Enjoy the best and leave the worst.Mana-mana yang melarakan di blog ini;boleh campak jauh-jauh =,= Kita semua ada tanggungjawab :DD

Tuesday 29 November 2011

Second 2

[Cerpen]

Awin berdehem cuba memulihkan suara yang serak. “Yang ni senarai nama batch kita.” Kertas yang berklip ditolak ke hadapan. “Tapi tak semua boleh contact.”

Faris meneliti senarai nama di hadapannya. “Kalau kelas kita senang je.” Dia membaca lagi nama di muka surat belakang. “Ha..Yang ni kelas Beta rasanya.I boleh try minta tolong dengan Arman.”

“Arman?” Awin cuba mengingat kembali.

“Class monitor 5 Beta.Takkan tak ingat?” Faris pandang Awin yang sedang berkerut dahi cuba mengingat.

Pipi Awin kembang diisi angin. “Haa..Arman mana pulak ni?”

“Yang usha Awin.The only boy yang pergi sekolah driver hantar.” Faris tersenyum sendiri.

Awin terus gelak sambil menepuk dahi beberapa kali. “Yang tu ke?” Dia menahan ketawa dari terus meleret. “Ingat-ingat.Driver dia yang bagi teddy bear masa birthday Awin.” Awin senyum sendiri mengingatkan kisah dia zaman sekolah. “Awin..Awin.Macam mana boleh lupa.” Cuba memberitahu dirinya sendiri.

Faris menuangkan jus di dalam gelasnya. “Ingat pun.In touch lagi ke dengan dia?”

Awin terus geleng. “Tak.” Tiba-tiba terbayang wajah Arman. “Eh,back to our topic,larat ke kita dua je buat ni?”

“I larat,Awin tak tahu la macam mana.Kita buat simple je dulu untuk first time.Okay tak?”

Awin hampir tersenyum sendiri apabila lihat muka Faris dengan bibir diketap dan kening terangkat.Muka berharap habis. “Okay.Awin akan manage sponsor, contacts semua tu under your job.Boleh?” Pen diketuk pada meja.Dia dah lupa apa yang terjadi semalam.

“On.” Faris menyusun kertas-kertas senarai sponsor dan alumni batch mereka. “Rasanya ayah I dah habis lecture.” Jam tangan dipandang sekilas. “Shall we?” Dia bangun memungut segala bahan di atas meja.

“Jom.” Dia mencapai sling bag dan beg laptop. “Next meeting sekali dengan Arman ke?”

“A’ah.Banyak dia boleh tolong.” Mereka berjalan meninggalkan meja di tengah-tengah café

“Arman..Arman.” Awin tersenyum sendiri.

“Lesung pipit?”

“Hah?” Awin kalut tak dapat faham apa yang Faris katakan.

“Tak ada apa-apa.”

***

Arman fokus membaca tawaran-tawaran dan iklan dari hotel pada skrin.Dia kembali meneliti belanjawan di sebelah.Bulat matanya apabila mendapati peruntukan untuk sewa dewan memang jauh beza dengan sewa dewan hotel yang terpapar pada skrin.Mak aih!

“Aku bajet 100 orang termasuk dengan form teachers,okay tak?” Arman memusingkan kerusi beroda menghadap Faris.

Faris angguk sambil tangan masih belum berhenti menanda nama alumni. “Awin pun cakap 120 orang.Lagipun tak semua boleh hadir.”

Arman kembali menghadap laptop.Dia membayangkan wajah Awin sewaktu sekelas dengannya.Arman tergelak kecil. “Awin.”

Faris angkat muka sambil membetulkan pinggangnya yang dah lenguh. “Dia tak ubah macam dulu.”

Arman sengih pada skrin. “Awin tu..”

“..cute”

Arman menoleh ke belakang memandang Faris.Susah nak percaya. “Aku nak cakap yang Awin tu rajin pulak nak buat reunion ni.”

“Oh ya?” Faris berlagak tenang.

“Aku tak tahu la pulak kau fikir dia tu cute.” Arman bangun mencapai botol air dengan senyum tak lekang.

“Mannn..” Pen dah siap terangkat.

***

“Dira,boleh jadi fated aku dengan Haidar.Aku pun suka dia.” Awin menarik senyum. Hujung sandals menguis simen.

“Then go on je la.” Dira memasukkan beg ke dalam kereta.

Awin angkat muka memandang Dira cuba memastikan sesuatu.I can sense some sort of sarcasm.Haihh. “Dira oi.Yang bertunang tu aku,bukan kau.” Dia turut memasukkan sling bag ke dalam kereta. “Aku chill je,dah bukan jodoh aku.”

