Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD

Friday 9 September 2011

Fragile 29

“Sungguhlah aku sayang kau.” Are senyum lebar-lebar. “Apa orang cakap.Aaa..” Cuba mengingati. “Hah..Sayang ketat-ketat.”

Jet ketawa.Tapi kali ni ketawa rendah. “Bila kau cakap macam tu,kau rasa aku akan cakap balik macam tu jugak kat kau ke?” Jet pandang Are betul-betul depan muka.

Are bungkam tak cakap apa-apa.Keypad Nokia 3310 yang Jet bagi tadi ditekan-tekan tak tentu hala.Dia tahu Jet sekadar bergurau.Tapi rasa tetap rasa.

Jet senyum pada Are yang dah bisu. “Same goes to here.” Ibu jari dituju ke dada Jet.

Are sengih.

“Tapi dia lebih sikit la.” Kali ni Jet pula yang sengih.Dia tu awek Jet waktu tu.

Are ketap bibir.Tu semua waktu upper form dulu.Waktu dia pertama kali pegang handset sendiri yang Jet bagi.Setahun lebih dia sorokkan handset tu daripada papa dengan arwah mama.Tu pun seminggu nak SPM baru bagi tahu.

Dia pandang sekeliling tempat menunggu.Ada Along,Kak Edi,Mak Lang Jet ,AtokJet yang baru je sampai dan anak-anak Along.Dan ada sorang yang dia tak kenal.Entah siapa.MUngkin tunggu patient lain.Semua riak sedih tinggal dia je yang masih bungkam bisu sorang-sorang.Ibu Jet masih kat dalam.

“Kak..” Dengar tak dengar suara yang memanggil.Are sebak tiba-tiba.Nisa sedang menghampiri tempat duduk dia.Belum sempat Are kata apa-apa Nisa dah memeluk dirinya yang sebak mengejut.Baru tahu nak sebak Are?Belakang NIsa digosok perlahan.

“Be strong.” Tu yang dia cakap.Dan sebenarnya itu bukan untuk Nisa tapi untuk dia sendiri yang tiba-tiba hilang kekuatan.

“He’s fine.” Sekali lagi. “Don’t cry.”

NIsa melepaskan pelukan.Dia nampak mata Nisa merah.Basah. “Ibu mana?”

“Ibu ada kat..” Kata-katanya mati.Ibu ada kat depan dia.

“Amera.Dah boleh masuk.”

***

“Hey..” Are tarik senyum. “How’s your arm?” Kerusi di sebelah Jet ditarik.Dia mencapai termos dan gelas.

“Getting better.” Jet meneliti lengan kanannya yang dah siap berbalut.

Straw dimasukkan ke dalam gelas. “No serious internal injury.You’ve made it.” Straw dihalakan ke arah Jet.Are memerhati Jet yang bersungguh minum air.Jemari Jet turut memegang gelas yang sedang dipegang Are. “Nak tambah?”

Jet geleng. “Semalam you takde.Mana you pergi?”

“I pergi kat kafe.” Sungguh memang dia kat kafe semalam sewaktu keluarga Jet yang lain sibuk datang melawat Jet.

“Amera.”

Bahu terasa dicuit dari belakang.Are pusing. Wanita di hadapannya dipandang seketika.Tak pernah jumpa. “Saya.”

“Dah masuk tengok Aizat?”

Are angguk pada wanita yang berpashmina itu. “Dah.Kawan dia eh?”

Dia teragak-agak untuk senyum. “A’ah.Kawan.Dia ok kan?”

Are turut senyum.Gembira untuk keadaan Jet. “Dia ok.Patah lengan kanan dengan calar sikit.Nak jenguk dia?Boleh pergi sekali.”

Dia geleng. “Tak kut.”

“Ok.Ada nak pesan apa-apa kat dia?”

Lama dia berfikir. “Tak ada.”

“Ok then.” Are senyum sebelum melangkah.Langkahnya mati. “And you are..?”

“Alia.”

Jet senyum. “Curious.”

“Semalam kawan you datang.Tapi dia tak masuk jenguk pun.” Are menarik selimut hingga ke dada Jet.

“Kawan yang mana?”

“Aaa..Entah.I lupa nak tanya.Rushing waktu tu.Alia rasanya.” Are mencari novel di dalam beg.

“Colleague.”

Are angkat muka. “Oh..”

***

Are cuba mencapai botol minuman dari peti ais.Susah,tak sampai.Dia berundur untuk memanggil pekerja di kedai kat hospital itu.

“Here.”

Are muka pelik.Ada orang tolong ambilkan untuk dia. “Ey?” Dia toleh ke kiri. “Alia.”

Alia senyum. “Awak free tak sekarang?”

Angguk. “Kita pergi kafe.”

***

“I’m Alia.His colleague.” Dia ke belakang sedikit untuk member ruang kepada brader pelayan untuk letak minuman. “Aizat ok kan?”

Are senyum. “He’s doing just fine.”

“Nice.”

Are memerhati Alia yang sedang mengacau ais guna straw.Hari ini tak ramai yang datang melawat Jet.Lagi pun hari bekerja.Bekerja? “Tuan Haji ok ke awak keluar waktu ni?” Tuan Haji tu kira orang atasan Jet.

Alia pandang Are.Dia senyum. “Saya ambil leave.”

“Untuk ni?” Are mula pelik.

Alia jongket bahu. “Sort of.”

“Oh..” Are ketawa. “Wow.Yang lain tak ada pulak sanggup buat macam awak.Thanks.”

Alia senyum kelat.Jemarinya berhenti daripada bermain dengan straw. “Amera.Jet tak ada cakap apa-apa?”

“Cakap apa?”

“Cakap pasal saya.” Dahi Alia berkerut.

Are cuba mengingat. “Tak ada pulak.” Setakat rakan sekerja tu ada la.Ada apa dengan Alia. “Alia.What’s your point?”

“Ah?” Alia cuak. “Aa..I’m not just his colleague.” Reaksi Are diperhati seketika sebelum meneruskan kata. “I’m more than that.”

Are sepi.

“Amera.Kita sama-sama perempuan dan saya rasa awak faham.” Dia cuba senyum.

Plastik yang berisi botol air mineral untuk Jet diramas.Are tunduk.Tak sanggup nak tengok Alia.Tak sanggup nak dengar lagi.Cukup untuk dia faham dan cukup untuk dia sakit.

“We did plan to..”

“Hahh.” Dada Are turun naik. “Saya kena pergi.” Dia bangun dari kerusi.Laju meninggalkan Alia.Sungguh dia sakit.

***

Ju cepat-cepat mengelap tangan pada apron.Langkah diatur ke ruang tamu.DIa senyum.Butang menjawab panggilan ditekan.

“Assalamualaikum Are Rado.” Lama tak dengar suara Are.

Are bisu di sebelah talian.

“Are?”

Are teragak-agak membuka mulut. “Ju..”

“Asal dengan kau?Kau kat mana tu?”

Dia menggenggam handset erat-erat.Tak sanggup nak ungkap. “Jet..”

4 comments:

  1. oh no..takkan Jet tipu kot...

    ReplyDelete
  2. alaaaa...knpe jet buat cmnih??ksian are..

    ReplyDelete
  3. OHMAI !
    Jangan cakap, Alia tu Jet's ex !!

    ReplyDelete
  4. Alia tu yg syok sndr. Pdhal dlm hati Jet hnya ada Amera. Kisah lalu biar blalu. apa yg ada skrg yg perlu dpertahankan dr mata2x manusia yg mcemburui keharmonian keluarga Jet & Are.

    ReplyDelete