang. Wajahnya terus pucat dengan mata tak lepas memerhati riak Faris.Macam mana diskusi ni boleh spoil tiba-tiba?

Faris angkat muka memandang Haidar di belakang Awin.Cuba mencerna siapa yang menegur tiba-tiba.Abang Awin?Awin ada abang ke?

Haidar senyum ikhlas. “Boleh join?”

Suasana sepi di meja itu.

Haidar menanti seketika sebelum dia sendiri membuat keputusan menarik kerusi di sebelah Awin.Dia berhenti seketika sambil mengetap bibir.Dia senyum cuba meneutralkan keadaan yang sedia keruh . Kerusi di sebelah Faris ditarik.

Tray makanan diletakkan di atas meja. “Dah makan?” Haidar menuangkan sos ke atas burger. Meja yang penuh dengan kertas dipandang seketika sebelum dia mencapai fries dan minuman untuk diletakkan di tengah-tengah meja. “Sila-sila.”

Awin terkebil-kebil. “Haidar?”

“Ye?” Haidar mengangkat kening. “Oh lupa!” Tisu dicapai dan dilap kedua belah tangan. “Haidar.” Tangan dihulurkan kepada Faris tanda berkenalan.

“Faris.” Salam disambut. “Lunch hour ke?” Jam di tangan dikerling.Entah kenapa tak terasa awkward sangat dengan Haidar.

“A’ah,lalu sini singgah dulu kejap.Tak tahu pulak korang ada discussion.” Dia kalih pandang pada Awin di hadapan cuba memerhati riak yang kelihatan cuak.I pun cuak.

Awin bertentang mata dengan Haidar cuba mencari jawapan di sebalik tingkah-lakunya.Nyaris-nyaris dia ingat Haidar akan sergah tak pun tuang air atas kepala dia macam dalam drama swasta.

Haidar mengalihkan pandangannya pada Faris. “Eh,sambung la discussion.Aku kacau ke?” Serius dia bertanya.

“Dah nak habis dah pun.Aku pergi dulu,ada hal kat Bangi.” Faris berdiri dan mencapai barang-barangnya. Dia memerhati Awin, “Awin ajak la sekali abang pergi reunion.” Dia mengisyaratkan pada Haidar. “Nanti jemput la datang reunion kita orang.” Dia bersalam sebelum membuka langkah pergi meninggalkan Haidar dan Awin di meja.

Awin tepuk dahi. “Err,Faris..”

“Insya-Allah.” Haidar menggumam. Fokusnya beralih pada Awin, “Ada nak clarify apa-apa?” Nadanya tenang langsung tak menunjukkan riak tegang.

Awin menggeleng sendiri. “Wow.” Tangan diangkat gaya surrender.

“What for?” Akhirnya ada juga ruang untuk dia makan.

“I was expecting too much,I thought there would be flying chairs, food fight or something worse but what was happening was absolutely..”

“Cool.” Dia sengih. Haidar mengerling pada jam di tangan. “Got to go Awin.”

“Lunch hour tak habis lagi.” Dia turut memandang jam.

Haidar menarik senyum ramah. “Ada hal.”

***

Hamba

-Let’s shoot for the best-

Awin mengetuk mouse.Eh,motivasi alam maya? Masih ada komen daripada Hamba walaupun entrinya kali ini hanyalah berkisarkan iPad dan segala adik-beradiknya .Siapa Hamba?

Awin

-Siapa Hamba?-

Namun jauh terdetik di hatinya,kemungkinan untuk Hamba singgah kembali ke ruangan komen ini macam mustahil.

I miss the pictures of you with your hijab on.

Belum sempat mindanya beralih pada tugasan yang bersusun,tiba-tiba sebaris ayat itu menjengah.Dia bertudung.I do put my hijab on,Hamba.Tegas hatinya menjawab,tetapi dia akui ada kadang-kala gambar di blognya tanpa hijab di kepala.Dia baru bertatih berhijab dua tahun lalu.Dua tahun.

Dia membuka kembali tetingkap blognya dan ikon refresh ditekan.Nafas ditarik cuba mencari ketenangan dan skrin diskrol ke bawah.

Hamba

-Hamba Allah-

Bibir diketap,dia buntu untuk membalas komen itu.Apa yang patut dia jawab?

***

“Esok?”

Haidar sepi di sebelah talian. “Pukul?”

“Sepuluh.Pagi.Okay?”

“I tak boleh esok.” Dia senyum dengan harapan keadaan tidak keruh sepanjang panggilan ini. “You pergi dengan Ara boleh?”

Awin berkerut dahi. “Boleh.” Mungkin Haidar sibuk dengan kerja dia.Boleh jadi. “Lain kali la.Good night,Haidar.”

“Awin.”

“Iye?” Awin membetulkan letak bantalnya.

“Cincin.Cincin tu tolong pakai selalu,eh.” Kedengaran suara Haidar serius di sebelah sana.

Senyum. “For sure.”

“Assalamualaikum.”

“Wa’alaikumsalam.” Apa yang dah jadi sebenarnya.

***

“Kata tak suka.” Ara menunding ibu jari pada cincin di jari Awin.

Awin memandang sekilas cincin tersebut,dia senyum nipis. “Haidar minta.” Dia mengerut dahi apabila terkenang peristiwa-peristiwa lalu. “Dia tu pelik.”

Ara ketawa. “Tunang dia pun kira pelik juga la macam tu.”

Awin langsung tak terasa untuk ketawa. “Ada ke?Akak pelik la,dia sekarang jarang nak kalau akak ajak keluar.”

“Awkward baru lepas tunang kut.” Ara menarik tangan Awin ke arah kiosk di hadapan mereka.

Dia hanya mengikut langkah Ara,sambil fikiran masih tidak berpijak pada Jusco. “Parah tu.” Dia menggumam sendiri.

5 comments:

  1. uhuuk. rasa macam haidar ni hamba.
    tapi?

    aaaaaa. nak haidar nak haidar jadi hero.

    ReplyDelete
  2. nk haidar jd hero!!! ><

    ReplyDelete
  3. napa macam saya je yg nak faris jadi hero..

    nak Faris !!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe a.s.m.a
      kite pun nak faris jadi hero okayyy
      pahal ngan si haidar tuu??
      asal dia macam ade girl lain
      suspicious arr..
      next..lagilagiiiiii

      Delete
  4. Errrrr.. I mcm nak choose fariss.. Tp haidar lg ok kot!

    ReplyDelete