“Tengok tu.” Dira bersandar pada kereta. “Cara kau cakap pun dah tahu yang kau berat sebelah Faris.”

Awin buat muka kosong. “Iye?” Dia berjalan memasuki tempat duduk pemandu.

“Aku kesian tengok kau.” Seat belt ditarik.

Awin langsung tak menjawab.Jemari menekan butang on radio.Mood nya yang elok tadi terus sugul.Alahai.. Yuna-Penakut.

“Kejap eh.” Handset dikeluarkan dari saku mencari nama seseorang.Dia menekan ikon panggilan. “Assalamualaikum, esok you free?Kalau free call I after this.” Handset dikembalikan semula ke saku.Awin dapat lihat kerut di wajah Dira sebaik sahaja dia menamatkan panggilan. Tahu dah.. “Haidar,voice mail je.”

“Ohh..”

***

“Yang ni?” Awin mengangkat sample kad jemputan di tangan kanan.

“Macam lari dari theme.” Faris membetulkan headset yang hampir terlurut.

Awin garu kepala, “Haa..Ni mesti kena.” Dia mengangkat satu lagi sample kad jemputan reunion.

Faris berkerut dahi. “Kejap I panggil Arman.”

Awin memandang sepi ke arah skrin yang dah hilang tuan punya badan.Sayu dia memandang scene bilik Faris.

Selepas empat tahun,dia ada ruang untuk kenal Faris.

Selepas empat tahun, baru betul-betul rasa macam kawan.

Selepas empat tahun,baru mesra.

Selepas empat tahun,penamatnya dia pilih Haidar.

“Laa..Budak ni,mana kad?”

Awin baru sedar dari lamunan. “Ahh?Arman?” Awin memandang skrin, “Yang ni ok?”

Arman berkerut dahi, “La..ingatkan kad apa.Payed!Kau agak-agak ah,ni pun nak kena aku pilih.” Arman melaung pada Faris yang belum muncul pada skrin. Dia memandang kad pada tangan Awin, “Kau orang nak kahwin pun suruh aku ka?”

“Oii!!” Kedengaran suara Faris menjerit.

Awin gelak macam tak rasa apa-apa pun. “Korang memang selalu macam ni ke?”

“Dengan kau je.” Arman bermonolog sendiri langsung tanpa niat untuk didengari Awin.

Awin tersenyum. “Haila..Sambung discussion cepat,aku ada hal ni.”

“Aku pilih yang merah tu,tak nampak obviously formal sangat.” Arman masuk mode serius.

Awin terangguk sendiri.Pandangannya beralih pada skrin handset yang dibiarkan silent. “Kejap.” Ikon menjawab panggilan ditekan dia menanggalkan headset di kepala. “Hey there.”

“Hey you.” Mesra si pemanggil menjawab.

Bibir tuan punya badan langsung tak lekang dari tersenyum. “So how?Free tak?”

“Kalau time lunch hour okay?I kerja indoor esok,sempat kut.” Suara Haidar kedengaran serak.

“Demam ke?” Dia bertungkat siku pada meja jepun.

“Tak ah.” Haidar ketawa cuba berdalih.

Awin berkerut dahi apabila kedengaran tawa yang berselang seli dengan batuk. “Obvious la bhai. Esok lunch kat rumah I je.Boleh?”

“Boleh sangat-sangat.You masak?”

Awin gelak. “No.I bungkus dari café .Seriously,no kidding.”

“Erk,hopeless.” Nada kecewa.

“You nak makan apa esok?” Awin membetulkan silanya.

“Awin,betul ke café punya?” Masih kecewa.

Awin ketawa. “I masak.I masak.” Gertak sikit dah frust sampai macam tu. “You nak apa?”

Haidar diam berfikir. “Aaa..Nanti I send list nak you masak apa.” Kedengaran nada bergurau di situ.

“Aaiii!You..” Belum sempat dia menghabiskan kata,panggilan telah ditamatkan.Dia mengetap bibir menahan rasa geram tetapi tanpa sedar senyum mula terukir.

Tanpa sedar ada hati yang memerhati di sebalik tirai yang tak pernah diturunkan.

Awin menepuk dahi.Pandai kau Awin!Bergayut depan laptop,kasi orang tengok! Awin memerhati sekilas skrin laptop yang dah kosong tanpa Armand an Faris.Laju dia mematikannya.


4 comments: